Kelebihan Bersedekah
Realiti kehidupan kita, amalan bersedekah adalah satu amalan yang agak sukar untuk di amalkan, apatah lagi untuk jadikannya satu amalan harian dalam kehidupan kita. Telah menjadi naluri semulajadi manusia, bila hendakk beri kepada orang kita rasa sayang dan bila hendak mendapat pemberian daripada orang lain kepada kita timbul perasaan keseronokan dan keinginan yang agak tinggi. Itulah realiti kehidupan, Oleh itu Islam menganjurkan supaya kita memperbanyakkan sedekah terutama kepada golongan fakir dan miskin yang amat memerlukan bantuan untuk terus hidup.
Beri sedekah bererti kita melahirkan kesyukuran di atas
rezeki yang Allah berikan kepada kita. Jika
tidak kerana kurniaan rezeki Allah, sekuat manapun kita berusaha untuk menambah
rezeki tak mungkin kita perolehinya.
Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. Riwayat Bukhari dan Muslim
Pengajaran Hadis :
Sedekah atau derma adalah amalan soleh yang sukar dilakukan oleh seseorang. Amalan ini biasanya dilaksanakan berdasarkan kewajipan seperti zakat atau dalam bentuk kesedaran yang timbul dalam hati seseorang kerana menganggap ia sebagai aset kekal yang akan diberikan ganjaran oleh Allah s. w. t di akhirat kelak.
Terdapat sebahagian daripada umat Islam yang enggan melakukan amalan mulia ini dalam kehidupan seharian. Nabi s. a. w menjelaskan punca masalah ini ialah perasaan takut menjadi fakir apabila banyak bersedekah, lalu manusia berusaha lebih kuat lagi untuk mengumpul dan menambahkan kekayaan yang sedia ada.
Melalui hadis di atas, Nabi s. a. w menerangkan waktu terbaik untuk melakukan amalan sedekah. Baginda menyarankan supaya sedekah dilaksanakan apabila seseorang itu masih sihat dan terlalu sayangkan kepada hartanya. Jika dilakukan sedekah pada masa ini, bermakna seseorang itu sudah berjaya melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutkannya dengan pelbagai kesan negatif. Kemampuan menghadapi serangan dua musuh ini, bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar.
Pada masa yang sama, Baginda juga menghuraikan situasi orang yang suka menangguhkan amalan bersedekah hingga berada di saat sakit tenat. Nabi s. a. w melarang umat Islam daripada bertindak secara demikian. Ini adalah kerana jika tidak dilakukan sedekah pada masa itu, orang yang masih hidup
(waris) akan tetap mendapat harta yang ditinggalkan. Sekiranya, penerima harta itu membelanjakan harta mengikut yang ditetapkan oleh syariat Islam, maka si mati akan mendapat keuntungan. Namun jika harta yang ditinggalkan hanya disia-siakan atau digunakan untuk melakukan kemungkaran, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memerah keringat semasa hidup. Ia juga akan dihisab di hadapan Allah sedangkan ahli-ahli waris bersenang-senang dengan harta tersebut.
Kesimpulannya, agama Islam amat menggalakkan umatnya melakukan amalan sedekah dengan menggunakan harta yang paling baik. Lakukanlah amalan ini dengan segera dan janganlah bertangguh. Semoga Allah menerima segala amalan soleh tersebut.
Untuk itu, andan berpeluang untuk memberi sedekah kepada
pembinaan Fasa kedua Masjid Mukim Panji, Kota Bharu Kelantan. Pada masa ini
pembinaan sedang di mulakan, ianya melibatkan kos sebanyak RM1.9 juta. Jika
anda ingin menguji keimanan anda dalam bersedekah, silalah hulur sedekah anda
ke tabung masjid ini seperti berikut:
\
BANK ISLAM BERHAD :
NO AKAUN : 03018010107960
BANK MUAMMALAT : NO AKAUN : 030200012217719
BANK RAKYAT : NO AKAUN : 22-012-129011-3
Semoga sumbangan anda itu akan diberi ganjaran pahala dengan
menyediakan mahligai di akhirat kelak. InsyaAllah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.