Hari ini adalah hari ke 8 kita berpuasa dan hari ini juga
adalah hari Jumaat, Penghlulu segala hari. Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita
Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan
Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!
Beberapa peristiwa penting yang telah dan akan berlaku pada
hari Jumaat, di anaranya ialah:
1. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari
Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah
beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang
terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada
hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
2. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana
Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding
hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah yang bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu
penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan
kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
3. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari
Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim
yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah
daripada fitnah kubur.”
4.. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari
Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya
keselamatan.”
5. Makbulnya Doa Di
Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu
terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa)
kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia
meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah
melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang
bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada
satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di
mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang
membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi
al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah
bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa
waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar
sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula
mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu
Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu
(sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa
(ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
6. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada
menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga
qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta
sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan
ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang
Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada
mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
Wallhu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.