RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 28 June 2025

Usia Kehidupan dan ujian Allah

Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian Hidup Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk study, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri. Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family. Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal: - Kereta mula meragam - Rumah mula nak bocor sana sini - Yuran sekolah anak makin naik - Mula banyak orang benci kita - Hubungan dengan mertua - Isteri mula merungut tak cukup makan - Suami stress gaji kena potong - Rumahtangga mula goyang - Badan mula sakit sana sakit sini - Badan dah tak fit - Bawa kereta cepat mengantuk - Hutang keliling pinggang - Ah Long mula kejar - Hubungan adik-beradik mula renggang Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita. Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya? Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun. Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul. Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!” Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik. Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga. Bertenanglah wahai jiwa yang diuji! Kredit kpd...... Perkongsian Hassan Adli

Wednesday, 25 June 2025

POTENSI DIRI BAGAIMANA BOLEH MANAFAATKAN

Sebotol air mineral. Di kedai runcit biasa, ia dijual pada harga RM1.50. Di restoran, botol yang sama dijual pada harga RM2.00. Di lapangan terbang, harganya naik kepada RM5.00. Dan di hotel bertaraf lima bintang, air yang sama boleh berharga RM10.00. Airnya tidak berubah. Botolnya juga tetap sama. Yang membezakan hanyalah lokasinya. Inilah gambaran yang jelas tentang nilai kita dalam kehidupan. Kadangkala, kita berada di tempat atau persekitaran yang tidak mengenal atau menghargai nilai kita. Kita dipandang rendah, dianggap biasa, dan bakat atau potensi kita seolah-olah tidak bermakna. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak berharga. Itu hanya bermakna kita berada di tempat yang salah. Jadi, apabila anda mula merasa tidak dihargai, terabai, atau seolah-olah anda tidak penting… Jangan tergesa-gesa untuk mengubah siapa diri anda. Sebaliknya, pertimbangkan untuk mengubah lokasi anda. Kelilingi diri anda dengan mereka yang nampak nilai anda, yang mengangkat anda, dan mengiktiraf potensi yang anda miliki. Kerana seperti botol air itu— Anda tidak kurang berharga, Anda hanya belum berada di tempat yang menghargai keunikan anda. --- Kredit inspirasi: Ayin Azleen

Monday, 23 June 2025

PERANAN SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG

“Bayangkan… suami masuk bilik bersalin nak azan kat anak… tapi doktor cakap: ‘Maaf, dua-dua dah tak sempat diselamatkan.’” Hari tu… sepatutnya hari paling bahagia. Isteri dah 8 bulan lebih mengandung. Anak pertama. Suami ambil cuti awal, nak teman isteri buat check-up. Dalam kepala dah fikir nama anak, barang baby, plan berpantang. Tapi Allah… Petang tu, isteri mengadu pening kepala. Kaki dia bengkak sangat. Tangan menggigil. Suami fikir mungkin sebab terlalu letih, angin kot. Bila isteri jatuh pengsan depan bilik air — Baru kelam kabut call ambulans. Di hospital, doktor masuk sambil pandang muka suami lama… “Puan kena pre-eclampsia teruk… tekanan darah dia lebih 200. Jantung dah mula lemah. Kita kena buat emergency delivery sekarang.” Suami tak tahu nak cakap apa. Dia cuma angguk. Dia tak tahu… itu kali terakhir dia akan tengok isteri hidup. Beberapa minit kemudian… Bayi keluar… tapi dah tak bernyawa. Isteri pula… jantung berhenti. Cuba CPR, cuba defib… Tapi Allah lebih sayang. Doktor keluar dengan muka pucat. “Maaf, dua-dua dah tiada…” Suami rebah depan bilik OT. Orang semua terdiam waktu mayat ibu dan anak diturunkan dalam satu liang lahad. Ibu yang 9 bulan jaga anak dalam perut… Pergi sekali, tanpa sempat azan di telinga anak sendiri. Dan kisah ni… BUKAN satu dalam sejuta. Hari yang sama, dua ibu lain meninggal selepas bersalin. Dan kebanyakannya… sebab suami tak tahu apa-apa. Tak tahu isteri dia sedang nazak dalam diam. Tak tahu isteri dia menangis tengah malam sorang-sorang sebab terlalu penat. Tak tahu isteri dia terlampau stress sampai tekanan darah naik mendadak. Kenapa? Sebab ada suami yang cuma tahu mengarah. Cuma tahu komplen. Cuma tahu minta layanan macam raja. Tapi tak pernah tahu apa itu PE… apa itu pulmonary embolism… Tak pernah tahu risiko seorang wanita yang sedang mengandung. Isteri bukan robot. Dia manusia. Dia mengandung, dia sakit, dia berkorban — tapi masih sayang. Dia penat, tapi masih layan. Dia lemah, tapi masih senyum. Dan bila dia pergi… Baru suami menangis atas kubur, cakap “aku tak sempat minta maaf.” Wahai lelaki… Kalau hari ni isteri kau tengah hamil… Jangan pernah anggap ringan. Setiap detik, dia bertarung dengan maut. Setiap malam, dia tidur dengan takut… Takut tak sempat lahirkan anak. Takut tak sempat peluk suami buat kali terakhir. Kalau dia mati masa bersalin, dia syahid. Tapi kau… akan hidup dengan penyesalan sepanjang hayat. Tolong sedar. Isteri yang sedang mengandung bukan minta emas. Bukan minta rumah banglo! Dia cuma nak suami yang faham, peluk dia bila dia takut, suap dia bila dia penat, cium dahi dia bila dia terlalu lemah untuk berdiri. Hargai sebelum terlambat. Sebelum kau cuma mampu azan… di kubur anak dan isteri kau sendiri. Al-Fatihah buat ibu-ibu syahid dalam bersalin. Dan buat suami yang masih ada peluang… jangan sia-siakan orang yang sanggup pertaruhkan nyawa… untuk lahirkan zuriat kau. Kredit Dr. Nur Syafieqah ‎