1. SKIL BERKOMMUNIKASI
Mampu berkemunikasi dengan baik
dan efektif melalui perlbagai cara : melalui emil, percakapan, mesej telefon,
bercakap di telefon, and melalui bahasa badan (bahasa isyarat). Komunikasi
juga termasuk mempunyai skil untuk
mendengar dan dapat mengikuti segala arahan secara baik dan juga memberi
maklumbalas yang tepat);
2. KEJUJURAN
Majikan memerlukan maklumat yang
tepat secara berkala terhadap maklumat perniagaan dan juga perkembagan para
pekerja mereka. Jika melakukan kesilapan, jangan cuba untuk menutupnya, mengaku
kesalahan itu, dan berlajarlah dari kesalahan itu dan jangan ulangi kesalahan
yang sama.
3. KOMPITENSI TEKNIKAL
Kebanyakan jawatan memerlukan skli
tertentu semasa jawatan itu diiklankan. Jika kita diambil bekerja untuk sesuatu
tugas, kita hendaklah mempunyai skil. Tindakan untuk sentiasa mempertingkatkan
skil-skil tertentu disepanjang masa adalah amat diharapkan oleh majikan.
4. ETIKA
KERJA
Pastikan datang kerja di masa yang
tepat, lakukan tugas yang telah
diamanahkan sebaik mungkin, mencapai target dan masa yang ditetapkan dan
bekerja secara terbaik yang anda mampu lakukan. Jika ini diamalkan, tiada benda
yang akan majikan rungutkan lagi tentang perstiasi anda.
5. KEANJALAN
Majikan dan pekerja perlu
bertindak secara cepat terhadap apa jua perubahan persekitaran bisnes. Majikan amat memerlukan
para pekerja yang mampu untuk menukar halaju cara kerja dan cepat membuat
adaptasi terhadap apa jua perubahan dalam bisnes.
6. BERSEMANGAT
DAN TAHAN UJI
Majikan akan menetapkan beberapa matlamat yang amat
mencabar, kebiasaanya ia mampu dicapai. Yang penting pekerja hendaklah mampu
bekerja keras dan sentiasa maju kehadapan serta berupaya menempuh
segala halangan dan rintangan.
7. MAMPU
BEKERJA SECARA HARMONI DENGAN RAKAN SEKERJA
Majikan dan para pengurus
memerlukan pekerja yang dapat bekerjasama dengan mereka serta juga boleh
berkejasama dengan rakan sekerja serta boleh bekerja dengan sesiapa sahaja
secara efektif dalam pelbagai suasana kerja.
8. BERSEMANGAT
DAN BERSEDIA UNTUK MENAMBAH PENGETAHUN ASAS KERJA DAN PELBAGAI KEMAHIRAN
Keadaan bisnes yang sentiasa
berubah-rubah, semestinya memerlukan maklumat yang baru terkini, pertambahan
pegetahuan dan mencari kaedah terbaru dalam mejalankan kerja. Mereka yang
mempunyai minat untuk belajar, dan juga bersedian untuk mengajar orang lain,
akan menjadi pekerja yang amat bernilai.
9.
KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
Syarikat amat memerlukan mereka yang bermotivasi untuk menghadapi cabaran
dengan pengawasan yang minima. Pekerja seharusnya sentiasa perihatin terhadap
tindakan yang perlu di ambil dan bertindak sewajarnya.
10. KESETIAAN
Majikan
memerlukan pekerja yang jujur dan bekerja secara professional bagi mencapai
kepentingan majikan. Majkan tidak mahu pekerja yang memerlukan pengawasan yang
ketat dan mereka yang tidak boleh dipercayai bagi mewakili pihak syarikat di
khalayak awam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.