RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Sunday, 2 August 2015

Cara Untuk Memotivasi Diri:


Kehidupan adalah satu perjalanan yang panjang, dalam tempoh itu kita akan lalui pelbagai situasi suka, duka, berjaya, gagal. Susah senang dan sebagainya. Kebiasaanya bila kita memperolehi kejayaan kita akan katakana bahawa kejayaan itu adalah atas usaha dan upaya kita. Sebaliknya bila kita gagal mulalah kita menuding jari kepada orang lain yang dikaitan dengan kegagalan kita. Walahal kita sepatutnya  menyedari sebagai manusia kita memang merancang untuk kebaikan dan keseronokan tetapi yang menentukan jaya atau sebaliknya dalah Allah Yang Maha Berkuasa.

Motivasi bukan sesuatu yang mudah untuk datang, terutama jika keadaan sekeliling anda tidak menuntut anda untuk sentiasa mempunyai motivasi diri. Anda menyedari yang motivasi merupakan kunci utama untuk pelbagai aktiviti manusia. Anda tidak boleh main-main di sekolah, jika tidak anda mungkin tidak akan dapat masuk universiti, dan seterusnya anda tidak akan mendapat pekerjaan. Dan apabila sudah bekerja, makan gaji atau kerja sendiri, anda tidak boleh tinggalkan kerja dan duduk berehat di rumah. Anda perlu lakukan seperti apa yang anda lakukan di sekolah dahulu: mematuhi tarikh akhir, menyiapkan laporan, dan sebagainya. Secara umum, menjalani kehidupan dengan bertenaga.

Bagaimana anda boleh memberi motivasi kepada diri sendiri? Bagi kebanyakan orang yang telah banyak kali gagal,, ianya sangat sukar untuk dicapai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petua yang boleh anda pertimbangkan apabila anda merasakan diri anda sudah tidak larat lagi untuk pergi lebih jauh atau lebih lanjut:

- Tahu apa sebenarnya yang anda mahu.
Apa yang anda motivasikan diri anda untuk lakukan? Adakah anda hanya mahu menyelesaikan kerja, atau adakah anda mahu mendapatkan wang yang banyak? Tetapkan matlamat yang nyata, atau sekurang-kurangnya matlamat yang mampu dicapai. Jika anda tahu apa yang anda mahu, anda boleh mencapainya, dan anda boleh memotivasikan diri anda untuk mendapatkannya.

- Tetapkan tujuan untuk usaha yang anda lakukan.
Masalah dengan ramai orang adalah mereka bekerja keras tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak dicapai. Adakah mereka mahu wang? Adakah mereka bekerja ke arah wang? Adakah anda mahu wang, atau apakah tujuan mencari wang? Berikan diri anda tujuan yang nyata supaya anda tahu untuk apa anda berusaha.

Berusaha untuk mendapat wang yang banyak adalah matlamat kosong; berusaha untuk wang supaya anda boleh mendapatkan rumah yang baik dan kereta yang bagus mungkin lebih nyata; berusaha untuk mendapat lebih banyak wang supaya anda boleh membantu adik-beradik memasuki universiti, untuk ibu bapa menikmati persaraan mereka, dan sebuah rumah yang lebih baik untuk keluarga, dan mungkin sebuah kereta mewah untuk diri sendiri… adalah lebih nyata.

- Bercuti dan berehat.
Kadang-kadang anda perlu menjauhkan diri dari semuanya untuk seketika. Luangkan masa untuk diri sendiri, dan dapatkan pandangan orang luar tentang situasi anda. Jika anda mula lebih kerap penat, badan anda mungkin memberitahu anda supaya perlahan sedikit, ambil cuti untuk memulihkan tenaga.  Sekurang-kurangnya pergi bersiar-siar. Anda mungkin mahu mengetepikan sedikit masa setiap hari untuk anda cas semula diri, supaya anda tidak sentiasa dibebani dengan kerja.Bercuti juga dapat recharge kembali minda dan semangat anda. Semasa bercuti mungkin anda diketemukan dengan sesuatu keadaan yang baru, ianya mungkin dapat membantu anda meningkatkan lagi ketahan diri untuk terus maju dan terus mencuba supaya idaman anda dicapai.

- Jangan takut untuk mengatakan tidak apabila anda diberikan tugasan lain.
Kadang-kadang anda mungkin mempunyai terlalu banyak kerja dan anda merasa sangat stres sehingga sampai ke satu titik di mana anda berputus asa dan tidak lagi mahu buat kerja. Pastikan kerja anda berada di tahap yang terurus. Anda perlu kekal waras untuk terus bekerja dalam jangka masa yang panjang.

-Beri ganjaran kepada diri sendiri untuk sesuatu pencapaian.
Rancang percutian untuk diri sendiri, atau berjanji untuk membawa diri anda menonton filem jika anda berjaya menyiapkan kerja anda. Ganjaran yang kecil seperti makanan ringan dan secawan coklat panas pun berkesan juga.

-Sentiasa berdoa kepada Allah
Tindakan mendekati diri dengan melakukan solat hajat, solat tahajjud di malam yang hening adalah satu keadah yang paling baik untuk memotivasi diri, terutama pada masa kita telah letih beriktiar dan berusaha tetapi masih belum mencapai kejayaan yang diharapkan. Sebagai seorang Islam kita perlu yakin bahawa segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah dengan izin dan hidayah Allah. Kita sebagai hambaNya hanya mempu berusaha sebaik umgkin, tetapi kejayaan atau kegagalan adalah di tentukan oleh Allah. Oleh  itu apabila kita setiasa mendampingi Allah dan mentaati segalal titah perintahNYa, dengan sendiri kita akan disayangi Allah. Kita akan memperolehi kemanisan iman, semasa ini hati kita akan tenang dan selalu bergantung kepada Allah. Jika kita tidak dapat capai apa yang dihajati, diri kita tidak mudah kewa , malah kita tetap bersyukur dengan ketentuan Allah keran yakin bahawa Allah tidak memberi apa yang kita hajatkan itu adalah untuk kebaikan kepada kita. Bila diri kita dapat didik dengan situasi semacam ini menjadikan kita hamba yang sentiasa tenant menerima segala ujian Allah dan dapat bersabar. Yakinlah bahawa Allah akan bersama-sama hambaNya yang sabar.



Wallahu’alam.

