Saoalan:
“Apakah hukumnya sorang suami menganiaya isteri dan anak2 (abai
tanggungjawab). Tolong saudara beri penjelasan”
Jawapan:
Perkahwinan merupakan anugerah Allah kepada umatnya, naluri
untuk hidup bersama diantara lelaki dan wanita adalah satu fitrah anugrah
Allah. Untuk itu Allah telah adakah peraturan nikah kahwin untuk umat Islam
hidup sebagai suami isteri yang sah.
Nikah bermaksud satu
ikatan perkahwinan yang sah diantara lelaki dan perempuan dengan syarat-syarat
yang tertentu seperti bakal suami, bakal isteri, wali, 2 orang saksi, ijab dan
qabul. Pernikahan ini mestilah berdasarkan kepada tuntutan agama bukan
berdasarkan nafsu syahwat yang sentiasa menipu dan membinasakan manusia.
Perkahwinan yang dilaksanakan kerana agama atau sunnah Nabi
Muhammad saw akan memperolehi keberkatan dari Allah, sebab ia menjadikan agama
sebagai pedoman dalam mencari pasangannya Ianya dianggapkan sebagai salah satu
ibadah.
Hadis yang bermaksud :
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana
keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita
yang beragama nescaya kamu berbahagia”. (HR Bukhari dan Muslim)
Apabila pasangan pengantin telah diijab qabulkan, maka
jatuhlah kepadanya satu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Ini merupakan
amanah dari Allah agar suami dan isteri dapat menjalankan kehidupan
rumahtangganya sepertimana yang dituntut oleh Islam.
Di antara tanggungjawab suami dan isteri ialah :
Tanggungjawab Suami Ke Atas Isteri Suami berkewajiban
memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun
tempat tinggal dengan cara yang baik.
Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya
pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya,
janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam
rumah.” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)
Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya,
walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak
mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud :
“Kepada orang-orang yang hendak
bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa
tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka
sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah :
226)
Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari.
Pada masa Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan.
Ketetapan Umar ini diambil dari firman Allah yang bermaksud : “Nikahilah
wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” (An-Nisa : 3)
Berbuat adil dalam
pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Hadis Rasulullah
yang bermaksud : “Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih
cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah
oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” (HR at-Tirmidzi)
Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah
tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari
(dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari Hadis
Rasulullah yang bermaksud :
“Bagi gadis tujuh hari, sedangkan
bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.”
(HR Muslim)
Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika
ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahinya jika ada yang meninggal
dunia.
Tanggungjawab Isteri Ke Atas Suami Isteri wajib mentaati
suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah. Namun
demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya.
Ketentuan semacam ini diambil dari Firman Allah yang bermaksud :
“Jika isteri-isteri kalian
mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan
mereka.” (An-Nisa : 34)
Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia
suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya.
Ketentuan ini diambil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia
memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang
tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu
yang dibenci suaminya” (HR An-Nasa’i)
Berpergian bersama
suaminya jika diajak. Sebab, berpergian bersama suami merupakan hak suami yang
wajib ditaati oleh isterinya. Isteri wajib melayani suami jika suami mahu
bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan
isteri dan hak bagi suami. Dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian
isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya
hingga pagi hari.” (Muttafaq ‘alaih)
Seorang isteri wajib
meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan puasa sunat. Hal ini
didasarkan pada sabda Rasulullah :
“Tidak halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya
menyaksikannya, kecuali berdasarkan izinnya.” (Muttafaq ‘alaih)
Penerangan Ringkas
Apa yang diterangkan di atas hanyalah sebahagian dari hak dan tanggungjawab di
antara suami isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak
menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah melakukan kesalahan. Begitu
juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak suaminya ia telah melakukan
nusyuz. Bagi pihak isteri yang diabaikan haknya, boleh menuntut haknya kepada
suaminya supaya dipenuhi haknya yang belum ditunaikan oleh suaminya. Kalau hal
ini tidak dipenuhi oleh suami juga walaupun diberi nasihat dan teguran, maka
isteri boleh melapurkan perkara ini kepada Jabatan Agama Islam negeri di
Bahagian Pembanggunan Keluarga Islam untuk mendapatkan nasihat dan tindakan seterusnya kepada suami
tersebut. Ingatan kepada suami pada waktu selepas akad nikah dahulu anda telah
melafazkan taklik bahawa jika anda mengabaikan tanggungjawab sebagai suami
selama 4 bulan Hijriah dengan sengaja atau paksaan, maka mengadulah isteri
kepada mana-mana Hakim Syariah atau Jabatan Agama Islam dan sabit kesalahannya,
maka dengan itu jatuhlah talak satu kepada isterinya.
Isteri-isteri yang terabai atau terinaya, tak perlulah takut
untuk bertindak kerana ini merupakan hak anda semua, tindakan anda jugak tidak
berdosa dan tidak dinamakan sebagai isteri yang derhaka. Mentaati suami hanya
atas perkara yang tidak melanggar suruhan Allah atau ketentuan agama sahaja,
mana-mana perkara yang melanggar suruhan Allah tidak wajib untuk anda ikutnya.
Oleh itu para suami sebagai ketua kepada isteri dan
keluarganya hendaklah menunaikan tanggung jawab yang diamanakan oleh Allah
setelah ianya bergeluar suami selepas “akad” di majlis perkahwinan. Ingatlah
bahawa kegagalan menunaikan tanggung jawab yang diamanahkan itu akan disoal
oleh Allah di akhirat kelak. Azab yang amat pedih akan dikenakan bagi suami
yang sengaja mengabaikan tanggung jawabya.
Begitu juga para isteri, hendaklah sentiasa taat kepada
suami setiap masa selagi arahanya tidak bercanggah dengan syariat. Yang lebih
penting kerjasama diantara suami isteri dalam menghadapi suka dan duka dalam
berumah tangga shajalah akan memperolehi kebahagian hidup didunia dan mendapat
rahmat Allah di akhirat.
Wallahualam.
Suber : the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.