RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Sunday, 5 April 2015

AMALAN UNTUK MEMPERCEPAT DAPAT JODOH.

Amalan Memudahkan  Jodoh

Mempercepatkan jodoh bagi teruna dan dara adalah amat di galakkan oleh Islam. Kerana muda mudi yang akhir baligh dan mempunyai pekerjaan bagi menyara keluarga serta berkeinginan untuk kahwin. Maka para wali perlu memberi kebenaran kepada mereka untuk”mendirikan masjid” yang amat di tuntut oleh Islam, kerana apabila anak adan itu berkahwin maka menagislah syaitan kerana dia tidak lagi dapat memperdayakan anak adam untuk melakukan maksiat.

Raliti kehidupan tidak semua teruna dan dara memporolehi jodoh dengan cepat, kadang kala terdapat kes-kes tertentu mereka lambat mendapat jodoh walaupun telah berusaha untuk mencari jodoh. Dibawah inik dicatakan beberapa tindakan yang akan dapat mempercepatkan bertemu jodoh . Insya Allah.

  1. Berdoa setiap kali solat selepas 5 waktu-apa yang kita nak doa? Doalah minta Allah percepatkan jodoh kita, temukan kita dengan si dia yang beriman, boleh bimbing kita menuju Allah, dan untuk ikhwat, doalah dapat akhowat yang sejuk mata memandang,elok perangai. Rupa letak nombor dua ye? Iman dan akhlak tu kita mesti tengok nombor satu.
  2. Berdoa waktu tengah malam- haa.. masa orang lain tengah sibuk mengulit hujung selimut, kita bangun. Jumpa Allah waktu qiam. Time tu kan,sikit je orang berdoa. InsyaAllah, lagi cepat Allah makbulkan.
  3. Minta ibu ayah doakan- Doa ibu doa yang mustajab. Cepat Allah kabulkan. Cuba tengok si Tanggang tu, kejap je Allah makbulkan doa mak dia. Dah jadi batu budak tu. Kalau zaman sekarang, mungkin boleh tukar jadi I phone ke I pad ke. *gegurau manja*
  4. Puasa masa hari jadi- Ada seorang makcik pesan kat CL, time hari jadi nanti, berpuasalah, lepas tu minta doa banyak2 kat Allah untuk cepat dapat jodoh yang baik.
  5. Buat solat sunat taubat- ustazah kata, Allah suka terima doa dari orang yang suci dirinya. Dah buat solat taubat, insyaAllah, gugurlah dosa-dosa.
  6. Rajin-rajin tanya ibu- yang ini, maksudnya getaran atau naluri. Kadang2 ibu ayah kita, mereka dapat tahu bahawa lelaki yang kita minat atau perempuan yang kita suka tu baik untuk kita atau tak. Ini masuk bab restu.
  7. Pohon restu ibu ayah- Yang ini, kalau ibu ayah tak suka, janganlah diteruskan juga. Cuba fikir, kita kenal si dia baru berapa lama? Cuba banding dengan ibu ayah kita, berapa lama? Sapa yang basuh berak kita masa kita kecik? Mak ayah kita kan? Cuba suruh dia basuh, nak tak agak2? haaa.. kan? kan? masa kita susah, takde duit, siapa yang support? Dia ke mak ayah kita? Dia tu mungkin menghabiskan duit ada la. Duit topap, present segala bagai. *emo-emo ayam*
  8. Sebut selalu "Ya Razzaq"- apa maksud ya Razzaq? Yang Maha memberi rezeki kan? Allah yang bagi nanti jodoh kita.
  9. Banyakkan solat hajat- tak susah pun, 2 rakaat je paling sikit. Kalau dah malas tahap atromen gaban, doa lepas solat atau dimana2 saja,dimana jua anda berada. Allah dengar :)
  10. Ini dia doa ringan jodoh, jom baca surah Yusuf ayat 4, surah Yunus ayat 81, surah Qasas ayat 24 dan akhir sekali, surah Az Dzariyaat ayat 22.

Walaupun kita rasa kita masih muda, lambat lagi kononnya nak kahwin,tak salah minta dari sekarang, lagi kuat kita usaha, lagi besar ganjaran menanti kita. InsyaAllah.

Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.