Saturday, 1 August 2015

AMALAN UNTUK MURAH REZEKI


Semua orang mahu hidup dengan memperolehi rezeki yang melimpah luah, hidup dengan kemewahan dan sentiasa mempunyai wang untuk membelanjakan segala keperlua dalam kehidupan. Oleh itu sebilangan besar dari kalangan kita bekerja keras siang dan malam mengejar rezeki.
Kadang kala kita melengah-lengahkan solat kerana pada masa itu aktiviti perniagaan cukup laris seperti apa yang berlaku di pasar-pasar malam. Malah ada yang tidak kuat imannya terus meninggalkan solat maghrib kerana takut kerugian. Ini adalah diantara sifat orang yang tidak begitu yakin dengan ketentuan Allah bahawa rezeki kita adalah ketetapan dari Allah. Walapun kita telah berusaha dengan sekuat mungkit tetapi jika tidak diizinkan Allah rezeki kita juga tidak akan bertambah.
Padahal Allah swt. telah menjamin rezeki setiap makhluk-Nya. ”Dan tidak ada suatu makhlukpun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)” (QS. Hud 6).

Allah swt. mengingatkan, ”Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan dari-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” (QS. Al Baqarah 268)

Oleh itu ungapan yang mengatakan mencari rezeki itu adalah susah peru di ubah dengan sikap yang lebih optimis dan yakin bahawa Allah Maha Pemurah. Kita perlu ubah minda mencari rezeki dengan mengatakan  ”Di dunia ini karunia-Nya melimpah ruah. Allah swt. Maha Mencukupi. Dunia tidak akan kehabisan rezeki halal, buat apa cari yang haram?” Kewajiban kita hanya berusaha semaksimal mungkin mencari karunia-Nya. Sebab, kita tidak tahu berapa Allah menjatah rezeki-Nya untuk kita. Berikut ini adalah sebahagian amalan yang dapat membuka pintu-pintu rezeki yang diajarkan Allah dan rasul-Nya: 

1. Memperbanyak Istighfar

Allah berfirman, ”Maka aku (Nuh as, Red.) katakan kepada mereka, ’Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai” (QS Nuh 10-12). 

Al Qurthubi menafsirkan, “Dalam ayat-ayat di atas, terdapat dalil yang menunjukkan bahwa istighfar merupakan salah satu sarana dilimpahkan-Nya rezeki dan hujan.” Rasulullah saw. bersabda, “Barang siapa memperbanyak istighfar niscaya Allah menggantikan kesempitan menjadi jalan keluar, setiap kesedihan menjadi kelapangan, dan Allah akan memberinya rezeki dan arah yang tiada disangka-sangka” (HR. Abu Dawud).

2. Bertakwa

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan (Dia) memberinya rezeki dan arah tiada disangka-sangkanya” (QS. Ath Thalaq 2-3). Ibnu Katsir menafsirkan, ”Maknanya, barang siapa yang bertakwa kepada Allah –dengan melakukan apa yang diperintah-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya– niscaya Allah akan memberi jalan keluar serta rezeki dan arah yang tiada disangka-sangka yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dibenaknya.”

3. Bertawakkal kepada Allah swt.

“Sungguh seandainya kalian bertakwakal kepada Allah sebenar-benarnya niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang” (HR. Ahmad, Tirmidzi). Tawakkal berarti kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah swt. untuk mendapatkan kemaslahatan serta mencegah bahaya, baik menyangkut urusan dunia maupun akhirat.

4. Rajin beribadah 

Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, ’Wahai anak Adam! Beribadahlah sepenuhnya kepada-Ku. Niscaya Aku penuhi (hatimu yang ada) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi kebutuhanmu. Jika tidak kalian lakukan, niscaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi kebutuhanmu (kepada manusia)” (HR. Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah).

5. Mengerjakan  Haji dan Umrah

“Lanjutkanlah haji dengan umrah karena sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana api dapat menghilangkan karat besi, emas, dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu kecuali surga” (HR. Ahmad, Timidzi, Nasa’i).

6. Banyak bersilaturahim

Nabi saw. bersabda, “Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim” (HR. Bukhari).

7. Banyak Sedekah

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan mengantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (QS. Saba 39). 

Ibnu Katsir menafsirkan, ”Betapapun sedikit yang kamu nafkahkan dari apa yang diperintahkan Allah kepadamu dan apa yang dibolehkan-Nya, niscaya Dia akan menggantinya di dunia, dan di akhirat engkau akan diberi pahala dan ganjaran.”

Nabi saw. bersabda dalam hadist qudsi, “Allah swt. berfirman, ’Wahai anak Adam, berinfaklah niscaya Aku berinfak (memberi rezeki) kepadamu” (HR. Abu Daud).

8. Menafkahi Penuntut Ilmu
Anas bin Malik ra berkata, “Dulu ada dua orang bersaudara pada masa Rasulullah saw. Salah seorang menuntut ilmu pada majelis Rasulullah saw., sedangkan yang lainnya bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Rasulullah saw. (lantaran ia memberi nafkah kepada saudaranya itu). Maka Nabi saw. bersabda, “Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia” (HR. Tirmidzi, al-Hakim).

9. Membantu Orang-orang Lemah (dhuafa)

Rasulullah saw. bersabda, “Bantulah orang-orang yang lemah karena kalian diberi rezeki dan ditolong lantaran orang-orang lemah di antara kalian” (HR. Muslim, An Nasai).

10. Hijrah di Jalan Allah
“Barang siapa hijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak…” (QS. An Nisa 100).(dari berbagai sumber)

Kesimpulanya tindakan sebahagian daripada kita yang berkerja keras untuk memperolehi mezeki yang banyak sehiggakan kita mengabaikan solat dan lain-lain amal kebajikan adalah satu tindak yang kurang tepat. Perbatan sebegini berlaku keran kejahilan kita dan kita dihantui oleh perasaan takut hilang punca rezeki. Sedangakan amalan yang betul adalah megutamakan solat dan amal ibadat kepada Allah dahalu dan barulah kita mencari rezeki yang halal di atas muka bumi ini, kita juga perlu memperbanyakkan sedekah dan membantu orang yang dalam kesusahan. insyaAllah rezeki yang telah dijanjikan oleh Allah akan datang tanpa di duga puncanya apabila tiba masa kita memerlukannya.

Pengalaman peribadi penulis , rezeki akan datang dengan sendirinya semasa diri ini lebih mendekati Allah dan mengutamakan ibadat wajib seperti solat di awal waktu secara berjemaah lima waktu sehari. Pernah berlaku semasa ketiadaan wang, kita terus meberi derma dan bila tiba masanya ada sahaja puca yang membolehkan wang kita yang kurang kerana menderma itu bertambah dengan berlipat ganda.


