RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 7 October 2025

SEJARAH NEGARA PALESTIN

Palestin Sepanjang Sejarah Mukadimah Palestin merujuk kepada sebuah wilayah di bahagian barat daya Syam. Ia terletak di persisiran Laut Mediterranean di Asia Barat. Wilayah ini merupakan bulatan penyambung di antara Asia dan Afrika dengan keistimewaannya yang terletak dekat dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan kawasan yang diiktiraf sebagai Palestin mencecah seluas 27,000 kilometer persegi. Palestin menikmati cuaca dan iklim Laut Meditteranean. Bumi Palestin merupakan sebuah kota tamadun tertua di dunia. Menurut kajian kesan sejarah moden, Palestin adalah tanah pertama yang menyaksikan penempatan manusia dan pertanian iaitu sebelum kira-kira 9,000 tahun Sebelum Masehi. Satu per empat daripadanya telah terdiri Kota Ariha, bandar paling tua dalam sejarah iaitu kira-kira 8,000 tahun Sebelum Masehi, yang sehingga kini masih makmur dan kaya dengan tamadun. Bumi Palestin memiliki kedudukan yang besar dalam hati setiap Muslim sebagai tanah yang suci dan berkat sebagaimana tersurat di dalam teks al- Quran al-Karim. Padanya terletak Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama orang Islam dan juga masjid ketiga umat Islam. Ia juga merupakan bumi Israk Rasul SAW. Selain merupakan bumi para nabi, telah juga lahir padanya dan wafat dalamnya serta bersemi bersama tanahnya ramai dari kalangan para nabi yang disebut di dalam al-Quran. Di dalam Islam ia dikira sebagai tempat mahsyar dan mansyar (pada hari akhirat) serta tanah pusaka Islam. Orang yang bermukim di sana dikira mujahid di jalan Allah, sebagai pusat golongan yang mendapat pembelaan yang teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat. Bumi Palestin juga merupakan tanah suci bagi orang Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggap ianya tanah yang dijanjikan dan paksi sejarah mereka serta persemadian para nabi mereka. Di sisinya tempat suci mereka iaitu al Quds dan al Khalil. Manakala Nasrani menganggapnya sebagai tempat lahir agama mereka yang mana Isa AS telah dilahirkan dan tapak permulaan dakwahnya. Di sini juga terletaknya pusat-pusat keagamaan mereka yang besar seperti di al Quds, Bait Lahm dan an Nasirah. Orang Muslim beriman bahawa mereka adalah pewaris yang sebenar kepada pusaka-pusaka nabi Dawud, Sulaiman dan nabi-nabi Bani Israel dan orang-orang soleh mereka, dari mereka yang pernah memerintah Palestin sejak zaman-berzaman di bawah panji Tauhid (meninggalkan Allah dalam pengabdian dan keimanan); kerana orang Muslimlah yang mengangkat panji Tauhid selepas mereka, dan melalui resam nabi-nabi. Orang Muslim yakin bahawa orang Yahudi telah terpesong dari kebenaran dan menyelewengkan kitab-kitab mereka, membunuh nabi-nabi mereka serta mendapat laknat dan kemurkaan Allah. Semasa pemerintahan Yahudi dan Nasrani ke atas Palestin, terutamanya Baitul Maqdis, mereka telah menyekat dan menolak kehidupan masyarakat berbilang agama dengan penganut agama lain dan melebihkan pengikutnya serta berusaha menghapuskan selain mereka. Adapun orang Muslim sikap mereka dibina di atas tolak ansur dan menerima kehidupan majmuk serta memelihara hak-hak orang lain dan membelanya. Yahudi Tidak Memiliki Hak di Bumi Palestin Sesungguhnya bangsa yang paling lama menduduki Palestin dan sekitarnya adalah bangsa Kan’an