RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 24 June 2015

KELEBIHAN LAPAR DAN HIDUP SEDERHANA



Semasa bulan Rmadan ini, kebiasaannya dikalangan kita berbelanja lebih untuk juadah iftar dan bersahul. Alasan yang biasa di berikan ialah puasa ini hanya sebula dalam setahun, di samping itu terdapat banyak Bazar Ramadan yang di segenap tempat samada di Bandar dan di luar Bandar.
Sedangkan ajaran yang dibawa oleh Rasullullah saw menggalakkan kita lapar dan hidup sederhana. Beliau juga menggalakkan kita mengurangkan nafsu syahawat dan ckuplah ktia makan, minum dan pakai sekadarnya sahaja.

Allah menerangkan menerusi surah Maryam ayat 59 – 60. “ Kemudian, mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan sembahayang serta menurut hawa nafsu, oleh itu mereka akan menghadapi kebinasaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serata beramal soleh, maka mereka akan masuk syurga. Dan merek tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun”

Allah menerangkan melalui sura al-Qasas ayat 79-80 : “ Kemudian, Qarun keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Berkatalah orang yang inginkan kesengan hidup dunia. ‘alangkah baiknya sekiranya kta ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik’. Berkata orang yang berilmu, ‘jangan kau berkata demikian, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beralam soleh, dan tidak dapat menerima pahala yag demikian itu melainkan orang yang sabar’”.

Beberapa buah hadis yang menerangkan tentang supaya berlapar dan kesederhanaan :
1.      Aisyah melaporkan ; “ Keluarga Nabi Muhammad tiadak kenyang dengan roti yang dibuat daripada gandum selama dua hari berturut-turut, sehinggalah beliau meninggal dunia” – direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

2.      Dalam satu laporan lagi, Aisyah menyebut bgini, “  Sejak tiba di Madinah, keluarga Nabi Muhammad tidak pernah kenyang dengan makanan diperbuat daripada gandum selama tiga hari berturut-turut sehinggalah beliau meninggal dunia.”

3.      Urwah melaporkan, Aisyah berkata “ Demi Allah wahai anak sauaraku. Kami nampak tiga kali anak bulan muncul dalam masa dua bulan. Sedangkan dalam masa itu api dapur tidak pernah dinyalakan di rumah-rumah Rusulullah”. Saya bertanya, ‘Wahai ibu saudaraku, apa yang neneruskan hidup kamu semua ?’

Jawab Aisyah, “ Kurma dan air, Hanya itu sahaja, Rasulullah ada jiran-jiran orang Ansarr yang memiliki kambing biri-biri susu ataupun untu susu,Mereka selalu menghantar susu kepada Rasulullah, lalu beliau memberi susu itu”. Diekodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Daripada cerita di atas jelaslah kepad kita bahawa baginda Rasulullah saw sentiasa hidup dengan kesederhanaan. Oleh itu marilah kita bersama menghayati sunnah dengan bersederhana dalam menyediakan juadah makanan dan kurankan nafsu makan yang melalmpau sebaliknya makanlah sekadar untuk mehilaangkan lapar sahaja. Jika kita mempunyai banyak stok makanan boleh lah di agih-agihkan kepada mereka yang miskin yang dalam kebuluran dan kelaparan.

Wallahu’alam.

Suber: Riyadus Solihin – Imam Nawawi.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.