Kenapa Wanita Tak Sanggup Dimadukan?
Islam mengharuskan seorang lelaki berkahwin lebih dari satu.
Kahwin lebih dari satu ini adalah sunnah , sungguhpun begitu ia diberi dengan
syarat yang ketat.
Allah berfirman yang bermaksud :
“Dan jika kamu takut tidak
berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan
mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara
isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau (
pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah
lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
(Surah an-Nisa’: 3.)
Sungguhpun begitu ramai dikalangan suami di Malaysia yang
berpoligami tidak berlaku adil dan mengabaikan kebajikan isteri-isteri mereka
terutamanya isteri pertama, ini menjadikan Ramai dan kebanyakan isteri paling
fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang sampai sanggup berbuat apa sahaja
termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan
diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).
Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang
dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan
agama. Ini boleh mengundang dosa.
Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada
yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan
masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.
Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha
Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah
petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.
Kenapa isteri menolak poligami?
1. Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat
sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak
kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau
bermadu. Kebanyakan wanita tidak dapat menerima hakikat bermadu itu adalah satu
keharusan dalam Islam. Ini disebabkan majority isteri yang bermadu menghadapi
masalah ketidak adilan tanggung jawah oleh suami mereka.
2. Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan
fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan
dan kutukan dari masyarakat yang majoriti tidak sukakan orang berpoligami.
3. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai
perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Ini juga
diantara sifat jahil masyarakat yang tidak begitu faham tentang keharusan
poligami dalam Islam.
4. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri
mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah
tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti
pincanglah sesuatu institusi. Sedangkan Islam meletakkan syarat yang ketat
untuk suami yang berpoligami, jika tidak berlaku adil di akhirat kelak mereka
akan berjalan dengan bahu yang senget sebelah.
5. Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah
bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan
tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.
6. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri
pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di
aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.
7. Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan
untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang
lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.Sudahnya, meranalah seluruh isi
keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.
8. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik
isteri.Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah
lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain. Juga mereka takut akan dikatakan
tidak pandai menjaa suami.
9. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka
terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya
pinjaman dari Dia yang Esa. Isteri yang menentang kebiasaanya jahil tentang
ajaran agama berkenaan dengan keharusan berpoligami.
10. Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu
sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya
halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya dan
suami mampu dan boleh berlaku adil dalam segala hal.
Manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati
yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati. Antara penyakit hati yang
paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila
melakukan kejahatan dan melanggar
perintah Allah, sebaliknya tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan
kepada Allah. Ini semua kerana tahap ilmu agama yang tidak mendalam serta
keimanan yang lemah dan kurang sifat taqwa.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.