yang telah berhijrah dari Semenanjung Arab sejak sekitar 4,500 tahun. Pada waktu itu Palestin dikenali dengan nama Tanah Kan’an dan bangsa Palestin yang ada hari ini adalah susur galur Kan’an. Kemudian mereka bercampur dengan bangsa-bangsa Timur Laut Mediterranean Balsat atau dikenali sebagai Palestin dan kabilah-kabilah Arab. Walaupun Palestin telah diperintah oleh berbagai kaum dalam satu-satu masa, bangsa Palestin tidak pernah terputus dari terus menghuni tanah mereka. Penduduk Palestin sendiri sebahagian besarnya telah memeluk Islam dan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa mereka sejak kedatangan Islam. Fakta ini ditegaskan lagi dengan kewujudan syiar-syiar Islam bagi bumi Palestin sejak zaman pembukaan Palestin pada tahun 15 Hijrah/636 Masehi sehingga sekarang, walaupun sebahagian dari penduduknya telah dikeluarkan secara paksa oleh rejim Zionis sejak tahun 1948. Sesungguhnya dakwaan hak Yahudi ke atas Palestin telah kabur dengan hak Arab dan orang Muslim terhadap tanah mereka. Bangsa Palestin telah memakmurkan bumi Palestin kira-kira 1,500 tahun sebelum terdirinya negara Yahudi, bahkan kewujudan mereka berterusan semasa pemerintahan Yahudi sehinggalah Yahudi telah terpisah dari Palestin sampailah ke hari ini. Yahudi hanya memerintah sebahagian daripada Palestin, bukanlah keseluruhannya dalam tempoh sekitar empat kurun terutama antara 1,000 sehingga 586 Sebelum Masehi. Lalu tamatlah pemerintahan mereka seperti mana telah tamat pemerintahan kaum lain seperti Asyuriyan, Farsi, Firaun, Greek dan Rom. Sedangkan bangsa Palestin terus memasak di bumi itu. Adapun pemerintahan Islam merupakan tempoh yang paling panjang iaitu 636M sehingga 1917M, kecuali tempoh perebutan dalam Perang Salib yang berlanjutan selama 90 tahun iaitu sekitar tahun 1200. Manakala Yahudi telah terputus hubungan dengan tanah Palestin selama 1,800 tahun sejak 135 Masehi sehinggalah kurun ke-20. Selain kedudukan mereka dalam politik dan ketamadunan dan kebudayaan di dalam Palestin. Bahkan telah diharamkan dalam ajaran agama Yahudi untuk kembali ke Palestin. Menurut kajian beberapa pengkaji Yahudi sendiri seperti penulis terkenal Arthur Costler, 80 peratus daripada Yahudi hari ini tidak memperakui dari segi sejarah kaitan di antara Yahudi dengan Palestin sebagaimana tidak diperakui bahawa mereka (80 peratus itu) adalah sebahagian dari kaum Bani Israel. Majoriti Yahudi hari ini berasal dari Yahudi Khazr Ashkanz. Ia adalah sebuah kabilah dari Tartar-Turki Kuno yang menetap di Utara Kaukas dan telah menjadi Yahudi pada kurun ke-8 Masehi. Maka seandainya ada hak untuk kepulangan Yahudi maka bukanlah Palestin tetapi selatan Rusia. Manakala dakwaan yang mengaitkan Yahudi dengan Palestin tidak berdiri di atas hakikat kebenaran bahawasanya sebahagian besar Bani Israel menafikan penyatuan mereka dengan Musa AS dalam perjalanannya menuju bumi Baitul Maqdis. Sepertimana mereka menolak untuk menyertai kepulangan ke Bumi Palestin dari Babylon selepas diusir oleh kerajaan Parsi pada masa itu. Sepanjang sejarah sehinggalah hari ini jumlah Yahudi di Palestin tidak pernah melebihi 40 peratus dari jumlah mereka di seluruh dunia. Penubuhan gerakan Zionis bertujuan untuk mewujudkan jajahan Yahudi di Palestin sehingga tercetus penginayaan ke atas Yahudi yang menyokong pengumpulan Yahudi di Palestin di tengah-tengah masyarakat