Semua manusia mahu kehidupan yang sempurna. Namun semua manusia juga tahu, di dunia ini tidak ada yang sempurna kecuali di syurga. Antara banyak perkara yang mahu dijadikan sempurna, ada satu yang semua manusia berusaha, untuk mendekati sempurna, iaitu cinta.
Di situlah kisah saya dan isteri
bermula. Pada ketika semuanya nampak hampir sempurna, pada ketika itulah Tuhan
mendatangkan ujian-Nya. Ujian yang pada mulanya membuatkan saya terfikir, di
mana salah saya? Apa dosa saya sehingga saya dilakukan begini?
Namun pada akhirnya saya
mengerti, Tuhan turun ujian-Nya itu bagi menjadikan cinta saya kepada isteri,
mendekati sempurna. Cinta sempurna yang tidak meletakkan syarat. Cinta yang
tidak perlu cantik, tidak perlu bersuara manis, tidak perlu tersenyum anggun,
dan tidak perlu memeluk saya pun, tetap akan saya membalasnya dengan cinta.
Beginilah
kisah saya bermula.
Pada 21 Ogos
1980, saya mendengar kata-kata tegas dan keras ini dengan penuh rasa syukur dan
gembira.
“Sah!”
“Sah!”
Alhamdulillah, akhirnya saya
menjadi seorang suami, kepada seorang perempuan yang paling cantik pada mata
saya. Perempuan yang sudah mencuri hati sekian lama, dan pada hari itu, sah
menjadi isteri. Kehidupan pun berlangsung dengan permulaan yang manis-manis.
“ Abang
sayang kat yang tak” itu luahan isteri pada malam pertama.
“Siapa yang
tidak sayang.”
“Betul abang
sayang?”
“Sumpah
abang sayang.”
Kami sama-sama tersenyum bahagia.
Lalu selama hampir 20 tahun Allah, pinjamkan saya dan isteri, perkara yang
bernama manis. Kami hidup bersama menjalani era 80-an dan 90-an dengan penuh
suka duka. Kami diberi rezeki oleh Tuhan, bermula pada 1 September di lantik
sebagai Pegawai Tadbir Negeri, dengan
harta yang sedikit-sedikit kami kumpul, dan kemudian di anugerahkan oleh Allah
dengan rezeki yang tidak ternilai – anak. Anak yang menjadi bukti dan pengikat
cinta kami. Sehinggakan kami terpaksa mengangkat dua belah tangan untuk
menghitung jumlah bilangannya, iatu tujuh orang. Empat putera dan tiga puteri.
Kehidupan kami sekeluarga, Alhamdulillah dikurniakan dengan kebahagian dan
keceriaan seadanya.
Sehinggalah pada tarikh 2 Mac
2001, isteri saya terpaksa dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.
Sesuatu yang saya tidak jangka. Sesuatu yang saya baru tahu, dan tidak pernah
tahu pun penyakit itu wujud kerana dia semenjak kami disatukan tidak pernah
sakit berat, kecuali demam selsema sekali sekala... Yang paling kerap sakitnya
ialah perut berbondol didepan dek mengandung anak-anak hampir setahun sekali
pada awalnya dan di selang-seli tiga tahun sekali selepas anak ketiga dan
seterusnya hingga ke tujuh.
“Isteri Tuan terkena penyakit, berkaitan dengan genetik yang mungkin berlaku
atas nisbah 100 ribu hingga 150 ribu orang manusia seorang yang mengalami
penyakit ini. mengikut istilah
kedoktoran penyakit ini dikenali sebagai
“Arterio-Venous Malformation” (AVM).”
Pada ketika doktor memaklumkan
perkara itu kepada saya, saya masih belum berasa apa-apa lagi. Sekiranya kanser
ataupun penyakit jantung, masih saya mampu bayangkan bahayanya, tetapi tidak dengan
penyakit ini. Suatu misteri bagi saya, panyakit pelik yang berkaitan dengan
saraf otak. Bila dia menyerang insan yang sihat boleh koma serta merta. Itulah
sunnatullah yang banyak lagi insan bergelar manusia tidak mengerti dan jahil
tentang ke Agungan dan Kekuasaan-Nya.
