BID’AH DALAM AGAMA
Setengah dariapa kalangan umat Islam yang begitu bereminat
untuk mengerjakan ibadat dan amal soleh tetapi tidak mempunyai ilmu agam yang
mencukupi mudah dipengaruhi oleh amalan ibadat yang diada-adakan atau bida’ah
dikalangan pemimpin mereka. Oleh kerana kejahilan mereka hanya mengikut adan
menganggap amalabn berkenaan adalah ajaran yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad
SAW.
Di bawah ini dibentangkan penulisan Dr Yusuf al- Qardawi
tentang bidaah ini.
Barangsiapa beranggapan bahawa agama Islam ini masih kurang
sempurna dan memerlukan tambahan-tambahan demi kemaslahatan diri dan golongan
jelas menunjukkan kejahilan mereka sendiri.
\
Mereka yang menambah-nambah dalam urusan agama ini adalah
tukang-tukang bid’ah. Tukang-tukang bid’ah ini kelak akan menanggung dosanya
dan dosa para pengikutnya yang tertipu dan tersesat.
Imam Malik Bin Anas berkata,“Barangsiapa menganggap baik
perbuatan bid’ah, sama dengan menuduh Nabi Muhammad telah mengkhianati
risalahnya”.
Imam Syafi’ berkata : Andai kata aku mengetahui ahli bida’h
itu dapat berjalan di angkasa, aku tetap tidak akan menerimanya.
Sabda Nabi yang bermaksud :
“Barangsiapa mengada-ada cara baru tentang urusan kami
(ibadah) ini, padahal tidak bersumber darinya, dia itu tertolak”. (Hadis
Riwayat Muslim)
“Barangsiapa beramal satu amalan (ibadah) yang tidak ada
contoh dari kami, ia tertolak” (Hadis Riwayat Muslim)
Bila bid’ah bermaharajalela ianya merupakan kesempatan bagi
musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam. Dengan tersebar luasnya perbuatan
dan amalan bid’ah di kalangan pemeluk-pemeluk Islam yang jahil, orang ramai
akan menyangka amalan bid’ah itu adalah dari agama Allah yang murni. Akibatnya
yang murni menjadi kabur dan rosak.
Ada yang berpendapat bahawa untuk melumpuhkan kemajuan
Islam, harus dibesar-besarkan bid’ah dan khurafat, kerana kedua hal ini
merupakan penghalang bagi cepatnya perkembangan Islam.
Mengapa bid’ah dapat melumpuhkan potensi Islam dan dapat
menghancurkan pemerintahan? Sebabnya bid’ah merupakan tipuan yang tak ubahnya
dengan tipuan dalam perdagangan. Barang yang baik dicampur dengan barang yang
buruk yang kemudiannya dibawa ke pasar untukditawarkan kepada orang ramai
seraya dikatakan bahawa barang tersebut adalah baik, tidak cacat dan tidak ada
aib sedikit pun.
Sedangkan dalam hal ibadah, kitawajib berittiba’ (mengikut
sepenuhnya tanpa pindaan) kerana itu adalah asas dalam agama. Jadi mereka
model-model dan cara-cara baru dalam ibadah adalah bid’ah yang sesat dan
terkutuk.
Apabila sesuatu perkara bid’ah itu dihubungkan dengan agama,
misalnya minta upah kerana membaca Al Quran ketika menghantarkan mayat dengan
maksud bertaqarrub kepada Allah, perkara seperti itu merupakan perbuatan dosa
dan maksiat yang berlipat ganda.
Manakala dalam urusan muamalah, dasarnya pula ialah
mengikuti perkembangan kemaslahatan umat.
Firman Allah swt lebih kurang ertinya :
“…..dan berbuat baiklah kamu sekelian agar kamu memperolehi
kejayaan.” (Al-Haj ayat 77)
Yang ertinya :
“...... dan bertolong-tolonglah kamu sekalian untuk kebaikan
dan ketakwaan”. (Al-Maidah ayat 2)
Berbuat baik dan tolong menolong untuk kebaikan dan bertakwa
adalah soal-soal yang pelaksanaannya diserahkan penuh kepada kita, sehingga
kita bebas membuat cara-cara baru. Cara-cara baru tersebut tidak boleh
disalahkan dan ditolak.