Wallahu’alam.

Friday, 22 May 2015

PROGRAM TINGKATKAN PRODUKTIVITI

INGAT MATI DAPAT TINGKAT PRODUKTIVITI ?

“Saya risau kalau semua orang ingat mati, produktiviti syarikat ini akan menurun,” kata pegawai tinggi sebuah organisasi. Dia begitu sinis sekali dengan ceramah-ceramah yang menyentuh soal mati.
“Kenapa tuan beranggapan begitu?” tanya pembantunya Mat.
“Bila ingat mati, masing-masing fikir diri sendiri sahaja. Mereka akan asyik solat dan zikir wirid sahaja. Mereka akan tinggalkan kerja. Saya tak setuju langsung ceramah tentang mati ni dibuat dalam organisasi ini. Sorry, saya tak setuju!” katanya berterus-terang.
“Saya rasa tidak begitu. Bila semua ingat mati, makin meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat ini,” kata Mat
“ Kenapa pula?” Kali ini dia pula yang bertanya.
“Orang yang ingat mati sedar dia akan menemui Allah,” jawab Mat pendek.
“Apa kaitan hal itu dengan produktiviti?”
“Kalau kita sedar kita akan bertemu Allah kita akan memperelok dan memperbanyakkan ibadah.”
“Itu yang saya kata tadi… bila asyik beribadah kita akan lupa dan lalai bekerja. Habislah syarikat ini.”
Mat tersenyum. Dalam hati tertanya-tanya apakah dia belum faham konsep ibadah yang sebenar atau ada masalah lain yang “bermain” di mindanya.
“Tuan, ingin saya ingatkan konsep ibadah itu luas. Ibadah bukan sahaja solat, zikir dan wirid. Kerja juga satu ibadah.”
Dia merenung Mat. Mat selamba sahaja.
“Maksud awak saya tak faham konsep ibadah?” tusuknya tiba-tiba.
“Saya Cuma mengingatkan. Ibadah itu terbahagi tiga – ibadah asas, ibadah sunat dan ibadah umum. Ibadah asas itu, solat, puasa, zakat dan lain-lain rukun Islam. Ibadah sunat itu banyak antaranya zikir, wirid, baca Quran, solat dan puasa sunat.”
“Itu saya tahu,” jawabnya.
“Manakala ibadah umum pula adalah seluruh aktiviti hidup kita selain ibadah asas dan ibadah sunat tadi. Termasuklah kita bekerja, berniaga, berhibur, bermesyuarat dan lain-lain.”
Tanpa mempedulikan reaksinya Mat terus memberi penerangan.
“Tu yang saya kata tadi. Nanti semua tumpu pada ibadah asas, ibadah umum terpinggir. Pekerja kita ni bukan faham sangat konsep ibadah yang berbelit-belit ni.”
“Kitalah yang mesti memahamkan mereka. Ceramah tentang mati ini perlu dibuat selepas ceramah tentang visi dan misi hidup, konsep ibadah, habluminallah, habluminannas,” pujuk Mat. 
“Saya tak yakin mereka boleh difahamkan. Orang Melayu kita ni bila ingat mati gementar, takut, kecut… saya tak mahu menakut-nakutkan mereka. Kita nak kualiti, kita nak produktiviti. Ingat mati ni soal peribadi, bukan soal organisasi. Dalam organisasi kita bercakap soal keuntungan.”
“Tuan, Islam menganjurkan agar kita ingat mati, bukan takut mati. Yang tuan bimbangkan tu takut mati, bukan ingat mati.”
“ Apa bezanya?” tanyanya. Suaranya mula meninggi.
Mat diam sejenak. Berfikir untuk mengolah kata-kata yang baik. Mengadun antara kebenaran dan kelembutan
“Saya teringat maksud sebuah hadis…” kata Mat memulakan penjelasan.
“Awak jangan berselindung di sebalik hadis!”
“Bukan berselindung tuan, tetapi pada siapa lagi yang patut kita sandarkan segala hujah dan pandangan melainkan kepada Rasulullah?” jelas Mat  perlahan.
“Apa maksud hadis tu? Direct to the point!”
“Orang yang ingat mati akan menyegerakan taubat, meningkatkan ibadah dan tenang dalam hidup. Itu maksud hadis. Sama ada ibadah asas, sunat dan umumnya. Tapi orang yang takut mati, akan hilang semangat untuk hidup. Takut mati menyebabkan mereka juga takut hidup. Hilang daya dan tenaga untuk berusaha.”
“Saya masih bimbang mereka akan takut mati bukan ingat mati.”
Perlahan-lahan saya menggeleng-gelengkan kepala. Sekarang saya mula berfikir, ini masalah dia atau masalah pekerjanya.
“Tuan jangan lupa satu golongan lagi. Mereka tu ingat mati pun tidak, takut mati pun tidak…”
“Ada lagi?”
“Ya, satu golongan lagi adalah mereka yang lupa mati. Golongan ini akan menangguhkan taubat, meremehkan ibadah dan jiwanya sentiasa kacau. Mereka ini sangat benci bila diperingatkan tentang mati kerana itu mengganggu keseronokan mereka melakukan maksiat dan dosa,” ujar Mat lagi. Kebenaran itu memang pahit, walau betapa indahnya bahasa kita mengucapkannya.
“Saya masih khuatir mereka akan berkurung di surau, asyik solat, solat duha, doa berjam-jam lamanya. Kerja tertangguh.”
Terkedu Mat. Satu kebimbangan yang tidak berasas.
“Kita perlu terangkan kepentingan ibadah umum. Ibadah umum yang kebanyakannya dikategorikan dalam fardu kifayah. Fardu kifayah kedudukannya lebih tinggi daripada ibadah sunat.”
“Maaflah, awak masih berfalsafah. Kita mesti realistik. Syarikat ini sedang mengalami masalah. Produktiviti dan kualiti menurun secara drastik.”
“Mengapa? Apa sebabnya?”
“Culas, curi tulang, pembaziran, rasuah…”
“Tuan, itu semua sikap orang yang lupakan mati,” jolok Mat pula.
“Lagi-lagi mati. Kita bercakap tentang hidup sekarang!”
“Bercakap tentang mati akan menyebabkan kita jelas tentang hidup. Persediaan menghadapi mati dibuat semasa hidup. Keadaan hidup selepas mati sangat berkait dengan keadaan hidup sebelum mati!”
“Saya tambah tak faham dengan awak.”
“Maksud saya orang yang curi tulang, culas dan rasuah itu tidak takut dengan dosa. Mereka hanya takut dengan undang-undang dunia. Kalau mereka nampak undang-undang dunia ada kelemahan, kurang penguatkuasaan, maka di situlah mereka ambil kesempatan.”
“Apa kaitan itu dengan mati?”
Lucu. Kali ini dia pula yang mengingatkan Mat tentang mati.
“Kalau mereka ingat mati, mereka ingat hari pertemuan dengan Allah di hari akhirat. Di sana segala dosa yang disembunyikan dari manusia dan yang terlepas dari undang-undang dunia akan dipaparkan dengan nyata. Bukan dipaparkan sahaja, bahkan akan beri hukuman dengan api neraka.”
Dia mula diam.
“Di sana nanti Allah akan tanyakan segala-galanya. Tentang solat, tentang kerja, tentang keluarga. Jika semua beres, baiklah keadaan hidup kita di sana. Itu yang saya katakan tadi, keadaan hidup selepas mati sangat ditentukan oleh corak kehidupan kita sebelum mati.”
“Maksud awak keadaan hidup di dunia kita sangat menentukan keadaan hidup di akhirat?”
“Ya, begitulah tuan. Orang yang ingat mati, akan melaksanakan amanah dan tanggung jawabnya dengan baik dalam famili, organisasi dan masyarakat.”
“Saya takut orang yang ingat mati asyik solat sahaja!”
“Asyik solat? Apa salahnya dengan solat?”
“Kalau asyik solat sahaja mana sempat buat kerja?”
Mat macam nak tergelak. Macamlah ramai sangat orang yang solat sampai tak sempat buat kerja. Realitinya, ramai yang bekerja sampai tak sempat solat. Dan lebih ramai orang yang tak sempat buat kedua-dua. Solat tidak, kerja pun tidak. Lalai, leka dan terbuai dengan hiburan semata-mata. Ramai yang curi masa di pejabat kerana leka dengan kerja-kerja luar, buat “direct selling”, “game”, “chatting”, “face book” dan segala macam.
“Saya rasa orang yang solatlah yang paling jujur dan amanah dalam kerja.”
“Mana boleh macam tu…”
“Ini Al Quran kata. Solat itu mencegah dari fahsya’ dan mungkar. Termasuklah mungkar dalam pekerjaan seperti culas, membazir, rasuah, curi tulang dan lain-lain.”
“Saya pernah jumpa orang yang banyak solat tapi rasuah, curi tulang…”
“Tentu ada salah di mana-mana dengan solatnya. Kalau solat tak mencegah kemungkaran, solat itu bukan solat. Ini hadis.”
“Maksud awak?”
“Mungkin solat kerana riyak. Mungkin jahil dengan ilmu solat. Atau tidak mujahadah hingga solatnya dikategorikan sebagai solat orang yang lalai. Khusyuk jauh sekali!”
“Jalan penyelesaian?”
“Perlu diberi ilmu, dididik dan dilatih dengan program solat yang sebenar!”
“Ke situ balik… saya bercakap tentang produktiviti dan kualiti kerja, awak bercakap dengan kualiti solat… Pelik!”
Mat tersenyum. Inilah realiti kefahaman majoriti umat Islam. Amalan Islam dilihat secara terpisah-pisah. Padahal semua amalan Islam itu bersepadu. Yang satu mempengaruhi yang lain. Solat ada impaknya kepada pekerjaan. Membetulkan solat boleh membetulkan pekerjaan. Soal ketepatan waktu, pengurusan masa, amanah, fokus, kebersihan, keikhlasan yang menjadi teras dalam solat seharusnya melimpah kesannya bila kita bekerja.
“Kalau begitu kita perlukan program latihan yang menyentuh soal mati ke, solat ke atau produktiviti? Saya makin keliru sekarang…” kata pegawai tinggi tersebut.
“Ketiga-tiganya sekali. Kita perlu program latihan yang bersepadu. Hingga dengan itu pekerja yang ingat mati akan serius dengan solat dan seterus akan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerjaannya!” jawab Mat.
Dia tersentak. Saya semakin yakin, sebelum orang bawahannya menjalani program latihan yang dibincangkan itu… dialah orang yang perlu menjalaninya terlebih dahulu. Ketua yang keliru, akan mengelirukan anak buahnya!

