Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan
banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi
Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan
aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku,
matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan
kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan
orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha
mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang
lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Agong dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah
daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk
Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu
adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk
Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu
adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke
atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana
Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang
telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah
Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang
berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina
orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah
rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Wallah’alam.
Sumber ;
azizie.com.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.