Lalu pada ketika isteri saya dibawa
ke dewan bedah, saya hanya mampu berkata, “Doakan selamat semuanya.
Insya-Allah, abang doakan ayang selamat.” Itulah luahan kata-kata yang dapat
saya lafazkan semasa melihat isteri yang koma di bawa oleh nurse ke dewan
bedah.
Bila isteri telah hilang dari
pandangan dek ditelan daun pintu dewan bedah, minda mengelamun mengimbas
kembali tentang isteri tercinta yang begitu setia kepada diri ini. Nah telah
terbukti keikhlasan cinta dan sayangnya pada suami bila saya di takdirkan
menimpa musibah kesakitan pada tahun 1983.
“Abang biar saya yang lakukan semuanya, tak
jadi masalah, nanti bila abang dah sembuh betul-betul bolehlah buat kerja semula.” Luahan isteri
kepada saya yang terlantar di kerusi malas akibat kaki kanan di simen dengan
POP selama setahun, itulah bukti cintanya. Itu semua ingatan yang tidak pernah
padam di minda saya semenjak tahun 1983 dahulu hingga kini dan selamanya.
Dan sekarang kesetiaan cinta saya pada isteri
pula di uji, mungkinkah Tuhan takdirkan semua ini sebagai timbal balas ujian-Nya tehadap cinta kami. Allah Maha Adil
dan Maha Mengetahui.
Bila dikenangkan isteri memang seorang yang baik dan jujur kepada
suami. Dia menjaga suami dengan sepenuh
hati tampa sebarang rungutan dan keluh kesah. Dia senggup lakukan semuanya,
basuh najis, air kencing, memandikan dan serba serbi lagi. Bersyukur kepada Allah yang memberikan saya
jodoh dengan seorang wanita yang jujur dan baik hati. Itulah bukti kesucian cinta isteri kepada
saya.
“Encik” saya tersentak dari mengelamun, bila
mendengar suara nurse. “ Isteri encik
akan dibedah dalam tempoh 3 hingga 4 jam, encik boleh tunggu di lobi sana. Bila
dah selesai nanti saya panggil”. katanya dengan senyuman. Saya hanya melihat
dengan hati yang kosong.
Di kerusi ruang menunggu, fikiran saya masih
terbang kesana kemari mengelamun memikirkan masa depan kami sekeluarga. Masa
depan yang belum menentu samada panas atau hujan renyai-renyai atau hujang
ribut yang tidak dapat di buat ramalan oleh manusia, kerana tiada alatan
sterlite untuk mengukurnya sepertimana biasa dilakukan untuk Ramalan Cuaca.
Kerana ianya melibatakan nyawa, hidup atau mati yang menentukan hanyalah Dia
Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa. Allah Huakbar !
Isteri yang sedang menjalani pembedahan
sekarang ini belum pasti apa akan kesudahannya, sihatkah atau macam- macam situasi
yang belum jelas dan terjawab. “Ya Allah Kau selamatkanlah isteri ku semoga
dapat terus kami bersama”, “ InsyaAllah” hati kecil saya menjawab sendirian.
Dalam pada menunggu isteri keluar dari dewan
bedah, fikiran saya masih terbayang waktu-waktu diri ini yang ditimpa
kesakitan, dan bagaimana isteri menjaga ku dengan penuh kasih sayang dang taat
setia.
“Abang dah lebih lapan
bulan berehat di rumah” isteri memberitahuku pada suatu petang.
“Bila masa abang dapat
berjalan” tanya isteri kepada ku yang masih terbaring di kerusi malas.
“Entahlah sayang, terserah kepada takdir
Allah. Abang terima sahaja lah”.
Situasi itu masih terbayang di minda ini, masih saya ingat segalanya, bagaimana isteri
mengahadapi segala dugaan bila saya sakit lutut kanan pada tahun 80-an dahulu.
