AL QURAN ADALAH PENYEMBUH PENYAKIT
Sebagai seorang Islam kita mesti
yakin bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui junjungan
besar Nabi Muhammad SAW. Al-Quran adalah sebuah kitab Allah yang diturunkan
oleh Allah untuk dijadikan panduan kehidupan manusia dalam semua bidang
kehidupan.
Ini termasuklah digunakan sebagai salah satu kaedah untuk
penyembuhan pelbagai penyakit.
Sesungguhnya berubat denga Al
Quran adalah dibenarkan oleh syariah Islam. Quran adalah penyembuh dan pemberi
rahmat kepada sesiapa yang beriman dan menyakini ke Esaan Allah SWT yang
mencipta manusia, yang memberi kesihantan manusia, yang memberi ketenangan jiwa
manusia, yang menentukan kehidupan dan kematian manusia, yang akan menghidupkan
semula manusia selepas mati dan yang akan memberi balasan syurga dan neraka
kepada manusia di akhirat kelak.
Yakinlah bahawa Al Quran adalah
penawar pelbagai penyakit fizikal dan juga penyakit rohani atau batin. Allah
telah berfirman yang bermaksud: “ Dan
kami turunkan daripada Al Quran apa yang menjadi penyembuhan(ubat) dan rahmat
bagi orang –orang yang beriman ( yang mempercayakan) dan tiadalah Al Quran itu
menambahkan kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”. (Al Isra’ : ayat
82).
Oleh itu kita perlu yakin dan
amalkan membaca Al Quran setiap hari semasa kita sihat, kerana amalan ini bukan
sahaja Allah telah janjikan ganjaran pahala kepada si pembacanya, tetapi
ayat-ayat yang dibaca itu akan menjadi terapi bagi pencegahan penyakit serta
juga sebagai penyembuhan penyakit yang sedang dialami oleh pembacanya sama ada
penyakit fizikal dan juga penyakit rohani atau batin.
Wallahu.alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.