RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 22 August 2015

Contohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W.

“Abang akan mengikuti sunnah Nabi untuk menjadi suami” saya cuba yakinkan isteri.
“Janji tu mesti dikota” isteri menyapa manja.
“Insya Allah. Doa-doakanlah semoga niat suci abang ini berjaya, abang tahu memang abang tidak alim sangat tentang agama, tapi abang akan usahakan” saya memberi komitment.
“ Ayang pula akan jadi macam Siti Khadijah”. Isteri mencelah.
“Baguslah tu, contohi isteri Rasulullah, moga-moga cinta kita kekala abadi” ‘’

Perbualan di malam pertama kami itu masih dalam ingatan saya, malah akan saya ingati sampai bila-bila selagil masih menyedut udara. Sememangnya menjadi cita-cita dan harapan dalam kehidupan saya untuk mencotohi akhlak Nabi Muhammad SAW. Setiap langkah untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian dengan berpandukan kepada sunnah Rasulallah SAW.

“Mampukah aku mencotohi Rasulullah?” saol saya sendirian, “ Kita mesti cuba, belum cuba belum tahu”  cuba yakin diri ini.

“ Mana boleh, Rasulullah adalah insan pilihan Allah, ia adalah maksum, kamu ada insan biasa, tentu tidak akan tercapai” persoalan ini bermain-main diminda saya bila cuba ingatkan janji kepada isteri dulu.
“ Aku akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji itu, jika kita cuba dan tidak berjaya, adalah lebih baik” saya cuba kuatkan semangat,.

Memanglah dalam kehidupan ini kita perlu ada impian untuk menjadi insan yang terbaik, dengan meletakkan niat yang suci itu, kita cuba mencapainya dengan berusaha bersungguh-sungguh, insyaAllah kita akan berjaya tidak semuanya pun sebahagian sahaja sudah memadai. Bila sudah pasang niat, Allah akan beri hidayah.

Bagi mencapai cita-cita saya dan juga pengharapan isteri tercinta, saya akan sedaya upaya mempastikan  kehidupan seharian  tidak akan tersasar jauh dari apa yang telah digariskan oleh Islam dan sunnah. 

Alhamdulillah, sepanjang hidup kami sebagai suami isteri saya masih mampu untuk memparaktikknnya walaupun tidak 100 %. Mungkin ia adalah barakah didikan ibu dan bapa saya semasa  masih kanak-kanak lagi yang begitu kuat memeganag prinsip kepada pendidikan yang berasaskan kepada ajaran Islam dalam serba serbi aktiviti kehidupan kami sekeluarga.

Untuk menjadikan Rasullullah sebagai ikutan, kita perlu tahu tentang Sirah Kehidupan Rasullalah SAW. Oleh itu sebagai suami mestilah mempunyai ilmu, bukan sahaja ilmu kedunaiaan tetapi juga ilmu keagamaan, jika kita kurang ilmu agama maka kita perlu tingkatkan pengetahun agama saban masa, saya sentiasa mengambil sikap positif dengan menjadikan orang alim sebagai rakan dan sahabat. kelebihanya adalah mudah untuk dijadikan  pakar rujuk apabila timbul permasalahan hukum  hakam agama. Kata pepatah arab,” jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat menghidu bau wangian wangi. Sebaliknya jika kita berkawan dengan tukang besi, setidak-tadaknya kita akan merasai kepanasan haba besi”.

Tindakan kedua yang saya lakukan ialah dengan memperbanyakan bacaan samada buku agama, atau artikel-artikel berkaitan agama di akhbar dan blog-blog di internet. Cara sebegini akan dapat memperluaskan pengetahuan  tentang agama serta dapat update hukum-hakam dari masa ke semasa. Satu lagi keadah yang  saya gunakan ialah sentiasa mendengar ceramah-ceramah agama di tv dan internet. Contohnya seperti slot “Tanyalah Ustaz” di TV 9, ceramah agama ustaz Azhar Idrus di You Tube dan juga mendengar CD agama yang bersepah di pasaran. Prinsip menuntut ilmu sepanjang hayat adalah amalan yang masih saya lakukan sehingga hari ini.

