Islam mempunyai sistem cukainya yang
tersendiri. Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-Quran, Sunnah
Rasulullah SAW, ijmak dan kias. Ia telah diturunkan bukan sahaja adil bagi
manusia keseluruhan, tetapi ia juga merupakan sistem yang mengstabilkan
ekonomi, khususnya keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat
sebagai penjana produktivi.
Asas Ukuran Keharusan Cukai
Sesuatu hukum dirujuk kepada hukum asal yang
telah dinaskan oleh sumber al-Quran dan al-Hadis. Hukum asal berkaitan harta
orang lain adalah haram diambil melainkan mempunyai sebab yang dibenarkan
syariat. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT, bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah
(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu.”- (An-Nisa’: 29).
Di antara dalil yang lain ialah pesanan
Rasulullah sewaktu Haji Wada’ (Haji Selamat Tinggal), antara lain nabi SAW
berpesan, bermaksud:
“Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang
beriman adalah saudara, tidak halal bagi seseorangpun (mengambil) harta
saudaranya melainkan dengan kerelaannya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis ini memaksudkan selain daripada zakat
dan perkara-perkara yang dinaskan harus atau wajib diambil seperti zakat, yakni
zakat bukan milik si pemunya harta bahkan ia adalah milik si fakir, miskin dan
asnaf-asnafnya. Begitu juga tidak termasuk isteri atau anak dibawah
tanggungannya kerana ia dianggap sebagai seakan-akan sekutu pemilikan. Adapun
selainnya, maka ia adalah milik si pemunya dan tidak boleh diambil melainkan
degan kerelaannya oleh sesiapapun termasuk kerajaan.
Dan sabda nabi SAW, Maksudnya:
Dan sabda nabi SAW, Maksudnya:
“Apabila mereka melakukan demikian (Islam)
maka darah dan harta mereka mereka adalah terpelihara melainkan (harta boleh
diambil) dengan cara-cara yagn dibenarkan oleh Islam.” – Riwayat Bukhari.
Di dalam kitab Fathul Bari, Syarah Sahih
Bukhari menyebut, zakat adalah salah satu cara pengambilan yang dibenarkan oleh
Islam (sekalipun tuannya tidak merestuinya).
Ayat di atas menegaskan memakan harta orang
lain adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya adalah batil. Ayat
tersebut seterusnya menyenaraikan bentuk pengecualian yang mengharuskan
mengambil harta orang, salah satunya ialah perniagaan.
Berdasarkan ayat ini, hukum asal memakan,
mengambil dan memiliki harta orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syariat
adalah haram sehinggalah ada sebab dan dalil yang diharuskan syariat. Ia
berbeza dengan hukum asal makanan, minuman dan bentuk muamalat, di mana hukum
asal bagi semua perkara tersebut adalah harus kecuali ada tanda-tanda yang
menunjukkan haram.
Justeru, apabila kita bertransaksi atau
memakan sesuatu makanan yang tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukum
transaksi dan makanan itu adalah halal justeru merujuk kepada hukum asalnya
yang harus. Tetapi berbeza dengan pengambilan harta atau wang milik orang,
yakni hukum asalnya haram berdasarkan ayat di atas, kecuali ada dalil dan bukti
halal. Justeru, apabila kita mengambil wang milik orang, jika tiada dalil dan
bukti halal atau haram, maka hukumnya adalah haram justeru merujuk kepada hukum
asalnya yang haram.
Sebagai contoh, kita boleh mengambil wang
RM50,000 daripada Ahmad sebab kita jual kereta kepadanya. Sebab keharusan ialah
jual beli (Al-Bai’). Kita boleh ambil wang daripada Ali sebanyak RM10,000
kerana kita membuat ubah suai rumahnya. Sebab keharusan ialah upah (ujrah).
