RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 22 August 2015

Sentiasa taat kepada perintah Allah.


Sebagai seorang Islam sememangnya mempunyai hasrat untuk pastikan kehidupan kita ini sentiasa taat kepada perintah Allah. Ini adalah tanda keimanan kita kepada Allah. Jika kita tidak taat kepada perintah Allah bermakna lafaz syahadah yang kita ucapkan itu tidak dapat diterima Allah. Kerana kita belum lagi beriman. Ianya mesti diikuti dengan perbuatan untuk taat segala perintah Allah. Dalam kehidupan seharian kita perlu taat terhadap perintah Allah yang berkitan dengan yang wajib; sunat; harus, makruh dan haram. Bagi saya sering menggunakan istilah 5 prinsip hidup. Sungguhpun begitu secara realiti kehidupan adalah amat sukar bagi kita untuk sentiasa taat kepada perintah Allah dalam serba serbi aktiviti kehidupan seharian. Kecuali bagi mereka yang tinggi darjat keimanan dan ketaqwaannya.

saya masih ingat kata-kata ustaz “ orang lelaki setelah menjadi suami sebenarnya menerima banyak tanggung jawab, Ia sebagai ketua keluarga perlu mempastikan isteri dan anak-anak memahami ilmu agama, mentaati perintah agama dan hidup dalam suasana Islam pada setiap masa”.

“ Adakah saya mampu menjadi suami sepertimana yang dituntut oleh Islam ?” ini adalah persoalan yang sering ada di dalam  minda saya  semenjak kahwin dulu.

“ Han setelah kahwin nanti, pastikan isteri dan anak-anak sentiasa mematuhi ajaran agama” ayah memberitahu kepada saya semasa kami berbincang tentang hari perkahwinan saya satu masa dahulu.

“ Insya Allah”. Respon ku kepada ayah.

Atas nasihat itulah saya bertekad untuk mempastikan isteri dan ank-anak  akan mematuhi semua ajaran Islam, terutamanya tentang solat. Pernah saya  memasang niat di hati untuk menjadi suami yang sentiasa mematuhi syariah, oleh itu saya berazam untuk mempastikan diri ini sentiasa mematuhi perintah agama. saya bertekad untuk menjadi suami dan bapa teladan bagi isteri dan anak-anak. Tetapi adakah saya mampu lakukannya ?. Persoalan ini sering bermain di minda bila mengenangkan tanggung jawab dan amanah saya kepada keluarga,

“ saya mesti mepastikan diri ini mendirikan solat 5 waktu tanpa tinggal setiap hari. Barulah boleh menjadi suami contoh kepada isteri dan keluarga” bisik hati kecil, sebagai satu azam yang perlu saya tunaikan setelah menjadi suami dan bapa.

Untuk itu saya akan pastikan perkara wajib mesti di taati tidak boleh tidak kita engkar seperti  mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji. Manakala yang haram mesti ditinggalkan sepenuhnya seperti  meninggalkan solat,mencuri, berzina, mengumpat, menyakit hati orang lain, berdusta, menipu, mederhaki ibu bapa dan sebagainya.

Manakala yang sunat pula perlu diamalkan seboleh-bolehnya seperti memberi sedekah, membantu orang dalam kesusahan, memgandakan kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat.

Perkara yang harus diberi kebabasan sama ada hendak melakukan atau tidak seperti mahu makan masakan berasaskan ikan dan sayuran atau makanan berasaskan daging merah atau daging puith. Aktivit lain yang harus seperti pergi melancung dalam negeri atau di luar Negara dan sebagainya.

Perkara yang makroh mesti utamakan untuk di tinggalkan seperti memakan makanan yang berbau sebelum pergi solat berjemaah seperti petai, jering, bawang putih dan sebagainya.Begitu juga merokok yang majority tok-tok guru di Malaysia sebelum ini mengatakan makroh , perlu ditinggalkan dan sememangnya saya tidak pernah merokok.