Dia masih setia walaupun diri ku sudah dikategori
sebagai seorang suami yang cacat. Mana tidak, kaki kanan hanya dapat digerakkan lebih kurang 25% sahaja,
menyebabkan daku terpaksa berjalan seperti orang memakai kaki palsu. Bermula
masa ini diri ku mula dilihat sebagai seorang yang cacat anggota, apabila solat
semasa duduk antara dua sujud dan tahyat awal dan akhir kaki kanan terpaksa di
bawa ke hadapan secar belunjur.
“Sayang terima seadanya, biarlah abang sekarang
tak sama seperti dulu.’ luah isteri ku semasa diri ini baru saja keluar dari
hospital satu masa dahulu.
“ Sayang tak menyesal kahwin dengan abang ? “
saya pernah luahkan kepada isteri setelah sakit lutut kanan tidak sembuh
sepenuhnya, kaki kanan saya telah tidak seperti dulu lagi, telah cacat.
“Apa pula menyesal, kerana semasa kahwin dulu
abang memang hensem, macam Amita Bachan,,,,,hee..hee” jenaka isteri,
“ Yalah,sungguh-sungguh tu” aku persoal
kembali untuk mempastikan keikhlasan isteri.
“Jika abang tak percaya, tak apalah” isteri
kelihatan agak sugul.
Itu adalah cerita lama di tahun-tahun 80an
dahulu. Di takdirkan cinta manis kami hanya bertahan selama tiga tahun sahaja, masa
itu semuaya indah-indah. Suami isteri
yang romantis. Happy sentiasa hidup
kami sekeluarga.
Semuanya telah jadi
kenangan dalam lipatan sejarah rumah tangga kami.
Itu semua saya dapat hadapi dengan penuh
keinsafan dan tabah hati kerana sudah ditakdirkan Allah, mungkin sebagai
balasan terhadap dosa-dasa saya di masa lalu atau untuk menguji keimanan dan
ketaqwaan saya kepada-Nya. Masa berlalu dengan pantas, dan saya terpaksa
menerima hakikat, kesakitan kaki kanan
sebagi satu takdir yang telah diberi Allah kepada saya dan keluarga. Namum begitu
kebahagiaan rumahtangga kami tetap utuh seperti sebelumnya.
Kini cinta saya pula kepada isteri di uji
Allah. Apa yang berlaku kini sebagai satu ujian getir cinta kami. Adakah ianya
benar-bernar setia sebagaimana kami lafazkan semasa mula-mula saya dan isteri
berkenalan dulu. Adakah mampu bertahan dengan kesakitan isteri yang mungkin
lumpuh dan tidak dapat berkata-kata lagi selepas pembedahan ini.
” Your wife may be paralizyed one side of the
body. She also may be cannot talk due to shortern of her tounge” kata doktor
pakar yang menjelaskan sitausi isteri yang akan dibedah itu kepada saya.
Saya hanya mendengar saja kata-kata doktor itu. Apa
yang dapat dilakukan dalam suasana kecemasan seperti ini, yang penting bagi
saya hanyalah mengharapkan nyawa isteri dapat diselamatkan. Moga dia terus
dapat menyudut udara di dunia ini. Dapat
terus menjadi buah hati tempat melepaskan rindu dendam dan ibu yang petah
berbicara dengan anak-cucu. Hanya kepada Allah yang aku serahkan segala-segalanya.
Jam di ruang menunggu menunjukkan pukul 10.30
pagi. Saya tetap sabar menunggu keputusan pembedahan isteri, belum menampakkan
apa-apa berita lagi dari dewan bedah. Tunggu tetap tunggu.
Dalam pada itu saya masih tidak dapat terima
kenyataan bahwa isteri yang tercinta
yang menjadi pembantu utama kepada saya dalam mendayung kehidupan berkeluarga
kami, kini telah diambil nikmatnya oleh
Yang Maha Berkuasa. Dia telah koma, dan perlu pembedahan segera untuk
selamatkan nyawanya. Selepas pembedahan
masih belum pasti apa situasi kesihatannya. Boleh pulih kah atau tidak ?, dapat terus bernafas atau terus terhenti?. Itu
juga tidak pasti, daku hanya berserah kepada Allah SWT.
