Kita
Semua Sentiasa Diuji oleh Allah - Bersabar dan Redha
Firman Allah SWT: “Tiap-tiap yang
berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan
kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan.” (Al-Anbiyaa' 35)
“Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang
mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah
menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang
demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang
yang berdusta.” (Al-'Ankabuut 2,3)
“Demi sesungguhnya! Kami akan
menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh
sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan
pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang
dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Al-Baqarah 155-157)
Jika kita meneliti dan menghayati
firman Allah dalam Al Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang Allah jelaskan
bahawa setiap manusia yang hidup di dunia ini akan diuji dengan pelbagai cara.
Bagi mereka yang beriman setiap ujian itu diteri dengan berlapang dada dan
dihadapi dengan penuh kesabaran. Jika dia di uji dengan kesakitan dan
kesusahan, dia kan beristighfar banyak-banyak kerana mempunyai kesedaran dan
keinsafan bahawa penderitaan yang di alami itu adalah satu signal dari Allah
supaya dirinya kembali mengadap Allah, memohon keampunan dan bertaubat diatas
segala kesalahan dan dosa yang dilakukan sebelum ini.
Sebaliknya bagi orang yang kurang
imannya, dia akan beredukacita, merasa bosan dan mula mencari kesalahan orang
lain atau menyalahkan diri sendiri kerana berlaku kesusahan atau kesakitan. Mereka
yang bersifat sebegini biasanya tidak sabar dan mudah putus asa, bila di timpa
kesusahan dia akan berdukacita dan tidak menghisbah diri sendiri tetapi suka
menyalahkan takdir. Mula bersikap memarahi orang lain atau memarahi
persekitaran dunia yang tidak memberi kesenangan dan kebahagian . sifat
sebegini adalah satu sifat yang rugi kerana orang yang dtitimpa susah tetapi
tidak kembali kepada kekuasaan Allah, dia akan tertekan dan rasa dirinya tidak
diperlukan lagi, biasanya dia mudah dilanda kemurungan dan kesedihan yang amat
sangat. Sifat sebegini adalah amat merugikan dia akan di murkai Allah.
Jika melihat kepada realiti
kehidupan, pasti setiap insan akan di uji oleh Allah. Itu adalah janji Allah
dan ketentuan0Nya.
Kita semua pasti diuji engan
pelbagai cara………
• Ada insan yang diuji dengan
kekayaan dan kesenangan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan pangkat dan kedudukan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kesakitan, dihidapi bermacam penyakit ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kegagalan dan muflis ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan dalam hidup.

Ketahuilah segala ujian Allah itu ada hikmahnnya dan ujian yang
diberi kepada sesorang itu adalah berpadanan dengan kebolehan dan kesanggupan
dia menaggung ujian.. Ini telah di
rencana oleh Allah.
• Bila engkau lihat seseorang yang
kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

Ingatlah...
• Kita kaya dan bergaji besar, kaya
dan bergaji besar itu menjadi ujian kita.
• Kita cantik dan kacak, cantik dan kacak itu menjadi ujian kita.
• Kita berpangkat dan berkedudukan tinggi, pangkat dan kedudukan tinggi itu menjadi ujian kita.
• Kita alim, hebat dan banyak ilmu, alim, hebat dan banyak ilmu itu menjadi ujian kita.
• Kita gagal, sedih dan ditimpa bencana, gagal, sedih dan ditimpa bencana itu menjadi ujian kita.
• Kita sakit dan susah, sakit dan susah itu menjadi ujian kita.
• Kita cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik, cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik itu menjadi ujian kita.
• Kita mempunyai berbagai apa-apa lagi kelebihan dan bermacam kekurangan, itu menjadi ujian kita.

