Secara realiti dalam kehidupan “pasang niat “ adalah kunci
utama dalam apa jua tindakan. Mengikut ajaran Rasulullah SAW “mulakan sesatu pekerjaan dengan niat kerana
Allah”. Sekiranya kita melakukan sesuatu kerja kerana Allah sudah pasti hasil dan natijah tindakan kita itu akan
berlandaskan kepada syariah dan peraturan yang digariskan oleh Allah. Jika ini
berlaku ianya akan memperolehi kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Kerana
sebarang kerja yang dimulakan dengan niat kerana Allah akan diberi pahala oleh-Nya.
Contohnya jika kita berpagi-pagi keluar rumah untuk pergi bekerja kerana
mencari rezeki yang halal bagi membolehkan kita memberi nafkah kepada isteri
dan memberi makanan dan tempat kediaman serta kenderaan kepada ahli keluarga,
ianya akan dikira ibadah, sebaliknya jika kita tidak pasang niat ianya tidak
akan mendapat ganjaran sebagai satu ibadah. Alangkah ruginya…. Tetapi secara
realitinya berapa ramai yang mengamalkannya.
“ Abang akan jadi suami yang terbaik untuk ayang, doakan
semoga niat murni abang ini dikabulkan Allah” bisik saya kepada isteri pada
malam pertama kami dahulu.
“ InsyaAllah. Jika niat abang begitu akan dikabulkan
oleh-Nya” isteri berada disebelah. Sambil memandang ke muka saya dengan senyuman
penuh pengharapan. Itulah janji saya kepada isteri yang tercinta, semenjak mula
dulu, dan selama-lamanya. Mungkinkah apa yang berlaku kini sebagai hikmah Allah
yang ingin menguji kesetiaan cinta kami.
Mengimbas kepada realiti kehidupan saya, semasa mula-mula
berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun 80an dahulu. Niat utama
adalah untuk memilih wanita idaman ( beriman, berilmu,cantik,berada) untuk dijadikan
isteri. Dengan tersematnya niat sebegini,
mendorong saya tidak bersosial. Berbanding dengan pemuda lain yang pada masa
itu telah ‘bercouple’ semasa sedang menuntut di universiti lagi.
“ Nik kenapa dengan you ini, asik keseorangan di bilik
asrama saja “ kata teman sebilik di asrama USM dahulu semasa saya di tahun
pertama.
“ Member you semua ada makwe, kenapa you tak pasang satu”
kata Lee yang berasal dari Johor. Dia mengikuti ijazah Sarjana Muda Sains
Sosial manakala saya dalam bidang Perumahan, Bangunan dan Perancangan.
“ Maaf Lee, saya mempunyai perinsip yang berbeza dengan
mereka, jika saya minat seorang wanita
saya akan jadi calon isteri, bukan untuk bersosial”
“ Apa salahnya kita kawan dulu, untuk kenal hati budi, kemudian
boleh jadi isteri bila dah graduate nanti”
“ Lagipun di U ni ramai freshi yang cum-cum, jangan lepas
peluang Nik” Lee cuba menyakinkan saya supaya menerima pendapatnya.
“Sorry kawan, prinsip aku berlainan dengan you. Aku di didik
untuk mencintai wanita hanya untuk dijadikan isteri, bukan untuk suka-suka,
agamaku melarang bersosial antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim” Kata ku memberi penjelasan.
Lee memandang kepada saya dengan seribu persoalan menampakan
dia memerlukan penjelasan lanjut berhubung isu yang kami bincang itu.
Saya bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi hidayah
sehinggakan saya mempunyai perinsip sebegitu semenjak remaja lagi. Dan ianya
masih bertahan sehinggalah saya berumah tangga.
Isteri yang dikahwini
sekarang ini adalah wanita yang saya sembunyikan keinginan kepadanya semasa bersama-sama
menaiki bas untuk ke sekolah sejak hampir 2 tahun lebih. Bila kami terserempak hanya
jelingan mata dan senyuman sahaja yang
dizahirkan oleh kami, hasrat tersimpan di dalam hati masing-masing. Minat saya
terhadap isteri sekarang ini disebabkan
oleh kecantikan rupa parasnya yang tiada tandingnya pada masa itu. Kecantikannya yang mempunyai
raut wajah yang sentiasa kelihatan muda (cute) dengan rambut ekar mayang, warna
kulit yang puteh melepak, bentuk tubuh badan yang kurus ramping dengan
ketinggian sederhana menyebabkan banyangan wajahnya sentiasa terbayang dalam
fikiran. Mirip wajahnya yang ayu, kulit putih melepak dan gayanya yang
sopan. Mirip wajahnya sehampir-hampir sama dengan pelakon filem dan drama popular
pada tahu 80an.
