RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 9 April 2016

JANGAN ABAIKAN TANGAN KEBAS SELEPAS BANGUN TIDUR



JANGAN  ABAIKAN TANGAN KEBAS SELEPAS BANGUN TIDUR ( AKIBATNYA SARAF ROSAK DAN OTOT MENJADI KECUT )

Pernahkah anda merasai tangan kebas selepas  terjaga dari tidur pada waktu pagi ? berapa lamakah masa untuk kebas itu kembali normal. Berapa kerapkah situasi sebegini sentiasa berlaku pada diri anda ? atau sering bangun tidur dalam keadaan letih. dan..keadaan menjadi semakin rumit bila ia diringi dengan rasa kebas di tangan dan jangan biarkan masalah tangan kebas selepas bangun tidur mengganggu rutih harian anda.tidak lama kemudian..kaki pula rasa macam "cramp" selepas bangun tidur.Tangan dan kaki pun sering rasa lenguh-lenguh.jangan ingat ini sakit warga emas saja ya. Orang muda-muda pun mengalaminya juga.. ada yang sebelum period jadi lenguh satu badan..atau lepas buat kerja teruk, angkat barang berat sakit tu datang menyerang.

Gejala apakah ini..

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.

PUNCA TANGAN DAN KAKI SERING KEBAS 

1. Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.

2. Saraf periferi tertekan disebabkan oleh 'herniated disc' atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.

3. Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.

4. Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi, strok dan hypothyroidism

5. Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).

6. Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.

7. Kesan sampingan ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.

8. Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.

9. carpel tunnel syndrome biasa saya dengar.. ini melibatkan sesiapa yang kerja melibatkan pergerakan tangan yang banyak. contohnya, jurutaip., pesakit diabetis , migraine pun sering mengalami kebas rupa-rupanya..

10 dan of course... kesan daripada pengambilan ubat.

11. and, no wonderlah perokok sering complaint tangan dan kaki rasa kebas, ini rupa-rupanya kesan bahan toksik yang terkandung dalam rokok.

12. begitu juga sesiapa yang ambil minuman keras.

APA YANG KITA PERLU LAKUKAN ?

1.Sebaiknya segera mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut daripada mana-mana pegawai perubatan yang berhampiran sekiranya simptom tersebut berlanjutan.

2. Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda.

3. Ambil suplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin.

4. Dapatkan juga nasihat daripada pegawai farmasi mengenai symptom anda.

5. Lakukan senaman-senaman ringan bagi melancarkan lagi sistem darah anda.

6. Elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyempitkan saluran darah.

7. Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut.

8. Sentiasa panaskan badan dengan masuk ke dalam rumah apabila sejuk.

9. Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, dua kali sehari adalah lebih baik.

10. Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan/ stress

11.Memakai pakaian yang tebal misalnya topi (kepanasan badan hilang ke persekitaran melalui kulit kepala).

12. Mengambil makanan dan bahan semulajadi


KENAPA PERLU RISAUKAN RASA KEBAS INI ?
 BAHAYAKAH ?

Jangan pandang remeh rasa kebas ini, ia mungkin petanda awal untuk beberapa jenis penyakit. 
rasa kebas tangan mungkin disebabkan  pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.manakala rasa kebas tangan kiri dan lengan pula sebagai tanda lemah atau sakit jantung

Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

Manakala  rasa kebas kaki pula menandakan pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

Namun, harus diingatkan, rasa kebas yang berlarutan akan menyebabkan saraf  rosak dan seterusnya otot akan menjadi kecut dan lemah.

PERINGATAN...

Kebas yang diikuti  dengan lemah anggota atau lumpuh hendaklah dirawat oleh doktor dengan segera.

Pengalaman penulis pernah satu ketika dahulu mengalami kebas dihujung jari, terasa macam sesemut. Apabila berjumpa doktor, diberi perskripsi ubat Vitamin B1, B6, dan B12.
Alhamdulillah setelah amal makan ubat berkenaan, rasa kebas telah hilang hingga sekarang (8 tahun)

Jika diteliti faedah  Dan Khasiat Dari VIT. B1, B6 serta B12 tersebut ?

Vitamin B1 bersumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang-kacangan serta gandum

Khasiat : membuat lancar metabolisme membuat lancar sirkulasi darah mengoptimalkan kegiatan kognitif serta manfaat otak menghindar terjadinya rusaknya syaraf memulihkan masalah syaraf pusat serta pinggir

Vitamin B6 bersumber : ragi kering, daging, hati, ginjal, ikan, lemak, kacang-kacangan, beras tumbuk

Khasiat : membuat lancar metabolisme menolong transmisi impuls syaraf menambah kekebalan tubuh melindungi keseimbangan garam-garam mineral menolong sintetis rna serta dna

Vitamin B12 bersumber : hati, ikan, susu serta olahannya, daging, telur serta rumput laut

Khasiat : menghindar rusaknya syaraf membantu pembentukan sel darah merah membuat lancar metabolisme sistem tubuh merubah karbohidrat, protein serta lemak jadi energi yang jelas, mengonsumsi makanan bergizi.

Makanan yang memiliki kandungan ketiga unsur diatas dapat dijadikan menu makanan yang nikmat. terlebih bila disantap berbarengan keluarga, teman ataupun teman dekat didalam sesuatu perjamuan makan. pada musim pancaroba ini alangkah sebaiknya jika kita dapat melindungi serta menjaga kesehatan kita, sehingga terhindar dari berbagai macam penyakit yang sering menyerang, yang disebabkan oleh stamina yang menurun.

