KENAPA MANUSIA DI UJI ALLAH ?
KENAPA KITA DI UJI ADAKAH ALLAH BENCI KEPADA KITA ?
Memang menjadi tabiat manusia apabila di beri kenikmatan dan kesenangan mudah lupa dan lalai. Tidak ramai yang bersyukur dengan nikmat anugrah itu, manakan tidak bila memperolehi wang yang banyak majority menggunakan untuk memuaskan nafsu seperti membeli kediaman yang mewah, kenderaan yang mewah dan juga berbelanja besar untuk makan dan minum di hotel bertaraf lima bintang. Walahal jika di beli di restaurant biasa harganya lebih separuh murah dan menjimatkan.
Tetapi apabila Allah menguji manusia dengan kesusahan,kesakitan, kita merasakan bahawaAllah itu kejam dan tidak sayangkan kita. Cuma bagi mereka yang tinggi tingkat kimanan dan ketaqwaan akan sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah. Jika mendapat nikmat ianya bersyukur dengan memberi sedekah dan membelanjakan kepada jihad fisabilillah. Sebaliknya jika di uji dengan kesakitan dan kesusahan ianya akan beristighfar dan menghisbah diri apakah dosa yang telah dilakukan menyebabkan Allah berikan musibah dan kesakitan. Dia akan cepat bertaubat meminta keampunan Allah.
Sesungguhnya Allah memberi kekayaan dan kesukaan atau sebaliknya memberi kesakitan dan penderitaan adalah semata-mata untuk menguji hamba-Nya.
Dalam surah Al-Anam ayat 32 bermaksud :
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Jadi disebabkan dunia ini hanya sementara, ia merupakan tempat ujian untuk menyiapkan kita menuju ke tempat abadi kita. Dunia ini ibarat dewan peperiksaan untuk manusia dan Allah itu merupakan pengawas peperiksaan. Jadi ingin dikongsikan sedikit sebanyak sebab mengapa manusia ini diuji.
1. Tahap Keimanan
Contohnya apabila kita belajar di sekolah, setiap akhir semester sudah pasti akan diadakan peperiksaan untuk menguji sejauh mana pemahaman kita di dalam subjek yang kita pelajari. Jadi mekanisme nya sama dengan tahap keimanan kita. Jika Allah tidak berikan ujian kepada kita, adakah kita tahu sejauh mana tingginya tahap keimanan kita? Adakah kita tahu jika Allah berikan kita ujian kesenangan kita tidak akan lalai dalam melakukan segala suruhannya? Atau jika diberikan ujian dalam bentuk kesusahan, adakah kita akan membelakangi Allah?
2. Kedudukan di sisi Allah
Kadang-kadang bagi seorang Islam yang sentiasa beramal dan meninggalkan laranganNya, dia akan cuba untuk meninggikan kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah. Semakin banyak ujian yang diberikan oleh Allah swt, semakin tinggi kedudukan kita disisi Nya. Allah tidak pernah melihat rupa paras dan harta kita kerana itu semua milikNya, tetapi Dia melihat amal dan akhlak kita sebagai hambaNya di dunia.
3. Ajaran dari Allah
Ujian yang diberikan oleh Allah boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat diri kita dan juga orang disekeliling kita. Memang susah sebenarnya untuk menghadapi sesetengah ujian yang diberikan oleh Allah. Tetapi sentiasa berfikiran positif, misalnya, cuba kita fikir, “Kalaulah Allah tak beri ujian seperti ini pada aku, nescaya aku akan lupa diri dan mungkin benda lebih buruk bakal terjadi kepadaku atau keluargaku.” atau “Ujian Allah ini menunjukkan yang Allah swt sayangkan aku dan ingin aku segera bertaubat padanya dan ingat padaNya.”
Surah Al-Ankabut [ 2-3 ]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
4. Pedoman buat manusia
Seperti yang disebut di dalam ayat sebelum ini, Allah memberikan ujian pada kita supaya kita lebih beriman dan bersedia untuk menghadapi hari akhirat yang abadi. Selain itu juga, seperti kata Rasulullah saw, dunia itu bagaikan penjara bagi orang yang beriman tetapi syurga bagi orang yang kafir. Jadi diberikan ujian untuk membuatkan orang yang beriman itu tidak sabar menanti alam syurga yang kekal abadi.
Tetapi anda harus ingat, Allah itu tidak kejam malah Allah swt itu maha adil dan maha penyayang. Dia tidak akan menurunkan ujian jika hambanya tidak mampu memikul beban ujian itu.
Surah Al-Baqarah [ 286 ]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. a mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Kesimpulanay ujian Allah kepada seseorang insan itu adalah menandakan Allah sedang mengawasi kita samada untuk memberi kelebihan keimanan dan ketaqwaan bila di uji dengan kesakitan dan kesusahan hidup. Sebalinya jika di uji dengan kekayaan dan kesengan hidup bukannya semata-mata menandakan Allah sayang kita, tatapi awaslah jika kita tidak bersyukur dan menyalah gunakan segala kenikmataan itu mungkin akan menjurus kita kepada perbuatan mungkar dan mendapat kemurkaan Allah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.