RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label Muhasabah diri.. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri.. Show all posts

Monday, 18 May 2015

SAHABAT TIKAM BELAKANG ?

Sahabat tikam belakang? Pernahkah anda mengalaminya? 
 “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
 “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..” (Haslinda Lukman, Majalah Cahaya Feb 06)
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah  hubungan yang sangat mulia kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang individu. Ada sahabat yang sanggup menghulurkan tangan ketika kita susah dan menjadi peneman di saat kita sedang berduka. Namun, tidak kurang juga sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan di atas sahabat yang lain. Bila sekali kita jatuh, jangankan hendak menghulurkan tangan, memandang wajah kita jauh sekali. Saya yakin, bukan sahabat jenis ini yang anda mahukan.
 Sahabat? Apa itu sahabat?. Ada orang kata sahabat itu macam bulu tangkis, belum main dipegang, bila main dipukul. Ada juga orang kata sahabat itu diiibaratkan macam bola ragbi, belum dapat direbut, dah dapat dilindung dan dijaga. Apa pun takrifannya, bagi saya seorang sahabat itu amat sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan, dan mustahil dilupakan, seorang sahabat yang sanggup berkongsi suka duka dan menyelami perasaan sahabatnya yang lain, menghulurkan tangan di kala kita memerlukan pertolongan dan bantuan. Berbeza dengan istilah kawan, bergantung kepada individu untuk mendefinisikannya, tetapi bagi saya seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka. 
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: ”Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti ini ; jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; jika engkau rapatkan persahabatan dengannnya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan  baik; jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. “Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; dia membantu menunaikan tanggugjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; dan yang terakhir sekali ialah dia mendorongmu dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat dengan memgajakmu untuk mendekati Allah setiap masa.
“Pernahkah sahabat anda menikam anda  daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam bermaharajalela di dalam hati anda?. Daripada apa yang saya faham, tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain. Sebagai contoh, depan kita segala-galanya baik, manis tetapi di belakang kita, dialah gunting dalam lipatan. Segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan bersama dengannya, habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih menakutkan apabila ianya melibatkan maruah kita. Perbuatan seperti ini tidak memberi manfaat malah lebih memburukkan keadaan kedua belah pihak dan juga masyarakat sekeliling yang telah mengetahui perkara sedemikian. Secara tidak langsung, pihak yang telah ditikam belakang itu tadi akan merasa ditindas, dianiayai dan dimalukan oleh sahabat sendiri. Tikam belakang biasanya terjadi apabila seseorang itu menyimpan perasaan iri hati terhadap orang lain, tidak berasa senang dengan apa yang mereka ada, cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain.
Dalam urusan bisnes pula, seseorang itu sanggup menikam sahabat mereka demi untuk mencapai apa yang diingininya, menjatuhkan sahabat sendiri dan mentertawakan mereka setelah berada di puncak. Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun.  Akibat daripada insiden tersebut, hubungan individu dengan sahabatnya akan menjadi renggang seterusnya menjadi penghalang untuk mereka kembali menjadi intim. Keadaan ini akan berterusan, mungkin untuk sebulan, setahun atau mungkin selama-lamanya, bergantung kepada mereka yang mengalaminya dan sejauh mana kekuatan diri mereka dapat bertahan.
Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka. Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum. Oleh itu, berwaspadalah bila kita berbicara kerana kita tidak sedar adakalanya kita membuka cerita orang lain sehingga boleh mendatangkan aib pada individu yang terbabit. 
Di sini ada beberapa responden yang pernah dianiaya oleh sahabat sendiri, lebih lagi jika sahabat itu merupakan tempat kita berkongsi segalanya sehinggakan ahli keluarga keduanya telah pun saling mengenali.
