RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label kesihatan... Show all posts
Showing posts with label kesihatan... Show all posts

Thursday, 6 August 2015

KENAPA ARAK DIHARAMKAN DALAM ISLAM?

Menjadi tabiat manusia untuk hidup bebas sebebasnya. Ingin buat apa sahaja berdasarkan kemahuan dan nafsu sendiri. Sungguhpun begitu, hakikat kehidupan di dunia ini, seseorang itu tidak diberi kebebasan sepenuhnya untuk melakukan sesuatu perkara kerana realiti kehidupan kita perlu kepada orang lain untuk sama-sama saling bantu-membantu bagi memenuhi keperluan kehidupan. Dengan kata lain manusia tidak boleh hidup sendirian, contohnya lelaki perlu kepada pasangan perempuan untuk membolehkan mereka hidup dengan sempurna. Justru itu tindak tanduk kita dalam kehidujpan juga tidak boleh dilakukan sesuka hati , tetapi perlu dilakukan berdasarkan kepada kepentingan menjaga hak orang lain juga.

Bagi membolehkan kehidupan manusia dalam suasana aman damai maka Islam telah menetapkan hokum hakam sebagai panduan hidup. Diantaranya hokum halal haram terhadap makanan seharian manusia. Dinatara minuman yang diharamkan ialah arak.

Arak adalah minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. Dalam bahasa Arab ia disebut al-khamr, bermaksud menutup.

Menutup itu mengambil sifat khamr itu yang menghilangkan kewarasan akal peminum arak (mabuk), menjadikan si peminum terlena dan tidak sedarkan diri.

Islam mengharamkan arak yang terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol. Dalam hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Semua yang memabukkan adalah arak dan semua yang memabukkan adalah haram"

Pengharaman itu dibuat sebanyak empat kali iaitu secara berperingkat (tadriji) sebelum ia diisytiharkan haram dan berdosa besar jika meminum arak. Ini membuktikan arak amat berbahaya daripada aspek kesihatan.

Bukan Islam saja mengharamkan arak, tetapi agama lain turut melarang penganutnya menjauhi arak kerana ia memudaratkan kesihatan dan perlakuan mereka. Arak dihasilkan daripada buah-buahan seperti anggur, tamar dan bijirin seperti gandum melalui kaedah peram atau penapaian. Nama komersialnya seperti wiski dan brandi. Namun, dalam bidang perubatan, alkohol mempunyai kepentingannya terutama dalam pembuatan minyak wangi. Bagaimanapun, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai alkohol dalam minyak wangi, hukumnya harus dan dimaafkan. Namun, bagi minuman tanpa mengira apa jenis, hukumnya tetap haram. Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Islam mengharamkan arak kerana ia boleh menjadikan manusia rosak akal dan hilang maruah diri.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikannya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya." (Surah al-Nahl ayat 67).

"Ayat pertama itu memberi peringatan supaya umat Islam ketika itu berfikir kerana arak daripada tamar dan anggur yang manis itu jika dimasukkan bahan lain seperti ragi lalu diperam boleh mengubah sifatnya serta menyebabkan peminumnya mabuk atau khayal," katanya.

Beliau berkata, ayat itu juga menceritakan tabiat orang Arab ketika itu gemar memproses tamar dan anggur bagi menghasilkan arak yang akhirnya merosakkan akal fikiran.

"Islam menggunakan pendekatan berhemah dengan mendidik umat-Nya meninggalkan sesuatu yang diharam itu secara perlahan-lahan," katanya.

Bagi mengelak anak muda terjebak minum arak, ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama.

"Jika bapa sendiri membawa anak ke pusat hiburan dan mengambil arak, jangan salahkan si anak jika suatu hari nanti mereka juga mengambil minuman haram itu.

"Apabila arak menjadi minuman harian, ia akan merosakkan generasi itu dalam tempoh jangka panjang," katanya.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Siapa yang minum khamr seteguk, Allah tidak menerima amal fardu dan sunatnya selama tiga hari. Siapa yang minum khamr segelas, Allah SWT tidak menerima solatnya selama 40 hari. Orang yang tetap minum khamr selayaknya Allah memberinya minum dari Nahrul Khabaal.

