RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Sunday, 24 May 2015

MEMAHAMI ERTI PERKAHWINAN


JIKA di Tanya kepada  semua pasangan yang baru berkahwin akan terkeluar dari mulut mereka bahawa mereka mempunyai niat untuk hidup bersama sehingga akhir hayat. Tetapi hampir lebih separuh daripada kalangan mereka yang berkahwin akan berkesudahan dengan penceraian setelah berkahwin beberapa tahun kemudian. Dari kajian yang dijalankan didapati yang bercerai biasanya pasangan tidak jaga solat
Dari segi pendapatan, memandangkan taraf pendidikan dan sosioekonomi semasa, boleh dikatakan ramai juga pendapat isteri lebih tinggi dari suami.
Isteri tidak kisah dan tidak berkira tentang duit dalam memulakan kehidupan suami isteri pada awal perkahwinan.
Untuk menjaga hati dan sayang yang tidak terhingga pada awal –perkahwinan,isteri biasanya tidak berkira tentang wang.
Itulah yang menjadi kesilapan apabila ianya berlarutan kepada satu tempoh yang panjang. Tanpa sebarang perancangan kewangan pada awal perkahwinan, ia boleh menyebabkan berlaku perselisihan faham dan menjadi bebanan kepada pasangan suami isteri.
Kebanyakan pasangan jarang menentukan hala tuju keluarga, meletakkan sasaran kewangan dan duduk semeja untuk merancang berapa orang anak, rancangan perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan. Rancangan pendidikan anak-anak dan juga rancangan untuk bercuti.
Perkahwinan kadang kala dilihat untuk keseronokan semata-mata. Sedangkan dalam menjalani hidup suami isteri dapat suasana manis, pahit masam yang perlu dilalui dan ditempohi dari masa ke semasa. Semua itu perlu dipelajari, suami isteri perlu menambah ilmu dan kemhiran bagi mengatasi segala pancaroba dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Tapi apa pula kes bila isterinya pandai dan berpelajaran tinggi, si suami minta isterinya buat semua keputusan ?.
Ada juga kes wanita tidan berharta masuk dalam family si suami yang  berharta, selepas perkahwingan. Isteri tidak dapat menyesesuaikan diri apabila dia tak boleh lagi keluarg rumah dan enjoy. Suaminya tidak bernarkannya bekerja kerana mampu tanggung isterinya. Isteri akan terasa dikongkong, itu pun boleh jadi punca perceraian.
Apa pun sewajarnya pasangan perlu saling memahi erti perkahwinan. Sebenarnya perbezaan juga adalah satu perkara yang baik kerana jika satatus sauami isteri sama sahaja mungkin boleh jadi bosan.
Kadangkala perbezaan bangsa juga boleh jadi punca perceraian, pada mula berkahwinan dahulu adalah didasarkan sebab cinta. Setelah berkahwin pasangan yang baru memeluk agama Islam tidak mengikut sepenuhnya ajaran Islam. Akhirnya mereka bercerai kerana tidak ada keserasaian budaya dan amalan dalam kehidupan.
Pendek kata, punca perceraian berlaku akibat sikap suami terutamannya yang tidak ambil berat tentang peranan dirinya sebagai seorang suami yang telah digariskan oleh agama Islam. Merek ambil mudah dan tidak bertanggung jawab dalam menyediakn nafkah zahir, nafkah batin, kasih sayang. Ini semua adalah natijah dari kejahilan dan kecetekan kefahaman ilmu berumah tangga oleh suami isteri.
Kesimpulanya yang penting suami perlu mempunyai ilmu dan sentiasa ikhlas yang mereka berkahwin adalah membentuk cinta, kasih sayang dan pembinaan keluarga bahagian kerana Allah. Hidup hendaklah sentiasa dipantu oleh ajaran yang digariskan oleh Islam. Yang paling utam solat lima waktu perlu ditunaikan oleh suami isteri secara konsisten sepangjan masa. Keran solat akan dapat mencegah kemungkaran. Dan solat juga akan mendekati diri kita kepada Allah. Orang yang hatinya dekat dengan Allah akan pastikan kehidpan seharianya tidak akan tergelincir daripada syariat Islam dari aspek wajib, haram, sunat ,harus dan makruh.
Yang paling penting kita perlu memahi perkahwian kerana ALLAH bukan lebih kepada nafsu sahaja, kerana jika kahwin yang menjurus kerana nafsu tak akan kemana dan kekal lama.

Wallahu’alam.


Sumber : sinarharian

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.