RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday, 15 April 2016

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT (15/4/2016)



INTIPATI KHUTBAH JUMAAT (15/4/2016)

Ikhwan Muslimin,
Marilah sama-sama kit bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya. Mudah-mudahan kita diberi kejayaan oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Ketahuilah wahai saudaraku yang dikasihi sekelian bahawa perintah mengerjakan solat itu adalah satu perintah yang agung didalam agama Islam, kerana kebesaran itulah orang yang mengerjakan dipanggil sebagai “Ahli Alqalbiah” dan “Ahi al Solat”. Semuanya ini kerana kebesaran solat dalam agama Islam. Kewajiban mengerjakan solat ini tidak gugur dari seseorang mukallah walaupun berada dimedan peperangan selama ia memiliki ingatan kecuali wanita ketika keuzuran ( haid dan nifas).
Solat adalah tiang agama, diwajibkan lima waktu sehari semalam dan dengan diiklankan seruannya setiap fardu lima wakatu sehari dengan suara azan.

Ibni Abas menceritakan “ Aku bertanya Rasulullah SAW tentang maksud mereka yang lalai didalam solat ? “ jawab baginda “Mereka itu ialah orang yang metakhirkan solat daripada waktunya”. “ Mereka dinamakan orang yang solat sedangkan mereka itu mempersendakan solat, akibatnya mereka dimasukkan oleh Allah kedalam nerakan jahanam ynag kepanasannya mencairkan bukit didunia dan itulah tempat mereka yang mempermainkan solat’.

Perlu diingat bahawa amalan yang pertama akan dihisab Allah diakhirat kelak ialah solatnya. Sekiranya yang ini berjaya maka yang selepasnya akan mudah dan berjaya dan sekiranya gagal maka yang selepasnya akan rugi dan binasa.”

Didalam ayat lain Allah Berfirman yang bermaksud:
“ Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka sakar, maka dijawab-Nya kerana kamu tidak mendirikan solat”.  (Al Maidah : 42-43).

Disana terdapat terlalu banyak amaran daripada Allah tentang mereka yang tidak mengerjakan solat. Diantaranya sebda Rasulullah SAW  yang bermaksud : 
“ 1. Perbezaan seorang muslim dengan kafir ialah meninggalkan solat;
2. siapa yang meninggalakan solat dengan sengaja maka terlepaslah ia dari jaminan  (naungan) Allah;
3. sesiapa yang meninggalkan solat asar maka gugurlan amalannya.”

Saidina Umar Al Khaltab RA berkata “ tidak  ada bahagian didalam Islam bagi mereka yang meninggalkan solat”.

Allah meletakkan mertabat seseorang manusia ditempat yang tertinggi. Ketinggian dan keagungan darjat seseorang itu bergantung kepada setinggi mana dia mengaggungkan kebesaran Allah SWT. Dizaman  kita ini banyak syiar Islam terhijab atau diabaikan tetapi dengan kelebihan dan kebesaran Allah masih kekal  bersama kita beberapa ibadat syair yang diketuai oleh ibadat solat, kerana kelebihan ibadat solat itulah maka tidak boleh seseorang pun mengabaikannya.
Alangkah ruginya seseorang hamba Allah yang tidak ruku dan sujud . orang yang mengerjakan solat walaupun ada melakukan kesalahan adalah lebih baik daripada yang tidak solat kerana ulamak berkata; “ Mereka yang memelihara solat itu hampir kepada Rahmat Allah SWT berbanding dengan mereka yang tidak mengerjakannya”.

Seorang yang tidak mengerjakan solat hukumnya terlalu berat sentiasa di dedah kepada kemurkaan Allah.  Berkata ulamak ibnu Qayum Al Jawari RA “ Para ulamak tidak berselisih pendapat bahawa orang yang meninggakan solat fardu dengan sengaja telah melakukan dosa yang teramat besar dan dosanya disis Allah SWT lebih besar dari membunuh seorang manusia, merompak harta, berzina, minum arak dan terdedah balasan Allah dan kemurkaan didunia dan di akhirat.

Mereka yang meninggalkan solat ini ada beberapa  ketogari:
1.       Meninggalkan  solat dengan mengingkarinya, ini dihukum kafir oleh ulamak tanpa khilaf
2.       Meninggalkan solat dengan terlupa, pelakunya tidak kafir dan tidak fasik dengan ijmak ulamak dan wajib di khada’.
3.       Meningalakan solat dengan sengaja, tetapi tidak mengengkarinya, inilah yang paling banyak dibahas dengan ijmak ulamak dan diperselisih oleh ulamak adakah menjadi kafir atau tidak ?. ulamak Al Syafie dan beberapa ulamak lain mengatakan bahawa mereka tidak kafir selama mana tidak mengengkari kewajiban tetapi mereka dituntut agar bertaubat dalam masa 3 hari.

Sehubungan itu kita perlu mengambil iktibar dari isi khutbah ini untuk mempastikan diri kita dan keluarga kita mengambil berat tentang kewajiban solat dan hendaklah secara istikomah mengerjakan solat lima waktu tanpa tinggal, dilakukan di awal waktu secara berjemaah. Semoga Allah memberi hidayah-Nya kepada kita semua. Amiin.

Wallahualam.

Sumber : MAIK

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.