Ketika ditanya:

Ya Rasulullah apakah Nahrul Khabal itu?

Jawabnya:

Darah bercampur nanah ahli neraka".(Hadis riwayat Atthabrani).

Dalam ayat kedua, Allah s.w.t berfirman, maksudnya:

"Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."(Surah al-Baqarah ayat 219).

Seterusnya ayat yang berkaitan dengan pengharaman arak dijelaskan dalam firman Allah s.w.t, maksudnya:

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan (baca)..." (surah al-Nisa' ayat 43).

Sebab turun ayat ini adalah bersandarkan riwayat kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang bermaksud:

"Kami diundang Abdul Rahman bin 'Auf untuk makan di rumahnya, dihidangkan bagi kami makanan dan dihidangkan arak, kami minum sehingga mabuk. Kemudian masuklah waktu solat (Isyak), lalu aku diminta menjadi imam. Maka aku bacalah:" Qul ya ayyuha al-kafiruna la a'budu ma ta'buduna, wa nanhnu na'budu ma ta'buduna." (Abu Daud, al- Termidzi, al- Nasaie dan Hakim).

Farid berkata, ketika itu sahabat sedang bersolat yang diimamkan Ali, tetapi disebabkan Ali mabuk dia membaca ayat sedemikian rupa. Manakala ayat yang terakhir yang secara jelas mengharamkan arak adalah dari Surah al-Maidah ayat 90 yang mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Ayat yang diturunkan di peringkat keempat ini adalah muktamad bahawa hukum minum arak itu haram dan termasuk dalam dosa besar.
Farid kesal kerana kaedah penjualan arak kepada orang ramai masa ini terlalu mudah sehinggakan golongan remaja boleh mendapatkan di kedai serbaneka di tempat tinggal mereka.

"Mula-mula mereka kenal arak kemudian dengan sendirinya mereka melakukan perkara keji seperti seks bebas, pergaduhan dan pembunuhan.

"Perbuatan minum arak adalah amalan syaitan dan makhluk durjana itu tidak pernah menginginkan amal kebaikan manusia.

"Syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan kejahatan kerana itulah janjinya kepada Allah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata sejarah kejatuhan kerajaan Mesir dan China kuno ada kaitan dengan penggunaan arak berlebihan.

"Terdapat tiga jenis arak seperti bir, wain dan spirits. Setiap satunya mempunyai peratusan kandungan alkohol yang berbeza.

"Minum arak dalam jumlah yang banyak atau sedikit tetap memberi kesan kepada kesihatan.

"Antaranya merosakkan otak, hati, usus kecil dan dinding perut. Akibatnya, tekanan darah menjadi tidak menentu sehingga otot tidak berfungsi sepenuhnya.
"Itu menyebabkan mereka yang mabuk berjalan terhoyong- hayang, mudah marah dan hilang sifat malu," katanya.

Katanya, amalan minum arak melebihi 50 gram sehari boleh menyebabkan kanser mulut, tekak, kerongkong, payudara, hati, paru-paru, perut, hempedu, ovari, prostat dan kulit.

Rumusannya Allah swt melarang atau mengharamkan minuman arak kerana terdapat banyak keburukan berbanding dengan manaafat arak kepada manusia. Sebgai hamba yang beriman dan bertaqwa, maka kita perlu akur dan mentaati perintah Allah terhadap larangan meminum arak. Banyak lagi jenis-jenis minuman yang dihalalkan untuk kita minum di atas muka  bumi ini. Minuman yang halal itu banyak khasiat dan manafaatnya untuk keshatan dan kehidupan manusia.


Wallahu’alam.