Ikuti kisah benar ini.. “Saya bersahabat dengan S ketika saya menjalinkan hubungan dengan A. Pada ketika itu, S memang mengetahui hubungan kami dan tidak putus-putus menyatakan doanya agar kami dijodohkan bersama. Ibu bapa saya juga mengetahui perhubungan di antara kami bertiga. S saya anggap seperti kakak sendiri dan ibu saya menganggapnya sebagai anak. Hubungan kami memang intim sehinggakan tiap kali saya dan A keluar, S akan turut serta. Hari-hari yang dilalui memang indah tetapi ianya tidak ke mana. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun setelah saya perhatikan, A dan S seakan-akan mempunyai hubungan istimewa tetapi merahsiakanya daripada saya. Suatu hari saya di kejutkan dengan berita yang tidak saya jangkakan langsung.
 A dan S memberitahu saya mengenai perancangan mereka untuk membina masjid pada tahun ini. Dan mereka mahukan saya berada dalam majlis tersebut. Kata mereka, kehadiran saya amat penting. Saya jadi bingung, di mana harus saya letakkan maruah saya yang yang telah tercalar, depan-depan saya mereka guris perasaan saya, hancur dan remuk hati saya. Di waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ini. Tergamak mereka berbuat demikian.
Adakalanya saya bermonolog sendirian, apakah silap saya hinggakan mereka sanggup menganiaya sahabat dan kekasih sendiri?. Saya sudah memaafkan mereka tetapi untuk menerima mereka kembali dalam hidup saya, itu sesuatu yang mustahil dan tidak mungkin saya lakukan sekalipun mereka merayu.” Begitulah luahan hatinya
Sebagai sahabat, tidak sepatutnya perkara sebegini berlaku, lebih-lebih lagi kita sedia maklum yang sahabat kita sudah mempunyai seseorang yang istimewa dalam hidupnya. Dan sebagai seorang kekasih, janganlah kita bersikap seolah-olah tiada perasaan setelah kata-kata manis dan segala janji telah ditabur kepada pelajar tersebut.
Seterusnya, mari kita ikuti cerita Norlaila, juga seorang pelajar U. “ Dalam bersahabat, tidak semuanya baik. Kadang-kadang sahabat ni hanya tahu bermuka-muka. Depan kita, manisnya ayat, lembut gigi dari lidah. Belakang kita, segalanya diperkatakan hingga tidak sedar yang kita telah mengaibkan individu lain. Macam seorang sahabat saya ni, dahulu kami rapat dan saling bercerita serta berkongsi masalah. Tetapi satu hari, sahabat saya ni sanggup bercerita buruk di belakang saya. Geramnya Tuhan sahaja yang tahu. Saya ni penyabar orangnya dan tidak berdendam. Saya tidak akan serang orang tersebut, tetapi kalau tingkahlakunya melebihi batasan, tidak mustahil saya “meletup”. Bagi saya, mungkin dia ingin dilihat sempurna di mata orang lain atau mungkin juga ada faktor lain. Hubungan kami pun sudah renggang dan adakalanya hanya sekadar bertegur sapa sahaja. Susah untuk mencari sahabat yang betul-betul sahabat, yang ada hanya kawan yang menemani di saat kita gembira sahaja.” 
Itulah dua responden yang telah sudi berkongsi pengalaman mereka mengenai tikam belakang. Di sini, ada beberapa pandangan dari tutor Kaunseling, FKP. Kita ikuti apa kata En Mohd Isa Amat. “ Tikam belakang atau backstabbing merupakan satu keadaan di mana sahabat karib telah melakukan satu perkara yang tidak sepatutnya kepada sahabat sendiri. Bergantung kepada individu, adakah tikam belakang ini satuhabit atau perlu berbuat begitu untuk melindungi atau untuk mengelakkan dirinya daripada menerima akibatnya. (bergantung kepada situasi). Perkara ini berlaku apabila tiga elemen ini bergabung iaitu fikiran, tingkahlaku dan perasaan. Tiga elemen ini penting dalam perlakuan kita seharian. Apabila ianya bergabung, maka perbuatan adalah perkara terakhir. Adakalanya kesannya lebih teruk bagi kedua belah pihak sehinggakan membawa kepada kebencian tetapi kita kena bijak membezakan sama ada kita membenci empunya diri atau perbuatannya.” Begitulah penerangan dari En. Isa.
Seterusnya, seorang lagi tutor di U  menghuraikan dengan lebih jelas lagi mengenai tikam belakang. “ Pada saya, istilah tikam belakang ialah apabila sahabat telah melakukan satu perkara di luar jangkaan sahabatnya dan buat kita rasa dikhianati. Istilah sahabat berbeza dengan istilah kawan. Punca berlakunya perbuatan sedemikian disebabkan perasaan iri hati dan kerakusan. Sebagai contoh, apabila seseorang itu inginkan sesuatu dengan cara yang cepat, dia mahu tunjukkan kepada orang ramai yang dirinya berkuasa dan lebih mantap. Secara idealistik, perkara ini tidak sepatutnya terjadi tetapi ianya merupakan satu pengalaman yang setiap orang pernah mengalaminya atau mungkin akan mengalaminya. Orang kata, bila bersahabat kita tidak boleh memilih, tetapi itu silap. Kita kena bijak memilih sahabat kerana sahabat dapat menceriakan diri kita. Jangan sesekali kita risau tidak ada orang yang ingin bersahabat dengan kita kerana dunia ini luas dan ramai lagi yang ingin bersahabat dengan diri kita dan menerima diri kita seadanya. Sebelum pisang berbuah dua kali, pilihlah sahabat yang benar-benar sahabat.” 

