RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday, 20 August 2015

Cara Memulihkan Komunikasi Suami Isteri Yang Hambar



Hubungan suami isteri yang mesra dan penuh dengan kasih sayang, saling percaya mempercayai adalah satu suasana yang diingankan oleh kebanyakan suami isteri. Situasi sebegini memang akan dialami oleh setiap pasangan suami isteri terutama pada masa malam pertama kahwin dan setrusnya dalam masa edah berbulan madu.
Apabil tempoh perkahwinan menjangkau usia lebih dua hingga tingga tahun, kadang kala akan beralak situasi hubungan suami isteri mula hambar. Anda jarang berkomunisi dengan pasangan masing-masing. Pada mulanya perhubungan yang hambar ini berlaku apabila berlaku perselisihan faham atau pendapat berhubung sesuatu isu diantara suami dan isteri. Bagi suami yang bijak dan penuh tanggung jawab, ia akan mengambil insiatif untuk merapatkan kemesraan dan apabila didapati hubungan mereka suami isteri mula hambar. Tetapi bagi suami yang egonya tinggi dia akan membiarkan suasana yang hambar itu berterusan untuk beberapa ketika dengan harapan isteri akan datang kepadanya untuk meminta maaf. Terapi pada hakikat kehidupan reality, si isteri yang mendiamkan diri dengan harapan suami akan datang memujukan.
Bila komunikasi mula hambar, anda hanya memulakan komunikasi jika mempunyai urusan penting sahaja. Namun keserian rumahtangga tersebut terasa semakin pudar kerana wujudnya masalah komunikasi tersebut. Seharusnya, pasangan akan sudi menceritakan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupannya sama ada suka atau duka. Berikut merupakan panduan untuk memperbaiki komunikasi dan interaksi di antara suami dan isteri:

  • Elakkan daripada menggunakan perkataan yang meleret (membebel) – sesetengah isteri suka menceritakan sesuatu hal kepada suami secara meleret bukanya secara terus kepada isi penting.  Suami akan merasa bosan jika isteri terus meleret lebih lagi jika anda dan suami baru sahaja mengalami perselisihan pendapat atau bertengkar. Oleh itu  pastikan setiap perbualan anda dan suami menjadi rancak dan tidak membosankan. Dalam erti kata lain, pastikan komunikasi anda dapat hidupkan suasana bahagia dalam rumah tangga. 

  • Pilih masa yang sesuai untuk berbincang – pastikan anda memilih  masa yang sesuai  untuk berbincang sesuatu isteri dengan suami anda. dimana kedua belah pihak berada dalam keadaan stabil dan tidak beremosi. Jika keadaan pasangan anda atau anda sendiri masih beremosi, ia hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang. Oleh itu, anda harus bijak mencari waktu yang sesuai dan boleh berbincangan dalam keadaan yang tenang.

  • Tarik perhatian pasangan – anda boleh mencuba tarik perhatian pasangan melalui cara tersendiri seperti membuatkan dia rasa “Surprise” atau anda juga boleh meluahkan kata-kata romantis padanya. Bercakap dengan menggunakan ayat yang romantic, lemah lebut serta dengan bahasa badan yang boleh menarik minat pasangan anda.

  • Elakkan daripada suka berleter – jangan suka berleter memanjang kerana ia akan membuatkan pasangan semakin rimas dan bosan. Tabiat meleter ini kadang-kadang  boleh mewujudkna perasaan marah di hati pasangan. Gunakan nada lembut dan berhemah, susun perkataan yang memberi keseronokan dan  menceriakan hubungan dengan pesangan.

  • Wujudkan suasana riang – cuba untuk bergurau senda kembali dengan pasangan masing – masing. Kemudian, barulah memperkatakan sesuatu yang serius tetapi dalam suasana yang tidak tegang. Gurau senda antara pasangan merupakan cara yang terbaik dalam mengeratkan hubungan masing-masing.

  • Solat hajat dan perbanyakkan doa :  Jika suasana komunikasi masih hambar setelah dilakukan tindakan di atas, anda perluh mengadapNya untuk mohon pertolongan dengan mengerjakan solat hajat dan berdoa. Amalan ini sepatutnya anda lakukan saban masa apabila telah diperlihatkan hubungan anda suami isteri mula hambar dalam tempoh yang berpanjangan. Ingatlah kita sebagai manusia hanya mampu berusaha atau berikhtiar sahaja, tetapi yang memberi kelembutan hati dan perasaan seseorang insan itu adalah Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Sebijak mana kita melakukan sesuatu tindakan untuk mengelakan kemesraan dan keeratan hubungan dengan pasangan, yang meberi hidayah adalah Allah. Oleh itu kita perlu sentiasa mendapangiNya.



Wallahu’alam.

Sumber : cahaya purnama

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.