Masih saya soal-soalkan di benak hati ini, apakah
kesalahan saya sehingga Allah menguji diri ini dengan pelbagai dugaan dari masa ke semasa.
Mungkinkah ini satu cara untuk menguji tingkat keimanan dan ketaqwaan saya. Persoalan
ini tidak dapat saya jawab dengan pasti. Wallahualam, terserahlah kepada-Nya.
Peristiwa yang berlaku ke atas isteri ini banyak memberi pengajaran dan kesedaran
kepada diri saya dan juga ahli keluarga kami. Mana tidak dengan tidak
semena-mena isteri yang sihat telah ditarik nikmatnya serta merta. Terus koma
di hospital semasa mendapat rawatan sakit kepala yang saya anggap sakit biasa
sahaja. Doktor pun berkata begitu.
“ Encik jangan risau, sakit kepada isteri ini
biasa sahaja. Bila dapat rawatan sembuhlah dia” kata doktor kepada ku semasa
menghantar isteri ke hospital dahulu.
Tapi hakikatnya kejadian di masa hadapan
setiap manusia tidak benar-benar pasti, kita hanya mampu membuat ramalan
sahaja. Yang menentukan segala-galanya adalah Allah. Nah terbukti lagi bahawa
sebenarnya kita manusia ini tidak ada apa-apa kuasa dan kekuatan. Segalanya
adalah kurniaan dan pinjaman dari Yang Maha Berkuasa iaitu Allah. Allah hu
Akhbar ! Kita tidak ada apa-apa, semuanya Allah yang punya.
Masih saya terbayang situasi bermula pada 2
Mac 2001. Apabila selesai solat maghrib, tiba-tiba kedengaran suara meraung
kesakitan.
“ Adooooh, sakitnya kepala ini bang,
tolonglah bang, ayang sakit ni”
“ Tunggulah kejap , nanti abang selesai solat kita pergi jumpa
doktor”
Sebaik sahaja selesai solat, saya terus membawa isteri ke klinik untuk berjumpa
doktor.
“
sakit apa puan ?” tanya doktor yang memeriksa isteri ku .
“
Sakit kepala yang amat sangat doktor. Tangan dan kaki kanan rasa kebas nak
gerakpun tak daya,”.
“
Tekanan darah puan normal, migrin kut” sambil menjalani prosidur pemeriksaan
pesakit yang biasa diamalkannya.
“Insya
Allah, selepas makan ubat nanti sembuhlah” .
“ untuk cepat tahan sakit, saya bagi suntikan… macamana ?
boleh paun”
“
okey” sambil kepalanya mengangguk tanda setuju.
Doktor memberi ubat suntikan dan juga ubat makan bagi menahan kesakitan.
Malam itu kesakitan isteri terkawal.
Pada
tengah hari keesokannya, “ Abang, kenapa tangan dan kaki kanan ayang rasa kebas
dan tak kuat” kedengaran suara isteri
dari dalam bilik tidur.
“ Mungkin
kesan suntikan malam tadi kut.”
“
Bersabarlah. Kan ubat dah makan. Nanti hilanglah sakit tu”. Saya cuba meyakinkan isteri yang masih
dalam kesakitan di atas katil.
Setelah
hampir waktu maghrib. Tiba-tiba
kedengaran.
“Eweeek,
eweeek,” dari dalam bilik air.
Saya
yang berada di atas sejadah setelah solat maghrib, bergegas ke bilik air.
“
Kenapa ni yang, muntah ke”.
“Eweek,
Eweeek.”
Tapi
kali ini tidak ada apa yang keluar, cuma air liur sahaja.
Saya
mengambil air dari paip bagi membantu untuk bersihkan kesan muntah isteri.
“Abang
tolong, tolong, kenapa ayang ni, muntah tak henti-henti. Kaki kanan rasa macam
kebas.”