Daripada imbasan cerita diatas, dapat dirumuskan bahawa sahabat tikam belakang adalah lumrah dalam kehidupan di dunia yang fana ini. Ini disebabkan manusia secara semulajdi mempunyai sifat cemburu, iri ihati dan dendam kesumat. Bagi mereka yang tidak dapat mengawal perasaan mazmumah ini dia mudah digoda oleh syaitan untuk melakukan segala pebuatan yang dilarang oleh Islam. Oleh itu perlulah kita berwaspada dalam memilih sahabat semoga tidak terjadai “Sahabat yang Tikam Belakang”.

Monday, 27 April 2015

SUAMI BERLAKU CURANG SIAPAKAH PATUT DISALAHKAN ?

SUAMI CURANG – SIAPA PATUT DI SALAHKAN ?


Bila di sebut bab suami curang pasti ramai antara kita yang melenting, cuba menuding jari kea rah orang lain dengan pebagai tomohan dan andaian.  Tap tidak terfikarkah yang patut disalahkah kerana membuka ruang suasana kepada; suami untuk berlaku curan adalah isteri.

Pernah seorang isteri memberi bukti sebab utama suami curang adalah kerana isteri, memmbuatkan aku sendiri tersentak dan terfikir.. "kalau suami curang aku takkan salah kan dia, tapi aku salah kan diri aku sebab aku isteri yang gagal" kata Anita semasa berborak dengan ku pada satu petang.

Yes statement yang memang kasar tapi itu la hakikatnya.kadang kala kita lupa memandang diri sendiri kerana terlalu asyik menunding jari pada orang lain. Sebab berlaku di katakana suami miang, kuat nafsu seks, tak kenang jasa isteri, dan juga perempuan lain yang dipersalahkan. Dituduh perampas suami oaring, penggoa suami orang, mata duitan, betina gatal dan pelbagai tuduhan lagi. Tapi si isteri lupa yang dirinya sendiri sebagai penyebab utama hilang dek perasaan yang suka menuduh orang lain bukan-bukan. Bla-bla…..bla……. itu lah lumrah realiti kehidupan dunia ……. Dunia…. Astarfillahulazim…

Bagaimana nak kenali Suami yang telah berlaku curang……

jom mari kita teliti  CIRI-CIRI SUAMI CURANG.

1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami anda ? , mungkin teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.  Kekasih lamanya tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lamanya. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih-lebih lagi kalau kekasihnya itu pun memang memeberi respon kepada  suami anda.

2. Bila suami mula jaga badan dan berdandan tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

3. Talifonnya selalu silent atau padam kalau dia  kat rumah,  memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, mungkin itu adalah kod rahsia hubungan mereka berdua.

4.  Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

5. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka dan tidak begitu mesra dengan anda. Juga sering membatu bila bersama anda.


 6. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2 haa, ini baru mula menjalin hubungan, khayalan dengan pasanganya dah mula mempengaruhi fikiran suami anda.

 7. Suami mula pelupa! fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa tentang urusan berkaitan keperluan rumah dan keluarga. Cakapnya sering tersasul sahaja.

8. Kalau out station isteri nak ikut, dia beriya-iya pujuk isteri supaya  tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh mereka pasti akan rancang pertemuan dengan pelbagai cara.

9. Memberi perhatian lebih pada isteri  secara tiba-tiba, ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert isteri punya syak wasangka dengan bertindak pura-pura, lainlah jika perhatian sepecial tu memang amalanya.

