Kebenarannya telah terbukti, dimana saya telah mengamalkannya
dengan mengambil beberapa tindakan yang boleh memberi keyakinan kepada isteri
bahawa suaminya adalah seorang yang “istimewa” kerana mempunyai keistemewaan
tersendiri.
Saya telah melakukan beberapa tindakan berikut untuk menonjolkan
diri sebagai seorang suami yang amat istimewa di kaca mata isteri. Sebenarnya
perkara ini bukan dirancang, tetapi telah menjadi perangai peribadi saya
semnjak remaja lagi.
“Ayang paling respect abang, kerana tidak merokok’. Luah isteri kepada saya
semasa kami dalam mood ‘Berbulan Madu’ dulu.
Sememangnya saya ditakdirkan tidak merokok, kerana bagi saya
merokok adalah merugikan dan perbuatan sia-saia. Mana tidaknya mulut berbau,
boleh menyebabkan penyakit paru-paru seperti batuk, dan lebih serius kanser.
Lagipu mengikut pandangan ulamak merokok adalah makruh, malah ada yang
memfatwakan merokok adalah “haram” di sisi Islam.
Bila sebut tentang rokok. Di minda saya sering teringat satu
peristiwa yang menyayat hati, dimana pada suatu hari berkebetulan saya pergi ke
hospital untuk menziarahi sahabat yang sakit. Semasa di dalam lif saya
tersempak dengan seorang kawan lama. Kawan serumah sewa semasa kami menutut di
sekolah menengah tahun 60an dulu. Aziz namanya.
“ Assalamualaikum, you aziz bukan” saya menegerunya. Dia
agak terperanjat.
“ Waalaikumussalam. Nik ke, tak perasan tadi”. Dia membalas
teguran saya dengan memberi isyarat tangan kerana suaranya tidak kedengaran
dengan jelas.
“ Kenapa dengan you ziz”. Saya cuba dapat penjelasan.
“ I dah lama sakit kanser kerongkong, doktor telah buang
sebahagian dari kerongkong saya”. Sambil tangannya menunjukkan kearah tengkak
yang berbalut dengan plaster.
“ Kotak suara saya dah rosak” suaranya bunyi perlahan
seperti orang berbisik dan parau.
Saya menganggukkan kepala tanda faham dengan apa yang di
cakapkannya. Saya masih ingat di masa kami tinggal serumah sewa dahulu dia
adalah di antara perokok tegar. Hisab rokok lebih sekotak (20 batang) sehari.
Sekarang ini telah dapat kesanya yang amat perit untuk di tanggung. Tapi apa
boleh buat semuanya telah berlaku, terpaksalah dia menanggung akibatnya.”Nasi
sudah menjadi bubur”
Alhamdulilah sifat saya yang tidak merokok telah menjadikan
ikutan anak-anak sehingga kini, ke empat-empat orang anak lelaki saya memang
tidak merokok. Ini adalah satu keistimewaan keluarga kami. Malah dua orang
menantu saya yang merokok pun tidak akan merokok apabila datang ke rumah kami.
Jika mereka ingin merokok mereka akan keluar rumah dan hisap secara
bersembunyi.
Satu lagi keistemewaan yang Allah berikan kepada saya ialah sering
membantu isteri memasak di rumah. Membantu memasak pelbagai manu masakan untuk
keluarga adalah hobi saya semenjak masih remanja lagi. Ini adalah kerana saya
suka membantu ibu memasak di dapur, terutamanya pada hari “pasar minggu” dimana
ibu sibuk melayan pelanggan di kedai runcit kami, jadi sayalah disuruh masak nasi dan lauk untuk adik-adik.
“ Han tolong masak nasi’. Arah ibu kepada saya pada satu
hari minggu.
“ dah jam 3 petang ni, che tak sempat, ramai pelanggan”.
“ orang tak reti masak”. Saya menyahut suruhan ibu.
“ Nanti che tunjukkan caranya”. Sambil ibu mengambil beras
dari dalam bekas simpanan.
“ basuh beras beberapa kali, bila dah bersih, masukkan air
kedalamnya dan pastikan air tidak banyak sangat, setakat hujung jari ini, ok
lah” sambil ibu menunjukkan cara memasak nasi kepada saya satu masa dahulu.