“ ALLAH LEBIH TAHU DARI APA YANG
KAMU TAHU. KETIKA ALLAH MENGAMBIL
SESUATU YANG BAIK DARI HIDUPMU. BERSYUKURLAH
KERANA ALLAH TELAH MEMPERSIAPKAN SESUATU YANG JAUH LEBIH BAIK BUAT DIRI MU”
Begitulah hakikatnya, kita semua
pasti akan diuji. Tak sekarang, mungkin masa-masa akan datang, hinggalah
sampainya ajal. Dilepasi satu ujian, akan datang pula ujian yang lain dan
begitulah seterusnya. Ramai mana diantara kita yang mampu sabar dan kuat
menghadapi ujian-ujian ini. “Redha dengan ketetapan Allah, Masih sentiasa
bersyukur dalam keadaan apapun, Sabar menghadapinya, Tidak lalai dan lawan
dengan nikmat kurniaan Allah, Mampu pelihara diri dari durhaka kepada Allah, Makin
sentiasa dirasakan kezuhudan pada diri, Makin bertambah keinginan untuk
beribadat dalam mensyukuri nikmat Allah, Memanfaatkan ke jalan yang betul,
Tiada sifat sombong, riak, ujub dan dengki pada dirinya”.
Inilah contoh dan antara hasil
keadaan yang sedang dan bakal dilalui kita semua dalam bila diuji. Memang sukar
menghadapi dan melepasi segala ujian ini, apatah lagi bila hidup kita masih
dipenuhi dan diselangi perbuatan maksiat. Tahap iman dan taqwa kita lemah.
Kefahaman Islam kita begitu rendah. Amal kita kurang. Demikian perlu untuk
kuatkan dalaman kita, didalami dan difahami Islam sesempurnanya. Insya’ allah,
hasil dari kefahaman yang mendalam itu akan melahirkan keyakinan dan keteguhan
yang kuat untuk terus tabah mendepani ujian-ujian hidup, redha dan tidak alpa.
Buat diri dan pembaca-pembaca
sekalian. Perlu kita sentiasa berhati-hati dalam sering bila bercakap dan
menilai orang. Amat perlu dinilai sama dan sentiasa akan keadaan diri kita.
Kekuatan, ketabahan dan kesabaran hidup sangatlah sentiasa patut dipohonkan
kepada Allah, kita tak tahu waktu hidup ini bila berakhir, mungkin suatu masa
ujian-ujian lain itu akan ditimpa juga pada kita. Demikian perlu untuk sentiasa
pohon pada Allah supaya dikuatkan Iman dan ditetapkan hati atas jalan yang diredhai-Nya.
Terus berusaha dan jangan kita sewenangnya mudah mengata, mengejek dan
mengaibkan orang. Pohon taubatlah kita pada Allah. Telah ramai insan lain yang
sudah pergi meninggalkan kita. Ada dikalangan mereka yang mampu bersabar dan
mampu mengawal diri bila berhadapan dengan bermacam ujian hidup, mereka tidak
semudahnya derhaka pada ketetapan Allah, leka dan murka dari nikmat Allah. Dan
ada dikalangan mereka yang tak mampu bersabar dan tewas diri bila berhadapan
dengan dari ujian hidup ini. Akhir saat sebelum hidup kita macam mana segalanya
tak diketahui.
Sedarilah...
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita
bila diuji dengan kesusahan, kemiskinan, kecacatan dan serba kurang.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesakitan, lumpuh dan dihidapi bermacam penyakit.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kekayaan dan kesenangan dunia.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan pangkat, kedudukan dan wanita.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kegagalan, kerugian dan ditimpa bencana.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kealiman, disanjung, hebat dan banyak ilmu.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan berbagai bentuk kelebihan dan bermacam kesukaran dan kekurangan dalam hidup.

Sebagai tauladan dan penguat
semangat kita, marilah sama-sama kita baca dan hayati sejarah kisah Nabi-Nabi
terdahulu, para sahabat, dan ulama’. Mereka telahpun diuji dengan berbagai
ujian yang lebih dasyat lagi, tak dapat nak dibanding dengan keadaan kita hari
ini, bukan mudah nak menjadi hamba yang benar-benar soleh, sabar, beriman dan
bertaqwa. Nabi Ayub as, diuji dengan penyakit selama berbelas tahun. Nabi Lut
as dengan isteri sendiri yang durhaka pada Allah. Nabi Nuh as dengan anaknya.
Nabi Zakaria as yang digergaji. Nabi Muhammad SAW yang dikhianat dan diingin
bunuh, para sahabat-sahabat, ulama’-ulama’ yang disiksa. Dan banyak lagi
keperitan hidup yang ditempuhi mereka. Hanya syurga menjadi rebutan dan balasan
yang mengembirakan dari kesakitan ini. Dihidup dan diuji dan dapat hasilnya. Jika
tak dapat untuk dipercayai dan diyakini lagi hal ini. Maka adakah kita dapat
juga menghalangnya dari berlaku hal kematian dan waktu hari bumi dimusnahkan?
Yakinilah...
• Kita ada Allah, Tuhan yang
berkuasa, yang menciptakan kita.
• Kita ada Islam, Agama cara hidup yang selamat dan sempurna, yang datang benar dari Tuhan kita.
• Kita ada Al-Quran dan As-Sunnah, Kitab hujjah, panduan yang lengkap untuk sepanjang hidup kita.
• Kita ada Nabi, yang telah mengajar, menunjuk contoh, berpesan dan memberi peringatan pada kita.
• Marilah kita mentauhidkan Allah, mengikut, menerima, menuruti dan meyakini segalanya dari Allah dan utusan dari Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW.

