Bagaimana
Untuk Menjadi Insan Yang Menyenangkan seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW
Islam telah memberi garis panduan kehidupan bagi setiap
insan supaya dirinya menjadi orang yang disukai oleh masyarakat. Kehidupan
seharian seseorang itu mestilah berlandaskan syariat. Insan yang beriman dan
bertaqwa kehidupannya akan menyenangkan masyarakat dan memberi banyak
manafaat. Diantra sifat-sifat yang perlu
ada bagi seseorang untuk menyenangkan hati sahabat khususnya dan masyarakat
amnya adalah seperti berikut:
1. Wajah Yang Selalu Ceria.
Rasulullah sentiasa berwajah ceria, baginda pernah besabda,
“Janganlah
terlalu membebani jiwamu dengan segala kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan
hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul beban-beban
yang berat, ia akan menjadi buta”. ( HR: Abu Dawud).
Untuk berwajah ceria
kita mestilah sentiasa redha dengan ketentuan qoda dan qada Allah serta juga
sentiasa memberi kemafaan terhadapan orang lain. Hindarkan perassaan dedam
kesumat barulah kita sentiasa gembira dan tiada tekanan perasaan yang
berpanjangan yang boleh membawa kepada kehidupan yang resah gelisahs dan
ketidak ceriaan;
2. Senyuman Ikhlas.
Rasulullah sentiasa tersenyum manis dan ini sangat
menyenangkan sesiapa yang melihatnya.
Senyuman adalah sedekah, senyuman yang ikhlas memiliki daya
sentuhan yang dalam ke lubuk hati sesiapapun, senyum adalah nikmat Allah yang
besar bagi manusia yang mencintai kebaikan. Untuk memiliki wajah yang sentiasa
senyum hendaklah ditanam sikap keikhlasan didalam hati. Bila kita mempunyai
sifat ikhlas makan tidak ada perasaan curiga terhadap orang lain dan sentiasa
bersangka baik. Ini membolehkan kita sentiasa berada dalam suasana damai yang
menjadikan wajah kita sentiasa senyum.
3. Kata-kata Yang Sopan dan Lembut.
Pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan
cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah, ketika
berbincang dengan para sahabatnya, sehingga wujud suasana yang menyenangkan.
4. Senang Menyapa dan Mengucapkan Salam.
Selalu menjadi orang yang memulakan dalam menyapa dan
mengucapkan salam.
Jabatlah tangan kawan kita penuh dengan kehangatan dan
lepaskanlah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang
dicontohkan Rasulullah.
Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh
perhatian.
.
5. Bersikap Sopan dan Menghormati Orang Lain
Rasulullah jika berbincang dengan para sahabatnya selalu
menghormati dengan cara memberi perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya
melawak, dan ikut merasa takjub ketika sahabatnya bercerita perkara yang
mempesona, sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh
Rasulullah.
.
6. Memberi Pujian Terhadap Orang Lain
Pujilah dengan ikhlas dan jujur terhadap sesuatu yang layak
dipuji sambil kita mengaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji
teringat akan asal nikmat yang diraihnya, menyatakan terima kasih dan do’a.
Hal ini akan membuatkannya merasa bahagia.
Dan ingat jangan pernah kedekut untuk berterima kasih.
.
7. Penampilan Yang Menyenangkan.
Pakailah pakaian yang kemas, sesuai dan wangi. Menggunakan
pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan,
Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, dan ini mestilah
dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.
..
8. Memaafkan kesalahan.
Jadilah pemaaf yang lapang dan ikhlas terhadap kekurangan
dan kesalahan orang lain kepada kita, kerana ia akan membuatkan kita bahagia
dan senang, walau sesiapapun yang pernah melakukan kekhilafan terhadap kita..
9. Memberi Hadiah.
Saling memberi dan berkirim hadiah akan menumbuhkan kasih
sayang.
Jangan pernah takut miskin dengan memberikan sesuatu, kerana
Allah yang Maha Kaya telah menjanjikan ganjaran dan jaminan tidak akan miskin
bagi ahli sedekah yang ikhlas.
.
10. Menolong dengan Sedaya- Upaya.
Bersegeralah menolong dengan segala kemampuan, harta,
tenaga, waktu atau setidak-tidaknya perhatian yang ikhlas, walau hanya
mendengar keluh kesahnya.
Apabila tidak mampu, maka do’akanlah dia, dan percayalah
bahawa kebaikan sekecil apa-apa pun akan diperhatikan dan dibalas dengan
sempurna oleh Allah.
.
11. Sumbangankan Ilmu dan Pengalaman.
Jangan kedekut untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang
dimiliki, kita harus berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada pada diri
kita dapat menjadi jalan bagi kejayaan orang lain.
InsyaAllah jika hidup kita penuh manfaat dengan ikhlas maka
kebahagiaan akan terasa nikmat, kerana tidak mengharapkan sesuatu dari
orang melainkan semata-mata kerana Allah SWT.
Keuntungan kita bukanlah diukur dari apa yang kita
dapatkan tetapi dari nilai manfaat yang ada dari kehadiran kita. Bukankah
sebaik-baik diantara manusia adalah orang yang paling banyak manfaatnya bagi
hamba-hamba Allah lainnya?
Wallahu’alam
Sumber : Muhamad Naim
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.