Sumber: informasi utk semua 

Monday, 27 July 2015

KHASIAT POKOK DAN BUAH RAMBUTAN

Khasiat Rambutan (Nephelium lappaceum)

Rambutan adalah salah satu tanaman yang multi guna. Semua bagian dari tanaman ini, dari kulit, daun, biji, sampai akar, dapat berfungsi sebagai obat. Daya tawarnya juga luar biasa. Demam, uban, disentri, sariawan, sampai kencing manis, bisa luntur dengan ramuan yang tepat.
Jenis-jenis rambutan yang tumbuh di Nusantara: anak sekolah, che embung, rakyat, gulabatu. Untuk memperbanyak /pembiakan dapat dilakukan denganbiji, tempelan tunas, atau dicntum,.


Bagian tanaman yang bermanfaat: kulit buah, kulit kayu, daun, biji, dan akarnya. Detail manfaatnya adalah sebagai berikut:
  • Kulit buah: untuk mengatasi disentri, demam
  • Kulit kayu: untuk mengatasi sariawan
  • Daun: untuk mengatasi diare dan menghitamkan rambut
  • Akar: untuk mengatasi demam
  • Biji: untuk mengatasi kencing manis (diabetes melitus)
Untuk obat yang diminum, tidak ada dosis rekomendasi. Lihat contoh pemakaian. Untuk pemakaian luar, giling daun sampai halus, lalu tambahkan sedikit air. Gunakan air perasannya untuk menghitamkan rambut yang beruban.

Contoh - contoh pemakaian:
  • Disentri. Cuci kulit buah rambutan (10 buah), potong-potong seperlunya. Tambahkan tiga gelas minum air bersih, lalu rebus sampai airnya tersisa separuhnya. Setelah ,dingin, saring dan minum sehari dua kali, masingmasing tiga perempat gelas.
  • Demam. Cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan (15 g). Tambahkan tiga gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 menit. Setelah dingin, saring dan minum tiga kali sehari, masing-masing sepertiga bagian.
  • Menghitamkan rambut beruban. Cuci daun rambutan secukupnya, lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air sambil diaduk merata sampai menjadi adonan seperti bubur. Peras dan saring dengan sepotong kain. Gunakan air yang terkumpul untuk membasahi rambut kepala. Lakukan setiap hari sampai terlihat hasilnya.
  • Kencing manis. Gongseng biji rambutan (lima biji), lalu giling sampai menjadi serbuk. Seduh dengan satu cangkir air panas. Setelah dingin, minum airnya sekaligus. Lakukan 1--2 kali sehari
  • Sariawan. Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi hangat

Friday, 15 May 2015

MANUSIA YANG PUNYAI SIFAT TERGESA-GESA


Allah subhanahu wata’ala berfirman, artinya,"Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (adzab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera." (QS. al-Anbiya': 37)

Dan juga firman-Nya, artinya, "Dan manusia mendo'a untuk kejahatan sebagaimana ia mendo'a untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa." (QS. al-Isra': 11)

Ayat pertama menjelaskan bahwa manusia diciptakan dengan sifat tergesa-gesa. Yang dimaksud dengan 'manusia' di sini, boleh jadi semua jenis/bangsa manusia atau boleh juga Adam ’alaihissalam. Artinya, ia diciptakan dengan sifat tergesa-gesa. Manakala secara semulaji Adam memiliki sifat seperti ini, maka ia mendapatinya pula ada pada anak-anaknya lalu mewariskan kepada mereka sifat tergesa-gesa ini.

Menurut Ibn al-Jauzi dalam tafsirnya, Zad al-Masir, Bila yang dimaksud 'manusia' di sini adalah jenis/bangsa manusia, maka boleh jadi dalam redaksi ayat terdapat Taqdim (Sesuatu yang didahulukan) dan Ta'khir (sesuatu yang dikemudian kan), maknanya bahwa sifat tergesa-gesa diciptakan pada manusia.

Terdapat hads yanig menyebut kan bahwa ayat pertama di atas (surat al-Anbiya') turun ketika orang-orang kafir Quraisy meminta disegerakan nya adzab atas mereka, lalu Allah subhanahu wata’ala ingin melarang mereka dan memberi peringatan kepada mereka. Karena itu, didahulukan celaan kepada manusia bahwa ia memiliki sifat, tabi'at dan karakter tergesa-gesa sehingga membuatnya tidak mau membuka mata dan tidak berhati-hati dalam menyampaikan tuntutannya.