Cebisan cerita diatas adalah reality dalam kehidupan kita, Ramai yang tidak memami Islam dengan sebnarnya, majority hanya Islam baka, ikut-ikutan beramal ibat terutmanya solat. Oleh itu sungguhpun mereka solat tapi perbuatan mungkar, maksiat, tidak amanah, curi tulang rasuah, dan pelbagai perbuatan mungkar lain terus dilakukan dalam kehidupan sehariannya. Oleh itu kita semua perlu memperbetulkan amalan asas seperti solat, perlu dilakukan dengan sempurna sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Wallahu’alam.


Sumber: Gentarasa

Tuesday, 19 May 2015

Fitnah Berleluasa..tanda akhir zaman


Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran perkara tersebut adalah satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Akan tetapi, ianya bukan suatu perkara baru. Semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, fenomena ini biasanya dijuarai oleh munafiqin di Madinah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul. Sekiranya membaca keseluruhan tafsir surah al-Taubah, kita akan dapat potret gambaran yang jelas kerja-kerja kumpulan munafiqin dalam merosakkan imej Rasulullah dengan menyebarkan berita yang belum disahkan kebenarannya.

Zaman sekarang, penyebaran maklumat seupama ini berlaku pantas dengan berkembangnya pelbagai aplikasi internet seperti website, weblog, Whatsapp dan Facebook serta laman interaksi sosial yang lain.

Zaman dahulu, penyebaran itu berlaku secara lisan. Proses sebegini biasanya lambat, akan tetapi dipercepatkan dengan hawa nafsu manusia yang suka melapor dan mendengar berita sensasi, apatah lagi yang membabitkan aib orang lain.

Kalau tidak percaya, bagi mereka yang mempunyai blog, cuba masukkan entri dengan tajuk yang panas seperti wanita melayu berbogel, sejadah sujud, ulamak rasuah atau ahli parlimen berkhalwat, nescaya blog anda akan panas dengan hit yang tinggi.

Ada sesetengah manusia suka menyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Tidak kurang juga, untuk menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah pembohongan.