Allah swt berfirman :
Maksudnya lebih kurang :
“ Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah
dengan sungguh-sungguh ingat yang banyak dan bertasbihlah kepada Allah di waktu
pagi dan petang”. (Al Ahzab ayat 41-42)
Perintah memperbanyak zikir dan bertasbih seperti tersebut
di atas, bukanlah bererti memberi kebebasan kepada setiap orang untuk menambah
rakaat sembahyang, azan dan sembahyang hari raya atau menyusun wirid yang
kemudian ditetapkan untuk selalu dibaca dalam waktu-waktu tertentu.
Ibadah-ibadah ini pokok persoalannya adalah masalah akhirat.
Sedangkan masalah akhirat itu ghaib bagi manusia.
Kerana itu, biar bagaimana pun tingginya kedudukan
seseorang, mereka tidak mempunyai hak dan kebebasan untuk menambah cara-cara
baru. Sedangkan dalam masalah keduniaan, tidak ada satu pun halangan untuk
melaksanakan satu perintah dengan berbagai macam cara, baikcara-cara itu sudah
pernah dipakai oleh orang-orang dahulu mahu pun belum. Misalnya tentang menjaga
hak dan harta orang lain serta mengatur kemaslahatan umat, kesemuanya itu
merupakan maksud yang menjadi matlamat syariat Islam.
Bid’ah yang diharamkan oleh syarak berkisar pada masalah
ubudiyah yang sama sekali tidak dapat diagak-agak atau diijtihadkan.
Orang yang mengerjakan satu perbuatan (ibadah) yang tidak
pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w. , sama seperti meninggalkan perintahnya.
Apabila sudah pasti bahawa Rasulullah saw tidak pernah
mengerjakannya, kita wajib meninggalkannya sekalipun larangannya tidak ada. Dan
kalau kita kerjakan, itu termasuk bidaah.
Sebagai contoh , amalan ta’ziyah (bela sungkawa) terhadap
orang yang meninggal dunia dengan membaca Al Quran dan berkumpul dengan
makan-makan bersama.
Mencari rahmat dan pahala memang sudah ada sejak dahulu,
tetapi cara tersebut tidak pernah terjadi pada masa Rasulullah s.a.w. dan para
sahabatnya. Padahal, waktu itu sudah ramai orang yang mati dan sahabat-sahabat
r.a. pun adalah di kalangan mereka yang sentiasa mencari rahmat. Waktu itu
tidak ada seorang pun yang mendirikan khemah kemudian diadakan pembacaan Al
Quran dan berkabung berganti-ganti.
Tradisi ini jelas hukumnya bid’ahdan agama tidak
membenarkannya kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakannya, walaupun
larangannya pun tidak ada. Jika tradisi itu kita biarkan, kita setujui dengan
alasan mencari keredaan Allah dan untuk menghantarkan orang yang pergi (mayat)
supaya mendapat kasih dan rahmat Allah swt, kita sebenarnya berburuk sangka (su’u
zhon) terhadap peribadi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.
Nauzubillahimin zalik!
Bid’ah Haqiqi
Bid’ah Haqiqi misalnya tawaf dikubur orang yang sudah
meninggal dunia seperti tawaf di Baitullah. Contoh lain misalnya membujang
seperti pendeta dengan menganggap dirinya suci.
Bid’ah semacam ini tidak banyak terdapat di kalangan
masyarakat.
Bidaah Idafi
Bid’ah idafi ialah masalah-masalah yang dapat ditinjau dari
berbagai segi; dari satu sudut boleh menjadi sunnah tapi dari sudut lain boleh
menjadi bid’ah.
Jika dilihat dari satu sudut, kita akan menjumpai bahawa
masalah tersebut berlandaskan kaedah yang baik dan nas yang jelas. Tetapi jika
dilihat dari sudut lain, kita dapati unsur-unsur bid’ah yang jelas. Contohnya,
membaca tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dantakbir (Allahu Akbar)
sesudah solat. Kesemuanya itu merupakan sunnah dan seluruh ulama sudah
menyepakatinya. Tidak satu pun di antara mereka yang menentangnya kerana memang
ada dalil-dalil dari beberapa hadis sahih. Bahkan Rasulullah s.a.w. dan para
sahabatnya selalu berbuat demikian. Namun mereka melakukannya dengan
sendiri-sendiri dan dengan sirri (tersembunyi).