Dengan makna ini tidak ada hal yang perlu dipertentangkan antara penggalan pertama ayat yang artinya,"Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa" dan penutupnya, "Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkan nya dengan segera." Masalahnya, ada sebagian orang yang mempertentangkan hal itu dengan mengatakan, bagaimana boleh di satu sisi manusia diciptakan dengan sifat dan tabiat tergesa-gesa, sementara di sisi yang lain, Allah subhanahu wata’ala melarangnya melakukan sifat yang sudah menjadi karakter dan tabiatnya itu? Bukankah ini sama dengan pembebanan dengan sesuatu yang mustahil.?

Jawaban atas pertanyaan kritis seperti ini dikatakan, bahwa benar, manusia diciptakan dengan tabiat tergesa-gesa akan tetapi ia juga mampu untuk memaksakan dirinya agar berhati-hati dan tidak tergesa-gesa. Sebagaimana ia diciptakan dengan sifat cinta hawa nafsu, maka di samping itu pula ia harus mampu memaksakan dirinya agar mengekangnya.!! Artinya, bahwa manusia memiliki kemampuan yang dengan nya ia dapat mengalahkan hawa nafsu dan juga meninggalkan sifat tergesa-gesa itu.!

Sementara ayat kedua di atas (surat al-Isra') juga menjelaskan sifat tergesa-gesa manusia, lahir dan batin. Dalam ayat itu, diinformasikan mengenai sifat manusia yang ingin cepat-cepat (tergesa-gesa) dan meminta semua apa yang terbetik di dalam hati dan perasaannya serta bila sedang kecewa, maka ia berdo’a atas dirinya sendiri, anak atau hartanya dengan kematian, kebinasaan, kehancuran dan semisalnya.

Maka benarlah firman-Nya, artinya, "Dan manusia mendo'a untuk kejahatan sebagaimana ia mendo'a untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa," (QS. al-Isra’: 11), yakni bertabiat tergesa-gesa. Di antara ketergesa-gesaannya itu adalah mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Andaikata Rabb mengabulkannya, niscaya celakalah ia dengan do’anya itu sebagaimana firman-Nya, artinya, "Dan kalau sekiranya Allah menyegera kan kejahatan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegera kan kebaikan, pastilah diakhiri umur mereka. Maka kami biarkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, bergelimang di dalam kesesatan mereka." (QS. Yunus: 11)

Terkait dengan hal ini, terdapat hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Ya Allah, sesungguhnya Muhammad adalah manusia biasa yang dapat marah sebagaimana manusia marah. Dan sesungguhnya aku telah mengambil janji di sisi-Mu bahwa Engkau tidak akan mengingkariku akan hal itu; maka Mukmin mana pun yang telah aku sakiti, aku cela atau aku cambuk, maka jadikanlah hal itu sebagai kafarat (penghapus dosa kecil) dan taqarrub (pendekatan diri) yang dengannya Engkau dekatkan ia kepada-Mu pada hari Kiamat."(Dikeluarkan Muslim)

Hadis ini menunjukkan sifat manusia yang suka cepat-cepat dan tergesa-gesa dalam mengambil keputusan, mengeluarkan putusan hukum, memberikan sanksi, mencela dan menginginkan kesenangan.

Pengaruh Sifat Tergesa-Gesa Pada Kesehatan Jiwa

Terdapat hadis dari 'Aisyah radhiyallahu ‘anha bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,"Sesungguhnya sifat lemah-lembut (berhati-hati) tidaklah berlaku pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya dan tidaklah ia dicabut dari sesuatu melainkan ia membuatnya tercela." (HR.Muslim) Hadis lainnya berasal dari Jarir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Barangsiapa yang diharamkan dari sifat lemah-lembut (tidak memilikinya), maka niscaya ia diharamkan dari kebaikan (tidak mendapatkannya).” (HR.Muslim)

Sifat tergesa-gesa amat berpenga ruh pada kehidupan manusia dan segala aktivitasnya melalui dua sisi:

Pertama, Sisi Materil, di mana seseorang akan banyak kehilangan hal-hal yang bermaslahat baginya atau dapat mengakibatkan ia ditimpa penyakit, musibah, bencana dan kerugian yang bervariasi baik terhadap tubuhnya, anak, harta dan hal-hal yang dimilikinya. Ketergesa-gesaannya dalam mengambil sesuatu, berjalan, mengendarai mobil, memasak makanan, memberikan sanksi kepada anaknya dan dalam pembicaraannya; maka semua itu memiliki pengaruh materil yang amat besar dan nyata.