Nasrani di Eropah. Terutamanya Protestan sejak kurun ke-16, sehinggalah muncul ideologi perkauman dan nasionalisme, sehingga muncul negara-negara sosialis di Eropah terutama pada kurun ke-19, sehingga berlaku masalah Yahudi terutama di Eropah Timur dan apa yang menyebabkan Yahudi diancam oleh bangsa Rusia, sehinggalah Yahudi memegang peranan utama di Eropah dan Amerika. Tambahan pula kegagalan gerakan pencerahan Yahudi Huskler yang meluaskan simpati Yahudi dalam masyarakat yang mereka hidup di dalamnya. Sesungguhnya ideologi menubuhkan gagasan Yahudi untuk memainkan peranan “Negara Tempahan (Tanah Yang Dijanjikan?)” yang didukung oleh penjajah Barat terutamanya Britain menjadi lambang kemuncak bahaya Barat-Yahudi di tengah-tengah alam Islami. Ini juga bertujuan memisahkan dua sayap Alam Islami di Asia dan Afrika kepada dua bahagian yang terpisah. Usaha ini akan menghalang penyatuannya, lantas melemahkannya dan memastikannya terus menerus berpecah belah, lemah untuk melakukan perubahan, berteleku dalam meniru atau menurut mengeluarkan bahan premier dan pasaran pengguna untuk produk Arab sebagaimana terhalangnya kemunculan Empayar Islam yang terbesar, menggantikan daulah Uthmaniyah yang telah lenyap ditelan zaman. Kewujudan, kelangsungan dan kesuburan Zionis Israel di tengah-tengah tanah yang dijanjikan beerti jaminan kelemahan negara-negara Islam di sekelilingnya, sekaligus perpecahan dan kemundurannya. Maka begitulah juga sekiranya ummah bangkit dan maju, ia akan menjurus kepada kemusnahan dan kematian Israel yang bertapak di jantung ummah ini. Telah terbentuk Pertubuhan Zionis Antarabangsa di Switzerland pada bulan Ogos 1897 di bawah pimpinan Theodor Herzl. Mereka telah mengabungkan diri dengan projek penjajahan Barat, tetapi gagal untuk memperolehi sebarang hasil yang bernilai sehingga akhir perang dunia pertama. Gerakan Zionis berdiri sebagai gerakan perkauman yang terbina di atas landasan dan latar belakang keagamaan dan peninggalan serta perkauman Yahudi. Syarat-syarat kejayaannya berkaitan dengan menafikan hak-hak penduduk Palestin yang berbangsa Arab dan merampas tanah mereka. Bagi mereka tiada beza di antara fahaman komunis atau sekular atau keagamaan ataupun kebudayaan mahupun politik, semuanya sama sahaja pada akhirnya Zionis sepakat untuk berusaha mencapai cita-cita agung mereka. Th eodor Herzl, pengasas dan presiden pertama Pertubuhan Zionis Sedunia. Britain Dan Penempatan Yahudi di Palestin Telah jelas kepada British tentang projek Zionis dengan tertulisnya deklarasi Balfour pada bulan November 1917 bagi tujuan menubuhkan negara bagi bangsa Yahudi di Palestin, dan disahkan lagi dengan penjajahan ke atas Palestin pada bulan September 1918. British telah memungkiri janjinya dengan bangsa Arab di bawah pimpinan Syarif Hussein bahawa akan memberi kebebasan dan kemerdekaan. Telah diagihkan peranan penaklukan di Syam dan Iraq di antara British dan Perancis. Telah disepakati dalam perjanjian Saix-Beco pada bulan Mei 1916 yang merencanakan untuk meletakkan Palestin sebagai kawasan antarabangsa. Tetapi British berhajat kepada Palestin dalam perjanjian San Reemo pada bulan April 1920. Ini membolehkan penyerapan perjanjian Balfour mengorak langkahnya ke atas Palestin yang telah ditetapkan sebagai milik semua bangsa pada bulan Julai 1922. Deklarasi Balfour adalah sepucuk surat yang