Salah satu prinsip yang saya pegang dalam menerajui bahtera rumah tangga kami yang telah menjangkau usia lebih 34 tahun ialah memastikan semua ahli keluarga akan mematuhi perintah Allah dalam serba serbi aktiviti kehidupan seharian.  Sebagai ketua keluarga saya perlu memberi teladan kepada isteri dan anak-anak. Pegangan utama saya adalah kita hidup hendaklah berpandukan kepada perintah Allah yang ditetapkan oleh Islam. Lima perkara yang ditetapkan oleh Islam perlu dipatuhi iaitu wajib; haram; sunat; harus dan makruh.

Saya  akan pastikan yang wajib akan dilakukan sepenuhnya dan begitu juga yang haram akan ditinggalkan sepenuhnya. Perkara yang sunat akan diusahakan untuk melakukannya pada setiap masa bila ada peluang dan keperluan. Perkara harus diberi kebabasan sama ada melakukannya atau tidak, manakala yang makruh saya akan cuba untuk tinggalkan.

Dalam menepati hasrat untuk mentaati perintah Allah dalam kehidupan seharian, kita perlu kepada pengetahuan ilmu agama yang mencukupi. Untuk itu kita perlu menuntut ilmu agama dari masa kesemasa. Jika mempunyai sikap telah mencukupi dengan ilmu yang ada, adalah satu kesilapan besar, kerana hakikat dalam kehidupan manusia kita perlu menimba ilmu sepanjang hidup kerana ilmu Allah itu adalah terlalu banyak dan ianya bertambah mengikut peredaran masa.

Cuba kita lihat sekeliling kita pada masa ini, kemajuan teknologi internet dan alatan komunikasi begitu pesat sekali. Anak cucu kita pada masa ini telah terdedah dengan kemajuan teknologi komunikasi dan budaya hiudup mereka telah dipengaruhi dengan suasana kehidupan dunia maya tanpa sempadan. Oleh itu kita sebagai warga tua perlu juga mempelajari ilmu berkaitan penggunaan alatan komunikasi terkini  supaya kita dapat bersama-sama dengan mereka terutama apabila perlu berkomunikasi.

Saya masih ingat, cucu  yang berusia empat tahun pernah memberi teguran kepada saya.
“Tok ayah, tunggulah dulu. Komputer sedang loading tu”. Kata cucu apabila dia melihat saya cuba menekan butang key board computer. Ini terjadi semasa saya meziarah anak sulung  yang tinggal di Putrajaya satu ketika dulu.

Hati kecul saya terdetik, “ah malunya aku, cucu yang usia 4 tahun lebih mahir komputer berbanding datuknya yang  telah berusia emas”. Inilah realiti kehidupan, kita akan ketinggalan ilmu jika tidak sentiasa update dengan peredaran masa. Lebih-lebih lagi kemajuan gajet komputer.

Oleh itu yakinlah bahawa untuk berjaya dalam kehidupan kita perlu mempunyai pemikiran yang positif, sentiasa kemaskini ilmu pengetahun berdasarkan perkembangan zaman. Itulah realiti kehidupan, bahawa setiap manusia perlu meningkatkan ilmu sepanjang hayat. Jika kita mempunyai sikap negetif dan malas untuk menimba ilmu saban masa maka kita akan ketinggalan dan sukar untuk hidup sempurna di sepanjang zaman.

Untuk mempastikan saya dapat menjadi suami dan juga bapa yang dapat dicontohi oleh isteri dan anak-anak, saya terpaksa meningkatkan ilmu agama saban masa. Lebih-lebih lagi saya bukanlah berlatar belakang didikan sekolah  agama.  Di peringkat sekolah rendah hanya belajar di sekolah kebangsaan (1960-1966) dan memasuki sekolah menengah aliran English selama lima tahun.

