Rezeki yang kita perolehi setiap hari adalah ketetapan
Allah, kita hanyalah berusaha dan berikhtiar sahaja. Oleh itu untuk memperolehi
rezeki yang mencukupi pada setiap masa mengikut keperluan kita, maka kita
hendaklah sentiasa mendapingi dan memematuhi segala perintahNya.. Lebih-lebih
lagi jika kita ingikan keberkatan rezeki yang diperolehi supaya dapat
dibelanjakan untuk mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat. Amalan-amalan
ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya
dengan pemberianNya…
1. Sentiasa menyempatkan diri untuk beribadah kepadaNya.
Sememang kita
dicipta untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Allah tidak sia-siakan
pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak
Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan
menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) .
Maksud menyempatkan diri adalah sentiasa memberi keutamaan
dan tumpuan untuk beribadat seperti solat, puasa, zakat dan haji. Solat 5 waktu
disempurnakan pada awal waktu dan serta secrara berjemaah. Begitu juga dengan
ibadat lain seperti puasa Ramadan di sempurnakan sebaiknya dan begitulah dengan
ibadat-ibadat lain.
Apabila kita yang sentiasa taat kepada perintah Allah akan
menjadikan kita sebagai insan yang bertaqwa. Yang sentiasa mendapangi Allah dan
takut melakukan maksiat kepada Allah. Situasi sebegini menjadikan kita sebagai
hamba yang dikasihi oleh Allah. Tentulah Allah akan menjaga rezeki kita pada
setiap masa.
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba
di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya
lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah
yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan
al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Apabila kita sentiasa beristighfar sudah tentu menjadikan
kita seorang insan yang sentiasa bertaubat di atas segala dosa yang kita
lakukan, dengan itu menjadikan diri kita sentiasa berish dari dosa-dosa. Amalan
sebegini akan memberi keinsafan kepada kita apabila terlanjur melakukan dosa. Amalan
sebegini akan melahirkan sifat taqwa dalam diri kita dan orang yang tinggi
taqwanya akan mematuhi segala perintah Allah, sudah pasti kita akan menjadi
kekasih Allah. Dan Allah telah menjanjikan kehidupan yang tenang dan rezeki
yang memcukupi bagi hambaNya yang beriman dan bertaqwa.
3. Jangan lakukan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang
dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi).
Dengan menghindarkan diri daripada melakukan dosa kita akan
sentiasa di kasihi Allah. Kerana setiap kali kita melakukan dosa, bermakna iman
kita pada masa melakukan dosa itu telah luntur, ulama mengatakan bahawa takan
akan melakukan minum arak seserorang itu jika ianya masih beriman, tak akan
lakukan zina seseorang itu semasa ianya masih beriman, betapa besar dosanya
bagi orang yang melakukan maksiat, terutama jika maksiat itu adalah perbuatan
yang dianggap berdosa besar seperti minum arak, berzina dan sebagaiya.
Jika seseorang itu sentiasa berhati-hati dalam menjalankan
aktiviti kehidupan seharian dimana dia sentiasa merujuk kepada syariat Allah
sudah pasti dirinya akan terhindar daripada melakukan dosa. Ini bermakna
kehidupannya penuh dengan iman dan taqwa. Sudah pasti sifat sebegini akan
dikasihi oleh Allah. Mereka yang dikasihi Allah segala permohonannya akan di
perkenankan oleh-Nya.
4. Sentiasa mengiganti Allah
Banyak mengingati Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Bila hati kita sentiasa mengiganti Allah kehidupan seharian akan menjurs kepada melakukan perkara makaaruf dan nahir mungkar. Menjadikan tingkat ketaqwaan kita tinggi. Sifat insan sebegini akan disyanagi Allah. Kekasih Allah akan mudah mendapat perolongan dan perlindungan-Nya, terutama dengan rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
Orang yang hatinya tenang, melakukan kerja dengan baik dan
berkualiti, sentiasa menggunakan akal yang waras terhadap segala tindakan yang
diambil. Ini membolehkan ianya melakukan kerja seharian dengan bersemangat dan
berkualiti. Kerja yang berkualiti ini akan mendapat imbalan atau habuan yang
lebih baik berbanding dengan kerja yang tidak berkuliti dan sempurna. Oleh itu mereka
yang sentiasa mengigati Allah akan memperolehi rezeki yang melipah ruah.
5. Sentaisa berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim).
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada
kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat
al-Hakim dan ad-Dailami)
Anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa akan menjadikan
anak yang dikasihi oleh kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan kepada anaka-anaknya yang soleh dan solehah. Perlu di ingat
bahawa diantara doa yang mudah dimakbulkan oleh Allah ialah doa ibu bapa. Anak yang
mendapat restu ibu bapa akan hidup dengan tenang, setiasa bahagia mebuatkan
dirinya sentiasa ceria dan kerja yang dilakukan dapat disempurna dengan baik
maka sudah pasti akan murah rezeki.
6. Sentaisa berbuat
baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari).
Dengan membantu orang susah dan lemah akan memperolehi
kemurahan rezeki kerana mereka ini sentiasa mensyukuri setiap pertolangan yang
di berikan dengan mereka dan seterusnya akan berdoa untuk kebaikan, murah
rezeki dan panjang umur kepada orang yang memberi bantuan kepada mereka.
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim).
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim).