Ada yang membuat kerja sebegini kerana mereka merasakan perbuatan itu amatlah makruf. Rasa terhormat dan mulia dengan tindakan mereka itu, lalu diprojekkan diri mereka dengan imej yang baik dan intelek, dengan menyatakan contohnya Saidina Umar yang ditegur dengan wanita dengan amaran pedangnya secara terbuka. Di dalam Islam, kita dilarang menyapu ‘habuk di bawah karpet’. Di dalam Islam, perlu ada check and balance. Di dalam Islam, perlu ada amar makruf dan nahi munkar. Maka, absahlah kerja-kerja mereka.

Walau apa pun juga pegangan kita di dalam fenomena hebah-hebah ini, satu perkara yang dipersetujui oleh semua, akan tetapi bukan semua menginsafinya, iaitulah apa jua yang kita ucapkan dan kita tulis, akan dicatat oleh Allah SWT sebagai bahan bukti mahkamah akhirat kelak. Firman Allah dalam surah Qaf ayat 18:

“ Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya).”

Al-Quran sebenarnya telah menyentuh akan fenomena ini. Berfirman Allah SWT di dalam surah al-Nisa’ ayat 83:

“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)”.

Di dalam semua kitab tafsir muktabar, diperjelaskan bahawa ayat ini menceritakan akan perihal manusia ketika mendengar berita yang menyenangkan atau kurang menyenangkan. Dalam konteks ketika penurunan wahyu ini, perkara yang menyenangkan (الامن) itu diterangkan sebagai berita kemenangan tentera Muhammad, sementara berita yang tidak menyenangkan (الخوف) itu merujuk kepada berita kekalahan umat Islam. Ketika tibanya khabar angin seumpama itu, maka orang munafiq hakiki, dan juga mukmin yang terpalit dengan sifat al-nifaq akan bersegera untuk menghebahkannya kepada orang lain tanpa langsung ada sikap untuk memeriksa kebenarannya. Tujuannya, pelbagai. Diterangkan dalam kitab tafsir, sebahagiannya bertujuan untuk menunjukkan dirinya sebagai manusia hebat kerana sering mendapat berita dan maklumat terkini lagi sensasi. Selain itu, ada juga yang menghebahkannya untuk tujuan memburukkan imej Rasulullah, contohnya semasa peristiwakhabar ifki. Ada yang bertujuan untuk melemahkan psikologi umat Islam yang lain. Ada yang bertujuan untuk mempermainkan emosi Rasulullah. Dan tidak kurang juga yang melakukannya sebagai perang saraf untuk melemahkan semangat umat Islam ketika itu.

Watak yang memainkan kisah itu semasa zaman Rasulullah dan juga para sahabat adalah ramai. Yang termasyhur ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Walaupun dalam satu riwayat disebut bahawa jenazah beliau disembahyangi dan dikafankan dengan jubah Rasulullah (kerana politik pintar nabi dan juga rasa hormat kepada permintaan anak beliau yang Muslim) sehingga membangkitkan bantahan Umar, akan tetapi Rasulullah berkata yang jubah baginda tidak dapat menghalang perbuatan Abdullah bin Ubai yang ketika hidupnya suka menjadi tukang hebah dan wartawan sensasi, daripada dibaham api neraka. Di dalam ayat di atas, kumpulan ini disifatkan sebagai mereka yang mengikut jejak langkah syaitan.

Itu kumpulan pertama, yang apabila dapat berita atau khabar angin, terus menghebahkannya kepada massa. Akan tetapi, di sana ada kumpulan kedua, yang mana ketika didatangi dengan maklumat sama ada yang sejuk atau yang panas, maka sikap mereka ialah merujuk kepada Allah, Rasul, dan juga orang-orang yang berautoriti di kalangan mereka. Ulil amri saya terjemahkan sebagai orang yang berautoriti, supaya kita tidak sempit memahaminya sebagai semata-mata pemimpin negara sahaja. Ia boleh jadi sebagai naqib, pengerusi persatuan, bapa, cikgu dan seumpamanya, bergantung kepada siapa kita dan bentuk berita dan maklumat yang sampai. Ini kerana orang-oang yang berautoritilah mampu untuk memberikan pengesahan dan penjelasan sebenar terhadap maklumat tersebut.

Akan tetapi, Allah memberitahu kita bahawa kumpulan kedua ini hanyalah sedikit sahaja. Mereka ini ialah golongan minoriti di dalam masyarakat. Justeru, golongan minoriti seumpama ini biasanya sukar untuk memperbetulkan yang salah dan meluruskan yang bengkok.

Menjadi mangsa fitnah atau berita mengenai diri dihebah tanpa kebenaran di media baru, adalah satu perkara yang perju dijangka oleh para pendakwah. Pun demikian, sehebat mana sekalipun pendakwah itu, perasaan kecil di dalam hatinya akan tersentuh juga apabila berhadapan dengan fitnah seumpama ini. Apatah lagi sekiranya fitnah itu datang daripada orang-orang yang hampir dengannya, seperti sahabat karib, pembantu peribadi dan juga rakan setugas.

Sama seperti semua orang, saya juga pernah mengharungi fitnah seumpama ini. Memang sedih juga sekiranya fitnah ini datang daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang gaya percakapan kita disalahertikan lantara perbezaan budaya bahkan dialek, lalu dihebahkanlah ‘kebiadaban’ kita. Lantas disimpanlah perasaan benci yang membuak-buak selama bertahun-tahun tak berkesudahan. Pantang nampak , habis dibelasahnya. Pantang bersuara, walaupun menerusi institusi musyawarah, habis dibantahnya dengan fitnah yang ditokok-tambah. Nak nampak baik, maka dihiasilah dengan al-Quran dan al-Hadith. Lalu ditaburlah onar serta duri dalam perjalanan dan pergerakan kita. Memang jijik juga kadang-kadang, apatah lagi saya pernah mendengar rakaman langsung sesetengah sahabat karib yang melakukan pembohongan terang-terangan ke atas diri saya untuk kepentingan serta kepuasan dirinya.

Sekiranya kita berhadapan dengan fitnah seumpama ini, jalan terbaik yang perlu kita ambil ialah bersabar sahaja. Walaupun kadang-kadang sampai tahap dituduh sebagai munafiq, atau ada ciri-ciri orang munafiq, biarlah si tukang fitnah ini memuaskan hati dan melepaskan geramnya. Dalam bersabar, perlu rasa simpati dengan mereka kerana begitu mudah mendapat dosa. Kita akan jadi mulia sekiranya kita terus memberikan kemaafan kepada mereka, dan walaupun tanpa sebab, kita memohon ampun kepada mereka. Dalam kehidupan berdakwah, kita perlu kenal siapa musuh kita. Perlu menghalusi apa kerja kita. Bukanlah rakan-rakan sekeliling kita itu perlu dijadikan musuh. Dan bukanlah membalas kesilapan kawan dengan kejahatan yang lain itu merupakan kerja kita. Musuh kita ramai di luar sana, dan kerja kita juga amat banyak belum terlaksana.

