HANTARAN KAHWIN :
ANTARA ADAT DAN BERKAT
Sekarang ini adalah musim perkahwinan, yang menjadi
perbualan pada masa ini antara lain hantaran kahwin yang dikatakan agak mahal
di kebelakangan ini. Hal ini telah menjadi tekanan kepada pihak teruna yang
ingin berkahwin dengan dara idamannya. Yang lebih mendukacitakan lagi adalah
tabiat masyarakat Melayu yang suka bermegah dan menunjuk-nunjuk dalam
mengadakan Majlis Kahwin.
Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang budaya
ego masyarakakt di Malaysia amnya dan bangsa Melayu amnya. Kini majlis kahwin
anak dijadikan sebagai satu wadah untuk
menunjukkan kekayaan, kedudukan dan kemegahan. Hantaran kahwin diletakkan dengan harga yang agak tinggi , sebagai contoh jika anak gadis yang tinggal di Bandar dan anak kepada mereka yang bergelar Dato’. Tan Sri dan sebagainya kadar hantaran mesti melebihi RM10 ribu. Manakala anak orang biasa yang tinggal di kampung pun telah mencecah lebih RM5 ribu. Ini satu fenomina yang patut di fikir bersama untuk mengatasinya. Kerana jika majlis kahwin disertai dengan sifat ria’ dan membanggan diri dikhuari akan kurang kebekatannya.
menunjukkan kekayaan, kedudukan dan kemegahan. Hantaran kahwin diletakkan dengan harga yang agak tinggi , sebagai contoh jika anak gadis yang tinggal di Bandar dan anak kepada mereka yang bergelar Dato’. Tan Sri dan sebagainya kadar hantaran mesti melebihi RM10 ribu. Manakala anak orang biasa yang tinggal di kampung pun telah mencecah lebih RM5 ribu. Ini satu fenomina yang patut di fikir bersama untuk mengatasinya. Kerana jika majlis kahwin disertai dengan sifat ria’ dan membanggan diri dikhuari akan kurang kebekatannya.
Untuk melihat isu ini telah menjadi satu fenomina dalam
masyarakat saya terbaca satu blok di bawah ini dan ustaz ini memberi pendapat
peribadi beliau. Cuba kita teliti pendapatnya ini……….?
“ Berlagak kaya ini
telah merebak kepada masyarakat melayu dalam menetapkan mas kahwin dikala anak
perempuan mereka dipinang oleh si jejaka. Disamping itu juga, dilihat kepada
artis-artis yang berkahwin yang mendapat liputan media massa yang agak meluas
dengan “hantaran” yang agak mengejutkan, menyebabkan ramailah orang melayu
Islam mahu meniru.
Dengan keadaan sedemikianlah, maka berlakulah penetapan
“hantaran” yang kadangkala mengejutkan sedangkan si jejaka tidak mampu untuk
menyediakan semua itu melainkan perlu kepada bekerja bertahun-tahun terlebih
dahulu, atau terpaksa berhutang.
Keadaan inilah menyebabkan, ramailah si jejaka yang telah
meletakkan perasaan yang terlalu ingin berkahwin melakukan apa sahaja tindakan
agar dapat memperisterikan kepada si dara yang dicintainya itu, yang
kadangkala, tindakannya sebenarnya mengaibkan sehingga berita tindakannya itu
masuk kedalam akhbar bacaan harian yang dimuatkan pula di muka surat hadapan.
HANTARAN YANG MEMBEBANKAN
Aku tidak menafikan fungsi “hantaran” yang diamalkan
dikalangan masyarakat melayu. Ada sebilangan ulama-ulama melayu menyatakan,
amalan itu perlu dilakukan disebabkan bersandar kepada kaedah fiqh yang
berbunyi;
الْعَادَة
مُحَكَّمَةٌ
Maksudnya;
“adat yang dijadikan hukum” (Al-As’bah wa An-Nazair : 1/164)
“adat yang dijadikan hukum” (Al-As’bah wa An-Nazair : 1/164)
Bermakna, apabila amalan “hantaran” ini menjadi kebiasaan
dikalangan masyarakat melayu, maka hantaran itu perlu disediakan. Padaku,
kaedah itu tidaklah salah, tetapi yang salah pada cara penyesuaian hukum yang
hendak dilaksanakan di kalangan masyarakat.
