RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 12 April 2016

Khasiat herba pegaga




 
http://avn.innity.com/rt/?cb=1457691827&a=2183&e=8760
Allah mencipta setiap makhluk mempunyai kebaikannya. Begitu juga dengan pelbagai jenis herba yang tumbah di melata tempat di sekeliling kita mempunyai khasiat tersendiri selain daripada memberi oksijen kepada persekitaran kita. Oleh itu kita perlu sentiasa menjaga alam sekitar supaya ianya sentiasa ‘seimbang’ secara semulajadi. 

Bagi yang mahukan wajah sentiasa dalam keadaan muda, fikiran sentiasa tenang dan meningkatkan daya ingatan anda tidak perlu bersusah payah mencari ramuan dan herba lain yang mungkin ada antaranya mengandungi bahan kimia. Anda boleh mencuba herba pegaga. Di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguhpun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya.

Rahsia dan khasiatnya terbukti sejak berkurun untuk dijadikan penawar pelbagai penyakit. Pun begitu rahsia inilah yang membuka minat mendalam kepada pengamal herba untuk menjadikan pegaga sebagai tanaman pilihan bukan sahaja untuk amalan memakannya sebagai ulam istimewa malah penawar dan mencegah penyakit.

"Tanaman ini mudah dijaga dan cepat membiak dan cepat matang,'' sekalipun serangan serangga kecil dan kekurangan air menyebabkan daun pegaga rosak dan menjadi kekuningan namun ia tidaklah sesukar tanaman lain yang memerlukan perhatian.Kebanyakan spesies pegaga boleh tumbuh di kawasan terbuka dan ada juga yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh meliar di kawasan lembap dan berdekatan air.

Menanam pegaga tidaklah sesukar tanaman lain kerana selepas dipetik dalam tempoh beberapa hari ia akan tumbuh semula dan bersilih ganti menyebabkan tanaman ini tidak memerlukan kawasan yang besar untuk menanamnya. Khasiatnya yang tinggi ialah boleh mengekalkan pengamalnya awet muda dan mengatasi masalah kegemokan

Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur. Juga dikenali sebagai daun kaki kuda dari keluarga Umbelliferae di kalangan masyarakat tempatan tanaman ini begitu popular kepada tiga kaum utama di negara ini.

Bagi kaum Melayu ia dimakan secara segar sebagai ulam dan juga sering dijadikan kerabu dengan campuran dengan daun herba lain. Bagi kaum Cina pegaga dijadikan minuman penyejuk badan manakala untuk kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti kanser,,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.

Di Thailand pegaga di kenali Buabok telah menjadi satu produk yang dibotolkan secara jus diminum sejuk menjadikan minuman pegaga asli begitu popular di negara gajah putih itu.

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.

Daun pegaga berbentuk otak atau ginjal dengan lebar antara tiga hingga lima sentimeter (sm) dan panjang tangkai boleh mencapai sehingga 15 sentimeter mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak antara tiga hingga empat kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu.
Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis yang terdapat dan tumbuh meliar di negara ini iaitu pegaga cina, pegaga daun lebar, pegaga gajah, pegaga salad, dan renek.

Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.

Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C.

Dalam bidang kecantikan khasiat daun pegaga terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada anti selulit dan anti kedutan untuk mata, muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk kulit baru.

Herba yang tumbuh melata di persekitaran kita sebenarnya banyak kegunaan dan khasiatnya amat  banyak untuk mengubat pelbagai penyakit. Oleh itu kita perlu mebuat penyelidikan tentang khasiat heraba yang menjadi salah satu amalan pemakanan dan perubatan bagi nenek moyang kita. Oleh itu perlulah kita berusaha untuk mendapat khasiat kegunaan herba ini dari orang-orang tua yang berpengalaman dan dibukukan untuk tatapan genarasi akan datang .


Wallahu’alam.


Sumber : http://anizyn.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.