Tukang penyebar fitnah seumpama ini, sekiranya mereka betul-betul musuh dan munafiq hakiki, maka itu adalah kerja mereka. Berhadapan dengan mereka perlu meniru politik pintar nabi ketika berhadapan dengan munafiq di Madinah. Tetapi sekiranya ia datang daripada orang dalam dan orang sekeliling yang terdiri daripada orang-orang Mukmin, maka mereka perlu insaf dan sedar. Dalam perbahasa mengenain beriman kepada Rasul, bukankah kita sepatutnya beri’tiqad bahawa hanya Rasulullah sahaja insan yang ma’sum dan sempurna? Ini bermakna yang manusia lain, walaupun bertaraf presiden, perdana menteri, ustaz atau tuan guru, tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Apabila rakan muslimnya melakukan kesilapan, maka kita perlu bersedia untuk menerimanya dan memaafkannya. Itu tanda iman. Kalau betul-betul salah dan munkar, maka tegurlah dengan cara yang sepatutnya, berhadapan atau melalui orang-orang yang berautoriti seperti dalam firman Allah dan sabda Nabi. Sekiranya kita terus marah, lalu menghebahkannya kepada massa, itu merupakan tanda yang iman kita terhadap ketidakma’suman orang lain selain Rasulullah, sedikit bermasalah, lantaran kita menonjolkan sendiri sikap kita untuk tidak menerima kesilapan manusia biasa.
Bagi yang diuji dengan fenomena hebah dan fitnah ini, antara cara yang turut dicadangkan oleh nabi Muhammad SAW ialah duduk diam sahaja. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim seperti berikut:

“Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari.”

Ketika berlakunya gejala fitnah, khususnya selepas pembunuhan Saidina Uthman, ramai para sahabat yang mengambil sikap berdiam diri sahaja tanpa menyebelahi mana-mana pihak bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala fitnah. Ini termasulah Zubair bin al-Awwam serta Abdullah bin Khabab. Ini merupakan tindakan yang betul. Dalam masa yang sama, ada juga yang terpaksa mengharungi dan berhadapan dengan fitnah tersebut, seperti yang dilakukan oleh Saidina al-Hasan. Tindakan beliau bukannya salah, kerana beliau tidak membalas fitnah dengan fitnah, akan tetapi dengan hikmah, walaupun akhirnya diri beliau yang terpaksa menjadi korban.

Sekiranya kita menjadi mangsa fitnah, lalu kita membalas dendam dengan melakukan fitnah yang serupa, percayalah bahawa tindakan itu adalah satu kesilapan besar dan tidak langsung menyelesaikan masalah. Kita mungkin puas memfitnah orang lain dalam ucapan dan tulisan kita dalam blog sebagai contohnya, akan tetapi tulisan itu akan terus kekal diingati sama seperti kekal degilnya sikap kita yang enggan memaaf dan melupakan kesalahan orang lain. Sedangkan dalam ilmu tazkiyatunnafsi, para ulamak salaf sering menyatakan bahawa terdapat dua perkara yang perlu kita lupakan untuk menyucikan hati kita, iaitu kebaikan yang kita buat untuk orang lain dan juga kesilapan orang lain terhadap kita. Kalau kerap diulang dan ditulis, maka sampai bila-bila kesilapan orang lain itu akan diingati, maka sentiasa ‘berjagalah’ fitnah itu.

KESIMPULAN
Gejala cepat menghebahkan berita ini adalah suatu fenomena yang akan berterusan sehinggalah qiamat kelak. Berdasarkan pemerhatian, gejala ini berlaku antara lain kerana:

a. Sikap manusia yang gelojoh dalam menghebahkan maklumat.
b. Sikap manusia yang ingin menunjukkan dirinya hebat mempunya maklumat terpantas, cepat tahu dan cepat menganalisa.
c. Sifat manusia yang tamak ingin mendapatkan pengaruh dan keuntungan.
d. Sifat manusia yang sentiasa berbalah, lalu dihebahkanlah berita pihak lain untuk melemahkannya, dan dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan dirinya.
e. Sifat manusia yang tidak rasa bertuhan, tidak merasakan dirinya sentiasa diperhatikan Allah, serta tidak takut bahawa apa sahaja yang tertulis dan diucapkan, akan dibalas kelak di hari akhirat.
Sedang kita mengiktiraf terdapat beberapa jenis kemungkaran yang sekiranya nyata dan jelas kesalahannya, yang ada keperluan menghebahkannya untuk mencegahnya berulang kembali, akan tetapi perlu diingati yang bahawa berita yang masih samar atau sekadar didengari daripada pihak ketiga, perlulah diperiksa kesahihannya dan dinilai sama ada perlu dihebahkan atau sebaliknya.

Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.”

Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak.

Wallahu’alam.

Sumber : abidfana.com

Monday, 18 May 2015

TIP MENULIS BUKU

Assalamualaikum wbt,

Dalam mencari idea untuk di kongsi bersama dalam blog saya , terhbaca satu artikel dalam blog Ustaz Love tentang bagaimana hendak menulis dari hati….. diberikan beberapa tips bagaimana cara menulis yang baik untuk hasilkran buku atau penulisa novel. Diantara tip yang di nyatakan adalah seperti berikut:-

1. Jika nak menulis buku agama atau motivasi, tulislah dalam keadaan berwuduk kerana ia amalan para alim ulamak. Banyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Letakkan kitab rujukan di hadapan. InsyaAllah, suasana ini akan mempengaruhi idea menulis.

2. Jika nak menulis novel cinta, carilah suasana yang sunyi dan sempit serta sesak. Ia akan melahirkan mood orang bercinta yang mampu menulis tanpa skrip.

3. Jika nak menulis cerita seram, carilah suasana yang sunyi dan menyeramkan seperti menulis selepas menonton filem seram di dalam bilik yang gelap. Silap2 ada ‘kawan’ plak yang duduk sebelah menemani.

4. Catat setiap idea yang melintas sama ada dengan merakam suara, mencatat di nota dsb.

5. Tetapkan due-date. Penetapan masa ini akan menyebabkan otak kita memerah idea semaksimum mungkin demi mencapai target.