ditulis oleh Setiausaha Luar Britain, Arthur James Balfour (foto), kepada Baron Rothschild, ketua Komuniti Yahudi British. Sepanjang tahun 1918 hingga 1948 British telah membuka pintu kepada penghijrahan Yahudi. Jumlah Yahudi yang pada tahun 1918 hanya 55,000 orang telah berganda kepada 636,000 pada tahun 1948. Ini telah meningkatkan nisbah Yahudi dari 8 peratus kepada 31 peratus. Seperti yang didakwa Pejabat Tanah, pemilikan tanah oleh Yahudi telah bertambah dari 2 peratus ke 6.7 peratus. Yahudi telah memperolehi tanah kebanyakannya daripada British dan juga mereka yang bukan berbangsa Palestin. Bangsa Palestin bagaimanapun dapat terus bertahan di bumi itu selama 30 tahun walaupun dalam keadaan yang sangat menekan sebagai majoriti iaitu 69 peratus dari jumlah penduduk dengan penguasaan tanah seluas 93.3 peratus. Dengan bantuan British, Yahudi telah mampu membina pusat-pusat perdagangan, politik, pendidikan, ketenteraan dan juga kemasyarakatan. Pada tahun 1948 mereka telah menubuhkan sebanyak 292 jajahan dan membentuk pasukan ketenteraan mereka dari Hagana Argon dan Shatern yang mempunyai lebih dari 70,000 orang. Mereka juga telah bersedia mengisytiharkan negara mereka. Walaupun pakatan jahat ke atas Palestin melampaui keupayaan bangsa Palestin tetapi mereka tidak tunduk kepada penjajahan British dan projek Zionis. Sayap kebangsaan dan Islam telah ditubuhkan di bawah pimpinan al-Haj Amin al-Husaini dengan kefahaman nasionalis, lalu bermulalah politik dan revolusi yang besar pada ketika itu seperti revolusi al-Quds 1920, Yafa 1921, Buraq 1929, Oktober 1933. Gerakan Jihad di bawah pimpinan al-Qassam dan pertubuhan Jihad al-Muqaddas, Di bawah tekanan revolusi besar-besaran 1936-1939, British terpaksa mengeluarkan Buku Putih pada bulan Mei 1939 yang menjanjikan kemerdekaan Palestin dalam masa 10 tahun, dan akan dihentikan penjualan tanah kepada Yahudi serta dihentikan kemasukan Yahudi dalam masa 5 tahun. Tetapi ia dimungkiri pada akhir 1945 dan projek Zionis kembali hidup semula di bawah dukungan Amerika. Pendatang Yahudi tiba dari seluruh Eropah, terutamanya dari Eropah Timur, melalui pelabuhan Haifa. Rakyat Palestin di Yaffa dipaksa lari ke lautan sebelum 15 May 1948, iaitu sebelum kemasukan tentera Arab. Zionis sebaliknya mendakwa pelarian berlaku hanya setelah masuknya tentera Arab. Pada tahun 1948 kira-kira 750,000 rakyat Palestin terpaksa meninggalkan tanah mereka dan menjadi pelarian terutamanya di Syria, Lubnan dan Jordan Pelarian Palestin berteduh dalam sebuah gua, 1950 Penubuhan Negara Israel dan Keupayaannya. Pada 29 November 1947 Pertubuhan Am Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan laporan bernombor 181 dengan memisahkan Palestin kepada dua negara Arab dan Yahudi. 54 peratus untuk Yahudi dan 45 peratus untuk Arab, manakala 1 peratus sebagai negara antarabangsa iaitu kota al Quds. Adapun Laporan Pertubuhan Am bukanlah laporan yang putus sehingga dipersetujui PBB sendiri. Bahkan laporan itu bercanggah dengan asas pendirian PBB. Ia adalah hak setiap bangsa menentukan kebebasan perjalanannya sendiri. Sedangkan bangsa Palestin tidak diberi hak untuk memberi pendapat dan pandangan dalam menyerahkan hak mereka kepada pendatang Yahudi yang lebih besar dan melampaui hak mereka sendiri sebagai tuan tanah. Yahudi telah mengisytiharkan negara Israel pada petang 14 Mei 1948. Mereka