Sama saling mendoakan, mudahan kita
terus bersemangat dan makin tabah menghadapi atau sedang berada dalam ujian.
Tidak dan jangan berputus asa. Segalanya sudah pasti punyai hikmah dan sebab
yang tidak kita ketahui dari Allah SWT. Sama-sama renungi peringatan-peringatan
ini: “Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia
mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui
(pula) apa yang kamu usahakan.” (Al-An'aam 3)
“Dan boleh jadi kamu benci kepada
sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui
(semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah 216)
“Kerana boleh jadi kamu bencikan
sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan
yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa' 19)
“Kamu tidak mengetahui barangkali
Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.” (Ath-Thalaaq 1)
“Dan orang-orang yang berjihad
(bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar
beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-'Ankabuut 69)
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan)
yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
(Al-Baqarah 286)
Sabda Nabi SAW: “Tidaklah seorang
muslim tertimpa kesakitan kerana tusukan duri, atau yang lebih sakit darinya,
kecuali Allah akan menghapus dosa-dosa dengannya, sebagaimana pohon
menggugurkan daun-daunnya.” (Hr Bukhari)
“ Ya Allah, Jadikanlah kami
hamba-Mu yang bersabar saat diuji oleh-Mu”
Hakikat sebenar kehidupan dunia
adalah tempat nikmat sementara dan ia tempat diuji untuk meraih hasil syurga di
akhirat. Firman Allah SWT: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk
syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan
(oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah
sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang
teguh kepada Ugama Allah).” (Al-Baqarah 214)
“Tiap-tiap diri akan merasai mati,
dan Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan
kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Al-Anbiyaa' 35)
Kesimpulannya... Masa kita yang
terus berjalan.
• Kita patuh perintah Allah, tapi
rasa susah dan banyak masaalah dalam hidup kita. Itu adalah ujian dari Allah.
• Kita patuh perintah Allah, dan rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu juga adalah ujian dari Allah.
• Kita derhaka perintah Allah, dan rasa susah dan banyak masaalah dalam hidup kita. Itu adalah balasan, peringatan dan kasihnya dari Allah.
• Kita derhaka perintah Allah, tapi rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu adalah istidraj dari Allah. (istidraj, contoh mudah seperti Firaun)

Sabda Nabi SAW: “Apabila kamu
melihat Allah memberikan kurniaan dari kelebihan dunia yang disukai ke atas
seseorang hamba yang bermaksiat kepada Allah, maka sebenarnya itu adalah
istidraj. (Kemudian Rasulullah membacakan ayat 44 Surah al-An’am)”. [Hr Ahmad,
28/547, no 17311. Dinilai hasan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi dan Syu’aib al-Arnauth]
Akhirnya bila telah difahami, maka
terlahirlah sifat merasa tiada lagi rasa atau beza sedikitpun bila yang cantik
atau yang tidak, serba lebih dan hebat atau serba kurang dan lemah. Bila telah
sentiasa sering disedari dan diingati hakikat ujian dalam hidup ini. Hakikat
sebenar kehidupan didunia ini. Semua itu ujian dalam hidup. Itu semua ujian
dari Allah. Bersihlah dari segala penyakit hati, ingatlah dunia akan dirasa
kenyang hanya bila sudah mati. Demikian yang patut terbit, hanya ingin dirasa
untuk saling membantu, berkerjasama dan memberi teguran. Rendah diri, tidak ego
dan mahu hendak berbeza dalam berlumba meraih nilai yang sebenar, yang agung
disisi Allah, iaitu Taqwa. Masing-masing tiap kita semua pasti akan pulang
mengadap Allah, mendapat keadilan dari Allah atas segala usaha dan niat kita
semasa didunia yang sebenarnya. Kelak kita ketahui hasil dari segala anugerah,
kurniaan dan kekurangan itu adalah sebenarnya ujian, yang ia selalu asyik
direbut dan dinilai-nilaikannya, dihina dan direndah-rendahkannya. Ini semua
penting untuk disedari, ia membawa kepada natijah syurga atau neraka. Inilah
kemuncak dari segala-galanya. Di Syurga tiada lagi ujian-ujian, itulah nikmat
yang dinantikan.
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah
kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri
(kepada-Mu)”. (Al-A'raaf 126)
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.