6. Fokus adalah yang paling utama. Jangan menulis sambil membuat perkara lain. Maka, sewajarnya semasa tempoh menulis, segala gangguan yang mungkin dihadapi hendaklah disekat dari awal. Tutup internet, facebook, phone dan sebagainya.

7. Jangan bergantung pada tajuk. Tulis dulu sampai siap, dan akhirnya baru diletakkan tajuk supaya idea kita tak terbatas pada tajuk awal yang kita pilih.

 8. Menulis dalam keadaan lapar adalah lebih berhasil daripada ketika kenyang. Boleh cuba menulis masa bulan Ramadhan nanti dan tengok sendiri hasilnya.

9. Jangan banyak berfikir. Tulis saja dulu. Nanti boleh edit. Kalau terlampau banyak berfikir, satu ayat pun payah nak siapkan.

10. Jangan minta pandangan orang lain, sebab yang menulis itu adalah kita. Jiwa kita tak sama dengan jiwa orang lain. Biar dah siap dulu, baru minta pandangan mereka.

Petua-petua yang di kemukakan di atas adalah pratikal, apa yang saya sendiri alamai semasa menulis buku “BECINTA SAMPAI SYURGA” hampir semua petua yang dicatat diatas saya amalkan. Alhamdulilah dengan hidayah Allah saya mampu menulis buku berkenaan dalam tempoh empat bulan lebih sahaja.

Apa yang penting dalam menulis sesuatu idea adalah perlu kepada keikhlasan hati dan tujuan apa kita menulis, jika kita menuis untuk memberi ilmu kepada para pembaca , InsyaAllah kita akan dapat ilham dan pentunjuk daripada Allah, diman idea akan datang dengan sendiri dan kita dapat terus menulis tanpa apa-apa draf.
Wallahu’alam.


Sumber:  ustaz love

Sunday, 3 May 2015

TERTARIK DENGAN BACAAN AL QURAN sebagai sebab Menganut Islam


Tertarik bacaan Al-Fatihah punca masuk Islam

http://avn.innity.com/rt/?cb=1430384808&a=1647
Azman Khor bersyukur dengan kehidupannya sebagai seorang Muslim. Kanan: Azman Khor bersama isteri (belakang, tengah) dan empat daripada 10 anak mereka. Foto artikel ikhsan Sinar Harian Online.
JITRA – Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama nenek moyangnya, namun, jiwanya masih terasa kosong dan perlu diisi bagi memenuhi ruang dalam nalurinya.
Selepas melihat kepercayaan nenek moyangnya itu tidak dapat diikuti, jiwanya mula mencari-cari hinggalah beliau berpindah bersama bapanya dari Kuala Lumpur ke Kemaman, Terengganu bergaul dengan rakan baru yang kebanyakan berbangsa Melayu.
Di sinilah kehidupan Azman Khor Abdullah, 57, mula berubah apabila tinggal di sebuah perkampungan Melayu yang banyak mengubah corak kehidupannya.
“Pada masa itu umur saya baru 10 tahun dan kehidupan banyak dipengaruhi oleh adat istiadat orang Melayu.
“Di kampung ini juga saya bertemu dengan seorang rakan baik, Noor Faiz Ahmad Din hingga keluarganya itu sudah seperti keluarga saya sendiri,” katanya.
Minta rakan baik tulis Surah Al-Fatihah
Menurutnya, kehidupan dan kepercayaan keluarga Noor Faiz itu turut menarik minatnya untuk mempelajari ilmu agama.
“Hinggalah pada suatu hari ketika saya pergi ke rumah kawan saya itu terdengar ibunya membaca al-Quran dalam surah Al-Fatihah hingga menyebabkan hati saya tertarik dengan bacaan itu dan meminta Noor Faiz menulis bacaan itu ke dalam buku kecil.
“Semenjak itu saya mula mempelajari dan membaca Al-Fatihah secara tersembunyi daripada bapa dan sering membawanya ke mana sahaja. Walaupun saya tidak faham makna ayat itu tetapi jiwa saya sangat tenang dan terus mahu mempelajari tentang agama Islam,” katanya.
Azman Khor berkata, surah Al-Fatihah itu sangat sedap didengar dan jika dihayati ia ada kekuatannya sendiri hingga sukar untuk diterjemahkan tentang kemanisan pada ayat-ayat surah berkenaan.
Ambil keputusan masuk Islam
Bagaimanapun usahanya menghafal ayat itu dapat dikesan oleh bapanya apabila buku itu hilang dari simpanannya dan dia telah dihantar pulang semula ke Kuala Lumpur hingga tamat pelajarannya.
“Walaupun sudah pulang ke Kuala Lumpur dan mula bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta tetapi semangat untuk belajar tentang Islam tidak pernah terpadam dalam jiwa saya hinggalah pada 1980 saya mengambil keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah di sebuah masjid dan memeluk Islam.
“Selepas memeluk Islam, semangat untuk mempelajari Islam sangat membuak-buak hinggalah saya berhijrah ke Derang Pokok Sena, sebuah pusat pengajian agama dan tinggal di situ serta bertemu jodoh dengan isteri saya, Nor Sakinah Vanitha Abdullah,” katanya yang kini membuka kedai makanan Cina Muslim di Bandar Baru Darul Aman.
Katanya, penghijrahan itu memberi kehidupan baru dalam hidupnya dan turut bersyukur kerana di samping mendalami agama, dia juga dapat membina keluarga sendiri dan mampu mendidik keluarganya mengikut acuan Islam.
Keluarga sudah terima penghijrahan
Ditanya tentang penerimaan keluarganya, dia berkata, mereka sudah mengetahui mengenai minatnya terhadap Islam sejak kecil lagi dan kini mereka menghormati keputusannya memeluk Islam.
“Bapa saya Khor Jin Yew sudah lama tahu tentang minat saya terhadap Islam. Walaupun pelbagai halangan dilakukannya, akhirnya dia mengizinkan asalkan saya menjadi seorang insan yang baik terhadap agama dan masyarakat.
“Walaupun kini bapa saya sudah tiada tetapi sebagai abang sulung daripada lima beradik, mereka tetap menghormati malah setiap kali hari raya mereka pernah juga menghantar duit kepada anak-anak untuk membeli pakaian,” katanya kepada Sinar Harian.
Azman Khor berkata, dia kini sungguh gembira dengan kehidupannya, malah turut bersyukur kepada ALLAH kerana menganugerahkan anak seramai 10 orang bagi memeriahkan hidupnya sebagai Muslim.u
KOMENTAR:
Cerita di atas memberi pengajaran kepada kita bahawa cara hidup orang Islam di kampung yang penuh dengan sifat kerjasama, ramah mesra dan suka membantu dan tolong menelong tanpa mengira bangasa dan agama merupak satu daya tarikan kepada mereka yang belum memeluk Islam untuk bergaul dan seterusnya mempelajari cara hidup orang Melayu kampung yang kuat berpegang dengan ajaran agama Islam.