Sunggupun begitu, saya bernasib baik kerana ayah berkelulusan sekolah pondok serta bertugas sebagai Penyelia Imam dan juga sebagai Naib Daftar Nikah . Bapa saya juga adalah seorang guru agama yang mengajar di beberapa buah masjid dan madrasah . Persekitaran kehidupan sebegini memboleh saya dididik dengan disiplin agama yang kuat, terutamanya berkaitan dengan amalan–amalan fardu yang di tuntut oleh Islam.

“ Betapa banyaknya ramhat Allah yang dikurniakan kepada kehidupan kita setiap detik, rahmat kehidupan, rahmat udara, rahmat air hujan, rahmat kesihatan, rahmat selera makan dan banyak lagi, tida terhitung banyaknya “ kata ayah kepada para jemaah di surau yang mendengar kuliah maghribnya.

“ oleh itu kita yang hidup di dunia ini perlulah menysukuri rahmat-Nya” sambung ayah dengan penuh bersemangat, Para Jemaah hanya mengangguk-angguk kepada tanda setuju.

‘ Allah bukannya mahu kita membayar semua rahmat-Nya itu, yang di suruh oleh-Nya ialah supaya kita sentiasa beribadat kepada-Nya. Melakukan segala suruhan-Nya dan menginggalkan segala larangan-nya”. Ayah menjelaskan lagi.

Kata-kata itu saya masih ingat sehingga kini, walaupun ayah telah tiada, kembali menemui pencipta-Nya lebih 15 tahun lalu. Kata-kata hikmah itulah yang menjadi pedoman hidup saya dalam beribadat kepada Allah. Kata-kata itu jugalah saya sentiasa berpesan kepada isteri dan anak-anak bila saya memberi peringatan kepada mereka tentang solat dan lain-lain ibadat yang perlu dilakukan.

Saya banyak menambah pengetahuan ilmu agama lebih kepada pendidikan tidak formal. Sebagai contoh, setelah  saya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, saya dan ayah sentiasa berbincang, bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu ekonomi, politik, agama, kebudayaan dan lain-lain isu yang releven dengan kehidupan seharian. Itulah cara ayah mentarbiah saya.

“ Dengan mengadakan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahan, Kerajaan Malaysia akan dapat membasmi kemiskinan” kata saya kepada ayah, semasa kami berbincang tentang pembangunan Negara, semasa saya balik kampong cuti hari raya.

“ Kemiskinan mana boleh basmi” ayah memberi cadangan balas.

“ Telah menjadi lumrah alam, kaya lawan miskin, senang lawan susah, berharta lawan fakir”. “ Kita tidak boleh mengatakan dengan Perancangan Pembangunan Ekonomi, kemiskinan akan dapat di hapuskan” Ayah menyambung hujjahnya. Saya terdiam seketika, apabila ayah membantah cakap saya. Ada juga benar cakap ayah, Slogan “untuk membasmi kemiskinan” sebenarnya kurang tepat. Kerana kemiskinan adalah satu perbandingan yang relatif bukanya subjektif. Memang ada perbezaan diantara orang miskin di Bandar dengan orang miskin di desa. Jika di bandar, pendapatan RM2,000.00 telah dikatogarikan sebagai orang miskin. Tatapi di kampong ianya telah dianggap sebagai orang berada.

“Sepatutnya menggunakan perkataan “ untuk mengurangkan bilangan orang miskin” adalah lebih tepat” kata ayah, memberi cadangan balas.
“ Betul juga cakap wan tu” aku membalas pandangannya dengan memberi sokongan. Ayah nampak gembira bila pendapatnya di sokong.

Itulah situasi kami anak beranak apabila berbincang isu semasa, biasanya apabila saya balik kampong semasa cuti hujung semester atau cuti Hari Raya.