Kita boleh mengambil jam milik Ah Chong selepas kita membayarnya wang. Sebab
keharusan ialah jual beli. Kita boleh mengambil wang daripada Abu kerana agihan
keuntungan perniagaannya yang bermodalkan wang kita. Sebab keharusan ialah
pelaburan (Mudharabah).
Apabila kita berjalan dan jumpa wang RM50,000,
maka kita tidak boleh mengambilnya kerana tiada jual beli, tiada upahan kerja,
tiada pengeluaran modal, tiada sebab-sebab yang membolehkan, maka hukumnya
haram diambil dan RM50,000 tersebut dianggap sebagai harta laqatah (barang
ciciran).
Maka hendaklah kita bertanya berkenaan GST,
apakah sebab yagn membolehkan kerajaan mengambilnya daripada rakyat? Jika tiada
sebab ‘sebenar’, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu haram dan termasuk di
dalam kategori batil. begitu juga jika pemindahan hak berlaku dengan sebab,
tetapi sebab itu tidak diiktiraf oleh Islam, maka ia juga adalah batil.
Contohnya seperti pemenang judi yang mengambil bahagian pemain judi yang kalah,
sekalipun judi adalah sebab pemindahan milik, tetapi ia tetap dikategorikan
sebagai baatil kerana judi itu sekalipun sebab pengambilannya wujud, tetapi ia
tidak diiktiraf oleh syarat.
Adakah Hukum Ini Terlaksana Juga Ke Atas
Kerajaan Mengambil Wang Rakyat?
Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta
orang adalah haram kecuali dengan sebab yang dibenarkan syariat, maka persoalan
keseterusnya adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas individu dengan
individu, manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan ambil harta dan wang
poket rakyat berhujahkan maslahah?
Di dalam mazhab ahlu sunnah wal jamaah, hukum
ini bukan sahaja terlaksana antara individu dengan individu, tetapi ia juga
terlaksana antara kerajaan dengan rakyat. Dalilnya cukup jelas daripada realiti
berikut:
1. Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu
beliau diutuskan ke Yaman sebagai Gabenor. Baginda memberikan pesanan kepada
beliau dengann kata-kata berbunyi: “Awasilah harta-harta suci yang dimiliki
oleh orang Yaman”. Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki
bukan bahagian zakat atau jizyah. Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan lafaz:
takutilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang suci.
2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H.
2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H.
Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah
karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan, tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi
Khalifah, beliau memerangani pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah
mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini
yang sangat dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu ipar
kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah ditangkap oleh Adi
bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai:
“Mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka”. Saidina Umar
Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang
ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-Bidayah: m/s666).
Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk
ayahnya Yazid, tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan
hukuman sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.
Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah
menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan
cukai Jizyah ke atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka
memeluk Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz
memecat Gabenor tersebut dengan menulis, maksudnya:
“Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi
Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai pengutip cukai.”
Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar
juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan
mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang
tiada nas.
Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’
rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat, seterusnya memenuhi Baitul Mal.
Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta
melimpah ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain
daripada Islam.
Itu antara contoh tindakan dan pendirian
Khulafa ar-raasyidun yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan (perbuatan mereka
adalah hujah), tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran
dan Sunnah Rasulullah SAW.
Semua dalil di atas adalah berkait dengan
kerajaan mengambil wang rakyat. Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa
sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di
atas tidak akan timbul dalam sejarah.
Apabila kita meneliti pendapat yang
mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada nas, kita
dapati mereka keliru antara pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya,
sebahagian syiah membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat
sekalipun tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam
(pemimpin) adalah maksum. Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal jamaah, yakni akidah
kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill harta orang
lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa dipandu oleh
nas.
Tuntasnya, hujah maslahah seterusnya
membolehkan pemimpin negara mengutip wang rakyat sesuka maslahah, maka itu
adalah amalan dalam fiqh syiah, bukan fiqh sunni.
Kenapa Kaedah Fiqh Tidak Boleh Dijadikan Hujah
Dalam Isu Ini?