“ Abang tahu tak, sebenarnya ayang dah jatuh hati kat abang
semasa kita sama-sama tunggu bas untuk ke sekolah dulu” isteri memberitahu
kepada ku pada malam pertama kahwin dahulu
“ Patutlah, bila abang duduk sebangku di atas bas, ayang nampak
malu-malu aja. ooo ada hati kat abang
rupanya” saya berseloroh.
“ Ya lah, kalau tidak mana boleh kita kahwin”.sambil taganya
mencubit paha saya.
“ Adooh, sakitlah”.
Begitulah ceritanya kami berdua, yang masing-masing menaruh
harapan, tapi malu untuk berkat-kata, namum dengan takdir Allah akhirnya kami
bersatu jua. Mungkinkah ini adalah
realiti apa yang diperkatakan bawa jodoh seseorang lelaki atau perempuan telah
ditentukan oleh-Nya di Luh Mahfuz lagi.
Perkenalan kami secara serious terjalin setelah kami secara tidak sengaja, berjumpa pada suatu
malam di tempat Persembahan Pentas di
sebuah sekolah, bertembung dengan isteri yang pada masa itu bersama ibu dan keluarganya untuk menyaksikan
persembahan tersebut.
“ I rasa macam pernah jumpa you sebelum ini”. itulah perkataan pertama yang saya lafazkan
semasa memulakan perbualan di malam itu.
“ Pagi tadi kita jumpa dekat stadium kan” jawab dia dengan
mengukir senyum kepada saya
“ You kerja di mana”
tanya saya kembali, setelah teguran mendapat jawapan.
“ I kerja di Din Constructionl, You pula kat mana” jawab dia
sambil melemparkan senyuman kepada saya.
“ I belum kerja lagi, masih menuntut. Sekarang ini I buat
practical di JKR” jawab saya sepontan sebagai membalas soalan dia. Di dalam
hati saya begitu gembira sekali, kerana gadis yang saya impikan sebelum ini
telah dapat saya tegur dan dia memberi
respon yang positif. Itulah detik pertama kami mula mengenali antara satu sama
lain secara lebih dekat.
Keesokan harinya pada waktu rehat tengah hari, saya bergegas
ke stadium untuk mencari tempat kerja gadis yang saya jumpa malam tadi, Rohani
namanya. Bila saya tiba di stadium, saya
lihat dia sedang berada di kaunter. Pada
hari itu dia memakai baju kebaya berwana kuning susu dan berkain batik
jawa, kelihat dia begitu cantik dan ayu sekali.
“ Assalamualaikum,” saya meberi salam sebaik sahaja berada
di depan kaunter.
“Waalaikumussalam” jawab dia ringkas sambil meberi senyuman.
“ Jumpa you cari pejabat I”
“ Dah dekat sini, memang mudah jumpa” jawab ku sambil
memerhati kecantikan gadis yang ada di depan ku. Hati mula terasa
berdebar-debar, degupan jantung semakin kuat. Saya rasakan sesuatu yang luar
biasa bila berhadapan dengan dia pada masa itu. Maklumlah sebelum ini saya
tidak pernah bercakap dengannya, cuma jelingan mata sahaja dan menyimpan
perasaan di dada. Mukingkah ini dikatakan cinta yang telah mula memutik di jiwa
terhadap gadis yang saya idamkan selama ini.
Selepas pertemuan di pejabatnya itu, kami telah beberapa
kali bejumpa dan makan bersama di waktu rihat tengah hari. Seninggalah pada
suatu petang selepas waktu pejabat. Kami minum di sebuah restoran “Santo
Restaurant”. Semasa kami sedang minum petang bersama dan berbual-bual. Enatah
macam mana saya telah meluahkan perkataan ini kepada dia.
“ I nak buat you sepecial girlfriend, ok tak”. Sambil mata
saya merenung ke matanya yang ayu itu.Kelitahan ada perubahan di wajahnya dan
nampak tangannya sedikit mengigil.. Mungkin dia terkejut dengan luahan perasaan
saya.
“ Betul ke ni”
jawabnya ringkas, sambil memandang tepat kepada saya dengan seribu makna.
“ Memang betul, I serious ni” saya membalas soalanya dengan
penuh bersemangat untuk memberi keyakinan kepadanya.