Daripada perbicangan sebegini membuatkan saya mendapat ilmu, terutamanya tentang hukum hakam agama Islam, kerana apabila ayah beruhujjah sesuatu isu dia akan memberi nas dari Al-Quran atau hadis untuk menyakinkan pendapatnya. Itulah stail ayah berhujjah, stail pengajian pondok yang dia ikuti semasa muda dahulu.

Situasi perbincangan sebegini memang menjadi rutin apabila saya balik ke kampong semasa U cuti. Semasa perbincangan saya lebih menjurus kepada pemikiran akadamik berdasarkan hujah-hujah ekonomi dan sains sosial, manakala ayah lebih menjurus kepada pemikiran keagamaan berdasarkan nas-nas al Quran dan hadis. Sesi perbincangan dan bertukar-tukar fikiran seumpama ini menjadikan saya lebih matang dalam memahami dan mendalami hukum hakam agama dari masa ke semasa.

Suasana sebegini telah tiada lebih 15 tahun lalu setelah ayah telah meninggal dunia. Ianya hanya menjadi kenagan dalam hidup saya. Ianya jadi teladan kepada saya dalam usaha memberi didikan dan pembelajaran kepada anak-anak dan cucu-cucu saya.
`
Dalam keluarga kami, telah menjadi amalan lazim untuk mengambil berat tentang amal ibadat dalam kehidupan seharian. Amalan solat  dititik beratkan. bermula solat subuh, zohor, asar, magrib dan isyak telah menjadi kelaziman untuk saya melakukannya secara berjemaah di masjid atau di surau,  paling tidak melakukan solat berjemaah dengan isteri dan keluarga di rumah.
Bagi mempastikan anak-anak mengerjakan solat lima waktu, saya dan isteri akan sentiasa mengigati mereka , boleh dikatakan setiap waktu bila peluang kami berkomunikasi dengan anak-anak.

“Abang dah solat” terdengar suari isteri dari dalam bilik sebaik saja abang melalui pintu bilik tidur kami. Kadangkala saya menggunakan peluang untuk menasihati anak-anak semasa dia datang untuk mendapatkan wang saku semasa untuk ke sekolah.

“ Ini duit sekolah, solat jangan tinggal abang” ungkapan sebegini biasa keluar dari mulut saya semasa memberi duit kepada anak-anak. Alhamdulilah cara ini menampakkan ada kesan positif terhadap amalan solat dalam keluarga kami.

Sungguhpun begitu, setelah anak meningkat dewasa dan mempunyai kerjaya masing-masing, mereka mula sibuk dengan kerjaya, menyebabkan solat bejemaah sudah agak sukar untuk dilakukan di rumah, oleh itu tumpuan saya lebih kepada melakukan solat berjemaah di masjid.

Sesuai dengan ajaran sunnah supaya kita berkawan dengan anak-anak bila mereka dah berumur 18 tahun ke atas. Untuk itu saya mengambil pendekatan mensihati anak-anak tentang solat dan mentaati perntah Allah melalui kaedah persahabatan dan kawan. Apa yang saya dan isteri lakukan ialah  memberi nasihat keada anak-anak semasa ada perjumpaan keluarga umpamanya masa makan bersama untuk meraikan Hari Lahir saya atau isteri,

“ Dady ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua anak-anak dady yang disayangi” saya memberi sedikit ucpan kepada anak-anak semasa kami makan di sebuah restoran.
“ Dady berpuas hati kerana anak-anak semua dapat menjadi insan yang baik, terutamanya dalam hal solat, dady dapati kesemua anak dady lakukannya. Cuma kadangkala dady nampak ada yang solat di akhir wakatu, perkara ini tidak patut di amalkan kerana dia adalah satu perbuatan yang mengambarkan kita meperkecilkan kebesaran Allah. Selaras dengan ungkapan Allah Huakbar kita patut segerakan solat 5 waktu, solat di awal waktu. Yang lebih baik solat berjemaah di masjid.” Saya memberi nasihat kepada anak-anak.