Antara hujah yang agak masyhur digunapakai
oleh gologan yang membolehkan kutipan cukai sesuka hati ialah kaedah yang
berbunyi (maksudnya):
“Tindakan pemimpin terhadap rakyat adalah
berdasarkan maslahah.”
Golongan yang berhujahkan dengan kaedah ini
melakukan kesilapan dari tiga sudut:
1. Dari segi mengguna pakai kaedah di tempat yang ada nas yang terang.
2. Kaedah bukan hujah, tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu’. Oleh itu, kaedah hanya digunapakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.
3. Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud: ‘tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi maslahah’ walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah, jika tidak, maka ia tidak boleh dilaksanakan.
1. Dari segi mengguna pakai kaedah di tempat yang ada nas yang terang.
2. Kaedah bukan hujah, tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu’. Oleh itu, kaedah hanya digunapakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.
3. Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud: ‘tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi maslahah’ walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah, jika tidak, maka ia tidak boleh dilaksanakan.
Adakah Darurat Membolehkan Kutipan Cukai?
Dari segi hukum, boleh dikatakan ijmak ulama
terdahulu mengenakan cukai ke atas rakyat tanpa sebab yang dibenarkan syariat
adalah haram. Persoalan yang tinggal ialah, adakah darurat boleh mengharuskan
cukai dikutip?
Pertamanya, maksud difahami maksud dan makna
darurat. Darurat bermaksud sesuatu yang tanpanya akan menyebabkan manusia
hilang agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Jika tidak sampai ke tahap itu,
maka ia bukan darurat membolehkan kutipan cukai yang haram. dengan maksud lain,
jika setakat ingin menambahkan pendapatan negara, maka ia bukan darurat yang
dimaksudkan syariat.
Jika kita perhatikan, kutipan GST bukan bagi
menampung sesuatu keperluan darurat yang dimaksudkan oleh Syariat, bahkan ia
lebih bersifat memenuhi dan menampung keperluan sistem konvensional, di mana
sistem itu sendiri adalah bercanggah dengan Islam kerana bersifat ‘memusingkan
harta sesama golongan kaya’.
Darurat yang di maksudkan syariat seperti
negara yang sedang terdesak untuk dapatkan wang membeli senjata bagi
mempertahankan negara yang sedang diserang oleh musuh seperti berlaku
pertembungan antara Sultan Mamalik dengan Imam Nawawi untuk kenakan cukai ke
atas rakyat justeru Mesir pada masa itu berada pada saat genting justeru hendak
diserang oleh tentera Monggol yang tidak terkalah.
Dalam keadaan darurat perang beginipun masih
lagi berlaku khilaf dalam kalangan ulama adakah cukai yang tidak bersumberkan
nas boleh dikutip?
Al-Dhohhak dan lain-lain berpendapat, cukai
tidak harus dikenakan dalam apa keadaan sekalipun, manakala imam Juwaini,
Al-Ghazali dan lain-lain berpendapat harus mengenakan cukai bagi
keperluan-keperluan tertentu (darurat).
Jika diperhatikan khilaf ini, ia sebenarnya
khilaf dari sudut keadaan dan suasana, bukan khilaf dari sudut dalil dan nas.
Khilaf ini kita dapat simpulkan bahawa, jika zakat dan sumber lain mencukupi,
maka ulama bersepakat bahawa cukai tidak harus dikutip daripada rakyat. Khilaf
hanya berlaku jika sistem cukai Islam sumber lain tidak mengcukupi untuk
keperluan Negara.
Bagi pendapat yang menyatakan harus mengutip
cukai darurat, mereka telah meletakkan syarat-syarat yang mengharuskan kutipan
cukai. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1.Negara mestilah berpegang teguh dengan
ajaran Islam. Dalam erti kata lain, negara mestilah menjalankan sistem ekonomi
Islam termasuk sistem percukaian Islam sepenuhnya seperti zakat sebagai sistem
cukai utama Negara.
2.Hajat kepada percukaian hendaklah
benar-benar berlaku.