Oleh kerana itu, dalam ayat yang lain (QS. al-Furqan: 63), Allah subhanahu wata’ala menyebut manusia yang beruntung dan sukses, yaitu seorang Mukmin dengan sifat tenang dan lemah-lembut. Demikian juga Luqman berwasiat kepada putranya agar bersifat sederhana (QS. Luqman: 19). Tidak diragukan lagi, bahwa dalam kesederhanaan itu terdapat pengaruh yang amat terpuji dan akibat baik yang tidak dapat ditakar dengan harga. Inilah yang kita dapatkan ringkasan dan maknanya dari batasan dan persyaratan yang disampaikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadisnya di atas, "Sesungguhnya sifat lemah-lembut (berhati-hati) tidaklah berlaku pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya dan tidaklah ia dicabut dari sesuatu melainkan ia membuatnya tercela." Dan saat beliau bersabda, "Barangsiapa yang diharamkan dari sifat lemah-lembut (tidak memilikinya), maka niscaya ia diharamkan dari kebaikan (tidak mendapatkannya)." Dalam sifat lemah-lembut (berhati-hati) terdapat jaminan yang tegas akan berlangsung baiknya semua urusan manusia dan damainya kondisi dan kesudahannya. Sifat lemah-lembut bahkan merupa kan pintu kebaikan yang harus dimiliki setiap manusia sehingga ia dapat meraih buahnya; jika ia menghindarinya, berarti ia tidak akan mendapatkan kebaikan apa pun.

Ke Dua, Sisi Psikis/Kejiwaan, di mana sifat tergesa-gesa akan membuatnya luput dari merasakan ketenangan jiwa, ketenteraman dan kedamaian. Sifat tergesa-gesa secara dzati dan pengaruhnya dapat menimbulkan kecemasan pada manusia, membekaskan penyesalan ke dalam perasaan dan relung hatinya sehingga dapat mengganggu kesehatan jiwa dan kestabilan hatinya.

Gejala kejiwaan paling penting yang ditimbulkan sifat tergesa-gesa adalah penyesalan dan sikap menyayangkan atas apa yang telah berlalu. Ini adalah penyakit yang menghinggapi semua manusia, sedikit atau banyak.! Dan diantara sebabnya yang paling penting adalah kerana tidak membiasakan jiwa untuk mengekang sifat tergesa-gesa itu.!

Di sinilah rahasia anjuran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar memiliki sifat lemah-lembut dan pengaruhnya,

Pengalamn dalam kehidupan orang yang bersifat tergea-gesa biasanya mudah memikat atau jatuh cinta tehadap seseorang dan juga dalam pada satu satu masa yang lain dia mudah pula lupa dan membenci orang yang disayangi dan kasihi sebelum ini. Oleh itu kita peru berwaspada dengan orang yang bersifat sebegini kerana bila ada sesuatu masalah dia secara tergesa gesa membuat keputusan untuk berpisah dan suka menuding jari kepada orang lain.

 wallahu a'lam.