Kemudian ada orang yang sengaja menyusun wirid dan zikir,
dan ada seorang yang bertindak sebagai pemimpin dan kemudian orang ramai
dikumpulkan untuk mengikuti bacaannya.
Cara-cara tersebut dijadikan kebiasaan setiap selesai solat
dengan irama yang dibuat-buat. Orang ramai kemudian mengikutinya dan
disambutnya dengan bacaan amin.
Bertasbih, tahmid dan takbir setelah solat adalah sunnah
tetapi cara yang dibuat-buat inilah yang termasuk bid’ah. Mereka sudah
mengetahui bahawa asas yang digunapakai dalam amalannya adalah hadis yang
datang dari Rasulullah s.a.w. Tetapi, anehnya, mereka beranggapan bahawa cara
semacam itu ( berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat) sebagai
salah satu langkah untuk menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Contoh bidaah Idafi yang lain adalah seperti membaca selawat
sebelum azan sehingga orang awam mengira bahawa bacaan tersebut merupakan sebahagian
daripada azan. Padahal yang sebenarnya kalimat-kalimat azan itu adalah
terpelihara dan sudah menjadi ketetapan syarak.
Cara-cara seperti inilah yang dapat digolongkan bidaah
Idafi. Namun anehnya, para mu’azin sebaliknya merasa selesa dan gembira menggunakan
cara tersebut untuk memanggil orang beribadah kepada Allah. Dengan demikian,
status azan yang tadinya sunnah berubah menjadi bid’ah dan sia-sia.
Dari sekian contoh di
atas dapat disimpulkan bahawa bid’ah Idafi itu umumnya berupa amalan-amalan yang
diambil dari ajaran agama, tetapi diamalkan dengan cara yang keluar dari batas
yang telah ditentukan oleh agama itu sendiri. Ajaran-ajaran agama itu tak
ubahnya seperti anggota tubuh yang lengkap dengan pancaindera dan perhiasannya.
Jika kaki pindah ke tempat tangan dan telinga pindah ke tempat hidung atau
sebaliknya, nescaya amatlah janggal dan hodoh, walaupun pemindahan itu tidak
mengambil anggota lain di luar tubuh.
Contoh seterusnya ialah mengadakan solat khusus bulan Rejab
dan Syaaban dengan maksud tertentu. Malangnya, ada sebahagian ulama yang
beranggapan amalan tersebut dibolehkan dengan alasan memandang prinsip bahawa
sembahyang bukanlah perbuatan mungkar.
Khusus dalam masalah sembahyang ini, Imam Nawawi pernah
berkata, “Bahawa kedua macam sembahyang tersebut adalah mungkar”.
Begitu juga, membaca Al Quran dan zikir di hadapan jenazah
dengan suara keras, termasuk bid’ah Idafi. Tentang membaca Al Quran dan zikir itu
sendiri memang sudah jelas ada dalam Islam,tetapi bukan dengan cara demikian.
Puasa pada tanggal 27 Rejab(dikatakan tarikh Isra’ Mi’raj)
dan 15 Syaaban (nisfu Syaaban) termasuk bidah Idafi. Prinsip puasa memang
ibadah yang dibenarkan, tetapi dengan mengkhususkan padahari-hari tersebut
hukumnya bid’ah.
Dengan demikian, jelaslah bahawa orang yang mengerjakan
bid’ah itu bererti mencampuradukkan amalan soleh dengan yang batil, sekalipun
untuk tujuan yang baik.
Amalan-amalan sebagaimana disebutkan tadi itu tidak lain
kerana kebodohan mereka tentang sunnah dan kerana berfikiran jumud (sempit) ;
tidak mahu menilai dan mengkaji ajaran yang dibawa oleh orang-orang jahil.
Harapan kami semoga dengan memahami kejanggalan
amalan-amalan tersebut, sedikit sebanyak dapat memberikan semangat untuk mereka
mempelajari hakikat ajaran Islam yang sebenarnya.
Kami berharap, dalam membanteras seluruh macam bid’ah itu
hendaknya dilakukan dengan beransur-ansur dan dengan sikap lemah lembut serta
memberikan penjelasan yang berhikmah kepada merekayang mengamalkannya. Hal ini
dilakukan untuk menjaga dari segala macam kekaburan yang selama ini
menyelubunginya, juga untuk menjaga agar jangan sampai nasihat-nasihat yang
demikian baik itu bertukar menjadi fitnah yang menyerang pula soal-soal yang
tidak ada kaitannya.