Dalam mendidik diri untuk meningkatkan ilmu agama, kita perlu   bersikap terbuka dan mempunyai sifat rajin untuk menambah ilmu, berdasarkan  pengalaman, pada mula berjinak-jinak untuk tingkakan ilmu agama, akan timbul perasan di dalam diri bahawa kita telah cukup ilmu, “aku dah pandai, aku lebih tahu pada ustaz tu”, ini semua akan berlaku dalam jiwa kita kerana pada peringkat permulaan memang kita akan dihasut oleh syaitan dan nafsu supaya tidak menambahkan ilmu agama.  Sebaliknya bila kita banyak menghadiri majlis-majlis ilmu, kita akan merasakan bahawa banyak lagi perkara-perkara yang kita tidak tahu, sebagaimana mahfun firman Allah, “Jika dijadikan kesemua air laut sebagai dakwat untuk mencatat ilmu-Ku, nescaya kamu akan kehabisannya, dan ilmu yang diperolehi itu hanyalah sedikit berbanding dengan ilmu Allah, ibarat kamu mencelupkan tangan kamu didalam air laut dan  diangtkannya,  air  yang lekat di tangan kamu itulah ilmu yang kamu ada, berbanding dengan ilmu Allah yang masih banyak yang belum kamu ketahui seperti banyaknya air di lautan yang tebentang luas itu”.

Berdasarkan sedikit ilmu yang ada itulah saya cuba menjadikan nabi Muahammad SAW sebagai panduan dan iktan dalam menerajui kehidupan berkeluarga. Tindakan yang saya amalkan ialah mempastikan diri sendiri dahulu mengerjakan kehendak asas agama seperti solat lima waktu dipastikan disempurnakan tanpa tinggal, dilakukan pada awal waktu, solat berjemaah,mempunyai sifat amanah, sentiasa memberi kemafaan, sentiasa bercakap benar, suka bersedekah dan membantu orang dalam kesusahan yang memerlukan pertolongan. Begitu juga dengan ibadat-ibadat lain seperti puasa bulan Ramadan, membayar zakat fitrah dan zakat wang pendapatan (zakat harta). Dan bila mampu pergi menunaikan fardu haji.

Di samping amalan wajib, kami juga melakukan amalan sunat seperti puasa pada hari isnin dan khamis bila kelapangan, memberi sedekah kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Menderma untuk perkara-perkara kebajikan seperti membina masjid, tabung bencana dan sebagainya.

Satu perkara yang kami amalkan dalam mengikuti sunnah Rasulullah ialah sentiasa mempunyai sifat kasih sayang dalam bergaul dengan isteri dan keluarga.  Sepanjang perkaheinan kami lebih 34 tahun, tak pernah satu kalipun saya memukul isteri. Untuk amalkan sifat sebegini ianya amat payah dan mencabar terutamanya pada usia masih muda, iaitu usia dua puluhan dan tiga puluhan, kerana pada masa ini jiwa kita membuak-buak dengan gelora perasaan ego sebagai seorang lelaki yang mempunyai kelulusan ijazah dari menara gading. Namun apabila kita  memperbanyakkan ilmu agama maka sedikit demi dikit perasaan itu dapat dipupuskan di jiwanya. Kini setelah berusia warga emas saya telah dapat membuang jauh-jauh sifat keegoan itu, semua kelebihan dan kepandaian yang ada pada kita  adalah milik Allah yang dipinjamkan untuk sektika sahaja. Alhamdulillah atas hidayah Allah yang telah mengubah keegoan diri saya. Ku panjatkan kesukuran kepada Mu Ya Allah. Amin.

Mungkin berkat amalan menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam kehidupan berumahtangga. Kami telah dapat menerajui perjalanan kehidupan rumah tangga sehingga kini yang telah menjakau usia 35 tahun lebih, saya begitu bersyukur kerana dengn izin-Nya dapat berjalan dengan sempurna tanpa masalah yang besar. Rumah tangga kami sentiasa bahagia, Alhamdulillah.