“ Tapi I ni bukan
berpelajaran tinggi macam you, student univesiti, I cuma SPM aje, nanti tak sepadan
pula” dia mebalas dengan memerhati ke
dalam mata saya..
“ Itu bukan ukurannya, yang penting you betul-betul mahu”
saya memberi keyakinan kepadanya yang saya memang serious untuk menjadikanya
sebagai teman hidup saya.
Semenjak pertemuan itu, kami sering berjumpa dan makan
bersama di waktu rehat tengah hari, kerana pejabat tempat saya jalani praktikal
tak sampai satu kilometer dari pejabat Din Constuction.
Setelah hampir tamat masa pratikal saya di Kota Bharu, saya
telah memaklumkan kepada kedua-dua orang tua tentang hasrat untuk mencari pasangan hidup setelah tamat
pengajian di U nanti yang hanya lebih kurang setahun lagi. Bapa dan ibu setuju dengan cadangan saya, lebih-lebih lagi
mereka berdua telah mendapat maklumat tentang perhubungan kami dari kak saya
yang tinggal di kuaters tentera tidak jauh dari kuaters penjara tempat bapa
Rohani bertugas,.
“ Ayahnda telah mengatur untuk masuk memimang dalam sebulan
lagi, semoga anaknda tidak menjadi halangan
dan diharapkan anaknda beri tumpuan kepada pelajaran di semester akhir ini semoga
anaknada beroleh kejayaan” . Saya begitu gembira sekali apabila menerima surat
yang di hantar oleh ayah dari kampong. Keputusan itu agak memeranjatkan juga,
kerana mereka telah memberi restu dan terus membuat persiapan untuk pergi
meminang.
Tindakan itu mungkin mereka merasakan sudah tiba masanya
bagi saya untuk berumah tangga kerana tempuh penjagian di U telah hampir tamat.
Mereka juga mungkin terasa perlu disegerakan memandangkan sebelum ini saya
tidak pernah membuat perhubungan secara serious dengan mana-mana gadis. Juga
mungkin ibu telah merancang perkhawinan
kami di percepatkan memandangkan umur telah melewati 28 tahun pada tahun 1980.
Kami mengenali hatibudi masing-masing semasa tempoh
pertunangan selama satu tahun lebih sahaja, itu pun berjumpa dua tiga kali
sahaja secara bersemuka , selebihnya adalah melalui surat, disitulah diluahkan
segala perasaan kami untuk mengenali dengan lebih dekat bagi mencari keserasian.
Mungkin faktor jarak tempat tinggal yang menjadi penghalang, si dara di Kota Bharu,
Kelantan dan si teruna di USM Penang.
Jika diimbas kembali niat saya pada mula kahwin dahulu,
terdapat juga kelemahan diri ini yang jahil tentang tuntutan agama, kerana pada
mula pasang niat itu, masih ada niat ego orang muda yang inginkan isteri yang cantik,
yakni cantik rupa paras lebih
diutamakan, kemudian barulah diikuti dengan ilmu agama, kekayaan, keturunan
keluarga dan budi pekerti. Sedangkan dalam nasihat agama Islam kepada bakal
suami supaya memberi keutamaan kepada ilmu agama dan amalannya, kemudian
barulah diikuti dengan kencantikan, kekayaan dan kekeluargaan.
Mungkinkah kecacatan yang dialami oleh isteri setelah kami
berkahwin dan hidup bahagia bersama lebih 20 tahun, merupakan satu peringatan
oleh Allah bahawa jika kamu memilih kecantikan seorang wanita, ianya tidak akan
kekal lama dan Dia boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Nah sudah terbukti
terhdap diri ini yang ada juga tersasar niat yang mendahulu kecantikan, kini
dia menjadi kenyataan sebagai satu iktibar bahawa isteri yang dibanggakan
kencantikan oleh saya sebelum ini sudah menjadi seorang wanita yang cacat.
Bila ini telah berlaku membuatkan saya amat sensitif apabila
melihat orang yang cacat yang biasa dipandang sinis oleh kebanyakan orang.
Sedarlah wahai insan mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah. Dia tidak
diminta dilahirkan cacat – bukan salah ibu mengandung. Oleh itu marilah kita
sama-sama membantu mereka yang cacat atau OKU dengan memberi peluang kepada
mereka untuk sama-sama menikmati kebebasan hidup seperti orang normal. Bagi
Allah rupa paras, sempurna atau cacat bukan menjadi batu ukur status seseorang.
