INTISARI TAZKIRAH TAFUQUH FI ADDIN - Masjid Mukim Panji ( Oleh Ustaz Hj Muhammad bin Mustafa ) 17April 2-14
Kita semua beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang didasari nikamat Islam, satu nikmat yang mengtasi segala nikmat lain di dunia ini. Untuk itu kita sebagai hamba semestinya menunjukkan dan membuktikan rasa syukur kita dngan cara yang betul supaya ianya menepati konsep Ubudiyyah kepada Allah.
Cara-cara mensyukuri nikamat Islam:
1. Mesti kenal pemilik Islam.
# Islam yang dianugerahkan kepada kita ini ada pemiliknya yang mutlak. Sebagai penerima anugerah, maka kita mestilah mengenali pemilik Islam iaitu ALLAH secara makrifah ilmiah iaitu kenal secara ilmu. Allah mesti dikenali secara ilmiah melalui nas-nas yang beriwayat dan tepat,
# apabila kita mengenali Allah secara ilmiah maka akan timbullah rasa kenal Allah ke tahap yang seterusnya iaitu kenal secara rasa. Diperingkat ini, seseorang hamba Allah itu akan rasa kemanisan dalam ibadatnya kepada Allah. Tujua ibadatnya kerana Allah semata-mata, tida tujuan yang lain.
# seseorang yang telah mengenali Allah secara ilmiah dan seterusnya zaukiyyah atau melalui rasa akan melayakkannya untuk mengenali secara ainiyyah, dapat melihat Allah secara berdepan sebagaimana kita melihat bulan purnama pada malam hari. Mengenali Allah seccara ainiyyah hanya akan berlaku di akhirat nanti apabila Allah menawarkan kepada penghuni-penghuni syurga untuk melinatNya dan ianya merupakan nikmat yang paling bernilai berbanding nikmat-nikma syurga yang lain yang telah sedia melimpah ruah.
2, Merasa syukur menjadi umat Islam.
# Menjadi umat Islam adalah satu anugerah yang mesti disyukuri gengan bersungguh-sungguh dn ianya perlu didasarkan di dalam hati dan mesti dibuktikan melalui amalan dan gerak geri dalam kehidupan seharian.
3. Menerima Islam bersama ilmunya.
# Islam adalah agama yang lengkap, ianya merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Aapa sahaja permasalahan dihadapi di dalam kehidupan manusia telah disediakan jalan penyelesaiannya melalui gedung ilmu Islam. Dalam usaha kita mensyukuri nikmat Islam ini maka kita mestilah mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajarai ilmu-ilmu Islam.
#Memperlajari ilmu-ilmu Islam Islam tidak terhad kepada faktor-faktor usia atau tempat. Ilmu mesti dipelajari walau berapa pun usia seseorang dan walau di mana dia tinggal. Ilmu Islam mengajar manusia mengenali penciptaNya sebagaimana yang difirmankan Allah melalui ayat-ayat pertama diturunkan di Gua Hira' kepada Rasullah SAW.
4. Hidup Secara Islam.
# Seluruh kehidupan seorang muslim bermula dari bangkit dari tidur sehinggalah kembali tidur, konsep ibadat dalam Islam meliputi seluruh aktiviti kehidupan seharian.Hakikatnya seluruh kehidupan manusia mesti ada kaitan dengan Allah Yang Maha Agung. Oleh itu untuk mendapat manafaat umur kita dalam kehidupan ini, maka setiap aktiviti yang kita lalukan mestilah dengan niat kerana Allah dan mengikut ketetapan dan peraturan yang telah Allah gariskan di dalam Al Quran dan juga sebagimana yang telah ditunjukkan oleh Rasullah SAW. (sunnah).
5. Hidup untuk Islam.
# Cara mensyukuri nikmat Islam, Kita perlukan jadi hidup kita ini hanyalah untuk Islam. Iaitu di sepanjang hidup kita adalah untuk perjuangan Islam samada melalui penghijrahan, penulisan, dakwah dan sebagainya. Inilah diantara amalan-amalan para ulamak silam yang telah berkobang usia mereka untuk menyebarkan ajaran Islam di serata pelusuk dunia.
# Seseorang Islam yang berjaya adalah muslim yang menjadikan matlamat hidup didunia ini untuk mendapat kebahgian yang kekal abadi di akhirat. Kerna mereka yakin kehidupan yang terakhir adalah kehidupan di akhirat sama ada di syurga atau di neraka. Inya bergantung dengan amalan kita di dunia ini samada men menjurus ke syurga jika dilakukan semua printah Allah dan menjurus ke neraka jika kita engkar dan melanggaar perntah Allah.
# Manusia perlu mengalami 8 episod kehidupan untuk sampai ke kehidupan yang kekal abadi sama di Syurga atau Neraka.
1. Alam Roh
2. Alam Janin
3. Alam Dunia
4. Alam Kubur
5. Alam Mahsyar
6. Alam Hisab
7. Alam Siraq (titian)
8. Alam Syurga atau Neraka.
# Beruntunglah para penghuni SYURGA walaupun siapa status mereka semasa hidup di dunia dahulu tetapi kehidupan mereka dipenuhi dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah saban masa. Mereka ini telah dijanjikan dengan Syurga yang penuh kenikmatan yang tidak boleh dibandingkan dengan kenikmatan yang pernah kita kecapi semasa hidup di dunia ini.
# Sebaliknya amatlah rugi dan malang bagi sesiapa yang menjadi warga NERAKA. Seksaan Allah meliputi seluruh jasad mereka akan di azab dengan bahang api yang panas membara, Sebagai balasan terhadap mereka semasa di dunia mengengkari perintah Allah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Menetaplah mereka di neraka walaupun siapa status mereka semasa di dunia dahulu. Menetap mereka di sana sehingga ke satu tempoh yang hanya ilmu Allah yang mengetahuinya.
Wallahualam,

No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.