Apa yang pasti, kaedah ini disandarkan kepada satu hadis
yang mauquf, iaitu hadis dari Abdullah bin Mas’ud yang mengatakan;
مَا
رَآهُ الْمُسْلِمُونَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ حَسَنٌ
Maksudnya;
“Apa yang orang islam lihat cantik, maka ianya pun cantik disisi Allah SWT” (Al-Mustadraq ‘Ala Sahihain : 4439)
“Apa yang orang islam lihat cantik, maka ianya pun cantik disisi Allah SWT” (Al-Mustadraq ‘Ala Sahihain : 4439)
Dari itu, apabila dilihat kepada budaya masyarakat melayu,
mas kahwin tidak dijadikan isu sangat, disebabkan mas kahwin telah menjadi
sesuatu yang telah ditetapkan di setiap negeri-negeri, yang kadarnya tidaklah
membebankan.
Tetapi, apa yang pastinya, masyarakat kita bermain dengan “hantaran” yang agak lumayan. Ianya diletakkan kepada pengantin lelaki dengan kadar yang membebankan.
Dengan keadaan itulah menyebabkan, ramailah si jejaka yang ingin memperisterikan si dara terpaksa menunggu untuk mencari kewangan bagi menampung “hantaran” yang ditetapkan itu.
dalam keadaan itulah, mereka sudah tidak “tahan” menyebabkan
kadangkala berlaku zina diantara mereka, berpasang-pasangan ke hulu dan ke
hilir, berkhalwat ditasik-tasik dan sebagainya.
Melihat keadaan inilah, adakah dikira cantik lagikah disisi Allah hantaran yang membebankan itu? jika baik, masakan Allah mengizinkan maksiat sebegini berlaku?
Inilah persoalan yang perlu bermain di kepala setiap ibu bapa yang mempunyai anak gadis yang akan dipinang oleh jejaka yang bakal menjadi suami anak gadis mereka.
MAS KAHWIN MURAH ADALAH BERKAT
Tidak dinafikan, memang diizinkan kita hendak memahalkan mas kahwin mengikut kadar yang kita mahu.
Firman Allah;
وَآَتَيْتُمْ
إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا
Maksudnya;
“kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (isteri) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali dari padanya barang sedikitpun”
(Surah An-Nisa’ : 20)
“kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (isteri) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali dari padanya barang sedikitpun”
(Surah An-Nisa’ : 20)
Juga tidak dinafikan, Saidina Omar pernah meminta agar para muslimat di zaman beliau menurunkan harga mas kahwin serendah 400 dirham, tetapi dibantah oleh seorang muslimat dengan katanya;
يا أمير المؤمنين، نَهَيْتَ الناس أن يزيدوا النساء صداقهم على أربعمائة درهم؟ قال: نعم. فقالت: أما سمعت ما أنزل الله في القرآن؟ قال: وأي ذلك؟ فقالت: أما سمعت الله يقول: { وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا
Maksudnya;
“Wahai Amir Al-Mu’minin, adakah kamu melarang manusia bahawa perempuan menaikan harga mas kahwin mereka melebihi 400 dirham? Berkata (Omar) : benar. Berkata (perempuan), adakah kamu tidak mendengar firman Allah dalam Al-Quran? Berkata (Omar) : apakah ia? Berkata (perempuan) : adakah kamu tidak mendengar firman Allah (yang bermaksud) “kamu telah memberikan kepada seseorang diantara mereka (isteri) dengan harta yang banyak”. (Tafsir Ibni Kathir : 2/243)
Dari ayat al-Quran dan athar yang dinyatakan ini merupakan hujjah untuk menyatakan dibenarkan kepada kita untuk memahalkan kadar mas kahwin. Pun begitu, apa yang ingin dinyatakan dalam tulisan ini adalah, apakah lebih baik si perempuan memilih jalan yang menyenangkan kepada si jejaka. Iaitu jalan senang yang membawa kepada keberkatan.