PENUTUP
Dalam ibadah tidak memadai hanya dengan niat yang baik tanpa
mengikut syariat atau sunnah. Niat yang baik mestilah diiringi dengan cara yang
betul. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang bermaksud:
Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup -
untuk menguji dan menzahirkan keadaan
kamu: siapakah di antara kamu yang lebih
baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.
[al-Mulk 67:02]
Makna “lebih baik amalnya” (أحسن
عملا ) ialah siapa yang
amalannya paling ikhlas dan paling betul (أخلصه
وأصوبه). Ini kerana
sesuatu amalan jika ikhlas tetapi tidak betul maka ianya tidak diterima. Begitu
juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas, maka ianya tidak diterima.[1] Betul
merujuk kepada apa yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.
Insan tanpa panduan al-Quran dan al-Sunnah akan tersesat
dalam menentukan cara ibadah kepada tuhan. Inilah yang berlaku di dalam
agama-agama palsu. Mereka mencipta cara ibadah menurut akal fikiran mereka
tanpa tunjuk ajar wahyu. Mereka tersesat jalan kerana mendakwa kehendak tuhan
dalam ibadah tanpa bukti, sekalipun mungkin mereka itu ikhlas. Ini kerana
ibadah adalah agama dan agama tidak boleh diambil melainkan dari tuhan itu
sendiri. Untuk itu Islam mengharamkan bid‘ah atau mengada-adakan ibadah tanpa
bersumber daripada al-Quran dan al-Sunnah. Keikhlasan tanpa diikuti dengan cara
yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah adalah sama seperti amalan percipta
agama palsu yang ikhlas tanpa bimbingan wahyu.
Justeru itu ibadah mestilah bertepatan dengan apa yang
dibawa oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berdalilkan apa yang disebut oleh
Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi
Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Ali Imran 3:31][2]
Ibadah yang tidak mengikut cara yang ditunjukkan oleh
baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sekalipun niat pengamalnya baik,
adalah tertolak. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang bermaksud:
Dan sesiapa yang
mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia
pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. [Ali Imran 3:85]
Berkata al-Imam Ibn Kathir rahimahullah (774H) ketika
menafsirkan ayat di atas:[3]
“Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang
disyari‘atkan oleh Allah maka sama sekali ianya tidak diterima.”
Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradawi mengingatkan:[4]
Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan
yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk
keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang
disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (tatacara) yang diredhai-Nya. Janganlah
ibadah seorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan
hawa nafsu dan sangkaan.
Lebih jauh, beliau berkata:[5]
Tidak boleh bagi sesiapa pun dari kalangan imam-imam kaum
muslimin sekalipun tinggi darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh bagi
mana-mana badan ilmu sekalipun hebat kedudukannya, demikian juga tidak boleh
bagi mana-mana institusi ilmu, atau golongan dari kaum muslimin sama ada kecil
atau besar, untuk mencipta (ibtida’) ibadah yang baru dalam agama Allah atau
menokok tambah ibadah yang ada dalam agama atau mengubah cara yang dilakukan
pada zaman Rasululah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana pembuat syari‘at
hanyalah Allah manakala al-Rasul (Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam) adalah
penyampainya sedangkan kita hanyalah pengikutnya. Segala kebaikan itu dalam
al-ittiba’ (mengikut apa yang ditentukan Allah dan Rasul-Nya).
Dr. ‘Abd al-Karim Zaidan, semoga Allah memeliharanya, turut
menekankan perbezaan antara niat yang ikhlas dan ibadah yang betul:[6]
Amalan salih ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah.
Apa yang sahih itu ialah yang menepati syarak. Maka membuat bid‘ah dalam agama
dengan menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan
tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah…
Bid‘ah itu lebih buruk daripada maksiat. Ini kerana bid‘ah
mengubah agama serta menghukum dan mentohmah syarak sebagai cacat, berhajatkan
kepada penyempurnaan, (sama ada dalam bentuk) pengurangan dan mengubahan. Ini
adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal
dengannya. Untuk itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberi amaran
mengenai bid‘ah, sabdanya yang bermaksud
Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam
agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah
adalah sesat.[7] Maka segala kebaikan ialah apa yang dibawa oleh syarak dan
berpada dengannya.
