RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 7 April 2015

STEMCELL DARI KACAMATA ISLAM

ADAKAH STEMCELL DIBOLEHKAN OLEH ISLAM



KONTROVERSI STEMCELL SEBAGAI PENEMUAN BARU DALAM DUNIA PERUBATAN

Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi sangat pesat di era globalisasi masa kini. Salah satunya di bidang perubatan. Banyak sesuatu yang telah diberikan atau disumbangkan dengan adanya ilmu perubatan kepada masyarakat. Perkembangan itu disokong dengan banyaknya para ahli  penyelidik yang melakukan penyelidikan dan menelaah tentang sesuatu hal yang masih harus dikaji.

Penyelidikan  oleh para penyelidik tersebut ada yang menimbulkan kontroversi tetapi ada juga yang tidak. Penyelidikan tersebut menimbulkan kontroversi kerana adanya penyimpangan yang dilakukan berdasarkan pada pandangan agama maupun etika.
Pada masa ini  peyelidikan yang menimbulkan kontroversi ialah penenuan stemcell. Stemcell merupakan salah satu penemuan baru di bidang perubatan. Stemcell mempunyai kesan positif tetapi  ada juga kesan negatif. Para pakar terlibat dalam  memperdebatkan hal ini terdiri dari para ahli agama dan doktor. Masalahnya disini adalah stemcell  dikatkan menyimpang dari  lunas-lunas agama. Stemcell sebagai salah satu inovasi dalam dunia perubatan masa kini telah berkembang pesat  dalam dekad terakhir ini. Hal ini disebabkan  stemcell  mempunyai potensi yang baik untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kronik dan ianya satu keadah yang amat diharapkan dalam perubatan moden masa kini.

Namun isu penyelidikan dan pengunaan stemcell  masih lagi menimbulkan kontroversi dari berbagai sudut pandang kerana ianya menggunakan  ”embrio manusia”  hasil dari pengklonaan, hasil abortus, dan zigot sisa IVF. Sehubungan itu stemcell bukanlah satu keadah yang mudah untuk difahami oleh orang awam dan ianya memerlukan satu perbahasan yang saintifik oleh para pakar berkiatan dan juga para ulamak.

A. Definisi Stemcell
Kemajuan teknologi perubatan dengan  penemuan baru stemcell adalah unik. Kerana definisi stemcell itu sendiri adalah sel induk yang dapat berubah-rubah atau dapat merubah diri menjadi berbagai sel sesuai dengan persekitarannya., Boleh berubah-ubah menjadi sel otot, sel endokrin, ephitel, dan lain-lain kemudian berkembang lagi menjadi stemcell.

Stemcell dapat diperolehi dari berbagai sumber seperti plasenta, tali pusat janin, darah, dan sumsum tulang belakang. Sedangkan ada pendapat mengatakan stemcell yaitu suatu sel yang belum matang atau belum bertukar (berubah) menjadi sel atau jaringan tertentu.
Mengikut istilah biasa stemcell  dikenali sebagai sel puncak atau sel induk. Sedangkan dalam bahasa perubatan, stemcell merupakan sel unipoten (hanya dapat berubah menjadi satu jenis sel), multipoten (dapat berubah menjadi beberapa jenis sel), atau totipoten (dapat berubah menjadi jaringan pelbagai). Dengan kelebihan ini, stemcell dapat menyembuhkan sel-sel tubuh yang rosak atau hilang disebabkan penyakit kronik dengan cara berintregrasi menjadi organ atau jaringan yang rosak tersebut.

Ada dua kegunaan stemcell yaitu berdasarkan fungsinya dan kajian yang dijalankan. Fungsinya setelah diaktifkan stemcell dalam tubuh manusia adalah seperti berikut:

1) Menambah jumlah peredaran darah dan mempercepat mikro sirkulasi darah  bagi pesakit yang terkena stroke, tekanan darah tinggi, leukimia, dan cuci darah akan sembuh.

2) Menambah oksigen dalam darah dan sel sehingga dapat mematikan virus dan bakteria.

3) Mempercepat agihan nutrisi ke seluruh tubuh.

4) Mempercepat pembersihan dalam tubuh manusia sehingga pesakit setelah diterapi stemcell akan lancar buang air besar dan air kecil.

5) Mempercepat metabolisma tubuh.

6) Menambah pertumbuhan sel badan.

7) Mempercepat penyembuhan luka dan patah tulang, Meningkatkan kemampuan anti kanser.