10. Selalu lewat tidur, dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis dan tidak banyak gangugan luar.

11. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan isteri yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?. atau terkedu bila isteri tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain? Atau ada tak niat nak kahwin dua ?.

12. Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak. Diberi alasan dia sibuk dengan kerja pejabat, perlu layan klien.

13. Rajin menghantar anak ke persatuan  semasa  hari cuti,  dan isteri ditinggalkan di rumah. Masa ni dia  gunakan untuk menghubungi kekasihnya.  Jika ada perubahan sebegini cuba mendekakitnya untuk mengetahui apa yang di lakukan atau apa yang dia pendamkan,

1st of all tanya diri kita kenapa suami kita memandang orang lain selain kita? lets check it out! SEBAB atau PUNCA SUAMI CURANG!

Diantara sebab utamanya adalah kerana sikap isteri itu sendiri yang telah begitu berubah semenjak berumahtangga, lebih-lebih lagi bila anak sudah tidak boleh di bilang dengan sebelah jari tangan, sesibuk mana dengan anak dan kerja rumah tapi keperluan belian kasih sayang dan memenuhi kehndak batin suami janga di abikan…. Bila di abaikan inlah jadinya… suami mula cari makan luar yang servisnya 5 star ?

Kajian mendapati suami curang cuba berjinak-jinak dengan perempuan di luar sana apabila isteri mulai abaikan aspek berikut:-


Layanan yang kurang buat suami, samada makan minum dan lebih-lebih lagi layanan di bilik semasa hunungan intim.. (jangan la layan sebulan sekali pulak, harus la suami cari yang lain, dan mesti ingatlaah suami kita ada tiga kouta lagi yang diberi oleh  Islam, kerana sememangnya lelaku ditakdirkan mempunyai keinginan seks yang lebih berbanding wanita)

2.Tiada kelembutan atau   manja dalam berbicara (sekali pompuan yg kat luar tu cakap lebih manja dari korang, kat situ je korang dah kalah dah) Selekeh/ tak nak bersiap dan melawa untuk suami.( Cane la suami korang tak pandang pmpn lain.. bila duk rumah pun selekeh je, tak nak  berhias comel-comel seperti korang ke pejabat.)  Ini satu kecuaian tanggung jawab yang besar kerana Islam memberi amah kepada isteri supaya memberi tumpuan kepada suami sepenuhnya dari segi keprluan nafkah batin.

3.      Tidak mahu melayan kehendak/ keinginan suami (suami teringin nak korang pakai itu ini korang buat dek je, so dia pun cari la yang boleh ikut selera dia ).Tidak menyediakan keperluannya.  Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

4.       Sukar beri layanan seks.  Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat suami anda..

5.      Melakukannya seperti orang suruhan.  Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

6.      Amalkan gaya hidup social.  Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang, terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

7.      Berpenampilan tidak menarik.  Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

Kesimpulannya,  boleh la aku conclusion kan di mana sex tu sangat penting. jangan korang abaikan n buat tak tau je. selagi suami kita masih bernafsu tengok kita jaga la dia dengan sebaiknya.. sebab kalau suami dah takde hati nak tengok kita memang your're in trouble la beb! and korang memang dah terlambat so selamat menerima madu la ye.. hahaha.. choiiii ok now.. kalau korang rasa dia dah ada yang lain dari ciri-ciri yang tersebut.. masih belum terlambat untuk grab dia balik. jangan lepas kan pulak ye.. bukan senang nak kawin woiii...

Projek Memikat Suami Sekarang Jom jalankan PROJEK MEMIKAT SUAMI. Dear friends.... kenali la sebaik-baiknya suami korang.. jangan biarkan mereka menyesal, bosan , rasa wasted time, sedih dan tak bahagia hidup dengan kita. Mereka pasti mencemburui kawan-kawan mereka yang hidup lebih bahagia dari mereka walaupun tidak kaya. Jangan Abaikai mereka hanya kerana kita sibuk dengan rutin harian yang lain. kerana mereka juga perlukan perhatian kita. Itu penderaan namanya. kalau kita di tempat mereka, apa yang kita rasa? Here aku nak share beberapa tips yang bermanfaat untuk di praktikkan. untuk yang takde problem pun boleh guna jugak untuk memperkasakan lagi hubungan suami isteri.

