Telah menjadi naluri
manusia untuk memperolehi CINTA yang abadi, cinta suci dan cinta yang
berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sunggguhpun begitu tidak semudah itu untuk
di capai oleh setiap indvidu, kerana cinta mememerlukan pengorbanan dan
kesetiaan dalam mengharungi perjalanan masa bagi mencapai matlamat cinta.
Sedangkan lidah lagi tergit inikan pula hubungan dua insan suami isteri. Sudah
pasti akan menempuh badai dan gelora dalam mendayung kapal kehidupan keluarga.
Oleh itu tidak semua cinta berakhir dengan kenikmatan dan kegembiraan, ada kalanya cinta yang manis pada awalnya
menjadi pahit sepahitnya di penghujung kerana di landa badai masalah dan insan
yang sedang bercinta itu tidak pandai mengawal keadaan dan perasaan.
Tahukah anda, Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai
yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.
Bagaimana ianya di capaai ?
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia
menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat
hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu.
Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan
fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut
oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri
itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan
diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.
Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan
suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang
dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Lebih didasarkan cinta kerana
ingin mendapat keredaan Allah.
Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1.
Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan
kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Setiap tindakan
dalam melunaskan cinta mereka dilakukan berdasar panduan yang di tetapkan agama
yang meliputi perkara wajib, haram, sunat, harus, makruh.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling
hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan
kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
Masing-masing menjaga diri supaya disayangi dan menyenangi pasangan.
2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya
ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak
terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik
secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah
mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri.
Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak
hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.
Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak
lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi
keluarga yang jauh.
Cinta selepas kahwin juga akan memberi rangsangaan kasih
sayang yang lebih lama berbanding dengan cinta sebelum kahwin, kerana mereka
yang baru mengenali pasangan selepas kahwin akan sentiasa mencari jalan untuk
mendapingi pasagannya di awal perkahwinan dan bagi satu tahun pertama adalah
tempoh saling kenal mengenali dan tempoh ini adalah tempoh yang paling
menyeronokkan,
Pada tahun beriktunya mereka mula mengenali dan cuba mencari
keserasian antara mereka, dan bila mula ada keserasian mereka akan di kurniakan
cahaya mata, dan ini adalah tali pengikat kasih sayang yang paling kukuh,
dengan itu cinta merek semakin membara dan menyemarakan kerana bergembira
dengan menyambut cahaya mata dan saling sayang menyangi untuk membesarkan
anak-anak mereka. Biasanya suami isteri akan berkorban apa sahaja demi memberi
kebahagian kepada anak mereka.
Walahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.