Sedangkan peranan stemcell dalam penyelidikan adalah sebagai berikut:

1) Terapi gen, sebagai alat pembawa transgen ke dalam tubuh pesakit dan selanjutnya dapat dipercepat jejaknya apakah stemcell ini berhasil mengekspresikan gen tertentu dalam tubuh pesakit.

2) Mengetahui proses biologi yaitu perkembangan organisme dan perkembangan kanser. Melalui stemcell dapat dipelajari perkembangan sel baik sel normal maupun sel kanser.

3) Penemuan dan pengembangan ubat baru yaitu untuk mengetahui kesan ubat terhadap berbagai jaringan.

4) Terapi sel berupa ‘replacement therapy’, Oleh kerana stemcell dapat hidup di luar organ tubuh manusia misalnya di tabung uji maka dapat dilakukan manipulasi terhadap stemcell itu tanpa mengganggu organ tubuh manusia.

Stemcell yang telah dimanipulasi dapat dimasukkan kembali ke dalam organ tubuh untuk menangani penyakit-penyakit tertentu. Salah satu contoh penyakit yang dapat diatasi oleh stemcell adalah penyakit autoimun misalnya pada lupus, artritis reumatoid, dan diabetes jenis1.

Setelah diinduksi oleh growth factor agar hematopoietic stemcell banyak dilepaskan dari sumsum tulang ke darah tepi maka hematopoietic stemcell dikeluarkan dari dalam tubuh untuk dibersihkan dari sel imun matur lalu tubuh diberi agen sitatoksik atau terapi radiasi untuk membunuh sel-sel imun matur yang tidak mengenal self antigen. Setelah itu hema stemcell dimasukkan kembali ke tubuh, bersikulasi, dan bermigrasi ke sumsum tulang untuk berdiferensiasi menjadi sel imun matang.

B. Aplikasi Stemcell di Nusantra

Pengunaan stemcell di negara-negara maju sudah begitu berkembang dan stemcell dapat digunakan dalam terapi tehadap suatu penyakit. Penyakit tersebut diantaranya stroke, alzheimer’s, leukimia, luka terbakar, dan kerosakan sumsum tulang belakang.

Cara mendapatkan stemcell yaitu sebagaimana berikut:

1. Cara mendapatkan embryonic stemcells (sel punca embrio) – Mengambil dari cabang bayi (embrio) yang didermakan oleh orang tuanya. – Mengambil dari embrio yang digugurkan atau keguguran. – Mengambil dari embrio sisa pembuatan bayi tabung uji. – Mengambil dari embrio yang dibuat secara therapeutic cloning.

2. Cara mengambil adult stemcells (sel punca dewasa) Adult stemcells dapat diambil dari sel atau jaringan tubuh orang dewasa, anak-anak, binatang, dan tali pusat. Beberapa adult stemcell yang sering digunakan dalam penyelidikan stemcell dan perubatan adalah haemapoetic stemcells (stemcell darah) yang umumnya diambil dari sumsum tulang belakang.

Berbeza dengan negara maju, di Nusantara stemcell masih baru diteliti dan menggunakan sel punca dewasa kerana sel punca dewasa tidak memenuhi hambatan dalam bidang etika, sedangkan sel punca embrio masih banyak perbahasn tentang masalah etika.  Walau bagaimanapun, stemcell tetap diperdebatkan dalam penggunaannya di Nusantara kerana ianya diperolehi dari organ-organ manusia.

Penggunaan stemcell di Nusntara masih menjadi tanda tanya besar kerana masih terdapat percanggahan dengan berbagai sistem perundangan di Nusntara. Dikuatkan lagi dengan adanya kesepakatan dan keseimbangan tujuan dari sudut pandang agama, bioetik, dan penyelidikan yang berlaku di Nusntara sehingga kewujudannya benar-benar boleh diterima oleh masyarakat.

Sel punca yang umum digunakan di Nusntara dan banyak diteliti di klinik adalah adult stemcells dari tali pusat sedangkan Penggunaan embryonic stemcells untuk saat ini terbatas hanya untuk tujuan penyelidikan dan belum diperolehi kesepakatan untuk dapat digunakan untuk aplikasi klinik dikaitkan dengan masalah etika. Sungguhpun banyak manfaat yang diperolehi dari penggunaan stemcell ianya tidak bererti akan  menjanjikan suatu bentuk penyembuhan yang sempurna kerana masih banyak lagi aspek lain belum terungkai dan perlu kepada penyelidikan yang mendalam.