Tips2 ni aku dapat dari pembacaan, pengalaman dan juga pemerhatian.kalau korang rasa tak betul sila ignore.

Iktiraf Kelelakian Suami -memahami hak dan kelebihan seorang suami -memahami ciri-ciri tersendiri suami -menjiwai watak kelelakian suami

-Bersangka baik pada suami –

Redha dengan kelemahan suami –

menghormati nilai hidup yang di pegang suami

-Akur kepada hak suami kepada isteri

-Sentiasa menggambarkan kata2 penghargaan kepada suami Jangan Leteri Suami

-berbincang bagi menyelesaikan masalah

 -sentiasa berfikiran positif -sentiasa bertenang dan bersabar

 -merapatkan jurang komunikasi dengan suami

 -menyelesaikan masalah dengan sistematik

 -berhati-hati menegur suami -marah pada benda yang betul sahaja. Fahami Perasaan Suami –

Sentiasa menjadi pendengar yang baik

 -sentiasa bersikap simpati pada perasaan suami

-jauhkan diri dari perlakuan yang tidak disukai suami

-sentiasa peka dengan perlakuan bukan lisan yang di lakukan suami

-sentiasa menghormati pilahn dan keputusan suami

-Jangan mencabar ataupun melawan kemarahan suami Berbincanglah Dengan Suami

-berusaha memahami suami semasa berbincang -jangan membuat kritikan ataupun tuduhan semasa berbincang

-Jangan memandai2 membuat keputusan sebelum berbincang dengan suami

-memberikan tindak balas yang sesuai semasa berbincang serta mampu menyumbangkan idea yang bernas.

 Hiasilah Diri buat Suami -menjaga kesihatan fizikal dan mental -menghias diri dengan ahklak yang mulia -sentiasa membersihkan diri -Jaga penampilan -mengubah tabiat makan dan menu harian. Pastikan menu harian yang diambil yang berkhasiat dan seimbang.

 Lemah- Lembut Dengan Suami -Jangan membantah suami dengan menunjukan cara yang tidak sopan -tangani masalah dengan tenang dan bertoleransi dengan suami

 -Semasa melayan suami lakukan dengan penuh tertib bersopan dan wajah yang manis. -sentiasalah bergurau senda dengan suami untuk menambahkan kemesraan

-panggil lah suami dengan panggilan yang manja. -sentiasa lah mengucapkan terima kasih kepada suami diatas apa jua kebaikkan yang ditunjukkan.

Hargailah Pemberian Suami -Menerima pemberian suami dengan penuh kesyukuran, minat dan bangga -mengucapkan termia kasih dengan iklas dan dengan wajah yang gembira -sekiranya pemberian suami tidak menepati citarasa anda jangan mengkritik pemberian itu -jangan terlalu memikirkan nilai zahir pemberian itu sebaliknya hargailah nilai ingatan dan kasih sayang suami. -setiap kali memakai barang pemberian suami jangan lupa memuji n memuji kebaikkan suami. -menjaga dan menghargai barang pemberian suami dengan baik. tunjukkan rasa bangga.

Jagalah makan Minum Suami -sesekali ubahlah menu harian dengan mencuba resipi baru -sambut la kepulangan suami dengan minuman. -menghidangkan menu sihat dan makanan seimbang.

Jagalah Pakaian Suami -Sediakan pakaian suami yang lengkap bergosok setiap hari -meneliti kekemasan pakaian suami sebelum keluar rumah -sesekali belikan suami pakaian baru

Sembunyikan Kepintaran dan Kelebihan mu di hadapan Suami -berhati-hati sebelum mengeluarkan pendapat -meminta pendapat suami sebelum melakukan sesuatu -jangan mengkritik dan merendahkan pendapat suami -mengiktiraf kepimpinan suami -bersikap suka beralah dengan suami -jangan bongkak dan sombong dengan kejayaan diri.

Jangan Membuang Masa -menetapkan satu polisi masa untuk diri sendiri -menggunakan waktu terluang bermesra dengan anak-anak dan suami
.