Saya juga melahirkan perasaan kesyukuran yang amat sangat kerana Allah memberi ketabahan kepada saya untuk menempuh kehidupan yang penuh mencabar ini dengan penuh sabar, dan sentiasa menyedari bahawa segala kesusahan dan kerumitan yang saya sendiri tanggung dan juga keluaraganya hadapi  itu adalah ujian dan ketentuan Allah untuk menguji kesabaran dan keimanan mereka. Saya juga cuba menerima segala ujian dengan penuh tabah kerana berpendapat yang ujian Allah datangkan itu adalah untuk meningkatkan lagi darjatnya.

Dalam tempoh perkahwinan  kami lebih 35 tahun adalah tidak benar jika dikatakan tidak ada berlaku perselisihan faham. Kerana telah menjadi rempah ratus dalam melayari bahtera rumah tangga sekali-sekala akan ditimpa badai dan ombak besar. Bila di renung kembali sejarah perjalanan rumah tangga kami ada dua kali berlaku perselisihan faham dengan isteri, Pertamanya pernah berlaku semasa kami berada di awal tempoh perkahwianan dahulu, pada masa itu isteri sedang alahan di peringkat awal bulan mengandung, pada suatu hari datok saudara saya datang bertandang ke rumah dan dia bermalam satu malam. Nak jadikan cerita, saya yang pulang lewat pentang dari kerja luar pejabat, balik dengan keletihan. Selepas solat maghrib saya tertidur, bila terjaga pada tengah malam saya dapati dato suadar tidur disofa tanpa selimut.

“ Ayang kenapa tak siap tempat tidur untuk Tok Teh, Dia tidor atas sofa sepanjang malam, tanpa selimut, kenapa huh”. saya tegur isteri.
“ tertidur semalam, lagipun kepala pening” isteri balas dengan suara takut-taakut.
“ Ya lah tu, jika saudara abang yang datang, ayang buat tak endah saja, layan tak layan, apa ni””
Isteri diam sahaja, dia terus berlari masuk bilik,
“dengong” . Bunyik daun pintu di tutup kuat.

Lanjutan itu isteri berkecil hati dan merajuk dan tidak bertegur sapa dengan saya selama dua hari. Kekadang kita sebagai suami melakukan sesuatu dalam keadaan marah dan tidak berfikiran rasional boleh membuatkan isteri dan keluaraga berkecil hati, jika tidak pandai melayani keranah kemarahan boleh membawa kepada perbalahan dan percerian rumah tangga.

Setelah diletakkan minda kita dengan ujian dan ketentuan Allah, maka akan timbul kesabaran dalam menempuh segala carabaran dan kesusahan. Satu perkara yang saya jadikan pedoman hidup  ialah  “setiap halangan itu akan pasti akan capai kejayaan akhirnya”.  Moto kehidupan yang dipengang  inilah menyebabkan saya  tidak ada kamus kecewa, putus asa dan kegagalan dalam kehidupan, Sentiasa beranggapan yang Allah bersama-sama orang yang sabar dan Allah tidak membebankan hambaNya. Firaman-Nya:

Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kehilangan jiwa (kematian) dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Q.S. AL-Baqarah 155).

sifat sabar yang ada pada diri saya mungkin juga disebabkan saya semenjak belajar di tingkatan 3 lagi sudah ditimpa sakit lutut yang serius. Menyebabkan saya terpaksa ke sekolah dengan lutut berbalut dengan  bandage, kakadangkala di usik juga oleh rakan sekolah.

“ weh, budak balut lutut mari dah”  ejekan rakan sekolah yang nakal pada suatu hari.
Saya hanya buat-buat tidak dengar sahaja dan terus beredar.

Yang paling getir sekali ialah bila tiba tarikh peperiksaan saya di masukkan ke wad kerana sakit semakin serius.
“ Nik you have to sit for LCE exam at hospital “ Encik Yusoff Ngah, Pengetua memaklumkan kepada saya semasa dia hantar saya ke hospital.
Saya hanya angguk-angguk kepada dan melihat kepadanya dengan penuh keinsafan.Saya banyak berterima kasih kepadanya yang begitu perihatin membawa saya dari asrama ke hospital setiap hari untuk mendapat suntikan.