telah mengalahkan tiga penjuru tentera Arab sebagai hasil dari kelemahan kepimpinan, keampuhan perancangan dan kurangnya pengalaman. Sebilangan darinya telah jatuh ke tangan penjajahan dan Zionis telah mengambil alih kira-kira 77 peratus dari bumi Palestin dan mengusir secara paksa 800,000 orang Palestin keluar daripada bumi mereka yang telah didirikan di atasnya kerajaan mereka yang asalnya mempunyai 925,000 penduduk. Jumlah keseluruhan bangsa Palestin pada akhir tahun 1948 adalah sekitar 1.4 juta orang. Zionis telah memusnahkan 478 perkampungan daripada jumlah asalnya 585 kampung yang telah berdiri di bumi yang dijajah. Mereka telah melakukan 34 pembantaian. Adapun bahagian yang masih kekal untuk Palestin iaitu daerah Tebing Barat yang berkeluasan 5,878 kilometer persegi telah dimasukkan ke dalam Jordan. Manakala Mesir telah memasukkan Gaza yang berkeluasan 636 kilometer persegi ke dalam pentadbirannya. PBB telah bersetuju menerima keanggotaan Israel sekiranya mereka membenarkan pelarian Palestin pulang ke negara mereka. Bagaimanapun syarat ini sampai hari ini tidak dipenuhi sepenuhnya Resolusi PBB 181 (II) merupakan perlaksanaan Partition Plan setelah tamatnya British Mandate. David Ben-Gurion membaca "Deklarasi Merdeka" dalam sebuah muzium di Tel Aviv dalam upacara sambutan penubuhan negara "Israel" pada 14 Mei 1948. David Ben-Gurion, Perdana Menteri pertama Israel Jalan Menuju Kebebasan Slogan “Peperangan Kebangsaan” dan “Kesatuan Jalan Kebebasan” mengepalai perjuangan sepanjang tempoh dari tahun 1948 hingga 1967. Jamal Abdul Naser telah dilantik mengetuai kesatuan Arab bagi membebaskan Palestin. Bagaimanapun kesatuan Arab telah hilang sistem yang benar dan kesungguhan serta keinginan yang sebenar untuk berperang. Telah diasaskan pertentangan Palestin atas sebab-sebab taktikal seperingkat tetapi tidak mengandungi perancangan strategi yang merangkum, bahkan mereka lebih sibuk dengan ideologi dan gembar gembur sentimen republik, melebihi persediaan untuk peperangan. Manakala rejim Zionis bertambah kuat dan kemas. Gerakan Pembebasan Palestin (PLO) telah ditubuhkan tahun 1964 di bawah pimpinan Ahmad Syuqairi dengan dukungan langsung dari Jamal Abdul Naser yang takut terlepas pandangan isu daripada tangannya setelah medan Palestin mencetus gelombang gerakan rahsia yang tersusun, terutamanya Fatah yang berakar umbi pada tahun 1957. Dengan tujuan untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah, pada tahun 1948 PLO mengakui perjuangan bersenjata satu-satunya jalan pembebasan. Ia telah menyemarakkan bangsa Palestin untuk kembali membangunkan negara mereka dengan dianggap menjasadkan roh kenegaraan dan kerajaan Palestin yang telah lama hilang. Pada tahun 1968 pertubuhan-pertubuhan pembebasan Palestin di ketuai oleh Fatah telah bergabung ke dalam PLO. Ketua Fatah, Yasser Arafat, dilantik menjadi ketua PLO pada bulan Febuari 1969. Pada tahun 1974 Liga Arab mengiktiraf PLO sebagai wakil tunggal yang rasmi untuk bangsa Palestin. Maka telah lengkaplah perwakilannya pada tahun itu juga setelah diterima menjadi anggota pemerhati di PBB. Yasser Arafat diraikan oleh Raja Faisal (Raja Saudi), Jamal Abdul Naser (Presiden Mesir) dan Raja Hussein (Raja Jordan) sebagai Pengerusi PLO di Kaherah pada tahun 1970. Yasser Arafat berucap di PBB pada tahun 1974. Peluasan Kawasan Yahudi di Palestin