Allah menilai manusia berdasarkan keimanan dan ketaqwaan. Mereka yang tinggi
nilai ketaqwaan adalah yang disanjung oleh Allah. Mereka inilah yang akan
dimasukkan kedalam syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan.
Bila dikenang kembali terhadap niat yang dipasang dahulu ada
juga unsur mengikut hawa nafsu, kini Allah tunjukkan kebesaran kekuasaan-Nya
untuk mengubah segala kejadian insan. Pengajaran yang amat mendalam kepada diri
yang hina ini bahawa kita hendaklah sentiasa
ikhlas apabila memasang sesuatu niat
untuk lakukan sesuatu bagi mendapat keredaan
oleh Allah.
Mujurlah pada awal kahwin dahulu telah juga disemat niat
dikalbu bahawa saya akan menjadi suami yang terbaik kepada isteri dan anak-anak
serta cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang insan yang disenangi oleh
keluarga dan ipai duai. Niat ini Alhamdulillah Allah telah makbulkan walaupun
tidak 100%. Ini saya luahkan kerana
Allah telah memberi kesabaran, ketabahan, kecekalan, dan kemampuan fizikal
kepada saya untuk menghadapi kesusahan menjaga isteri yang lumpuh sehinnga kini
telah menjangkau tempoh masa hampir 15 tahun.
Hidayah Allah membuatkan terdengar suara-suara pujian dari
sanak saudara bahawa aya mampu bersabar untuk menjaga isteri yang sakit lumpuh
dan perlu dicontohi oleh keluraga yang lain. Sebenarnya pujian sebegini membuat
saya lebih takut dan khuatir untuk menerimanya, kerana kita belum tahu masa
depan kita adakah ianya akan sentiasa baik seperti hari ini atau hari semalam
atau hari-hari sebelumnya. Kerana sejarah telah mencatatkan banyak cerita
kejayaan seseorang pada mulanya dan setelah meniti kemuncak kejayaan dia mula lupa diri dan akhirnya
kecundang dengan sifat ego yang begitu tinggi hingga akhirnya dia mula dikutuk
dan dikeji. ‘Ya Allah aku momohon supaya Engaku jauhkanlah sifat sebegini terhadap
diriku dan keluarga serta sahabat karib ku’. AminYa Rabil Alamin.
Sungguhpun begitu terdengar juga rungutan seorang dua ipai dua yang merasa iri hati terhadap
kemampuan saya menjaga isteri yang sakit
dan juga menyebabkan ibu mertua saya
telah menetap di rumah kami hampir 15 tahun, kerana dia begitu rapat
dengan isteri saya. Perasaan tidak puas hati ini timbul kerana bila mererka
mengajak ibunya untuk berziarah ke rumah mereka , pelawaan itu sering di tolak
dengan alasan dia tidak sanggunp meninggalakn anak perempuanya yang sakit
lumpuh keseorangan, jika mertua ku pergi pun hanya untuk semalam dua sahaja. Membuatkan
mereka mula sedikit renggan berhubung dengan kami. Namun begitu saya diberi
hidayah oleh Allah untuk menjadi isu sebegini
sebagai isu kecil yang pasti dihadapi dalam kehidupan kita. Allhamdulilah
salitulrahim kekeluargaan dapat saya kekalkan.
Kadang kala kita telah pasang niat dengan begitu baik sekali
untuk menjadi suami, yang beriman dan bertaqwa,
dapat membimbing keluarga menjadi orang yang soleh dan solehah.Tetapi yang menentukan
pencapainnya adalah Allah Yang Maha Berkuasa.Manusia hanya merancang tetapi
Allah yang tentetukan pencapaiannya.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
“Faktor kebahagian
rumah tangga amat bergantung kepada niat pasangan yang ingin mendirikan rumah
tangga. Jika niat berkahwin untuk mendapat keredaan Allah, akan mebuahkan sikap
yang terpuji diantara suami dan isteri. Pergaulan dalam melayari bahtera rumah
tangga akan didasarkan kepada hukum yang di gariskan oleh al-Quran dan Hadis.
Rumah tangga akan mendapat keberkatan dan hidayah Allah. Perhubungan
kekeluargaan sentiasa ceria dan aman damai . “Perkahwinan akan berkekalan
sehingga ke akhir hayat – InsyaAllah”.
2.