Sumber : Inbusinal

Monday, 27 April 2015

Makanan Sihat Yang Disyorkan UntukPesakit Strok:

Makanan Sihat Yang Disyorkan UntukPesakit Strok:

Stroke adalah gangguan fungsi saraf  yang mendadak pada otak akibat terhalang aliran darah ke bahagian tertentu di otak. Kurangnya aliran darah dan oksigen menyebabkan tindak balas biokimia yang akan merosak dan  mematikan sel-sel saraf dalam otak sehingga mengakibatkan kelumpuhan kepada pergerakan anggota tertentu, gangguan percakapan dan kemerosotan kesihatan seluruh anggota badan. Kalau terkena penyakit ini akan lumpuh sebahagian tubuh, mulut dan bibir akan herut. 
Diantara pucanya beraku strok adalah disebabkan cara pemakanan yang tidak  betul. Makan adalah sesuatu yang kita lakukan setiap hari dan sudah terbukti kualiti makan sangat berpengaruh pada kesihatan. Makanan seperti lauk pauk dan buah buahan sememangya dapat mencegah terjadi penyakit strok jika kita pandai memilih makan yang berkhasiat dan memberi banyak protin dan vitamin yang akan menjamin kesihatan tubuh badan.
Jika penyakit stroke  disebabkan oleh kolestrol dan tekanan darah tinggi ia akan menghalang aliran darah ke saraf otak, yang merupakan penyebab berlaku stroke. Serangan stroke selalunya datang mendadak tanpa tanda-tanda awal yang pasti. Yang jelas peskitnya akan menderita bertahun-tahun. Stroke terjadi ketika saluran darah, oksigen, serta zat gizi ke otak berhenti. Salah satu cara untuk mencegah stroke adalah memilih makanan yang tepat dan berkhasiat, insyaAllah akan dapat menghalang dari serangan strok.
Stroke dikatakan sebagai penyakit menyebabkan kematian ketiga selepas jantung dan kanser. Penyelidik dari  Inggris dan Itali mendapati dengan memakan pisang tiga kali sehari serta meminum obat akan memberikan kalium  secukupnya bagi keperluan tubuh seseorang  untuk mengurangi kemungkinan berlaku pembekuan darah di otak sekitar 21%. Seseorang dianjurkan untuk mengambil kira-kira  2.300 mg potasium setiap hari. Sedangkan yang dilakukan oleh kebanyakan kita mengambillebih kurang  1.500 mg potasium setiap hari.
Buah-buahan dan sayuran juga baik untuk mencegah stroke kerana mengandung serat yang mampu menurunkan kolesterol. Juga mengandung antioksidan yang dapat membantu mencegah pengendapan kolesterol.
LDL (kolesterol jahat) pada dinding arteri. Makanan yang mengandung antioksidan seperti bawang bombai, buncis, sawi hijau, wortel, brokoli, endive, seledri, dan cranberries. Dalam penelitian Nurse Health di Harvard menyebutkan wanita yang mengasup betakaroten 15 mg sehari, seperti dari 1 buah wortel berkurang risiko terkena stroke.
Buah-buahan dan sayuran, seperti kentang, peach berwarna kuning, bayam, dan cantaloupe juga tinggi kalium, yaitu mineral yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, sayuran hijau dan buah-buahan mengandung asam folat serta vitamin B6 dan B12 akan membantu mengurangi kadar homosistein yang secara normal terjadi dari asid amino. Meningkatnya kadar homoseistein dapat meingkatkan risiko penyakit stroke.
Mempunyai tubuh badan yang sihat merupakan idaman oleh kebanyakan kita. Oleh itu bagai mencapai hasrat ini mereka akan lakukan senaman dan juga memakan makanan yang berkhasiat. Tetapi jika seseorang itu telah mengalami stroke, usaha untuk memulihkan sakitnya akan mengambil masa. Oleh itu satu tindakan yang amat baik ialah dengan mecegah punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya stroke. Salah satu keadah yang paling baik ialah megatur pemakanan setiap hari adalah makanan yang berkhasiat dan sihat seperti yang disyorkan di bawah:

Pisang:



Sudah banyak artikel yang mengupas tentang pisang salah satu buah-buahan yang dapat mencegah berlaku stroke. Makan  3 biji pisang setiap hari dapat mengurangi resiko terkena stroke Menurut penyelidikan  yang dilakukan di American College of Cardiology, mendapati tubuh badan manusia memerlukan sebanyak 1.600 mg kalium untuk mencegah stroke. Sebijie pisang mempunyai 500 mg kalium. Kalium  dikatakan dapat mencegah pembekuan darah yang menyebabkan terjadinya stroke. Dengan mengambil 3 biji, pisang setiap hari ia  dapat menurunkan resiko terjadinya stroke sebanyak 21%. Pedulikan tentang pendapat sebelum ini yang mengatkan pisang jika dimakan berkemungkinan akan meningkatkan kebarangkalian di serang strok.
Penyelidikan terbaru yang menguju 11 orang penuntut sebagai sampel, secara keseluruhan menemui bahawa pisang akan dapat mengurangkan resiko seseorang terkena strok sekitar seperlima. Jom amalkan makan pisang setiap hari.
  