Perlu ditekankan di sini, manhaj kita Ahl al-Sunnah wa
al-Jama'ah ialah tidak menghukum seseorang kerana kejahilan yang tidak
disengajakannya. Oleh itu jika seseorang itu melakukan ibadah dengan sangkaan
ia adalah benar sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya, dia tetap memperolehi
pahala. Seseorang itu tidak dihukum disebabkan kejahilannya yang tidak
disengajakan sedangkan dia telah berusaha untuk mendapatkan ilmu. Contohnya
ialah orang awam yang tidak dapat membezakan antara hadith dengan bukan hadith,
sahih dengan tidak sahih dan yang tidak mampu mengambil maklumat agama daripada
sumbernya yang tulen. Ini semua dengan syarat dia tetap berusaha dan apabila
sampai kepadanya ilmu yang sahih dan tulen, dia tidak bersikap ego terhadapnya
tetapi terus merendahkan diri menerimanya. Hendaklah dia bertaubat dengan
meninggalkan apa yang sebelum ini disangkakan benar kepada apa yang kini
diketahuinya sahih lagi tulen. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang bermaksud:
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan
amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan kejahatan mereka
dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[al-Furqan 25:70]
Perkara kedua yang
perlu ditekankan adalah, umat Islam sepatutnya berlumba-lumba membuat bid‘ah[8]
dalam urusan dunia, bukan agama. Malangnya mereka tidak membuat bid‘ah ini,
iaitu memulakan ciptaan baru seperti senjata, peralatan moden, perubatan dan
sebagainya. Padahal mereka diizinkan, malah disuruh memulakan perkara baru
dalam urusan dunia yang memberi manfaat. Umat Islam masa kini jarang-jarang,
malah hampir tiada, memulakan perkara yang baru dalam urusan dunia, sebaliknya
hanya bergantung kepada dunia Barat. Hakikat ini telah disentuh oleh al-Syeikh
Dr. Yusuf al-Qaradawi:[9]
Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru
bukannya dalam agama. Agama hanya berdasar apa yang diturunkan Allah. Wajib
kekal terpelihara lagi bersih dari permainan golongan yang sia-sia, penyelewengan
golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran golongan yang jahil.
Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar ialah dalam urusan dunia. Ianya
sangat luas dan banyak. Memerlukan keupayaan seni dan rekaan. Namun apabila
kaum muslimin mundur, keadaan mereka buruk, urusan mereka rosak dan berpecah
masyarakat mereka, urusan mereka menjadi terbalik dan keadaan menjadi
sebaliknya. Dalam urusan dunia mereka terhenti menjadi begitu jumud seperti
batu atau lebih jumud dari itu. Mereka tidak memulakan rekaan, mengadakan dan
menyingkap perkara baru. Slogan mereka: “Golongan awal tidak meninggalkan untuk
yang kemudian sedikit pun.”[10] Adapun dalam agama mereka mengadakan rekaan,
membuat bid‘ah dalam beragam bentuk ibadah yang tidak diizinkan Allah.
Akhir kata, marilah kita berusaha agar ibadah kita menepati
sunnah dan menjauhi bid‘ah. Marilah kita mendalami ilmu yang sahih lagi tulen
agar dengan itu ibadah kita adalah sahih dan tulen juga. Apabila kita telah
mencapai tahap ini, marilah kita membuktikan kesyukuran kita kepada Allah
Subhanahu wa Ta‘ala dengan menyampaikan ilmu yang sahih dan tulen kepada umat
Islam yang selainnya. Jangan menghukum mereka secara terburu-buru, sebaliknya
betulkanlah mereka secara hikmah dan bijaksana. Jangan merasa gembira hanya
apabila diri sendiri berada di atas kesahihan dan ketulenan tetapi
bergembiralah hanya apabila umat Islam semuanya berada di atas kesahihan dan
ketulenan. Berpegang kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bukan sahaja dalam beribadah tetapi juga dalam berdakwah:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras
hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka
lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah
berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.
[Ali Imran 3:159]
Wallahu’alam.
Penulis: Dr
Yusuf Qardhawy dan Muhammad Al-Ghazali.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.