Aplikasi stemcell embrio yang dianggap terbaik masih lagi terhad utuk para klinikal kerana ianya berdepan dengan masalah etika yang pada masa ini mengharuskannya untuk tujuan penyelidikan sahja. Perkembangan penggunaan stemcell di Asia yang pesat berkembang pada masa ini ialah di  Cina, India, Malaysia, Thailand, Jepun, Korea, dan Singapura. Sedangkan di Indonesia, perkembangan stemcell adalah baru dan masih peringkat awal. 
  C. Perspektif Al-Qur’an tentang Stemcell

Penyelidikan mengunakan stemcell merupakan kaedah terbaru dalam bidang perubatan dan biologi yang pada dasarnya dilakukan untuk mencari kaedah terbaik dalam mengubati berbagai penyakit yang sukar dicari ubatnya seperti leukimia, Alzheimer, diabetes, dan Parkinson. Namun kerana penggunaan stemcell diperolehi dari sebahagian dari anggota manusia sebagai bahan dasarnya maka kaedah tersebut menimbulkan pro dan  kontra terutama dalam segi moral, etika dan kesahihan syariah.

Islam sebagai agama yang berdasarkan pada moral dan etika yang tinggi tentu saja tidak dapat melepaskan diri dari perbedaan pandangan tersebut. Berdasarkan cara pengambilannya jelas bahwa stemcell sangat bertentangan dengan moral dan etika kerana untuk mengambil stemcell itu harus merosak dan membunuh embrio jabang bayi bagi stemcell embrio.

Oleh kerana itu tindakan ini adalah tindakan pembunuhan seperti dijelaskan pada surat Al-Maidah: 32 dan Al-Isra: 33. 32. Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain[411], atau bukan kerana membuat kerusakan dimuka bumi, Maka seakan-akan Dia telah membunuh manusia seluruhnya[412]. dan Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, Maka seolah-olah Dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. dan Sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu[413] sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi. [411] Yakni: membunuh orang bukan kerana qisas [412]

Hukum ini bukanlah mengenai Bani Israil saja, tetapi juga mengenai manusia seluruhnya. Allah memandang bahwa membunuh seseorang itu adalah sebagai membunuh manusia seluruhnya, kerana orang seorang itu adalah anggota masyarakat dan kerana membunuh seseorang berarti juga membunuh keturunannya. [413] Ialah: sesudah kedatangan Rasul membawa keterangan yang nyata. Surat Al-Isra: 33 33. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar[853]. dan Barangsiapa dibunuh secara zalim, Maka Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan[854] kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan. [853] Maksudnya yang dibenarkan oleh syara’ seperti qisas membunuh orang murtad, rajam dan sebagainya. [854]

Maksudnya: kekuasaan di sini ialah hal ahli waris yang terbunuh atau Penguasa untuk menuntut qisas atau menerima diat. qisas ialah mengambil pembalasan yang sama. qisas itu tidak dilakukan, bila yang membunuh mendapat kema’afan dari ahli waris yang terbunuh iaitu dengan membayar diat (ganti rugi) yang wajar. pembayaran diat diminta dengan baik, umpamanya dengan tidak mendesak yang membunuh, dan yang membunuh hendaklah membayarnya dengan baik, umpamanya tidak menangguh-nangguhkannya.

Bila ahli waris si mati sesudah Allah menjelaskan hukum-hukum ini, membunuh yang bukan si pembunuh, atau membunuh si pembunuh setelah menerima diat, Maka terhadapnya di dunia diambil qisas dan di akhirat Dia mendapat siksa yang pedih. diat ialah pembayaran sejumlah harta kerana sesuatu tindak pidana terhadap sesuatu jiwa atau anggota badan.
Tindakan pembunuhan embrio disebut abortus. Tindakan abortus dapat dikategorikan sebagai penodaan terhadap kesucian manusia itu sendiri. Padahal ajaran Islam sangat menjunjung tinggi kesucian kehidupan.

Dalam surat Al maidat 32 dinyatakan bahwa kerana berharga dan mulianya kehidupan manusia maka bagi orang yang membunuh seseorang seakan dia membunuh seluruh manusia dan sebaliknya, memelihara kehidupan seseorang seakan memelhara seluruh kehidupan manusia.

Dibenarkan mengugurkan jika benar-benar dalam keadaan darurat. Sesuai dengan kaedah hukum Islam bahwa sesuatu yang dibolehkan kerana darurat itu harus diukur dengan kadar kedaruratannya. Batas kedaruratannya disini menurut Yusuf al-Qardhawi hanya ada satu iaitu apabila janin dibiarkan akan mengancam kehidupan si ibu kerana ibu merupakan pangkal kehidupan janin dan janin sebagai far’( cabang). Dari sini dapat diketahui bahwa stemcell yang menggunakan stemcell embrio boleh dilakukan apabila ada ibu yang secara darurat melakukan keguguran kerana jika tidak  maka dikhawatirkan akan mengancam kehidupan si ibu.