Semenjak dari peristiwa itu,saya boleh memasak nasi dengan
sempurna
“ Siapa masak nasi ni” tanya ayah.
“ siapa lagi, anak jantan abang seorang tulah” ibu menjawab
sambil senyum memerhati kearah saya. Saya senyum. Terdetik di hati “ aku dah
pandai masak nasi sekarang”. “Nanti akan buktikan bahawa lelaki pun boleh
masak” timbul ego diri bila di puji.
Saya rasa begitu gembira sekali kerana pandai memasak,
lebih-lebih lagi bila di puji oleh ibu dan ayah .Begitu jugalah dengan memasak
lauk-pauk. Saya masih ingat bagaimana mula belajar masak ikan singgan.
“ Han, tolong che masak ikan singgan” ibu meminta saya
memasak.
“ orang tak reti” jawab saya.
“ nanti che ajar” ibu memberi respon.
“ Masukkan ikan, bawah puteh dua ulas, asam gelugur 2 keping,
lengkuas se inci di hiris, garam secukupnya dan sedikit gula” ibu mengajar saya
masak ikan singgan pada tahun 70an dulu.
Pada kali pertama saya masak garam agak terlebih sikit.
“ huh masin sikit singgan ni” ayah bersuara semasa makan.
“ orang masak tak pandai’. Saya menyapuk sambil tunduk malu.
“ tak apa baru belajar, bila dah biasa nanti sedaplah tu”
ibu cuba memberi keyakinan kepada saya.
“ Insya Allah” jawab ku. Ayah kelitan tersenyum.
Ibu sentiasa memberi
tunjuk ajar kepada saya sehingga saya mampu memasak pelbagai manu masakan.
Terima kasih ibu yang mengajar saya sehingga pandai memasak.
Kini talent memasak pelbagai menu masakan telah menjadi
idola kepada anak menantu dan cucu saya. Telah menjadi kelaziman apabila mereka
hendak pulang ke kampong, mereka akan
telefon lebih awal supaya “Tok Ayah” sediakan masakan serperiti nasi arab, nasi
goring ikan masin,ikan patin masak cili api tempoyak dan sebagainya.
“ Dady, petang ni along akan balik kampong, tolong masakan nasi arab, abang Shah nak
makan, Hari Raya tempoh hari dia tak sempat makan”. Along telefon saya.
“ok lah” jawab saya.
Lantas saya bergegas ke dapur untuk menyediakan masakan yang
di ‘oder’ oleh along.
Suasana sebegini boleh dikatakan rutin bagi saya setiap kali
anak-cucu pulang bercuti di kampong. Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini setelah
saya pencen dari jawatan inggal di rumah sepenuh masa.Sememangnya hobi saya
adalah memasak.
Sekarang ini saya amat bersyukur kerana keistimewaan pandai
memasak itu, telah memudahkan kerja saya seharian untuk menyediakan masakan
untuk keluarga setelah isteri sakit lumpuh. Mungkinkah ini sebagai bukti bahawa
Allah tidak membebankan hamba-Nya.Setiap kejadian dan dugaan-Nya adalah sepadan
dengan kemapuan hamba-Nya. Allahu Akbar.
Seperti mana firman-Nya :
لاَ
يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا
اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَاۚ
رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَه عَلَى الَّذِيْنَ
مِنْ قَبْلِنَاۚرَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِه ۚ
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلٰنَا فَانصُرْنَا عَلَى
الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
Artinya : “Allah tidak membebani seseorang
kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang
diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan
mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa
atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami
tanggung jawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan kami janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat
menanggungnya; dan ma’afkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami
kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.”
(Al Baqarah : 287)
Satu lagi keistimewaan yang saya dapat tunjukkan kepada isteri ialah apabila dia bersalin, saya akan mempastikan aktiviti untuk menjaga bayi semasa dalam pantang dilakukan olih saya sendiri. Ini telah saya lakukan semenjak kelahiran anak pertama kami pada tahun 1981 lagi.
Satu lagi keistimewaan yang saya dapat tunjukkan kepada isteri ialah apabila dia bersalin, saya akan mempastikan aktiviti untuk menjaga bayi semasa dalam pantang dilakukan olih saya sendiri. Ini telah saya lakukan semenjak kelahiran anak pertama kami pada tahun 1981 lagi.
