Mengendalikan sifat Amarah Menurut Islam
Perasaan amarah merupakan salah satu sifat semulajadi manusia. Ianya berbeza dari seorang ke seorang bergantung kepada bagaiman ianya dapat mengawal perasaan marah dalam dirinya. Bagi insan yang tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan akan mengawal perasaan amarahnya kerana ianya salah satu sifat yang tidak disukai Allah, sifat amarah yang melampau adalah sifat syaitan. Oleh itu jika kita mempunyai sifat amarah yang melampua bermakna diri kita telah dipengaruhi oleh hasutan syaitan yang telah menjadi tugasnya untuk mengadu dumba manusia supaya bertelagah diantara satu sama lain .
Junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barang siapa yang dapat menahan amarahnya, sementara ia dapat meluapkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan segenap mahluk. Setelah itu, Allah menyuruhnya memilih bidadari surga dan menikahkannya dengan siapa yang ia kehendaki.” (HR Ahmad).
Begitu istimewanya ganjaran yang diberikan bagi orang yang dapat mengwal amarahnya, sehingga Allah pun mempersilahkan ia untuk memilih bidadari surga yang ia suka. Oleh itu mengawal perasaan amarah adalah satu sifat yang terpuji dan Islam telah meletakkan keadah untuk mengawal persaan amarah sebagaimana berikut:-
Mengikut Syekh Abdul Azis bin Fathi as-Sayyid Nada dalam kitab Mausuu’atul Aadaab al-Islamiyah mengungkapkan hendaknya seorang Muslim memperhatikan adab-abad yang berkaitan dengan marah. Berikut adalah cara mengendalikan amarah mengikut Islam.
- Jangan marah kecuali karena Allah SWT.
Marah karana Allah merupakan sesuatu yang disukai dan mendapatkan pahala. Seorang Muslim yang marah karana hukum Allah diabaikan, merupakan salah satu contoh marah karena Allah, misalnya marah ketika menyaksikan perbuatan haram. Ibu bapa marahkan anak-anaknya kerana tidak solat atau melenggah-leggahkan solat.
- Berlemah lembut dengan urusan dunia.
Menjadi matlamat muslim yang tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan untuk memperolehi kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhrat kita mestilah mempunyai ilmu. Islam telah mengariskan tatasusila perhubungan dengan manusia, diantara lain kita perlu hubungkan saliurrahim. Untuk mengeratkan saliurahim sesama manusai perkerti kita mestilah peramah, pemaaf, sukan memberi sedekah kepada yang memerlukan, berbuat baik kepada ibu bapa, jiran tetangga dan sahabat handai.
Salah satu faktor utama untuk mendapat perhubungan baik dengan semua manusia kita mestilah bersifat sabar dan tidak peramah. Jika kita tidak kawal sifat marah maka kita akan dibenci orang dan akan dapat ramai musuh. Ini akan menjadikan kita dalam suasana dijauhi oleh masyarakat bak kata Pepatah Melayu- “Kera Sumbang”.
Sesungguhnya semua kemarahan itu buruk, kecuali karena Allah SWT. Abdul Azis bin Fathi as-Sayyid Nada mengingatkan, kemarahan kerap berakhir dengan pertikaian dan perselisihan yang dapat menjerumuskan manusia ke dalam dosa besar dan dapat pula memutuskan silaturahim.
- Mengingat keagungan dan kekuasaan adalah milik Allah ketika sedang marah.
Kelazimannya orang yang kuat amarah adalah mempunyai sifat ego yang tinggi, dia merasakan dirinya adalah lebih baik daripada orang yang dimarahinya itu.Sedangkan dalam kehidupan sebenarnya manusia tida ada apa-apa kelebihan dan keagungan kerana sumua itu adalah milik Allah.
Kita menjadi ketua adalah kuasa yang diberikan oleh Allah, Kita kaya adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah, Kita berilmu dan alim adalah semua pemberian Allah, Kita cantik atau handsome juga adalah anurgerah Allah. Jika Allah mahu semua kelebihan dan kebesaran yang ada pada diri kita akan ditarik balik pada bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh jika kita seorang yang hartawan mempunyai rumah besar dan mahal harganya Allah boleh tarik balik segalam kenikmatan itu sekelip mata sahaja, umpamanya rumah kita terbakar dan segala harta benda kita hangus di jilat api dalam bebera jam sahaja. Sedangkan untuk memperolihi kekayaaan sebanyak itu kita telah berusaha bartahun-tahun lamanya.
Ketika mengingat kebesaran Allah SWT, maka kemarahan jiwa sesorang dapat dipadamkan. Bahkan, mungkin tak jadi marah sama sekali. Itulah adalah satu keadah yang paling bermanfaat dapat menolong seseorang untuk merendah diri dan sabar ketika sedang marah, Kita digalakkan beristighfar banyak-banyak ketiga sedang marah.
- Mengawal dan menahan kemarahan.
Ketika perasaan marah sedang membara di jiwa kita, kita perlu mengawal kemarahan itu kerana ianya sifat syaitan yang dimurkai Allah. Allah SWT amat menyukail orang yang dapat mengawal amarahnya seperti firmah-Nya: ” … dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memberi maaf orang lain, dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” ( Ali Imran:134).
Apabila sedang marah maka kita hendaklah mengigati Allah dan segala kebersaran kuasa Allah. Cara ini dapat mengawal kemarahan kita dapat menjadi seorang yang penyabar. Bila cara ini selalu kita amalkan maka syaitan tidak dapat mempengaruhi seorang yang sedang marah.