Hal ini tidak sengaja melakukan keguguran tetapi hal itu memang benar-benar merupakan darurat yang pasti bukan sekedar dugaan dan telah diamati oleh doktor dengan pemeriksaan yang cermat dan tidak tergesa-gesa dengan tinjauan dari berbagai aspek yang berkaitan. Maka dari itu, stemcell embrio dapat dilakukan dan ada keharusan.

D. Bertetangan dengan  hukum agama

Berdasarkan surat Al Maidah: 32 dan Al Isra: 33 maka sebenarnya dalam hukum Islam stemcell dilarang tetapi disini masalahnya adalah stemcell bermanfaat besar dalam bidang perubatan. Pengubatan yang satu-satunya menggunakan sel punca mempunyai potensi penerapan dalam mengatasi berbagai macam jenis penyakit dan kelemahan dari otak. Ada kumpulan yang pro dan ada yang kontra dengan stemcell embrio research. Mereka mempunyai pandangannya masing-masing.

Adapun kumpulan pro dengan stemcell embrio research terbagi manjadi dua kumpulan,iaitu:

1) Kumpulan yang menyokong stemcell secara total tetapi menilai bahwa penggunaan stemcell embrio tidak mempunyai nilai moral.

2) Kumpulan yang menyokong dan memberikan nilai moral kepada penggunaan stemcell embrio kerana menganggap manfaat yang diperolehi dari stemcell jauh lebih besar dari pengorbanan yang dilakukan. Kumpulan ini pada umumnya lebih berhati-hati dan lebih menyarankan pengunaan sisa embrio tidak terpakai yang disimpan di berbagai klinik bayi tabung uji. Banyaknya sisa embrio tersebut dikeranakan dalam proses pembuatan bayi tabung uji biasanya 10 sampai 12 sel telur yang dihasilkan, tetapi hanya 3 atau 4 sahaja yang ditanam di dalam kandungan. Sebagian besar embrio dibuang hanya sebagian kecil saja yang digunakan. Dengan demikian penggunaan sisa embrio tersebut sebagai bahan stemcell research dianggap lebih baik daripada dibuang sia-sia. 

Sedangkan kumpulan kontra, embrio buatan melalui SCNT mahupun sisa embrio dari klinik bayi tabung uji tetap merupakan calon manusia yang tidak boleh dibunuh atau dirosak. Namun umumnya mereka tidak tahu apa yang sebaiknya dilakukan terhadap sisa embrio dari klinik bayi tabung uji yang sudah harus dibuang kerana sudah terlalu lama atau tidak ada tempat penyimpanan lagi. Pendapat tersebut merupakan salah satu bahagian dari pendapat. Para ahli ilmun agama tidak kurang juga untuk membantah penggunaan stemcell. Para ahli agama mengatakan bahwa penggunaan sel embrionik untuk keperluan apapun tidak dibolehkan kecuali saat terapi itu menjadi satu-satunya cara untuk menyelamatkan manusia. Selain itu, kalaupun aplikasi terapi sel punca embrionik pada manusia dilakukan maka harus dengan berhati-hati dengan memperhatikan kesannya terhadap manusia.

Walaupun ilmu dan teknologi perubatan telah begitu maju, masih banyak penyakit yang sehingga masa ini belum diketahui ubatnya  secara tepat seperti kenser, kelainan genetik, kelainan bawaan, dan lain-lain.

Berdasarkan surat Al baqarah: 173 173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah[108]. tetapi Barangsiapa dalam Keadaan terpaksa (memakannya) sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [108] Haram juga menurut ayat ini daging yang berasal dari sembelihan yang menyebut nama Allah tetapi disebut pula nama selain Allah. memungkinkan manusia melakukan sesuatu yang nyata haram kalau keadaan darurat. Ertinya tidak ada cara lain dan alasannya benar-benar tidak sengaja dicari-cari.

Manusia amat memerlukan moral kerana moral sangat penting dalam kehidupan. Oleh kerana itu, walaupun ada perselilihan pendapat antara bidang kedotoran dan agama, maka seharusnya ada sesuatu cara untuk berijtihad. Kerana agama adalah dasar dan pengatur kehidupan yang menjadi asas dari segala ilmu pengetahuan. Paradigma ini memerintahkan manusia untuk membangun segala pemikirannya berdasakan aqidah Islam dan tidak lepas  seharusnya tersasar dari aqidah itu.

Wallahu'alam.


Sumber: panjul Lohan

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.