Amalan membaca al quran di kampung-kampung boleh jadi satu daya tarikan untuk yang belum Islam untuk mendalami Islam dan seterusnya memeluk Islam.


Oleh itu sebagai umat Islam marilah kita sama-sama meningkatkan kefahaman tentang Islam dan mengamalkan dalam kehidupan seharian dalam setiap aspek kehidupan. Bina sifat dan budaya hidup Islam yang penuh dengan sopan santun, ramah mesra dan suka membantu orang yang memerlukan adalah satu aset yang penting untuk berdakwah bagi mengajak yang belum Islam utuk mendekati Islam dan seterusnya memeluk Islam. Jika kita Berjaya berdawah secara amali dalam kehikdupan akan memberi impak yang lebih untuk mereka berjinak-jinak dengan Islam. InsyaAllah akan diberi hidayah oleh-Nya. Jika ini dapat dipratikkan dalam kehidupan ianya amat besar ganjaran pahala sebgai salah satu jihad untuk kembangkan Islam di akhir zaman ini. InsyaAllah.




Wallahu'alam.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, 30 April 2015

HIDAYAH ADALAH AUTORITI ALLAH UNTUK DIBERIKAN KEPADA SESIAPA


HIDAYAH ADALAH HAK ALLLAH : dia berhak untuk  anugerahkan kepada sesiapa sahaja .

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).
Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.
Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar.

Lebih-lebih lagi perjalanan hidup berliku yang ditempuhi setiap insan menuntut ketabahan, kesabaran dan pertolongan Ilahi supaya dia berjaya dalam hidup. Oleh itu, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.
Hidayah petunjuk yang dianugerahkan Allah sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa. Dalam erti kata lain, Allah mengurniakan hidayah kepada hamba yang beriman dan bertakwa.
Hidayah Allah tidak ada kaitan dengan hubungan pertalian darah atau kekeluargaan. Seseorang yang taat dan hidup bahagia dengan hidayah Allah, tidak semestinya anaknya juga begitu. Contohnya, Nabi Nuh dan anaknya serta Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya, Abu Lahab.
Ada juga orang fasik yang sentiasa bergelumang dosa tetapi anaknya seorang yang salih dan patuh ajaran Islam. Ini berlaku kepada Nabi Ibrahim dengan ayahnya, pengukir patung berhala.
Oleh sebab itu, kita tidak boleh menyangka orang yang selalu melakukan kejahatan tidak akan mendapat hidayah Allah kerana hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa dikehendaki-Nya.
Nabi dan rasul, tugasnya menyampaikan kerana tidak ada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)
Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Quran al-Azim ada menyebut sebab turunnya ayat kerana ada beberapa orang Islam yang bersedekah kepada fakir miskin penduduk Madinah, kemudian setelah ramai bilangan yang masuk Islam, maka Rasulullah SAW menegah memberi sedekah kepada orang musyrikin.
Tujuannya ialah untuk menarik mereka supaya menganut Islam kerana Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan hal ehwal mereka. Lalu turunlah firman Allah yang memerintahkan Baginda supaya terus memberikan sedekah kepada mereka.
Biarpun hidayah menjadi milik mutlak Allah, namun umat Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah Islam kepada bukan Islam supaya beriman kepada Allah.
Dakwah yang baik dan berkesan hendaklah berpaksikan kepada tiga kaedah iaitu berdakwah secara hikmah atau bijaksana, memberi pengajaran atau contoh teladan baik dan bertukar fikiran atau berdialog dengan cara lebih baik.
Oleh itu, setiap Muslim perlu mempergiatkan usaha untuk berdakwah dan bersabar dalam menjalankan usaha dakwah Islamiah kepada bukan Islam supaya ia mencapai matlamat yang disasarkan iaitu keadilan Islam, keharmonian hidup serta kecemerlangan dalam hidup.
Hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan diterokai orang beriman dan bertakwa kepada-Nya dalam rangka untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.



Walahu’alam.

Monday, 27 April 2015

BAGAIMANA MENGUBAH SIKAP ANDA

Bagaimana Memperbaiki Sikap anda ?


Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.
Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.

1. Bangun Awal!
Bangun awal sebelum waktu solat subuh, bersegera ke masjid untuk solat subuh brjemaah. Selepas selesai solat subuh berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.Ini akan memberi aura yang positif dan besemangat untuk mulakan aktiviti harian anda.

2. Esok Adalah Hari Baru
Apabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah. Letakkan niat untuk menjadi lebih baik esok hari berbanding hari ini. Inilah sikap yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.  Sentiasa memburu kejayaan untuk mendapat yang terbaik dan keredaan-Nya.

3. Kawal
Satu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.

4. Rakan-rakan
Anda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif. Pilihlah rakan yang bersikap positif dan mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi.

5. Pemakanan yang sihat
Anda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”

6. Tidur
Tidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.

7. Hobi Sebagai Penyelamat
Adalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang antik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.

8. Layan Orang Lain Dengan Baik
Memang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.

9. Gambaran Yang Lebih Besar
Apabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.Ingatlah segala yang berlaku keada diri anda adalah ketentuan Allah yang Maha Mengetahu apa yang terbaik  untuk anda. Reda dengan ketentuaNya dan berdoalah kepadaNya setiap masa.

10. Cuba Sesuatu Yang Baru
Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda atau cuba hobi yang baru. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.

11. Bukti                                                                                                      
Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.

12. Berhenti
Jika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.

13. Anda Memerlukan Hari Yang Buruk
Tidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok. 

14. Tuliskan
Inginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.

15. Bantuan
Sokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.

16. Jadi Si Optimis
Menjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.

Panduan di atas adalah keadah yang terbaik untuk mengubah sikap, sungguhpun begitu perlu di ingat jika tiada hidayah Allah seseorang itu tidak akan berubah, oleh itu mendekati diri kita kepada-Nya juga adalah penting dalam apa jua tindakan kita untuk berubah dalam semu hal.

Gunakan panduan di atas, dan anda akan dapati diri anda berubah menjadi seorang optimis sebenar. In sya Allah.



Wallahu'alam


Sumber : Jason Gracia