Suami
Abaikan Tanggungjawab Kepada Isteri?
“ape hukumnye suami
menganiaya isteri dan anak2 (abai tanggungjawab) dari segi perasaan n zahir
batin isteri.. bagaimana kalau suami salah guna kuasa pd isteri hanya kerana
nafsu jahat pd perempuan lain.. tolong ustaz ‘
Jawapan:
Perkahwinan merupakan anugerah Allah kepada umatnya, Hal ini
telah dibincangkan oleh ulamak-ulamak Islam dengan detail sekali di dalam
kitab-kitab Fekah yang berjudul bab nikah atau fasal nikah. Nikah bermaksud
satu ikatan perkahwinan yang sah diantara lelaki dan perempuan dengan
syarat-syarat yang tertentu seperti bakal suami, bakal isteri, wali, 2 orang
saksi, ijab dan qabul.
Pernikahan ini mestilah berdasarkan kepada tuntutan agama
bukan berdasarkan nafsu amarah yang sentiasa menipu dan membinasakan manusia.
Perkahwinan yang dilaksanakan kerana agama atau sunnah Nabi Muhammad saw akan
memperolehi keberkatan dari Allah, sebab ia menjadikan agama sebagai pedoman ia
mencari pasangannya.
Hadis yang bermaksud
: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana
keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita
yang beragama nescaya kamu berbahagia”. (HR Bukhari dan Muslim)
Apabila pasangan pengantin telah diijab qabulkan, maka
jatuhlah kepadanya satu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Ini merupakan
amanah dari Allah agar suami dan isteri dapat menjalankan kehidupan
rumahtangganya sepertimana yang dituntut oleh Islam.
Di antara tanggungjawab suami dan isteri ialah :
Tanggungjawab Suami Ke Atas Isteri Suami berkewajiban
memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun
tempat tinggal dengan cara yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah yang
bermaksud : “Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan
memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng
wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali
di dalam rumah.” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)
Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya,
walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak
mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud :
“Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari
isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian
jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah : 226)
Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari.
Pada masa Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan.
Ketetapan Umar ini diambil dari firman Allah yang bermaksud : “Nikahilah
wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” (An-Nisa : 3)
Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri
lebih dari seorang. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Siapa saja yang
mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya,
maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau
tertatih-tatih.” (HR at-Tirmidzi)
Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah
tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari
(dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari Hadis
Rasulullah yang bermaksud : “Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga
hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” (HR Muslim)
Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika
ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahi jika ada yang meninggal
dunia.
Tanggungjawab Isteri Ke Atas Suami Isteri wajib mentaati
suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah. Namun
demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya.
Ketentuan semacam ini diambil dari Firman Allah yang bermaksud : “Jika
isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan
untuk menyusahkan mereka.” (An-Nisa : 34)
Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia
suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya.
Ketentuan ini diambil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud : “(Sebaik-baik
wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa
mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap
suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” (HR
An-Nasa’i)
Berpergian bersama suaminya jika diajak. Sebab, berpergian
bersama suami merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya. Isteri
wajib melayani suami jika suami mahu bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan
seksual suami merupakan kewajipan isteri dan hak bagi suami.
Dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud : “Jika seorang
suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya,
hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.”
(Muttafaq ‘alaih)
Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak
mengerjakan puasa sunat. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah : “Tidak
halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya menyaksikannya, kecuali
berdasarkan izinnya.” (Muttafaq ‘alaih)
Penerangan Ringkas Apa yang diterangkan di atas hanyalah
sebahagian dari hak dan tanggungjawab di antara suami isteri di dalam kehidupan
rumah tangga. Jika suami tidak menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah
melakukan kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak
suaminya ia telah melakukan nusyuz.
Bagi pihak isteri yang diabaikan haknya, boleh menuntut
haknya kepada suaminya supaya dipenuhi haknya yang belum ditunaikan oleh
suaminya. Kalau hal ini tidak dipenuhi oleh suami juga walaupun diberi nasihat
dan teguran, maka isteri boleh melapurkan perkara ini kepada Jabatan Agama
Islam negeri di Bahagian Pembanggunan Keluarga Islam untuk mendapatkan nasihat
dan tindakan seterusnya kepada suami tersebut.
Ingatan kepada suami pada waktu selepas akad nikah dahulu
anda telah melafazkan taklik bahawa jika anda mengabaikan tanggungjawab sebagai
suami selama 4 bulan Hijriah dengan sengaja atau paksaan, maka mengadulah
isteri kepada mana-mana Hakim Syariah atau Jabatan Agama Islam dan sabit
kesalahannya, maka dengan itu jatuhlah talak satu kepada isterinya.
Isteri-isteri yang terabai atau terinaya, tak perlulah takut untuk bertindak
kerana ini merupakan hak anda semua, tindakan anda jugak tidak berdosa dan
tidak dinamakan sebagai isteri yang derhaka. Mentaati suami hanya atas perkara
yang tidak melanggar suruhan Allah atau ketentuan agama sahaja, mana-mana
perkara yang melanggar suruhan Allah tidak wajib untuk anda ikutnya.
Wallahu’alam.
Sumber : Utaz
Nor Amin
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.