Saya
cuba membantu isteri, kelihatan ia agak
susah hendak berdiri, dan saya papah isteri ke
katil.
“
Ok, mari kita pergi jumpa doktor” saya mengajak isteri.
Sekali
lagi saya membawa isteri berjumpa doktor
di klinik yang sama. Doktor memeriksa tekanan darah dan didapati keadaan masih
normal, tetapi oleh kerana isteri mengalami muntah-muntah dia memberi surat
untuk mendapat rawatan susulan di hospital, yang jaraknya lebih kurang 3 km
dengan rumah kami.
“ Encik,
isteri dah selamat dibedah” saya
terdengar suara nurse, saya terjaga dari mengelamun dan mendapati isteri sedang
terbaring di atas katil yang di tolak oleh dua orang pembantu hospital menuju
ke wad. Isteri masih tidak sedarkan diri.
“ Encik
boleh ikut kami” nurse mengajak saya.
Saya
hanya mengikut mereka dari belakang.
“
Isteri akan dimasuk ke wad ICU dahulu. Bila dah sedar nanti akan dipindah ke wad
biasa” terang nurse semasa kami berjalan
menuju ke wad ICU.
Di
wad ICU, isteri ditempatkan di atas katil berhampiran dengan meja Ketua
Jururawat yang bertugas. Mungkin untuk memudahkan pengawasan.
Saya
hanya mempu memerhatikan dari jauh sahaja, kerana di wad ICU ahli keluarga tidak dibenarkan
menunggu pesakit, hanya dibenarkan semasa waktu melawat untuk melawat pesakit
dengan masa terhad dan prosidur yang ketat. Semuanya untuk memberi keselesaan
kepada pesakit dan mempastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik,
lebih-lebih lagi pesakit seperti isteri yang menjalani pembedahan kepala.
“Encik
jangan risau, kami akan jaga isteri encik.” Itu kata-kata nurse kepada saya
setelah dia melihat saya agak gelisah dan serba salah semasa menunggu isteri di
lobi wad ICU.
Sedang
saya asik mengunggu perkembangan isteri
selepas pembedahan.
Di
minda masih terfikir tentang kebesaran Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Saya sebenarnya tidak terfikir yang isteri saya semasa sedang koma di hospital
di Kota Bharu, dan mengikut doktor hanya menunggu masa sahaja untuk menemui
Pencipta-Nya akan dapat diselamatkan.
Kini
masih dapat bernafas dan ada kemungkinan akan dapat sedar kembali setelah
mejalani pembedan kepala bagai membetulkan system saraf otak dan membuang darah
yang mengalir sebelum ini.
“
Encik jangan risau, pembedahan ini simple sahaja, setiap bulan saya lakukan
lebih 20 pembedahan” kata doktor pakar untuk menyakinkan saya semasa diminta
menandatangi surat kebenaran pembedahan.
Saya
juga terharu bagaimana VVIP di Kota Bharu yang datang melawat isteri di
hospital pada petang 2 Mac 2001, telah memberi arahan kepada doktor supaya
membawa isteri ke Hospital Pakar di Ampang, Kuala Lumpur. Itu semua tiada dalam
jangkaan. Adakah ini dikatakan ketentuan Allah, semuanya boleh berlaku di luar
jangkaan fikiran manusia. Atuapun ini juga mungkin apa yang dikatakan oleh ustaz semasa memberi kuliah agama yang pernah
saya hadiri pada masa dahulu.
“
Jika kita suka membantu orang dalam kesusahan, nanti apabila kita dalam kesusuhan dan kebuntuan akan datang
pertolongan Allah dengan cara yang tidak kita duga dan terfikir, itulah
kelebihan orang yang mempunyai sifat pemurah dan suka menolong orang”. Saya
tidak begitu pasti bahawa diri saya adalah seorang yang permurah, Cuma yang
saya tahun jika ada orang minta tolong saya akan tolong setakat yang saya
berkempuan. Itu sahaja.
Jam
di ruang lobi menunjukkan pukul 3.20 petang.