“Abang tolong mandikan baby boleh tak, ayang takutlah nanti
terseliuh” minta isteri .
“ Boleh, tak jadi masalah, abang dah biasa jaga anak saudara
dua tiga orang” jawab ku pantas demi meyakinkan isteri.
“ Pandailah abang mandi baby,pegang sebelah tangan je” puji
isteri semasa saya memandikan baby.
“ Eh, tengok sapa pulak, ni kan abang yang serba boleh” saya
cuba meyakinkan isteri disertai dengaa perasaan ego lelaki. Isteri melihat
dengan senyuman sinis gelagak saya yang cakap besar tu.
Semenjak hari itu, saya akan ruangkan masa utuk pulang ke
rumah memandikan baby pada jam 10 pagi, saya ambil masa minum tea pejabat
setiap hari. Mujurlah kuaters yang kami diami berhampiran dengan pejabat, lebih
kurang 3 minit berjalan kaki sahaja jaraknya.
Tindakan ini telah menyebabkan timbul keintiman hubungan suami isteri. Isteri begitu terhutang
budi kepada saya yang sanggup membantunya untuk menjaga bayi dalam tempoh
pantang selepas melahirkan anak. Isteri
begitu bangga mempunyai suami yang rajin membantunya melakukan kerja rumah.
“ ayang sangat terima kasih kepada abang, susah nak dapat
suami yang perihatin macam ni” isteri memuji saya sebaik sahaja saya selesai
memandikan baby.
“ usah puji sangat nanti naik daun pulak”.
“ Betul ni bang, ikhlas ”
Saya hanya menganggukkan kepada sambil tersenyum sahaja.
Dalam minda terbit perasaan bahwa memang dah menjadi tanggung jawab suami
melakukan itu semua, jika tidak mampu lakukan sendiri mestilah mencari pembantu
rumah untuk melakukannya.. Itulah yang di ajar oleh Islam, tapi ramai suami
yang tidak ambil peduli perkara ini, lagipun budaya masyarakat Melayu yang
menetapkan bahaw semua urusan rumah dilakukan oleh isteri. Apa lagi lelaki
ambil kesempatanlah.
Tindakan saya membantu isteri semasa dalam pantang itu amat memberi
kesan mendalam kepada isteri memandangkan majoriti suami di Malaysia tidak akan
membantu kerja isteri di rumah. Lebih menyedihkan lagi masyarakat Melayu
menganggap lelaki yang membantu kerja rumah adalah seorang yang dayus atau
dikatan sebagai “queen control”.
Kefahaman ini adalah jauh tersasar dari ajaran Islam yang di
bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rasulullah sentiasa membantu isteri-isterinya
melakukan kerja rumah. Sepatutnya suami akan berbangga jika dia dapat membantu
isteri membuat kerja rumah kerana perlakuan sedemikan adalah mengikut sunnah
nabi. Gangaran pahala menanti di akhirat kelak. Alangkah beruntungnya bagi
suami yang ringan tulang membatu isteri di rumah.
Dalam membina sikap positif di kalangan suami sebagai
peneraju rumah tangga, suami mestilah tidak berputus asa apabila di uji dengan
kerumitan dan kesulatan. Amalan saya dalam kes sebegini ialah sentiasa
berlapang dada apabila di uji dengan kesusahan dan penderitaan. Umpamanya dalam
mengharumi liku-liku kehidupan ini saya beberapa kali di timpa saat getir
sepeti sakit lutut pada tahun 1984, Saya
difitnah sebagai dalang konspirasi penswastaan sebuah agensi kerajaan tahun
2000. Isteri mengalami lumpuh (sebelah tubuh) pada tahun 2001, saya dijadikan
kambing hitam dalam episode perebutan kuasa di sebuah syarikat 2002 – 2006.
Semua peristiwa getir itu saya lalui dengan hanya bergantung kepada ketentuan
dan takdir Allah. Saya tidak pernah lemah semangat, malah akan cuba sedaya
upaya untuk menghadapi segala cubaan dan ujian getir itu dengan penuh berlapang
dada, saya tidak menyalahkan kepada orang lain dalam apa jua kerumitan yang
saya alami itu, saya lebih menjurus kepada ketentuan Allah yang melakukan semua
itu untuk menguji hamba-Nya yang serba kekurangan ini. Mungkin itu semua adalah
kifarah Allah terhadap segala dosa-dosa saya di masa silam. Astarfirrulahhalazim.