 
Apel dan Pir : 
Mengikut kajian terbaru yang diterbitkan di Journal of the American Heart Association mendapati  semua jenis buah yang isinya berwarna terang dapat mencegah stroke. Penyelidikan yang dilakukan di Belanda mendapati seseorang yang memakan banyak buah-buahan seperti apel, pir, pisang dan kembang kol dapat mengurangi resiko terkena stroke sebanyak 52%. Kajian itu mellibatkan 20 ribu orang peserta. Hasil kajian tersebut menemukan bahwa peningkatan 25 gram (g) sehari pengambilan buah-buahan dan sayuran putih dapat mengurangkan risiko terkena stroke sembanyak 9%.


Jeruk dan Kiwi : 


Jeruk dan kiwi mempunyai kandungan vitamin C yang banyak, 100 gram jeruk mengandung 54 mg vitamin C sedangkan 100 gram kiwi mengandung 100 gram vitamin C. Jadi kiwi mempunyai kandungan lebih banyak daripada jeruk. Buah-buahan ini mengandung anti oksidan, lutein dan beta karoten serta kalium. juga sesuai untuk mencegah penyakit jantung. Ia juga sangat baik untuk mengawal tekanan darah.





 Kurma :

Ternyata kandungan gizi buah kurma sangat tinggi, 100 gram kurma mengangung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg.  Kurma mempunyai lebih tinggi dari pisang. Sementara itu Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf. Sehari 5 biji kurma sudah mencukupi.




Avakado : 

 Mengandung Lemak tak tepu  dan potasium yang  dapt membantu menurunkan tekanan darah. Dan Juga mengandung kalium tang  fungsinya  sama yaitu dapatmenurunkan tekanan darah
Banyaknya Khasiat  Buah Tin:
Beberapa kajian dan penelitian yg dilakukan tentang buah tin akan khasiat dan keistimewaan nya. Antaranya ialah:-
  • Kajian dari California Fig Nutritional Information - buah tin mengandungi serat yg tinggi. Di mana, setiap 100gm buah tin kering mengandungi 12.2g serat berbanding dengan buah epal (2.0g).
  • Kajian yg disiarkan di Qatar - buah tin ini kaya dengan kalsium dan potasium yg mengandungi zat benzaldehyde amat baik untuk melawan sel2 kanser.
  • Website Cancer Foundation - kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan  benzaldehyde terbukti sgt berkesan dalam melawan kanser.
  • Jabatan Pertanian Amerika Syarikat - buah tin mengandungi vitamin A, C, Kalsium, Magnesium hingga Potasium. Ia juga baik untuk mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan.
  • Pakar kesihatan - dengan mengambil buah tin secara teratur, ia membantu membersihkan racun di dalam tubuh.
  • Kajian dari Universiti Rutgers, New Jersey - ia membuktikan buah tin mengandungi antioksidan, Omega-3, Omega-6 yg mencegah penyakit jantung, rendah lemak, rendah kalori dan bebas kolestrol - sesuai untuk mereka yg mengidap penyakit diabetes.
  • Prof. J.A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat - setiap 100gm buah tin mengandungi vitamin A (9.76IU), vitamin C (0.68mg), kalsium(133.0g) dan zat besi(3.07mg). Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjaga dan memelihara kesihatan dalam tubuh kita.
  • Pengarah Institut Pencegahan Penyakit, George Washington University Medical Centre (Dr. Oliver Alabaster) - mengatakan jika seseorang itu mengambil buah tin, beerti ia telah mengambil makanan yg menjamin kesihatannya dalam jangka masa yg panjang.
  • Lembaga Penasihat Buah Tin (California Fig Advisory Board) - ia mengatakan bahawa buah tin sbg 'Nature's most nearly perfect fruit' iaitu buah yg hampir mencapai kesempurnaan secara keseluruhan.
  • Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah - buah tin dapat mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa serta langkah pencegahan untuk melawan racun dalam tubuh kita.
Jika buah tin dimakan dalam bentuk yg kering TETAPI tidak terlalu banyak, boleh membantu dalam :-
  • mengelak daripada bahan2 keracunan
  • melicinkan tekak dan dada
  • mencuci hati dan jantung
  • membersihkan lendir2 yg terdapat di dalam usus.