Jangan Banyak Kerenah -jangan suke membesarkan sesuatu isu -sentiasa muhasabah diri -bersabar dan pandai menyesuaikan diri dengan kelemahan orang lain Patuh/Taat Suami -sentiasa insaf dan akur bahawasanya Allah menjadikan lelaki itu pemimpin kepada wanita -berusaha n ikhlas melayan suami -patuh dan akur dengan suruhan suami selagi tidak menyipang dari ajaran islam.

Jangan Cemburu Buta -Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan aduan orang -menjauhkan prasangka buruk dan perasaan negatif -bersabar dan berfikir sebelum bertindak -menanamkan kepercayaan dan keyakinan pada kejujuran suami

-jauhkan perkahwinan daripada pengaruh orang ke3 jangan membuat tuduhan melulu- berbincanglah Iktiraflah Kepimpinan Suami -sedar tentang kewajipan seorang isteri -jangan mementingkan diri sendiri -menghormati hak suami -sentiasa bersedia dan akur tentang kehendak suami -tetap patuh suami walaupun hati tersinggung -sentiasa mengagumi kebolehan suami.

 Permudahkan penglibatan sosial Suami -faham keperluan sosial setiap individu -berusaha mengenali kawan-kawan suami -jangan terlalu banyak bertanya tentang aktivit di luar rumah Jangan Boros -minta keizinan suami dahulu sebelum berbelanja -Jangan membazir pada benda yang tidak perlu -buat senarai dahulu

-Jangan berhutang Jangan Terlalu Mengawal -menghisab diri dan menilai semula keburukkan yang anda lakukan kepada suami -sentiasa memohon maaf kepada suami
-jangan terlalu mengawal suami hingga suami merasakan yang ada ini seorang penyibuk Berterus terang dan berkomunikasi lah dengan Suami

-jangan berfikir yang suami boleh memahami apa yang anda rasakan dan fikirkan -jangan menggunakan kata-kata kiasan atau sindiran bagi meluahkan rasa

-jangan memegang prinsip "bohong sunat' -menjaga perkataan dan nada suara semasa berbicara -menggunakan teknik komunikasi yang berkesan

Berjimat-Cermat - merancang perbelanjaan -berdisplin apabila berbelanja -mengenal pasti hirierki kepentingan perbelanjaan -jangan terlalu suka bershopping kerana suami cepat bosan -kretif menguruskan perbelanjaan keluarga satakat tu saja la yang dapat aku kongsikan. yang lain pandai-pandai korang la nak fikir.. but this is the fact yang aku rasa ramai lupa atau terlepas pandang.

Bila dah kawin kita lupa how to keep our marriage to be more and more happiness. Sepatutnya apabila usia perkahwinan semakin meningkat kita semakin bahagia kerana kita dah banyak belajar n semakin memahami pasangan.

 Sentiasa berdoa agar perkahwinan yang di bina kekal bahagia hingga ke syurga ,

sekian.. renung renungkan dan selamat bermuhasabah..

Wallahualam

Sunday, 26 April 2015

TANGGUNG JAWAB PEMIMPIN

PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT .....MASUK NERAKA ?

Di akhir zaman ini ramai orang yang menawarkan diri untuk jadi pemimpin. Mereka akan berjanji untuk memberi khidmat bakti yang terbaik kepada rakayat di kawasan yang dipimpin. Lebih lebih lagi apabila kedah memimilih pemimpin dilakukan secara pilihanraya.

Sesungguhnya bagi orang yang memupunyai kemitment yang tinggi terhadap perintah agama, dia akan merasa berat untuk menerima tawaran menjadi pemimpin.Kerana mereka tahu bahawa kempimpinan adalah satu amanah yang ditetapkan oleh Allah. Pemimpin adalah orang yang diberi tangggung jawab untuk memimpin semua rakayat dan mampastikan meraka mendapat menikmati kehidupan yang baik dari segi ekonomi dan juga ibadat kepada Allah. Jika fakator ini tidak dapat dicapai maka pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak di hadapan Allah. Jika tidak disempurnakan dengan baik pemimpin itu akan dihukum dan di masukan ke dalam neraka. Sebaliknya jika dia seorang peimimpin yang baik ia akan diberi pahala berganda berbanding dengan orang biasa. Tempat mereka di dalan Syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Sabda Rasullah saw:

قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَا مِنْ عَبْد يَسْتَرْعِيه اللَّه رَعِيَّة يَمُوت يَوْم يَمُوت وَهُوَ غَاشّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّه عَلَيْهِ الْجَنَّة ) ‏
Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: 
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga. 
PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
JANGAN SOKONG PEMIMPIN YANG BOHONG DAN ZALIM
عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ. قال شيخنا الشيخ شعيب الأرناؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين .
Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)
1520 حَدِيثُ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُمْلِي لِلظَّالِمِ فَإِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ ثُمَّ قَرَأَ ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ ) *
1520 Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan memanjangkan usia atau waktu bagi orang-orang yang zalim. Walaupun begitu Allah tetap menyiksanya, maka Dia (Allah) tidak akan melepaskannya. Kemudian beliau membaca firman Allah: ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِىَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ ) Yang bermaksud: Dan begitulah azab Tuhanmu apabila Dia mengazabkan penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azabNya itu adalah sangat pedih lagi keras *

Oleh itu wahai rakan semuslim marilah kita mehisbah diri adakah kita tergolong orang yang dipilih sebagai pemimpin tetapi telah menyalah gunakan kuasa yang menyebabkan rakayat tersika kerana peraturan yang kita tetapkan itu memberi beban kepada mereka
Begitu juga anda sebagai pemilih yang akan memilih pemimpin, berhati hatilah jangan memimilih pemimpin yang bersekongko dengan mereka yang zalim. Gunakkanlah akal dan ilmu yang Allah beri kepada kita untuk memimilih pemimpin yang beriman dan bertaqwa yang akan memandu kita kearah kejayaan di dunia dan juga dapat meraih keredaan Allah di akhiarat kelak.


Wallahu’alam.


Sumber “ ustaz  Yusof Embong(uye)

BAGAIMANA MENGHADAPAI UJIAN ATAU MUSIBAH DALAM KEHIDUPAN

RENUNGAN BUAT MEREKA YANG DITIMPA UJIAN ATAU MUSIBAH

Dalam kehidupan di dunia ini telah menjadi kelaziman kita akan mengalami peristiwa yang mengembirakan dan juga yang mendukacitakan. Bisanya apabila kita perolehi kegembiraan kita rasa bahawa diri kita adalah seorang yang bertuah, berjaya dalam hidup dan mendapat kurniaan Allah.
Sebaliknya apabila kita di uji denga musibah atau kesusahan memberi satu tekanan dalam kehidupan, perasaan sedih dan berdukacita serta memikirkan yang bukan-bukan kadangkala sehingga merasakan dirinya tidak berguna, menyusahkan orang, hidup ini sial dan sebagainya. Malah ada yang mula lupa akan ujian itu adalah tanda Allah akan membersihkan diri kita dari dosa-dosa silam. Bagi sesetengah daripada kita yang tidak sabar dalam menepuh ujian derita itu akan mengambil tindakan yang di luar kebiasaan tabie manusia seperti tindakan nekad untuk mengakhiri kehidupan (auzubillahiminzalik).
 Raliti kehidupan ujian, musibah, dugaan dan cabaran akan mendatangi diri setiap manusia tidak kira waktu dan tempat. Ia akan datang pada sesiapa sahaja. Tidak kiralah samada dia raja, sultan, menteri, orang kaya, orang miskin, orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Semuanya akan diuji. 

Kesusahan itu ujian. Kesenangan pun ujian. Pandai itu ujian. Kurang pandai pun ujian. Cantik itu ujian. Hodoh pun ujian. Ada sesiapa yang nak kata bahawa dia tidak pernah di uji?.

ALLAH SWT berfirman;

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kita dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kita dikembalikan." (QS Al-Anbiyaa': 35)

Memang dunia ini adalah medan ujian…kehidupan ini adalah medan perjuangan…ALLAH SWT berfirman;

“Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk : 1-2)

Namun begitu, ada yang tidak mampu menghadapi ujian yang diberikan malahan mempertikai serta tidak redha akan ketentuan-NYA. 

Jadi, apakah perkara yang perlu dilakukan jika musibah atau ujian tersebut menimpa diri kita??