“ Ok, dady juga pada malam ini memebri peluang kepada ana-anak untuk mengkritik atau memberi pandangan balas berhubung dengan stail dady mengurus keluarga”.
saya memberi peluang kepada anak-anak untuk bercakap.

“Along ucapkan terima kasih kepad dady dan mama yang sentiasa memberi perhatian kepada kami, Cuma kadangkala cara dady memdidik agak keras sikit, dan ada kalanya agak panas barang” anak sulung perempuan saya memberi pandangan peribadinnya..

“ Terima kasih along” saya membalas.

 “Yang penting anak-cucu dady semua sentiasa solat dan patuhi ajaran agama, itulah yang diharapkan”..

Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran isteri dan anak-anak  membaca Al-Quran, saya telah mengaji seorang guru Al-Quran di rumah dengan jadual pengajian tiga kali seminggu. Alhamdulillah saya amat bersyukur kepada Allah yang telah memberi hidayah kepada keluarga kami  untuk menjadi orang yang celik Al Quran walaupuan tidaklah pakar tilawah atau hafazan.

Setelah anak-anak kami menamatkan pengajian masing-masing di kolej dan universiti, mereka mula membawa haluan masing-masing. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk memperingati anak-anaknya tentang keperluan solat serta kepatuhan semua syariat agama, sekali sekala saya anak menggunakan kecanggihan kemajuan teknologi telefon bimbit untuk mengingati mereka melalui pesanan SMS. Saya bertindak menghantar secara berkala SMS untuk mengingati anak-anak kami  tentang kepenting solat yang perlu disegerakan pada waktunya. Tindakan berkomunikasi melalui SMS yang saya amalkan ini memperlihatkan perkembangan positif terhadap anak-anak kami.

Alhamdulilah, Hidayah Allah yang memberi istikomah kepada saya dalam mentaati perintah Allah, telah menjadi ikutan kepada isteri dan juga anak-anak.

Sepanjang tempuh perkahwinan sehingga hari ini saya tidak pernah memukul isteri, tidak pernah berlaku sebarang krisis yang besar, hubungan kasih sayang  suami isteri sentiasa membara dan kebahagian sentiasa segar , ini adalah berpunca  dari hasrat untuk mendapat keredaan Allah samada di dunia dan akhirat. Mungkin Allah telah memberi hidayah-Nya kepada keluarga kami atas niat dan semangat kami yang sentiasa condong kepada mentaati perintah Allah. Kandangkala kita mendengar berlaku penderan suami terhadap isteri, bila mendengar berita  sebegini saya tidak dapat bayangkan apakah jenis manusia yang bergelar suami yang mempunyai sifat begis dan ganas itu. Bayangkanlah  orang yang dicintainya bila berlaku sedikit kesilapan terus memukul dengan seteruk-teruknya, sedangan dalam keadaan biasa isterilah tempat suami memandu kasih asmara, tempat melempas rindu dan nafsu. Adakah adil hanya dengan sedikit masalah dia dibelasah sebegitu rupa. Tindakan sebegini adalah amat bertetangan dengan syariat dan sunnah. Nabi adalah suami contoh yang amat berlemah lembut dengan isteri-isterinya. Jika mahu mengajar isteripun Islam mempunyai tatacara yang ditetapkan. Inilah akibatnya bila suami itu jahil tentang hukum agama, melakukan isteri sesukan hati dan mengikut nafsu amarah.

Disamping solat, membaca Al-Quran setiap hari telah menjadi rutin bagi saya dan isteri, manakala anak-anak akan turut sama membacanya pada hari-hari tertentu. Dengan kemajuan teknologi Quran digital dan  Pen Membaca  Al Quran. Saya di ilhamkan oleh Allah untuk menggunakan alat ini bagi memperlancarkan cara membaca Al-Quran dan juga memahami isi kandungan Al Quran. Kerana sebelum ini saya hanya boleh membaca Al-Quran secara sederhanan sahaja, tidak seperti para qari yang dapat membaca dengan fasih dan memahami hukum tajwid sepenuhnya.