- Berlindung kepada Allah ketika marah.
Sifat Amarah adalah sifat syaitan, jadi jika seseorang itu mempunyai sifat amarah yang melampau dia sebenarnya telah dipengaruhi oleh syaitan. Oleh itu untuk menghindarkan diri kita dipengaruhi oleh syaitan semasa hendak marah, maka kita disarankan supaya membaca ‘A’uudzu Billah Hirminassyaiton Nirojim” (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang di rejam).
Nabi SAW bersabda, “Jika seseorang yang marah mengucapkan; ‘A’uudzu billah (aku berlindung kepada Allah SWT) niscaya akan reda kemarahannya.” (HR Ibu ‘Adi dalam al-Kaamil.)
- Diam adalah satu teknik yang berkesan mengawal marah:
Siatuasi marah berlaku apabila orang yang berkuasa merasakan arahanya tidak diikuti atau dipatuhi. Keadaan ini akan melibatkan dua orang di satu-satu masa, iaitu orang yang sedang marah dan orang yang kena marah. Keadaan marah akan berada di kemuncak ketegangan apabila diantara mereka berlaku keadaan di mana orang yang marah menyatakan sebab-sebab kemarahannya, manakala yang kena marah akan mempertahankan dirinya. Dalam situasai sebegini ada satu makhluk lagi yang tidak dapat kita pandang dengan pengelihatan normal iaitu syaitan. Dia akan menghasut keduaa-dua pihak untu terus bertegang leher untuk menegakkan kebenaran masing-masing.
Dalam situasai sebegini jika yang marah diam maka yang kena marah juga akan diam. Bila berlaku situasi “diam” api yang membara kerana marah di ibaratkan sebagai sedang malap dan tidak kuat lagi. Bila berlaku keadaan diam marah akan mula reda.
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah, permudahlah, dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang dari kamu marah, hendaklah ia diam.” (HR Ahmad).
- Pergi Mengabil Wudud ketika amarah sedang memuncak.
Semasa seseoran sedang kemuncak perasaan amarah ianya pada masa itu dipengaruhi oleh syaitan. Syaitan yang memasuki dalam jiwa manusia melalui urat saraf dan pada masa memuncak amarah darah seserorang akan mendidih didalam urat saraf, oleh itu kita yang sedang marah akan terasa panas dalam badan dan akan megeluarkan peluh, didalam saraf dibawah kulit akan teasa seperti ada elektrik begerak-bergerak, sebenarnya itu adalah pergerakan syaitan.
Salah satu cara yang di ajar oleh Isalam ialah apabila seusana amarah memumcak, untuk mengawalnya ilah dengan pergi mengambil wudud. Apabil kita berwudud ia akan menyejukkan badan dan syaitan akan lemah. Bila syaitan lemah iman akan mengatasinya dan suasana amarah dapat di kawal. Lebih berkesan lagi apabila sesali mengambil wuddud dilakukan solat sunah wudud dua rakaat.
- Mengubah posisi ketika amarah memuncak.
Mengubah posisi ketika marah merupakan petunjuk dan perintah Nabi SAW. Nabi SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring.” (HR Ahmad).
Dengan mengubah posisi ketika marah akan mengubah perjalanan dara dalam tubuh pemarah. Bila ini berlaku ia dapat meredakan tahap kemarahan di dalam mindanya. Bila berlaku pertukaran aliran darah dari segi kelajuan dan juga jumlahnya akibat perubahan posisi pemarah. Dia akan dapat mengawal marah dan digantikan dengan sikap sabar. InsyaAllah.
- Memberi Kemaafan dan banyak bersabar.
Orang yang sedangan memuncak amarahnya sememanya dia mempunyai perasan marah yang teramat sangat kepada orang yang dimarahinya oleh kerana melakukan seusatu kesilapan. Oleh itu untuk mengarah perasaan marah kita hendak lah memberi kemafaan kepada orang yang kita marahi itu. Untuk membolehkan kita memberi kemaafan ialah dengan cara membuat satu andaian bahawa dia melakukan kesipalan menungkin tidak disengajakan, atau kerana tidak arif dalam hal berakitan sebab itu dia melakukan kesilapan. Bila tanggapan ini dapat diujudkan dalam minda kita perasaan marah dapat dikurangkan dan untuk lebih baik lagi mengawal marah ialah dengan bersabar. Bila kita dapat melahirkan perasaan sabar terhadap sesuatu kejadian menyebabkan kita dapat mengawal perasaan marah.
Orang yang marah sudah sepatutnya memberikan keampunan kepada orang yang di marahinya. Allah SWT memuji para hamba-Nya “… dan jika mereka marah mereka memberi maaf.” (QS Asy-Syuura:37).
Sifat amarah adalah satu sifat yang tidak disukai oleh Islam, oleh itu kita mestilah berusaha untuk mengawal perasaan marah yang ada dalam minda kita dan juga perlu mengendalikan kemaharan dengan sebaikanya supaya kita dapat menjadi seorang yang sabar dan pemaaf.
Nabi s.a.w. bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim).
Sunggupun begitu untuk mengawal perasaan marah tidak semudah seperti dikata, pada realitinya bila ada perasaan marah kita seringkali sukar mengawalnya dan kebaisaannya bila dah marah samapai kemuncaknya barulah sipemarah sedar yang dia telah marah melampau…
Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)
Nabi bersabda: "Sesiapa menahan kemarahan pada hal dia mampu meluahkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.