Saya rasa agak bertenaga semula setelah pergi mandi dan menukarkan pakaian
yang di pakai semenjak semalam lagi, lebih menyegarkan apabila saya dapat lena
seketika selepas solat zohor di surau hospital tengah hari tadi.
“
Encik. Sila masuk ke wad” kedengaran suara nurse di depan pintu wad ICU.
Saya
bergegas ke pintu Wad ICU, dan mengikuti
nurse masuk ke dalam wad dan di bawa menghampiri katil, isteri masih terlantar
dan tidak sedarkan diri.
Aku
memerhatikan suasana isteri yang masih terlantar di katil, telah kelihatan pergerakan
kepalanya yang berbalut dengan bandage yang tebal, dan jarinya yang masih
terkepit dengan alat pengawasan nadi dan didadanya dipenuhi denga wire yang
mengawasi perjalanan jantung dan tekanan darahnya, mesin pengawasan
memperlihatkan catatan system tubuh isteri adalah normal. “ Alhamdulilllah “
berbisik hati ini.
Sedang
saya memerhati kepada isteri ku. tiba-tiba .
“
Abang lapar” kedengaran bisikan perlahan dari mulut isteri yang telah mula
sedar.
“ Alhamdulilllah”
Keluar sepontan dari mulut ku, sambil tangan saya memegang erat tangan isteri. “
Syukur ya Allah. I love you “ secara sepontan keluar dari mulut saya.
Betapa
bersyukurnya diri saya kepada Allah…. Kerana telah memakbulkan doa saya. Isteri
yang menjalani pembedahan telah sedar dan dapat berkata-kata semula. Situasi ini telah mengembalikan keyakinan
saya yang sebelum ini didalam seribu persoalan dan ketidak tentuan kerana
doktor meramalkan isteri tidak dapat
bercakap selepas menjalani pembedahan..
Kejadian
ini memberi kesedaran yang mendalam kepada diri ini yang cetek ilmu agama, Ia membuktikan bahawa kekuasaan Allah akan
mengatasi segala-galanya di dunia ini. Allah boleh menidakkan segala tanggapan
manusia yang berdasarkan hukum akal bahawa sesuatu keadaan itu akan berlaku
mengikut tabiinya. Tapi ilmu Allah boleh
mengatasi ilmu tabii. Sesuatu di luar kebiasaan tabii alam akan berlaku bila
Allah menghendaki ianya berlaku. “ Kun fayakun”. Ini adalah satu keanjaiban yang Allah Lakukan
terhadap isteri saya. Subhanallah.
Peristiwa
yang dialami oleh isteri memberi
keinsafan bahawa jika kita bertawakkal dan berserah kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya mengikut
kemampuan kita. Insya Allah akan ada jalan penyelesaian yang ditentukan
oleh-Nya.
Kesimpulan
dari cerita yang saya bentangkan di sini memperlihatkan Allah yang menetukan
segala-galanya kepada hamba-Nya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang
untuk mendapat kejayaan di masa hadapan, tetapi Allah berkuasa mengubah segala
perancangan kita dan mungkin hasilnya adalah jauh berbeza daripada apa yang
kita harapkan. Sungguhpun begitu ianya ada hikmah-Nya, untuk menguji sejauhmana
kita beriman dan bertaqwa kepada Allah. Setiap musibah yang ditimpa itu adakah
kita mengadap-Nya untuk memohon restu supaya di selesaikan segala kesukaran
dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaan
akan reda terhadap apa jua ketentuan Allah, kerana mereka yakin dengan janji
Allah bahawa setiap kesusahan yang dihadapi dengan penuh kesabaran akan diganti
dengan kegembiraan dan keseronokan bila tiba masanya. Kita sebagai manusia
hanya berusaha dan berdoa sahaja. Allah telah janjikan bahawa setiap penyakit
akan ada ubatnya, setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya.
