RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 22 September 2015

20 SIFAT HATI YANG TERPUJI DAN KEJI:



Sebagai seorang Islam yang ingin mendapat keredaan Allah dalam kehidupan di dunia dan diakhirat, mestilah mempunyai ilmu yang dapat dijadikan garis panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Kadang kala kita secara peribadi merasakan kita telah hidup dengan berpandukan ajaran Islam sebenar. Telah menjalankan perintah Allah seperti menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat fitrah dan zakat harta, mengerjakan haji. Sehinggakan kita rasa diri kita telah layak untuk memasuki syurga Allah. Walahal banyak lagi perkara hati yang kita tidak beres.
Dibawah ini disenaraikan 20 sifat hati yang terpuji dan keji yang perlu kita fahami secara mendalam untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.

SEPULUH SIFAT HATI YANG TERPUJI
1.      TAUBAT
2.      TAKUT AKAN ALLAH TAALA
3.      ZAHID
4.      SABAR
5.      MENSYUKURI NIKMAT
6.      IKHLAS
7.      TAWAKKAL
8.      KASIH KEPADA ALLAH TAALA
9.      REDHA AKAN QADHA ALLAH TAALA
10.   INGATKAN MATI
SEPULUH SIFAT KEJI
1.      TAKABBUR
2.      HASAD DENGKI
3.      MARAH
4.      BAKHIL DAN SAYANG HARTA
5.      CINTAKAN KEMEGAHAN
6.      CINTAKAN DUNIA
7.      MENGKAGUMI DIRI
8.      RIAK
9.      LAHAP MAKAN
10.   BANYAK BERCAKAP

1. TAUBAT
Taubat dari segala dosa ( kembali mengikut ajaran Allah SWT) ada tiga rukun:
1.      Menyesalai maksian yang telah dilakukanya.
2.      Berhenti dari melakukannya.
3.      Berazam tidak akan melakukannya lagi. Jikalau maksiat itu berhubung dengan makhluk (manusia) maka  disyaratkan memulang, engganti atu minta dihalalkan. Jika tidak berkuasa maka dia hendaklah mengikhlaskan taubatnya, dan memohon kepada Allah supaya orang yang ampunya hak itu meredhakannya pada hari kiamat.
Taubat ialah permulaan jalan bagi orang yang menghedakki akhirat yag selamat, ianya wajib disegerakan. Firman Allah SWT yang ertinya: “ Allah mengasihi orang yang bertuabat”.
Dan Nabi SAW bersabda yang bererti: “ Orang yang bertaubat dari dosa itu seperti orang yang tak berdosa”.

Nabi SAW bersabda lagi: “ Wahai manusia bertaubatlah kemu kepada Allah, sesungguhnya aku sendiri bertaubat kepadaNya dalam sehari seratu kali”.


2. TAKUT AKAN ALLAH SWT (KHAUF)
               Orang yang benar-benar mengenali Allah SWT, dialah yang takut kepadaNya:
Allah berfirman yang maksudnya:  “ Hanya yang takut Allah Taala dari  hamba-hambaNYa ialah paraa ulamak (orang yang berilmu)l, Yang lebih kenal dan rapat hubungannya dengan Allah dialah yang lebih takut kepadaNya” (Fatir :28)
Nabi SAW bersabda maksudnya: “ Akulah orang yang takutkan Allah SWT dari kalangan kamu”.
Takutkan Allah SWT bererti tidak berani melanggar perintah Allah kerana hukuman siksaNya sangat berat, tidak ada sesiapun yang dapat melepaskan diri daripadanya. Adanya sifat ini pada seseorang akan membawa kepada keselamatan dan kesejahteraan tipu daya syaitan yang sentiasa hendak mencelakakan hidup manusia. Adanya sifat takutkan Allah SWT ini mendorong seseorang untuk berbakti dan mencitai Allah dan mengharapkan limpah kurniaNya, kerana dengan mendapat limpah kurniaNYa lah seseorang akan terselamat dari sisakNYa. Takut disini mendorong seseorang untuk mendapingi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