3.Baitul Mal benar-benar telah kekeringan
sehingga tidak dapat memenuhi hajat dan keperluan rakyat.
4.Meminimakan seboleh mungkin tekanan terhadap
individu rakyat dengan cara-cara yang selain cukai. Oleh itu, sebelum mengutip
cukai daripada rakyat, kerajaan disarankan supaya mengutip sumbangan ikhlas
serta menggalakkan rakyat memberikan derma dalam menyelesaikan sesuatu
keperluan sebelum cukai dikenakan.
5.Kutipan cukai hendaklah diputuskan hasil
perbincangan golongan fuqaha dan profesional berkait dengan isu tertentu.
6.Cukai hendaklah dikenakan ke atas
orang-orang yang kaya sahaja dan ia langsung tidak harus dikenakan ke atas
orang-orang miskin.
7.Cukai hendaklah dalam bentuk sementara. Ia
akan terhapus dengan hilangnya hajat dan keperluan. Cukai tidak boleh dikenakan
secara berterusan dan dijadikan pendapatan utama berbanding zakat.
8.Wajib meraikan keadilan di dalam
perwartaannya dan pemungutannya. Maka kadarnya hendaklah sekadar keperluan.
Keperluan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutip cukai lebih daripada
rakyat.
Sebahagian ulama seperti Imam Nawawi
meletakkan syarat bahawa cukai apabila dikatakan darurat dan perlu, maka
hendaklah terlebih dahulu ia dibayar oleh pemimpin tertinggi, jika tidak cukup
maka ia baru diturunkan ke bawah dan ke bawah, tetapi tidak boleh sampai
dikutip daripada golongan miskin. Beliau berkata kepada Sultan Zaher Bebrus:
“Aku tahu bahawa engkau dulunya seorang hamba kepada Gabenor di Bendaqar dan
engkau tiada harta satu pun. Kemudian Allah memberi peluang kepada engkau
dengan diberikan pangkat raja. Aku dengar engkau mempunyai seramai 1,000 hamba
dan setiap hamba tali pengikat kuda disaluti emas. Engkau ada 200 hamba perempuan
dan setiap seorangnya ada emas. Apabila engkau keluarkan semua itu (sebagai
pembayaran cukai) sehingga hamba-hamba engkau memiliki baju daripada kapas
biasa berbanding memiliki perhiasan emas seperti sekarang, maka baru aku
fatwakan engkau harus mengambil cukai daripada orang ramai.” – Al-Bidayah Wa
An-Nihayah.
Kesimpulan Dan Penutup
Dari sini kita dapat simpulkan hukum cukai
moden adalah haram menurut Islam berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di
atas. Sebagai seorang muslim (sama ada dalam bentuk individu atau kerajaan)
tidak sepatutnya mengambil harta orang lain melainkan tempat-tempat dan keadaan
yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas dan
dalil-dalil syarak.
Cara ini adalah cara-cara sistem ekonomi yang
sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Khulafa Ar-Raasyidin seperti
Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman dan Saidina Ali, di samping cara
Saidina Umar Abdul Aziz di atas.
Hari ini ada pemimpin yang cuba menonjolkan
mereka juga adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Persoalanya, adakah mereka
memahami bagaimana cara pemerintahan beliau? Sebagaimana pepatah arab menyebut:
“Kamu mahukan kejayaan sedangkan kamu tidak melalui jalannya. Sesungguhnya
kapal tidak akan berjalan di atas daratan.”
Bermaksud, jika anda mengkagumi keadilan Umar
Abdul Aziz dan gah dengan Baitulmalnya melimpah ruah. Kemudiannya anda
melaksanakan cara yang bukan ekonomi Islam yang telah ditelusuri oleh Saidina
Umar Abdul Aziz, maka mustahil keadilan yagn sama akan terlaksana.
Wallahu’alam.
SUMBER :
Zaharudin Muhammad
Zaharudin Muhammad
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.