Kini
isteri yang tercinta telah ditarik rahmat kesihatan, kecatikan dan kesempurnaan
oleh-Nya. Segala kesempurnaan yang dinikmati selama ini telah tiada. Kini dia
sebagai seorang yang Kurang Upaya (OKU) terpaksa menjalani kehidupan dengan
penuh cabaran dan dugaan. Saya sebagai suami mestilah mengambil tanggung jawab
sepenuhnya untuk menjaga isteri yang sakit lumpuh ini.
“
Tengok tulisan ini abang, boleh baca tak” sambil menghulurkan diari catatan makan ubat dirinya.
“ siapa
yang tulis,cantik”
“
Abang perli ya” sambil senyum sinis.
Mungkin dia perasan yang saya cuba mengambil hatinya kerana tulisan
dengan tangan kiri itu tidak begitu jelas .
“ Baguslah
ni, jika abang tulis dengan tangan kiri lagi hodoh” saya cuba memberi keyakinan
di atas usaha dan dedikasi isteri yang bersungguh-sungguh belajar untuk menulis
dengan tangan kiri. Memang akau salute sifatnya yang dedekasi untuk membolehkan
kehidupannya kembali normal setelah ianya mengalami lumpuh. Selepas hampir 15
tahun dia mencatat diari dengan tangan kiri, telah memahirkan penulisannya yang
hampir standing dengan tulisan kanak-kanak tadika.
Itulah
kelebihan yang dikurniakan Allah kepada isteriku. Dia tetap sabar dan dedikasi
dalam menghadapi kecacatan yang diberikan oleh Allah. Kini telah dilaluinya melewati 15 tahun, kehidupan sehariannya telah
dapat disesuaikan.
saya
juga tidak terfikir yang kami suami isteri dapat melalui semua ini dengan tenang
dan terus menjalinkan cinta setia kami sehingga ke hari ini. Bila diteliti
keutuhan cinta kami dalam melalui kepayahan dan kesusahan hidup ini setelah
isteri lumpuh hampiir 15 tahun, adalah disebabkan saya dan isteri mengamalkan
beberapa perkara yang dapat mengekalakan keharmonian cinta dan hubungan suami
isteri kami berdua. Bila dilakukan periksa silang (cross check ) dengan teori yang dikemukakan
oleh pengkaji saians sosial, didapati banyak persamaan dengan apa yang kami
amalkan dalam melayari bahtera kehidupan rumah tangga kami.
Bila dikenangkan kedamaian dan
kelangsungan cinta kami dapat bertahan dalam tempoh menjangku 35 tahun setelah
berkahwin. Kami rasa amat perlu untuk didedahkan kepada masyarakat umun sebagai
satu iktibar, terutama bagi pasangan yang menghadapai masalah dalam meneruskan
kelansungan cinta mereka dan juga situasi rumah tangga yang telah retak dan
tunggu belah, Semoga pengalaman yang kami lalui itu dapat dijadikan sebagai
panduan dan iktibar. Lebih-lebh lagi bila diteliti masalah
pasangan Islam yang bercerai setiap tahun semakin meningkat. Sehingga tahun
2010 statisktik JAKIM merekodkan jumlah perceraian melebihi 28,000 pada tahun
berkenaan. Ianya merupakan hampir 30% daripada jumlah perkahwinan di tahun yang
sama. Juga dikatakan bahawa pasangan yang bercerai itu adalah dari kalangan
mereka yang baru kahawin dalam tempoh tiga hingga enam tahun serta perkahwinan
mereka majoritinya (80%) adalah terdiri daripada perkahwinan yang mendapat
restu keluarga.
Menyedari hakikat inilah, saya rasakan
bahawa pengalaman kami menghadapi kesusahan dalam membina rumah tanagga kami
yang penuh dengan cabaran dan rintangan itu perlu di kongsi bersama.Insya
Allah.
DAPATKAN BUKU : " BERCINTA SAMPAI SYURGA" - PTS - di kedai buku @ Bookcafe.com.my
DAPATKAN BUKU : " BERCINTA SAMPAI SYURGA" - PTS - di kedai buku @ Bookcafe.com.my
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.