3. ZAHID
Zahid ertinya tidak mencintai mata benda dunawi, tidak terpikat hati kepada kebendaan. Sifat zahid adalah penyelamat daripada menjadi hamba dunia, hamba wang, hamba pangkat, hampa seks dan seterusnya.
Sifat zahid boleh mengelakkan seseorang berada di jalan yang lurus menuju keredaan Allah.
Tanda orang yang zahid:
1.       Tidak  gembira dengan apa yang ada, dan tidak berdukacita atas kehilangan.
2.      Sama sahaja disisinya samada orang yang memuji atau mengejinya.
3.      Merasakan senang hati mengigati Allah dan merasakan manis lazat sert seronok mengerjakan taat kepada Allah.
4. SABAR
Menahan diri daripada marah atas sesuatu yang tidak disukainya, dan menahan lidah daripada mengadu kepada yang lain daripada Alla Taala, atau sentiasa tabah hati menahan kemarahan dan penderitaan.
Kata Iman Al Ghazali Rahimahullah. “ sabar adalah merupakan ketabahan dorongan agama melawan dorongan hawa-nafsu samapai dapat dikalahkan dorongan hawa-nafsu. Maka hal itu bererti kemenengan pasukan Allah dan orang yang mimiliki sifat ini termasuk golongan orang-orang yang sabar, tahan diuji”.
Sabar adalah fardu ain bagi tiap-tiap mukallaf, sama ada sabar mengerajakan taat yang wajib, atau sabar meniggalakan yang haram atau meninggalkan maksiat atau sabar menghadapi bala. Adapaun sabar menggerjakan taat yang sunat, dan meninggalkan yang makruh hukumnya sunat, tetapi pahalanya sangat besar.
Firman Allah yang bermaksud: “ Orang-orang yang sabar itu akan disempurnakan pahal mereka tanpa perhitungan lagi” ( Az Zummar:  10)
“ Bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar (Allah menolong atau memelihara mereka) ( al Anfal: 46)
Ibnu Abas r.a. berkata:   “ Sabar dalam Al Quran ada tiga peringkat:
1.      Sabar dalam mengerjakan yang fardu hal ini mempunyai nilai tiga ratus darjah.
2.      Sabar dalam menjauhi larangan Allah hal ini mempunyai nilai empat ratus darjah.
3.      Sabar dalam menghadapi malapetaka, bala-bencana pada mula terjadinya, ia mempunyai Sembilan ratus darjah.
Yang terakhir ini mempunyai nilai yang lebih ialah kerana setiap mukmin dapat bersabar dalam menunaika ibadat dan menjauhi larangan tetapi belum tentu dapat bersabar dalam menghadapi bencana, iaitu kesabaran yang ada para Nabi dan siddiqin.
Nabi SAW ada bersabda yang ertinya “ Iman itu ada dua bahagian : sebahagian pada sabar dan sebahagian  pada syukur. Kerana iman yang sempurna itu “Membenarkan dengan hati, mangaku dengan lidah dan engerjakan dengan anggota. Dan ketiga-tiga itu terbahagi dua bahagian, pertama mengerjakan yang disuruh iaitu hakikat syukur, dan kedua meninggal yang dilarang, iaitu haikat sabar daripada maksiat.

5. MENSYUKURI NIKMAT
Iaitu memuji Allah atas segala nikmat pemberianNya dengan lidah seperti melafazkan “Al Hamdulillah” serta menggunakan segala nikmat pemberian Allah tempat dan dengan cara yang dikehendaki Allah. Seperti mengguna telinga untuk mendengan pengajaran-pengajaran yang benar, nasihat yang berguna, bacaan Al Quran dan sebagainya.
Demikian juga nikmat mata, tangan, akal fikiran, tenaga dan lain-lain nikmat pemberian Allah untuk faedah dan keperluan kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “ Apa-apa nikmat yang ada pada kamu adalah dari Allah” ( Al Nahli : 53)
“ Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”.(Ali Imran : 144)
“Sekiranya kamu bersyukur tetap kan Aku memberi tambahan kepada kamu” ( Ibrahim: 7)
Kenyataan dalam kehidupan ramai manusia yang tidak bersyukur terhadap pemberian Allah.
Allah berfirman yang bermaksud : “ Dan adalah sedikit dari hamba-hambKu yang bersyukur.

6. IKHLAS
Ikhlas ertinya melakukan sesuatu kebajikan dengan tujuan semata-mata mahukan pahala dan keredaan Allah SWT. Tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan keduniaan seperti harta dan pujian. Allah berfirman yang maksudnya “ Tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan keranaNya” ( al Baiyinah : 5)
Nabi SAW bersabda “ Hanya setiap amalan itu dikira semata-mata dengan niat. Dan seseorang akan beroleh apa yang diniatkan, maka sesiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dikira kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana kepentingan keduniaan yang mahu diperolehinya, atau kerana seorang perempuan yang hendak dikahwinnya, maka hijrahnya dikira kepda yang diniatkan ketika melakukan hijrah itu”.


