Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Oleh itu Islam sememangnya menganjurkan cinta
dan kasih sayang yang berpaksi kepada ketatapan yang diajar oleh Al-Quran dan
Sunnah.
Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21, “Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana
“cinta berahi” yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke jinjang
pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi yang tercemar
dengan hasutan syaitan akan berakhir dengen keterlanjuran. Cinta yang diasaskan
kepada nafsu kebiasaanya tidak akan kekal lama, kerana cinta akan sampai ke
kemuncaknya apabila hajat nafsu serakah yang diingini telah dinikmati dan
dicapai. Masa itu Cinta Berahi mudah rapuh dan
berkecai dek sedikit perselihinan dan pertengkaran.
Di dalam keadaan lain, Cinta Suci ada yang sayang menyayang kerana Allah.
Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan
hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang
“frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi
seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai
yang mengetahui caranya.
Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang
yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan
itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat
mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.
Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang
wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya,
supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya
anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai
wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai
salah seorang pencinta kerana Allah.[2] Perkara ini dinukilankan oleh
Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.
Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang
wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda
mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?
Namun perlu diingat, dalam usaha mencapai matlamat cinta ,
kita pasti di uji dengan pelbagai ujian dan dugaan, akan diketemukan dengan
perasan suka, duka, kecewa, mencabar, frust, terhalang, tertipu dan pelbagai
kekecewaan lagi. Bagi yang bercinta kerana Allah ujian dan dugaan cintanya
lebih hebat lagi. Kerana Allah telah berfirman yang bermaksud “ adakah manuisa
akan merasakan mereka akan mudah
memasuki syurga tanpa di ujian dan diugg”. Sebenarnya ujian dan dugaan
Allah itu adalah untuk menilai sejauh mana keikhlasan hambanya dalam mencapai cinta suncinya. Jika
cinta itu ikhas semua dugaan dan caraban dalam bercinta itu akan dilalui dengan
penuh kesabara, redha dan sentiasa berpaksi kepada lunas syariat yang
ditetapakan Allah. Cinta kerana Allah akan mendapat keberkataan di dunia dan
akhirat. Subhanallah.
Wallahu’alam.
Sumber: panduan memilih Si Dia.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.