“ Bacaan tu tak betul” kata ayah kepada saya semasa membaca Yasin untuk datuk yang sedang sakit satu maa dulu. Saya rasa malu pada diri sendiri apabila di tegur ayah, walahal pada masa itu sedang menutut di universiti. Itulah jadinya apabila kita lebih tekankan tentang ilmu akadamik, tapi kesampingkan ilmu agama.

Bermula pada peristiwa itu saya telah tekad untuk membelajar membaca Al-Quran supaya dapat memperbetulkan tajwidnya. Untuk itu saya menggunakan pelbagai kaedah bagi memperlancarkan bacaan dari masa ke semasa.

Alhamdulilah niat tu telah dikabulkan oleh Allah. Kini saya telah boleh membaca dengan fasih. Lebih-lebih lagi dengan pengguna alatan teknologi canggih mutakhir ini, seperti Pen Pebaca Al-Quraan telah menambah minat keluarga kami untuk terus membaca Al-Quran. Amalan membaca Al-Quran telah menjadi agenda rutin oleh saya dan isteri. Kini kami mula menghayati isi kandungan Al-Quran pula dengan menggunakan Pen Pembaca Al-Quran untuk mendengar dan menghayati terjemahan isi  kandungan Al-Quran yang telah di rekod secara MP3.  Penghayatan Al-Quran melalui kaedah ini dapat memahami dengan lebih baik dan dapat mengelakkan perasaan mengantuk semasa mendengarnya. Teladan yang lakukan oleh kami berdua, alhamdulilah sekarang ini mula di ikuti oleh anak-anak pula, Syukur kupanjatkan kepada Mu Ya Rabil Alamin.

Sungguhpun kita telah berusaha sebaik mugkin untuk mendapat keredaan Allah dalam menjalani kehidupan seharian, tetapi sebagai manusai biasa kita akan diuji oleh Allah. Saya sendiri telah diuji dengan beberapa peristiwa yang boleh mengugat keimanan dan intergriti kita sebagai seorang Islam yang taat kepada hukum-hakam agama. Jika dihalusi dalam lambaran nota kehidupan seorang insan, biasanya insan itu akan kecundang bila terlibat dengan kewangan. Jika corak hidup kita seharian untuk bergaya dan mempamirkan kita sebagai orang yang mempunyai wang dan berstatus tinggi, sudah pasti akan melibatkan perbelanjaan harian dan bulanan yang agak besar, kadang kala kita membelanja lebih dari apa yang diperolehi pada bulan berkenaan, jika ini berlaku kita terpaksa membelanja dengan cara berhutang sama ada melalui pinjaman bank, pinjaman dari kawan atau kad kredit.

Hal ini juga berlaku dalam kehidupan saya, dimana saya telah menggunakan kad kredit untuk menampung kekurangan perbelanjaan bila berlaku pada satu-satu bulan, insedin sebegini tidaklah kerap sangat berlaku. Dalam tempoh hampir 15 tahun mengurus perbelanjaan untuk menampung keperluan keluraga saya telah berhutang dengan kad kredit lebih kurang RM 40K. kini ianya menjadi bebanan kepada saya untuk menjelaskan baki hutang kad kredit berkenanan yang tinggal lagi sebanyak RM15,000.00 . Setelah dibuat perundingan dengan pihak bank saya terpaksa membayar ansuran bulan lebih RM 500 sebulan.

Inilah akibatnya jika kita engkar perintah Allah. Islam mengharamkan riba tetapi kita masih buat mudah dan terlibat samada secara senganja atau tidak sengaja. Akibatnya mengalami penderitaan untuk membayar buga riba yang begitu menekankan itu. Sesungguhnya setiap larangan yang ditetapka oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya.