7. TAWAKKAL
Tawakkal iaitu percaya dengan Allah SWT dan yakin bahawa qadhaNya menembusi dan mengikut sunnah Nabi SAW dan berusaha pada apa yang boleh diusahakan sambil menyerah dan berharap pada Allah menghasilkan natijah yang baik. Allah berfirman yang maksudnya “ Kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal sekiranya kamu orang-orang yang benar beriman”.
Nabi SAW bersabda : “ Ikat akan dia terlebih dahulu kemudian berserah kepada Allah (Riwayat  Ibu Hibban).
Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesiapa bertawakkal kepada Allah maka ia akan memberi kecukupan”
(Al Talaq : 7)

8. KASIH KEPADA ALLAH SWT
Kita kasihkan Allah SWT kerana Allahlah yang memberi segala nikmat dan kebaikan yang kita rasai dalam kehidupan kita. Kenimatan kesihatan, makanan, berkeluarga dan segala rahamat yang melimpah ruah tiada yang lain yang memberinya kecuali Allah Yang Maha Terpuji.
Tanda kita kasihkan Allah SWT itu hendaklah dibuktikan melalui tindakan dan amalan seperti mendahulukan suruhan Allah atas perkara yang disukai nafsu, rindu hendak menemuiNya, tidak takut mati, melainkan kerana ingin menambah makrifat. Reda dengan apa yang diqadakan oleh Allah, tidak mencintai keduniaan kerana ia boleh melalaikan diri dari mengingati Allah SWT yang dikasihiNya. Kelaziman bila kasih kita mesti taat kepada perintahNYa.

9. RIDHA AKAN QADA ( Ketetapan / keputusan)  ALLAH SWT
Ridha dengan qada Allah swt ialah senang atau suka hati dengan segala yang dikehendaki Allah SWT. Tidak membantah atau merunggut atau menyangkal akan segala ketetapan Allah dalam kehidupan kita. Bila kita ridha ketentuan Allah bukanya bererti kita tidakk ambil ikhtiar seperti jika sakit kita berubat, susah kita berusaha untuk sengan, miskin berusaha untuk jadi kaya. Disamping itu juga kita juga sentiasa berdoa kepada Allah untuk memperbaiki segala kesusahan dan penderitaan yang di alami.
Sebaliknya bila Allah beri kebaikan dan kenikmatan, orang yang ridha dengan qada Allah itu akan bersyukur. Dan menyalahkan diri sendiri apabila keburukan yang diterima. Tidak resah gelisah dan tidak putus asa dari rahmat Allah.
Ridha dengan qada Allah adalah sifat yang terpuji sebagaiman Allah berfirman maksudnya : “Allah ridha  terhadap mereka (yang beriman yang mengerjakan amal yang baik) dan mereka pun redha terhadap Allah”. (Albayinat :8)
Orang yang redha dengan qada Allah adalah orang yang terpimpin hidupnya. Tidak resah gelisah dan tidak putus asa. Tidak hanyut dengan perasaan amarah, malah akan terus berusaha untuk dan tahu tahap kebolihan diri sendiri dan kemampuan diri. Tetap menjalankan ikhtiar dengan penuh pengharapan.

10. INGATKAN MATI
Selalu ingatkan mati adalah sifat terpuji. Ia akan menjadi pendorong yang kuat untuk tingkatkan amal ibadat kepada Allah dan ia boleh mengurangkan kecintaan kepada keduniaan serta dari berangan-angan.
Nabi SAW bersabda  maksudnya: “ Selalulah menyebut pemutus kelazataan  (mati) kerana mati itu jika disebut kepada orang yang memiliki keduniaan dan angan-angan ia akan mengerungkannya. Jika disebut kepada orang yang sedikit amalan kebajikannya ia akan memperbanyakkan  (HR : Al  Baihaqi)
Sabda Nabi SAW : “ Beradalah kamu di dunia ini seolah-olah orang dagang atau orang yang dalam perjalanan”.

Kesimpulanya jika kita dapat mengamalkan sifat-ifat yang terpuji di atas akan menjadikan kehidupan kita penuh dengan amal soleh dan sentiasa mematuhi perintah Allah. Semoga kita akan berjaya di dunia dan juga mendapat kebahagian di akhiarat. Amin.

Bersambung .......insyaallah.


 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.