Perkenalan atau
pergaulan yang melapau diantara teruna dan dara semasa alam perkenalan dan
pertunangan , boleh menyebabkan berlakunya perasaan anti klaimik setelah mereka
berumah tangga. Situasi ini akan menyebabkan mudah berlaku perbalahan bila ada
masalah dalam rumah tangga dan akhirnya mudah menjurus kepada perceraian. Bila perceraian
berlaku, anak-anak akan jadi mangsa dan
berkemungkinan akan menjejaskan pencapain akadamik mereka dan seterusnya
menjadikan masa depan mereka agak muram. Banyak kes perpisahan suami isteri
yang mengakibatkan anak yang kurang mendapat belaian kasih sayang ibu bapa,
akan terjebat dengan penyalahan gunaan dadah atau lain-lin masalah sosial .
Berkesudahan menjadi penagih tegar dan mendatangkan masalah kepada masyarakat
dan Negara.
3.
Faktor kecantikan
rupa paras semasa memilih pansangan hidup janganlah dijadikan faktor yang
utama, kerana kecantik sesorang boleh berubah dalam sekelip mata jika
dikehendaki oleh Allah contohnya ratu cantik yang digilai oleh ramai pemuda
boleh jadi hodoh sekelip mata jika mukanya terkena asid atau terlibat dalam
kemalangan. Oleh itu jangan jadi alasan sangat untuk memilih wanita yang cantik.
Lebihlah kepada kepetingan wanita yang mempunyai ilmu keagamaan dan budi
pekerti yang mulia. Sifat ini adalah lebih kekal lama dan akan memberi banyak
manafaat dalam kehidupan berumah tangga. Isteri yang soslehah akan menyenangkan
hati suami dan dapat mendidik anak-anak ke jalan syurga.
4.
Mengikut statistik
perceraian yang dikeluarkan oleh Majlis-Majlis Agama Islam di seluruh Malaysia, bilangan peceraian
dikalangan suami isteri di Malaysia adalah agak tinggi, dikatakan setiap hari
berlaku 6 peceraian. Hampir 80%
perceraian yang berlaku adalah dari pasangan yang mendapat restu keluarga
semasa kahwin dahulu. Kenapa hal ini berlaku, mungkinkah kerana mereka ini
telah lama mengenali di antara satu sama lain makan cinta dan kasih sayang di
anatara mereka mulai pudar apabila berumah tangga, bila ini terjadi mudah
berlaku perbalahan di antara suami isteri atau boleh jadi kerena suami dan
isteri tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk mengurus rumah tangga
mereka.
5.
Dalam realiti
kehidupan kebolehan atau pencapaian yang dilakukan oleh seseorang itu, tidak
semestinya akan mendapat pujian dan sokongan oleh semua pihak, malah sudah
pasti ada yang meremehkan kebolehan seseorang kerana mereka membuat penilaian
berdasarkan persepsi berbeza. Bagi si pelaku pula jika dia melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah dan telah
dipastikan ianya tidak bercanggah dengan perintah Allah, maka kita perlu
bersyukur walaupun tidak dipuji dan disanjungi oleh ramai orang. Mendapat
keredaan Allah adalah lebih penting daripada mendapat penghargaan manusia di
dunia ini.
6.
Islam menilai kedudukan
seseorang adalah mereka yang tinggi nilai iman dan taqwa adalah mereka yang
berjaya dalam kehidupannya. Mereka inilah yang akan mendapat tempat di syurga
yang penuh dengan kenikmataan. Oleh itu setiap insan perlulah menggunakan
kehidupan dunia ini untuk mendapat keredaan Allah dengan meningkatkan keiman
dan ketaqwaan.
7.
Bila kita ikhlas
dalam melakukan sesuatu kerja, ianya akan menjadi mudah, kerana orang yang
ikhlas sentiasa mendapat pertolongan dari Allah kerana mereka ini membuat sesuatu
kerja bukan untuk di puji oleh manusia, tetapi dilakukannya kerana ada perasaan
tanggung jawab dan takut kepada azab Allah jika tidak dilakukan segala amah
Allah kepadanya. Orang yang ikhlas dapat memempuh ujian dengan tabah dan
dedikasi, kerana dia sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Bila ditimpa
musibah dia akan bersabar kerana dia yakin dengan penuh kimanan bahawa Allah
berikan musibah itu sebagai ujian bagi meningkatkan lagi tahap keimanan dan
ketaqwaan. Orang yang ikhlas yakin bahaw Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah
dan Maha Penyayang. Dia akan mengantikan sesuatu musibah itu dengan nikmat yang
lebih baik daripada sebelumnya. Untuk itu kita perlu sabar menanti masa akan
tiba segal rahmat dan nikmat Allah itu. “Allah bersama-sama orang yang sabar”.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.