Peperangan Jun/Jaziran 1967 merupakan kekalahan yang pahit bagi Liga Arab. Dalam beberapa hari sahaja Yahudi telah menjajah keseluruhan Palestin dengan jatuhnya Tebing Barat dan Gaza serta telah mengusir 330,000 bangsa Palestin. Turut terlepas adalah tanah Jaulan di Syria seluas 1,150 kilometer persegi dan Sinai di Mesir seluas 61,198 kilometer persegi. Yahudi meneruskan penaklukan ke atas bumi Palestin dengan rakus. Mereka berusaha untuk mengkebumikan kesan-kesan sejarah Islam dan syiar-syiarnya. Mereka telah mendapat 96 peratus daripada tanah yang telah mereka jajah pada tahun 1948 yang asalnya adalah milik bangsa Palestin yang telah berjaya diusir, rata-rata tanah wakaf orang Islam serta banyak daripada tanah tersebut milik Bangsa Arab lain. Zionis telah mendirikan 756 buah bandar dan perkampungan di atas tanah tersebut. Selepas perang tahun 1967, Zionis dapat menguasai 60 peratus daripada Tebing Barat dan telah dibina di atasnya 192 penempatan. Di samping itu, 14 penempatan telah dibina di atas 30 peratus daripada tanah Gaza. Bahkan mereka mengharamkan rakyat Palestin untuk kembali ke tanah mereka. Merekapun membuka pintu kemasukan Yahudi ke Palestin. Seramai 1,800,000 orang Yahudi telah berpindah ke Palestin sejak 1949-2000. Pada tahun 2002 jumlah mereka mencecah kepada 5,200,000 orang. Sesungguhnya kedudukan Yahudi di muka bumi menjadi hakikat yang tidak perlu digeruni, dengan kejayaan Zionis menentukan keputusan dan mempengaruhi dunia jelas dapat dilihat dalam bidang politik, media mahupun ekonomi. Terutamanya di Amerika. Walaupun Allah menetapkan jalan-jalan kejayaan kepada mereka tidaklah patut dibesar-besarkan cerita seolah-olah Yahudi yang memutuskan setiap peristiwa baik yang kecil mahupun besar, ataupun seakan-akan mereka telah ditakdirkan untuk menang. Mereka adalah makhluk yang Allah ciptakan. Berlaku ke atas mereka sunnatullah dalam aturan makhluk mengikut putaran zaman. Sekiranya mereka telah berjaya dengan kehendak Allah melalui kesungguhan mereka, kesabaran mereka dan perancangan mereka yang rapi, maka telah menimpa mereka pelbagai bencana yang dahsyat dalam sejarah mereka. Sepatutnya kedudukan mereka ini dilihat sebagai pendorong bagi orang Muslim menyahut cabaran ini dan memenuhi syarat-syarat untuk mentadbir muka bumi dan melakukan revolusi ketamadunan. Zionis telah fokus kepada menukarkan Kota al Quds menjadi sebuah kota Yahudi, maka mereka telah menguasai 86 peratus daripadanya dan memenuhinya dengan pendatang Yahudi. Menurut perangkaan tahun 2000 sebanyak 450,000 orang Yahudi berbanding 200,000 orang Palestin tinggal di situ. Kawasan timur al Quds di mana terletaknya Masjid al Aqsa telah didiami oleh 200,000 orang Yahudi, setelah dikepung dengan pagar perkampungan Yahudi yang memisahkannya dari penghuni Arab dan Islam. Mereka telah mengisytiharkan al Quds sebagai ibu kota abadi bagi rejim Zionis. Yahudi sangat ingin menakluki Masjid al Aqsa, mereka telah memperolehi Dinding Barat Masjid al Aqsa (tembok Buraq) dan memusnahkan perkampungan barat yang berhampiran Masjid al Aqsa serta merampas tanahnya. Mereka telah memulakan sehingga hari ini sepuluh peringkat penggalian di bawah Masjid al Aqsa. Mereka telah menggali empat terowong dalam bentuk yang mengancam keruntuhan Masjid al Aqsa bila-bila masa sahaja. Mereka telah membentuk sekitar 25 pertubuhan pengganas Y