Semua kita mencari kesempurnaan dalam memiliki cinta. Sang
pemuda mencari pemudi yang cantik, menawan, baik hati dan sebagainya. Sang pemudi
mencari pemuda yang tampan, romantik, jujur dan seangkatannya. Kesian kepada
yang kurang tampan dan kurang cantik. Kerana begitulah lumrah manusia, mahukan
yang cantik, menarik dan sempurna. Terkadang yang cantik sudah bertemu dengan
yang tampan, tapi akhirnya cinta hanya sekerat jalan. Kenapa jadi sedemikian?
Perhubungan cinta hanya sekadar atas dasar rupa paras?
Rasulullah SAW ada
bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad:
"Cintamu
kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli."
Cinta juga menuntut pengorbanan. Ada yang sanggup
mengorbankan keluarga sendiri demi mengikut pilihan hati. Ada yang sanggup
mengorbankan ‘study” untuk bersama kekasih hati. Ada yang sanggup mengorbankan
maruah sendiri demi membuktikan cinta sejati. Ada yang sanggup mengorbankan
jiwa demi meraih ketuanan cinta. Oh cinta.. penanganmu hebat, membuat manusia
gembira, tawa, bahagia, sedih, duka, lara, derita, gila dan sebagainya.
Hari ini penulis mengajak kita belajar cinta dari Abu
Utsman, kisahnya ditulis oleh Imam Al Jauzi dalam salah satu kitabnya, Shaidul
Khathir.
Kisah cinta, rupa paras, pengorbanan, kesetiaan, kesabaran
dan kebahagiaan.
Suatu saat, Abu Utsman dikejutkan dengan satu permintaan
dari seorang wanita. “Wahai Abu Utsman,” kata wanita itu, “
Sungguh aku mencintaimu.” Suasana hening sejenak. “Aku
memohon, atas nama Allah, agar sudilah kiranya engkau menikahiku,” lanjutnya.
Lelaki yang bernama lengkap Abu Utsman An Naisaburi itu
diam. Beliat terkejut sebentar dan terpaku tatkala mendengar perkataan wanita
yang datang kepadanya itu. Ia tidak mengenal wanita ini dengan baik. Namun,
tiba-tiba saja wanita ini datang menemuinya dan menyatakan rasa cintanya yang
dalam kepadanya. Bahkan saat itu pula, atas nama Allah, wanita itu meminta pada
Abu Utsman untuk menikahinya. Abu Utsman diam. Memikirkan keputusan apa yang
hendak diambilnya.
Sebagai seorang pemuda, ia dihadapkan pada sebuah keputusan
besar dalam hidupnya. Sebuah keputusan yang mungkin akan dijalaninya selama
lebih dari separuh usianya dan separuh imannya. Selama ini keluarganya
senantiasa mendorongnya untuk segera meminang salah seorang wanita solehah di
wilayah itu. Namun, ia selalu menolak dorongan dari keluarganya itu hingga hari
ini.
Maka, sampai sekarang ia masih juga membujang. Ia akan mengambil
sebuah keputusan besar dalam hidupnya, termasuk segala akibat dan kesan yang
menyertainya. Abu Utsman kemudian berkunjung ke rumah wanita itu. Ia mendapati
orangtua si wanita adalah orang yang miskin. Namun, keputusannya tetaplah bulat
untuk meminang si wanita yang datang menyatakan cinta kepadanya itu. Terlebih
lagi kerana wanita itu memintanya untuk menikahinya. Ia menyaksikan kebahagiaan
yang berlimpah pada raut wajah orangtua si wanita itu saat mendengar bahawa
puterinya dipinang oleh Abu Utsman, lelaki yang berilmu, tampan, soleh,
penyabar, setia, jujur, tulus, dan terhormat.
Mereka pun akhirnya
selamat diijabkalbulkan. Tahun demi tahun berlalu, hingga akhirnya sang isteri
itu meninggal dunia lima belas tahun kemudian. Namun, sejak malam pengantin
mereka ada kisah yang baru terungkap setelah kematian sang isteri.
“Ketika wanita itu
datang menemuiku,” kisahnya, “Barulah aku tahu bahawa matanya juling dan
wajahnya sangat jelek dan buruk. Namun, ketulusan cintanya padaku telah
menambat hatiku. Aku pun terus duduk dan menyambutnya tanpa sedikit pun
mengekspresikan rasa benci dan marah.
Semua itu aku lakukan demi menjaga perasaannya. Walaupun aku
bagai berada di atas panggang api kemarahan dan kebencian.” Ah, kita jangan
marah pada Abu Utsman yang mengharapkan isteri yang cantik dan sempurna, tetapi
kemudian hanya mendapatkan isteri juling dan buruk wajah. Itu merupakan sisi
manusiawi dari lelaki yang menginginkan kecantikan dan kesempurnaan sebagai
pendamping hidupnya.
“Begitulah ku lalui lima belas tahun dari hidupku bersamanya
hingga dia meninggal dunia,” demikian Abu Utsman melebarkan kisahnya. “Maka,
tiada amal yang paling kuharapkan pahalanya di akhirat, selain masa-masa lima
belas tahun dari kesabaran dan kesetiaanku menjaga perasaannya dan ketulusan
cintanya.” Luarbiasa! Cinta yang luarbiasa terbit dari insane yang luarbiasa.
Apakah masih adakualiti pemuda seperti Abu Utsman ini lagi
di abad ke 21 ini? Begitu juga wanita mulia itu, beliau juga luarbiasa.
Meskipun sang wanita itu tahu bahawa dia bermata juling, meskipun Dia tahu
bahawa Dia hanya anak orang miskin, meskipun dia tahu bahawa dia bukan wanita
berwajah cantik molek, tapi dia memperjuangkan cintanya untuk memiliki orang
yang dicintainya itu. Ianya berhasil dan telah bersama mengharungi asam garam
kehidupan berkeluarga selama lima belas tahun sehingga maut datang
menjemputnya.
Abu Utsman membuktikan bahawa ia adalah lelaki yang setia,
tulus, sabar, dan senantiasa menjaga perasaan sang isteri yang demikian tulus
mencintainya. Itulah cinta! Cinta yang berpaksikan wahyu, cinta yang diasaskan
oleh keimanan kepada Allah SWT. Ianya indah dan bahagia. Semakin indah kerana
ianya disertai dengan pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan perjuangan.
Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Amirul Mu’minin
Umar Al Khatthab dan berkata : “Saya sudah tidak lagi mencintai isteriku”.
Maka, Umar berkata : “Sesungguhnya sebuah rumah tangga itu tidak cukup
dibangunkan berdasarkan cinta semata.” Engkau benar wahai Amirul Mu’minin,
memang tidak selamanya dengan cinta, namun ada pengorbanan, terdapat pengabdian
serta ditemukan perjuangan.
“Ya Allah..., aku
memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang
mencintai-Mu, dan aku meminta amalan yang dapat menghantarkan aku kepada
cinta-Mu.
Coritan cerita di atas adalah peristiwa yang berlaku pada 1400 tahun dahulu, membuktikan
keluruhan CINTA yang menjadi kenyataan apabila insan yang terlibat itu
benar-benar melafazkan cinta kerana Allah…
Kisah benar ini anda boleh baca sebagaimana yang di catat
dalam buku “ BERCINTA SAMPAI SYURGA” hasil tulisan NIK RAIHAN. Terbitan PTS
Publishing House.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.