Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari
raya : “Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam
raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya
ketika matinya kesemua hati.”
Berkata Imam Syafie: "Terdapat riwayat yang mengatakan
Abu darda’ berkata : Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat,
malam hari raya adha, malam raya fithri, malam pertama rejab dan malam nisfu
syaaban.”
Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman : “Dari Ibn Umar beliau
berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam
pertama dari tejab, malam nisfu syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).”
Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir : “Sunat
menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan
perbuatan tersebut.”
Cara Menghidupkan Malam Tersebut Imam Nawawi menyebut di
dalam Kitab Azkar : “Disunatkan menghidupkan kedua malam hari raya (Fitri dan
Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya. Walaupun hadis berkenaan
menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis
berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk
berpegang dengannya.”
Berkata Imam Nawawi: “Secara zahir dapat difahami tidak
dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar
daripada malam tersebut.”
Di dalam kitab Al-Imdad : “Maksud mendirikan malam adalah
dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat
tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan
bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari
tersebut.”
Ibn Abbas : “Membangunkan malam dengan solat Isyak secara
berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah.
Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang
melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan
separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah
membangunkan keseluruhan malam.”
Marilah kita sama-sama hidupkan malam Raya Aidil Adha dengan
beramal supaya mendapat keredaan Allah. Bukanya asyek dengan persiapan
menyediakan juadah makanan dan persiapan rumah untuk menyambutkan Hari Raya keesokannya
dengan lalai kepada ibdat dan mengigati Allah dan Rasul.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.