Jika kita bersifat suka menolong orang lain, kehidupan kita
akan disenangi oleh ramai orang, ini membolekan kita mudah mendapat pertolongan
bila kita memerlukan pertolongan. Kehidupan sebegini akan memudahkan rezeki
datang kerana kita sentiasa didoakan oleh mereka yang kita tolong supaya
panjang umur dan murah rezeki.
8. Banyak berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Orang yang sentiasa berselawat adalah mereka yang sentiasa
mentaati ajaran dan sunnah nabi. Ini menjadikan kehidupanya sentiasa mematuhi
syariat. Kehidupan sebegini yang sentiasa mentaati perintah Allah akan sentiasa
disyangi dan dikasihi Allah. Mereka yang di kasihi Allah akan dimurakan rezeki
oleh-Nya.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
Orang yang suka membuat kebajikan akan disenangi dan
disayangi oleh ramai orang. Kehidupan sebegini akan memudahkan dirinya mendapat
pertolongan bila diperlukan. Jika kita suka membantu orang dalam kesusahan,
mereka kan sentiasa berdoa kepada kita sebagai tanda terima kasih di atas
pertolongan yang diberikan itu. Jadi tabiat suka membuat kebajikan itu akan
menyebabkan ramai orang yang berdoa kepada kita supaya sentiasa di murakan
rezeki.
10. Berpagi-pagi dalam
melakukan kerja harian.
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. Kerana pada masa ini sebilangan besar orang lain sedang tidur nyenyak. Jika kita dah mulakan pekerjaan pada masa awal pagi maka segala peluang yang baik yang diperolehi oleh kita yang berpagi-pagi lagi. Kemudahan sebegini sudah pasti akan membolehkan kita memperolehi rezeki yang elok dan baik-baik.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari). Orang yang suka menghubungkan saliturrahim akan menjadikan dirinya sentiasa disukai dan disayangi oleh ramai orang. Pekerti yang baik ini akan menjadaikan kehidupannya sentiasa mahabbah dan mudah mendapat pertolongan daripada rakan taulan. Bila segala kerja kita mudah mendapat bantuan dan pertolongan orang, dah pasti kerja akan menjadi dan akan membuat hasil yang baik. Jika kita berniaga, perniagaan akan mendapat sokongan ramai pelanggan, pasti akan memeberi pulangan dan keuntungan yang lebih. Dengan kata lain akan murah rezeki.
12. Membiasakab diri kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta
pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)
nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid
al-Walid)
Bila kita kekal berwudud akan menjauhkan syaitan untuk
menghampiri dan mempengaruhi kita untuk melakukan maksiat dan dosa. Bila kehidupan
sentiasa dalam mengerjakan amal kebajikan akan menjadikan kita diantara insan
yang di sayangi Allah. Bila kita sentiasa mendekati diri kepada Allah akan
mudahlah dikabulakan segala doa kita dan pasti kita akan hidup delam ketenangan
dan murah rezeki.
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
Juga harus diingat Allah telah menjanjikan bahawa setiap
sedekah yang dilakukan denga ikhlas itu akan digandakan pahalanya, ada ulamak
mengatakan setiap sedekah akan diganda 70 dan seterusnya akan berganda menjadi
700 dan begitulah gandaanya lebih besar lagi. Hanya Allah yang berkuasa
menentukannya. Oleh itu tabiat suka memberi sedekah bukanlah akan mengurangkan
harta kita sebaliknya ia akan memelipat gandakna lagi harta kita akan
dikurniakan rezeki oleh Allah.
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan
memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah. Bila kita mebiasakan diri mendirikan solat malam,
dimana salah satu solat yang agak sukar untuk dilakukan oleh mereka yang tidak
kuat iman dan taqwa.
Amalan solat mala mini akan membersihkan jiwa dan hati kita,
bila solat kita akan memohon doa kepada Allah, dan telah dinyatakan bahawa
diantara masa yang paling mustajab doa adalah pada waktu tengah malam dan
sepertigas malama ( waktu hampir waktu subuh).
15. Sentiasa solat
Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani).
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani).
Solat duha akan dipermudahkan rezeki adalah janji Allah
kepada manusai yang beriman. Oleh itu ia pasti akan melapangkan rezeki bila
kita senitasa mengamalkannya. Kerana janji Allah adalah sesuatu yang pasti akan
dikotakan,
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan
boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan
dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya
dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah
hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah
ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap
malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. Alah yang Maha Pemurah sudah pasti akan mengkabulkan doa hambaNya. Lebih-lebih lagi doa dari kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. Alah yang Maha Pemurah sudah pasti akan mengkabulkan doa hambaNya. Lebih-lebih lagi doa dari kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab
yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak
tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam
rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal,
hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki
berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada
Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung
diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat
Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
r.a.)
Kesimpulannya untuk murah rezeki kita hendaklah sentiasa
mentaati dan mendekati Allah, dengan memperbanyakkan istighfar, berzikir,
beribadat lain dan lakukan perkara-perkar kebajika untuk membantu orang yang
memerlukan. Jika kita sentiasa mendapingi Allah dan menjadi hamba yang beriman
dan bertaqwa sudah pasti kita akan disayangi dan dikasih Allah. Bila situasi
ini sentiasa kita amalakan , maka tidak mustahil Allah akan mengkurniakan
rezeki yang melimpan ruah dan hidup penuh keberkatan dan redha Allah. Aamiin.
Wallahu’alam,
Sumber: Majalah
ANIS
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.