Sekarang ini saya mula insaf dan sedar bahawa seseorang ketua keluarga perlu mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mengurus kewangan keluarga. Kita juga perlu berhati-hati supaya tidak terlibat dengan amalan riba, dalam kes ini saya telah gagal untuk memastikan wang yang dinbelanjakan untuk keluraga tidak trerlibat dengan riba. Mungkinkah musibah yang saya hadapi ini juga sebagai balasan Allah terhadap dosa-dosa saya itu.

“ Ya Allah hamba mu ini memohon ampun dan bertaubat di atas segala kesilapan dan kealpaan sehingga melangar perintah Mu. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat”. Amin Ya Rabil Alamin

Pengajaran dan iktibar:

1.      Pengetahuan asas ugama adalah penting bagi suami  selaku ketua keluarga,kerana ianya akan digunakan untuk mendidik isteri dan anak-anak kearah jalan yang redahi Allah.Ini adalah satu amanah yang perlu ditanggung oleh setiap suami. Jika gagal akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tuntusan supaya bapa memberi kemudahan kepada anak-anak untuk menintut ilmu adalah amat penting dalam Islam.

2.      Suami yang mempunyai  pengetahuan agama, dapat memimpin keluarga untuk  mendapat keredaan Allah sama ada di dunia dan juga di akhirat. Suami yang mendisiplinkan dirinya dengan mentaati perintah agama disepanjang kehidupanya akan Berjaya menjadi teladan kepada isteri, anak-anak dan semua keluarga.Pemimpin sebegini akan membawa keluarga untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

3.      Suami isteri yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai rujukan untuk keluarga dalam mengharumi kehidupan, akan memperolehi keberkatan dan hidayah Allah, kehidupan keluarga sentiasa ceria dan dihormati oleh jiran dan masyarakat. Lebih baik lagi sekiranya suami mempuyai insiatif untuk memahami isi kandungan Al Quran dan membaca terjemahannya, kemudian mengambil instif untuk mengamalkan segala panduan dan ajaran yang digariskan oleh Allah itu dapat dijelmakan dalam kehidupan reality seharian. Kaedah inilah yang dillakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sezaman dengannya.

4.      Suami yang mepunyai pengetahuan agama akan dapat menempuh segala cabaran dan ujian Allah dengan penuh sabar dan mampu mempertahankan kerukunan rumah tangga  dan hubungan baik suami isteri sehingga ke akhir hayat. Kerana ilmu agama sebagai panduan dalam menjalani kehidupan akan memperolehi jalan yang selamat dan terbaik dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran Allah. Orang yang tinggi keimanan dan ketaqwaan akan menjadi orang yang sabar dalam menghadapi semua dugaan Allah.

5.      Sebagai seorang saumi yang hidup dizaman internet dan peralatan komunikasi yang canggih, perlu mempunyai kemahiran untuk mempergunakan kemajuam teknologi dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan dan juga mendidik ahli keluarga. Ini memperlihatkan pentingnya seoerang suami menambah ilmu pada setiap masa. Pembelajaran sepanjan hayat.

6.      Kemahiran merancang dan mengurus kewangan keluarga adalah satu skil yang perlu ada bagi seorang suami yang ingin menjadi suami mithali yang cemerlang. Jika suami tidak pandai mengatur kewangan akan menjadikan puca pendapatan keluarga berlaku ketidak cukupan dan ia akan mendorong kepada ketua keluarga untuk berhutang. Jika si isteri pula mempunyai sifat suka memaksa dan mendesak suami membeli itu dan ini tanpa mengira kemampuan kewangan suami akan mengakibatkan suami membuat pinjaman dari pihak lain. Jiak tidak diuruskan secara bijaksana akan menjadi seorang yang berhutang. Silap-silap percaturan suami akan menjadi seorang yang muflis setelah tak berdaya lagi menjelaskan hutang pihak bank atau pemberi pijaman.






                                                                                                        













No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.