Di sini ingin dikongsikan beberapa renungan khas untuk mereka yang sedang ditimpa musibah, sudah ditimpa musibah atau mereka yang akan ditimpa musibah. Semua itu datangnya dari ALLAH SWT.
Ingatlah bahawa ALLAH SWT sayang dan kasih akan kita bila diberi ujian atau musibah. Kerana kebiasannya apabila di timpa musibah kita akan mengadap-Nya dengan berdoa supaya di hilangkan segala musibah dan kesusahan yang di alami.


Berikut adalah 10 perkara yang perlu direnungkan oleh anda jika anda ditimpa musibah atau ujian :

Pertama: Yakinlah bahawa ada insan lain juga yang turut diuji. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang diuji dengan harta, jawatan, dan kekuasaan. Ada yang diuji dengan isteri yang berakhlak buruk. Ada wanita yang diuji dengan suami jahat. Ada wanita yang diuji dengan mertua jahat. Ada yang diuji dengan ibunya sendiri dan terlalu banyak jenis ujian yang menimpa diri manusia. Maka sebagaimana manusia-manusia yang lain ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam. Begitu jugalah ujian/musibah yang akan menimpa diri kita. Oleh itu perlulah kita bersabar apabila ditimpa musibah dan banyak bertaubat kepada Allah jika sebelumnya kita lalai dan banyak melakukan maksiat dan melangari segala perintah Allah.

Kedua: Sabarlah dengan ujian yang sedang kita hadapi. Alhamdulillah kita masih mampu memikulnya. Boleh jadi jika kita diuji dengan ujian yang lain maka kita tidak akan mampu menghadapinya. Yakinlah bahawa tidaklah ALLAH menguji akan hambanya kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi olehnya.

Ketiga: Terkadang syaitan membisikkan kepada kita bahawa ujian yang kita hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk kita pikul. Maka ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang kita hadapi.

Keempat: Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat??

Kelima: Bahkan boleh jadi ALLAH mengkehendaki kita untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di syurga yang tidak mungkin kita perolehi dengan hanya sekadar amalan-amalan soleh kita.

Keenam: Ingatlah… dengan ujian terkadang kita baru sadar bahwasanya kita ini sangatlah lemah dan selalu memerlukan kepada pertolongan Allah Yang Maha Kuasa. Terkadang kita baru mengenal yang namanya khusyu' dalam sholat…kita baru dapat merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata…kita baru dapat merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa.

Ketujuh: Ingatlah, dengan ujian atau musibah yang menimpa kita terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita. Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan terkadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahawa diri kita hebat dan selalu beruntung. Jangan sampai kita tersalah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan ALLAH kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya hamba tersebut dengan musibah.

Kelapan: Bersangka baiklah kepada ALLAH, yakinlah bahawa disebalik ujian dan musibah yang menimpa kita ada kebaikan dan hikmah. Justeru itu, jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tersebut tidak menimpa kita maka akan lebih buruk keadaan kita,
ALLAH SWT berfirman :
"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu." (QS Al-Baqarah : 216)


Kesembilan: Bahkan boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci tersebut akan mendatangkan banyak kebaikan. ALLAH SWT berfirman:
"Maka mungkin kamu membenci sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS An-Nisaa : 19)


Kesepuluh: Ingatlah bahawasanya tidak ada istilah istirehat sepenuhnya dan kegembiraan sepenuhnya kecuali di akhirat kelak. Selama kita masih hidup di dunia ini maka persiapkanlah diri kita dengan ujian yang akan mendatang. Bersabarlah demi meraih ketenteraman dan kebahagiaan abadi di syurga nanti.
Kesimpulan dapat dirumuskan bahawa ujian dan misibah adalah perkara lumrah dalam kehidupan di dunia ini, setiap manusia yang hidup akan menghadapi ujian dari masa ke semasa. Oleh itu kita berlulah menerima hakikat ini. Apa yang perlu di lakukan oleh kita apabila di beri ujian oleh Allah ialah dengan mendekati-Nya. Beribadahlah kepadanya dan berdoa saban masa dengan meharapakan bahawa Allah akan memberi jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita mengatasi ujian itu. Bila kita telah pasrah  dengan ujian Allah dengan sabar dan mengambil tindakan memperbaiki ibadat kita kepada Allah supaya lebih baik lagi, InsyaAllah akan tiba masayanya kita akan diberi kebahagian dan kenikmatan iman yang tidak ternilai oleh kita.

Wallahualam.