Semasa mejalani  peperiksaan LCE  di dalam wad hospital. Pada masa itu ada seorang lagi pelajar wanita yang sakit dan menduduki peperiksaan bersama dengan saya. Kisah sedih ini berlaku pada tahun 1969 dahulu. Sungguh pun begitu saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana saya berjaya mendapat pangkat A dalam peperiksaan LCE tersebut.

Jika di imbas kembali perjalan liku-liku hidup saya semasa remaja dan hinggalah keperingkat berumah tangga dan berkeluarga, saya sering sahaja ditimpa dengan kesakitan dan kesusahan. Menyebabkan saya boleh dikatakan telah “lali” dengan penderitaan. Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kesusahan yang sering saya alami itu membuatkan saya tidak leka dan hanyut  sehingga melebihi batas agama dalam melayari liku-liku kehidupan sehingga kini. Kesakitan yang dihadapi adalah sebagai perisai bagi kehidupan saya daripada melakukan perbuatan yang melanggar hukum agama (dosa besar) kerana jika saya ingin lakukan sesuatu perbuatan yang melanggar hukum agama, akan datang perasaan dalam fikiran bahawa jika saya lakukan kesalahan ini mungkin Allah timpa penyakit atau masalah yang lebih kronik lagi.

Saya juga bersyukur kerana Allah beri hidayah untuk menjadikan saya sebagai salah seorang haba-Nya yang sentiasa ingat kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Jujungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekurang-kurannya ia dapat dijadikan pedoman hidup dan perisai diri hamba-Nya yang serba kurang ini mengharungi kehidupan dengan penuh berhati-hati dan berpandukah syariat dan sunnah, tidak banyak pun sedikit yang dapat menghalang dari tergelincil rel perjalan hidup sebagai persiapan untuk menuju kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Memang di destinaisi itu pun sepatutnya menjadi fokas semasa kita di beri peluang hiup di dunia yang fana ini. Kerana hidup yang sebenar dan kekal abadi adalah kehidupan akhirat. Orang yang sentiiasa meletakkan matlamat kehidupan akhirat tidak akan tergelincir banyak dari garis panduan yang telah ditetap oleh Islam sebagaimana telah di ajar 0leh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Pengajaran dan iktibar:

1.      Sebagai seorang Islam yang beriman kita sepatunyalah menjadikan Rasulullah sebagai ikutan untuk menempuh cabaran dalam kehidupan berumah tangga. Kerana Allah telah menyatakan bahawa insan yang paling sempurna di dunia ini ialah Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad adalah penghulu segala nabi dan rasul serta beliau adalah rasul akhir zaman. Akhlak Rasulullah adalah sepertimana yang  terkandung di dalam Al Quran.

2.      Jika kita menjadikan akhlak Rasulallah sebagi sumber pedoman hidup kita ,sudah pasti kita akan hidup dengan penuh beriman dan bertaqwa, dan kehidupan kita akan selamat di dunia dan akhirat, Insya Allah.  Akhlak Rasulallah adalah berpandukan kepada Al-Quran kitabullah.

3.      Jika kita mengamalkan keperibasayan Rasulallah dalam kehidupan, kita akan disukai oleh isteri, keluarga dan masyarakat. Kehidupan kita akan dipenuhi dengan akhlak yang baik dan sentiasa menjurus untuk mendapat keredaan Allah.

4.      Suami yang menjadi Rasulallah sebagai  idola atau panduan hidup untuk berumah tangga dan berkeluarga sudah pasti akan disayangi dan dicintai oleh isteri, anak-anak, keluarga dan masyarakat. Suami yang berpandukan sunnah Rasullah kehidupan sehariannya berlandaskan ajaran Islam dan tidak akan melakukan perbutan yang haram.Sebaliknya jika kehidupan seharian dilakukan dengan menggunakan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam akan mendapat keberkatan dari Allah dan kehidupan kita sentiasa sempurna dan bahagia.




















No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.