INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – 12/2/2016
Ikhwan Muslimin,
Alhamdulillah, kita
bersyukur kepada Allah SWT kerana masih diberi kesempatan menjalalani kehidupan
ini dengan ibadat dan ketaatan. Semoga amal ibadat kita terus diterima oleh-Nya
.
Islam amat
menitikberatkan umatnya supaya ISTIQAMAH dalam setiap apa yang dilakukan. Kalimat
istiqamah membawa pengertian melakukan sesuatu perkara secara berterusan dan
bukan terhenti pada musim-musiam tertentu sahaja. Ini kerana amalan yang
dilakukan secara istaqamah lebih disukai oleh Allah SWT. Bahkan individu yang
beristiqamah mempunyai pegangan akidah Islam yang sebenar dan mampu menjalankan
syariat dengan teguh walaupun dalam apa situasi sekalipun.
Allah berfirman yang ertinya : “ 0leh itu, hendaklah engkau
(wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh diatas jalan yang betul sebagaimana yang
diperintahkan kepada mu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada
kebenaran mengikutmu berbuat demikian, dan janganlah kamu melampaui batas hokum-hukum
Allah. Sesungguhnya Allah maha melihat akan apa yang kamu kerjakan”. ( Surah Hud:
112)
Beristiqamah dalam
sesuatu amalan kebaikan membawa banyak manafaat kepada pelakunya. Terdapat beberapa
tanda orang yang beristiqamah sebagaimana disebutkan oleh Syikh Othman hin
Hassan Al Syakar AlKhubari didalam kitab Darultul Nasihin iatu sentiasa
memelihara solat lima wakatu, sentiasa memlihara lisan daripada perkataan yang
jahat, sentiasa menghindari perasangka buruk, , tidak menghina sesama saudara
seIslam, semtiasa bersederhana dalam semua keadaan, sentiasa berinfak dijalan
Allah SWT. Sentiasa memlihara pandangan dari maksiat, tidak membangkan diri dan
sentiasa berpegang teguh dengan akidah yang betul.
Bagi memastikan
istiqamah terhasil, maka kita perlu melalui tiga tahap:
Tahap Pertama:
Tahap
istiqamah hati, iatu keadaan dimana kita
sentiasa teguh mempertahankan kesucian iman dan memlihara hati dari perkara
syirik. Menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela seperti riak, dan menyuburkan
hati dengan sifat-sifat terpuji seperti ikhlas dalam dan sentiasa berkata
benar, jujur tidak berpura-pura, dan tidak berdolak dalik seiring dengan
tindakan yang dilakukan.
Tahap
Kedua:
Ada
pada orang yang beriman yang beranii menyatakan dan mempertahankan kebenaran
dan hanya takut kepada Allah SWT. Semata-mata.
Tahap
Ketiga:
Tahap
istiqamah perbuatan iaitu yang merangkumi ketekunan kita dalam melakukan amalan
atau apa sahaja usaha untuk mencapai kejayaan yang diredai oleh Allah SWT
sehingga menghasilkan sikap dedikasi dan konsistent tanpa timbul rasa cepat
kecewa, lemat semangat atau berputus
asa..
Yakinlah
dengan beristiqamah dan berpegang teguh pada jalan Allah SWT nescaya kita akan
mendapat rahmat daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Firman
Allah yang ertinya: “ Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami adalah Allah,
kamudian mereka tatap di atas jalan yang betul, turunlah kepada mereka malaikat
dengan berkata: “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukaciata, dan
terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijankikan
kepada kamu”. (Surah Fasilat :3).
Bagi
orang yang tidak istiqamah pula, mereka mudah diserang rasa kecewa dan putus
asa apabila sesuatu yang diharapkan tidak tercapai. Bahkan mereka juga akan
menghadapi dan menemui banyak kegagalan. Menurut pemerhatian , antara perkara
yang mengagalkan usaha istiqamah ini adalah kelemahan benteng diri dalam
mempertahnkan kesucian dan ketaqwaan
dalam jiwa mereka. Justru bagi mengatasi malah ini, khutbah ingin menyarankan :
Pertama:
Merasa
kebersamaan dengan Allah; iaitu mengiganti Allah SWT segan cara memikir
keagungan, kebesaran dan merenung cipataan-Nya.
Kedua:
Iltizam
di atas kebenaran Islam.
Ketiga
:
Membuat
muhasabah keatas setiap perbuatan sebelum, semasa dan selepas melakukanya.
Keemapat:
Menghukum
terhadap diri sendiri diatas kesilapan yang telah dilakukan.
Kelima:
Berusaha
untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu dan menerapkan seluruh nilai
dakan kehidupan.
Sabda
Rasulullah SAW : “ Lakukan amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah
SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan
yang paling Allah SWT sukai ialah amalan yang berterusan”.
Sumber
: MAIK.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.