Memudahkan mas kahwin merupakan jalan kemudahan yang membawa kepada keberkatan seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW;
إن أعظم نساء أمتي بركة أقلهن مهرا
Maksudnya;
“Sebesar-besar berkat perempuan dikalangan umatku adalah serendah-rendah mas kahwinnya” (Musnad As-Syihab Al-Qida’ii : 1065)
Dan juga sabda nabi SAW;
أيسرهن مهرا أكثرهن بركة
Maksudnya;
“semuda-mudah mereka mas kahwin, sebanyak-banyak mereka berkat” (Fatawa Muasarah : 1/447)
Begitujuga, melihat kepada amalan salaf soleh yang mengahwinkan anak mereka dengan tidak melihat kepada kadar kemampuan si jejaka membayar mas kahwin, tetapi melihat kepada kadar ketaqwaan si jejaka kepada Allah SWT.
PENUTUP
Pernah aku bersembang dengan sebilangan “orang-orang tua” tentang perkara ini, tetapi responnya agak negative. Mereka menimbulkan cerita omar untuk menegakkan amalan mereka itu.
Aku berfikir, mereka berhujjah dengan kisah omar untuk hendak dimahalkan hantaran atau mas kahwin, tetapi dalam masa yang sama, apabila melihat kepada anak-anak gadis dan anak jantan mereka, masakan aurat, bahkan ke hulu ke hilir bersama dengan pasangan masing-masing pun mereka tidak endahkan.
Kalau keadaan inilah berlaku, padaku, membiarkan keadaan anak-anak mereka yang bercampur lelaki dan perempuan merupakan perkara haram. Dan sekiranya percampuran itu berpunca dari melambatkan mereka kahwin lantaran mas kahwin atau hantara yang terlalu mahal yang di tetapkan, maka penetapan mas kahwin dan hantara yang mahal itu adalah perkara yang haram.
Akhir dari tulisan ini, aku ingin berpesan kepada diriku dan
pembaca-pembaca sekelian dengan satu hadis Nabi SAW;
إِذَا
أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ خُلُقَهُ وَدِينَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ
Maksudnya;
“Apabila datang kepada kamu orang yang kamu suka akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia, jika tidak, kamu telah membiarkan berlakunya fitnah di bumi dan kerosakan yang terbentang” (Sunan Ibni Majah : 1957)
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://al-bakistani .blogspot. com “
“Apabila datang kepada kamu orang yang kamu suka akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia, jika tidak, kamu telah membiarkan berlakunya fitnah di bumi dan kerosakan yang terbentang” (Sunan Ibni Majah : 1957)
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://al-bakistani .blogspot. com “
Kesimpulan daripada cerita di atas
memperlihatkan majlis perkahwinan anak dijadikan satu wadah untuk
memperlihatkan ego para ibu bapa. Anak-anak yang sedang dilamun cinta menjadi
mangsa, terutamanya si peria terpaksa menyimpan duit dalam tempoh yang agak lama
bagi menuhi keperluan keluarga wanita yang dicintainya. Ini menimbulkan
perasaan tertekan.
Situasi yang kurang baik ini
perlulah difikirkan oleh semua masyarakat. Ingatlah bahawa perkahwinan yang
paling baik dan berkat itu adalah yang ‘maha’ nya paling murah (berpatutan) dan
perbelanjan majlis perkahwinan yang serba sedehana , dipenuhi dengan kesedaran
keagamaan yang tinggi bukanya bermegah-megah untuk memperlihatkan kekayaan dan
kebesaran diri. Marilah kita berasa menghisbah diri terutama bagi ibu dan bapa
yang mempunyai anak dara yang telah layak untuk bersuami. Permudahkanlan majlis
perkahwinan dan pecepatkanlah perkahwinan anak kita bila mereka telah menemui
bakal suami yang telah memenuhi syarat asas yang ditetapkan oleh agama Islam.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.