Ujin paling getir berhubung dengan sikap positif saya adalah
pada bulan mac 2000 apabila iisteri tercinta telah lumpuh sebelah tubuh
kanan, menyebabkan ianya perlu bantuan
saya sepanjang masa untuk meneruskan kehidupan sehariannya. Isteri yang pada
pandangan saya cantik jelita tiada tandingnya sebelum ini telah menjadi OKU.
Walau bagaimanapun saya dapat menerima hakikat itu, dengan meletakkan sudah
pasrah dari Allah. Saya menerima dengan hati terbuka dan seadanya. Kini telah
melewati masa hampir 15 tahun kehidupan kami suami isteri masih utuh dan cinta
setia kami masih mekar semarak setiap masa. Alhamdulillah. Sebenarnya saya
sendiri tidak menduga dapat menghadapi ini semua dengan tabah dan fikiran yang
terbuka. Dahulunya saya hanya berteori tentang sifat positif bila memberi
kuliah berkaitan dengan pengurusan projek kepada peserta Kurusu di Institute Tadbir
Awam Negara (INTAN). Kini saya sendiri telah di uji bagaiman untuk menjadi
seorang yang positif dalam menempuh liku-liku hidup di duni fana ini.
Alhamdullilah sifat positif yang dapat saya bentuk dalam
jiwa saya merupakan satu anugerah yang diberikan oleh-Nya kepada saya. Atau
berkemungkinan kerana saya telah biasa menghadapi ujian sebegini semenjak kecil
lagi, maka apa jua uijan yang dialamai dapat saya hadapi dengan penuh kesabaran
dan ketenangan dengan izin dan hidayah Allah..
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Setiap orang
mempunyai potensi diri (kelebihan semulajadi anugerah Allah) jika potensi diri
ini digunakan sebaiknya akan
menjadikanya seorang yang berjaya dalam kehidupan. Jika kita dapat mengcukil
potensi diri yang positif untuk dijadikan perilaku yang baik dalam kehidupan
seharian kita, ianya akan memberi impak yang amat baik kepada rakan dan
masyarakat yang menganggap kita adalah seorang yang berperinsip dan
berintergriti.
2.
Jika kita melakukan
sesuatu dengan penuh keikhlasan dan penuh tanggung jawab, ianya tidak akan
membebankan. Sebaliknya jika kerja itu berkaitan dengan membantu orang lain
Allah akan beri hidayah dan keberkatan.
Aapabila kita sentiasa ringan tulang untuk membantu orang lain, Allah akan
memberi kemudahan kepada kita untuk mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi
oleh kita, kerana akan ada insan lain yang akan membantu untuk atasi kesusahan
kita itu. Begitulah ketetapan yang telah Allah janjikan,
3.
Setiap kerja yang
dilakukan dengan rela hati dan penuh keiklasan saban hari, lama kelamaan akan
menjadi tugas rutin yang menyeronokkan. Bilai Susana sebegini wujud dalam peribadi seseorang, kerja yang
berat menjadi ringan, malah akan timbul persaan tidak selesa bila tidak menjalankan kerja berkenaan.
4.
Jika suami begitu rajin membuat kerja-kerja rumah akan
memberi kesan kepada anak-anak terutamanya
anak perempuan menjadikan mereka mempunyai sikap malas. Oleh itu usaha
kita membantu isteri lakukan kerja rumah perlu berpada-pada. Anak-anak juga
perlu diberi tugas masing-masing untuk sama-sama mengurus rumah tangga. Perlu
diadakan mesyuarat keluarga untuk mendapat persetujuan bersama, selapas itu
akan dipastikan semua tugas dapat dilakukan dengan harmoni dan seikhlas
mungkin. Lama kelamaan akan wujud budaya dikalangan ahli keluarga bahawa setiap
orang ada tanggungjawab dan peranan masing-masing. Situasi persefahaman ini
akan membentuk persekitaran keluarga yang bahagia. Insya Allah…
Wallahu;alam
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.