Kecukupan pengambilan bahan makanan yang memiliki kandungan nilai gizi yang cukup untuk tubuh.

bukankah beberapa bahan makanan yang memiliki kandungan vit. b1, b6, serta b12 ini sangat mudah kita jumpai didalam kehidupan seharian,


PERINGATAN DARI ALLAH.....

Rasa kebas di beberapa bahagian badan ini juga perlu di lihat sebagai salah satu peringatan dari Allah kepada hamba-Nya. Kita perlu musahabah diri bahawa kesihatan yang diperolehi sebelum ini bagaimnana kita memanafaatnya, adakah digunakan untuk tingkatkan amal ibadat kepada Allah, sebagai tanda kesyukuran nikmat-Nya yang begitu banyak dan tidak ternilai.

Jika sebelum ini kita hidup penuh dengan maksiat dan kemungkaran kepada Allah, perlulah segera balik ke pangkal jalan dengan bertistighfar dan bertaubat 'nasuha'.

Kembalilah kepada jalan kebenaran yang telah di gariskan  oleh  Islam. Kebas yang dialami itu adalah satu tanda yang Allah  masih sayang kepada kita supaya kita balik kepangkal jalan ......Kita disuruh bertaubat dari masa ke semasa. Sesungghnya Allah sentiasa menerima taubat dari hamba-Nya. Jangan berpurus asa.

Allah Yang Maha Pencipta menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna. Manusia diamanah menjadi khalifah di dunia ini. Manusia dikhendaki menyembah Allah 5 kali sehari sebagai pengabdian Hamba kepadaNya yang mengeruniakan pelbagai nikmat yang tidak terhitung  banyaknya. " Nikmat manakah yang kamu dustkan"

Oleh itu apabila tersa kebas-kebas dihjung jari bila bangun tidur di pagi hari,,, cepat-cepatlah bermuhasabah diri... Solat hajat memohon kepadaNya supaya memberi kesembuhan. Koreksi corak kehidupan yang mungkin kita lalai sebelum ini....kepada mentaati segala perintahNya dan meniggalkan segala larangannya.

 PETUA TRADISIONAL UNTUK HILANGKAN KEBAS :


Jadi bagaimana nak menghilangkan rasa kebas ni? Kalau anda cari tentang cara merawat kebas di internet pasti berlambak yang keluar kan, Ada juga yang mengamalkan pengambilan supplement sebagai ganti kepada ubat-ubatan biasa untuk merawat masalah kebas. Tapi anda harus tahu yang semua supplement ni bukan lah fungsinya untuk merawat. Ia lebih kepada membantu memberi nutrisi secukupnya kepada badan kita supaya berada ajatpada tahap yang optima. Bila badan kita cukup nutrisinya, takdelah dia nak meragam dan secara automatik badan kita akan mejadi lebih sihat. Bila kita sihat ofcourse lah kita akan bebas daripada sebarang jenis penyakit. InsyaAllah .

Jadi di sini anda voleh cuba salah satu petua yang  diamalkan untuk menghilangkan rasa kebas.


Bahan-bahannya:
1)Halba
2)Halia
3) Serai

Cara-caranya :

Rebus kesemua  bahan di atas sehingga mendidih. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Amalakan minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.

Mudah kan? Selamat mencuba, semoga dengan izin Allah masalah kebas pada badan anda dapat diatasi. InsyaAllah.


Wallahualam.

Sumber: Azlinahamdan


Nota:

Penulis  telah menyiap penulisan buku "SERVIVAL PESAKIT GINJAL C.K.D." berdasarkaan pengalaman menja isteri yang mengidap penyaki buah pinggak sejak 2 tahun leaps.

Buku boleh diperolehi di feedaread,com




 

 Buku "Bercinta Sampai Syurga" Penerbit : PTS Publishing House.

Penulis mencatit pengalaman menjaga isteri 'lumpu' lebih 15 tahun. Bagaimana penulis bersar bagi menghadapi dugaan Allah dan mampu mengekalkan kerukunan rumah tangga hingga kini.\diberi tip menjaga pesakit lumpuh.



 Buku "Fikrah Muarabbi" penulis mengupas bagaimana Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempraktikkan pemerintah secara Islam di Kelantan. Penulis pernah menjawat jawatan Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan selama hampir 5 tahun.

Buku  diterbitkan oleh : FeedAread.com


7 comments:

  1. Terima kasih infonya puan, cuma nak tahu lebih detail anggaran kuantiti bahan2 utk menghilangkan Rasa kebas ?

    Halba, serai dan asam jawa nak brp banyak ye kalau nak minum segelas sahaja ?
    Boleh tak kalau lebihan air rebusan Tu diminum utk Malam seterusnya ?
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke bahan2 diatas diminum bersama madu. Tq

      Delete
    2. Boleh. In sya Allah lagi mustajab.

      Delete
  2. Nak tahu kuantiti halia halba Dan serai yg diperlukan. Adakah kena rebus setiap hari utk sekali minum. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halba satu sudu tea , halia 2 inci, direbus dgn 3 gelas air, biar mendidih sehingga tinggal satu gelas. Boleh di simpan utuk hari didlm petiais. Wallahualam

      Delete
    2. Halba satu sudu tea , halia 2 inci, direbus dgn 3 gelas air, biar mendidih sehingga tinggal satu gelas. Boleh di simpan utuk hari didlm petiais. Wallahualam

      Delete
    3. Halba satu sudu tea , halia 2 inci, direbus dgn 3 gelas air, biar mendidih sehingga tinggal satu gelas. Boleh di simpan utuk hari didlm petiais. Wallahualam

      Delete

Thanks for your comments, I will reply soon.