Selain itu, buah tin juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :-
  • penyakit buasir
  • sakit2 dan bengkak badan
  • batuk yg berpanjangan
  • melawaskan kencing
Rasa manis buah tin itu mengandungi zat2 yg penting dalam tubuh kita. Serat, kallium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin dan mengawal tekanan darah tinggi. Buah tin jugalah dijadikan pencegah untuk penyakit darah tinggi.

Bagi penyakit kencing manis pula, serat yg terdapat di dalam buah tin dapat memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan serat yg tinggi dan karbohidrat mampu mengawal kadar gula darah seseorang.

Riwayat dari Abu Zar r.a :-

Nabi SAW bersabda: ' Kalau aku perkatakan tentang buah yg diturunkan dari Syurga, nescaya aku katakan ini lah dia. Kerana buah2an syurga tidak berbiji. Oleh itu, makan lah buah ini. Sesungguh nya dia menhentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit2 badan...'

Jus Ubi Bit : 


Ubi bit adalah sejenis tumbuhan biji-bijian yang kaya akan gizi. Kita jarang mendengar nama ubi ini.  meminum jus ubi ini dapat menurunkan tekanan darah kerana mengandung nitrat yang tinggi.


Buah Biwa :
Nutrisi utama yang terkandung (dalam 100g) adalah β-karoten setara (810mcg), kalium (160mg) Feature bahan Chlorogenic asid, amygdalin. Pencegahan Hipertensi, pencegahan arteriosklerosis, pencegahan stroke, pencegahan serangan jantung, pencegahan kaser, anti-penuaan, pencegahan kembung.



Anggur :
Anggur memiliki kandungan gizi yang kaya, selain isinya mengandung kalium bijinya mengandungi endungeoned pycnogenol, zat penguat kologen yang bisa melenturkan pembuluh darah (anti aging) yang berarti secara tidak langsung mencegah terjadinya stroke. Bahkan kulit anggur juga sangat kaya akan flavonoid yaitu zat yang mampu menghalau radikal bebas, karena kulit anggur mengandung zat oksidan lebih tinggi dibanding dengan vitamin C.


Tembikai :
Kemampuan tembikai mengoksidasi kolesterol yang melekat pada dinding pembuluh darah itulah yang dikaitkan dengan penurunan risiko atau pencegahan serangan jantung dan stroke.
Mangga : 
Jus mangga. selain   mempunyai vitamin C, mangga juga kaya  kalium. Kalium terdapat melimpah pada mangga. Tiap 100 gram mangga terkandung kalium sebanyak 189 mg. Dengan memakan sebiji mangga harumanis ukuran sangat kecil (minimal 250 gram), atau sebiji mangga yabg beratnya sedang (200-250 g), mencukupi untuk memerolehi kalium sebanyak 400 mg sehari .
Satu kajian mendapati bahwa bila seseorang menambahkan sepotong buah tinggi kalium ke dalam pola makanan sehari-hari, risiko terkena stroke fatal dapat dikurangi sebesar 40%. Pengambilan ekstra kalium sebanyak 400 mg setiap hari dapat mengurangi kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah, ia boleh didapati dari bBuah berwarna merah, ungu dan kuning.
Ahli gizi Daniel Nadeau, M.D., dalam bukunya The Color Code: A Revolutionery Eating Plan for Optimum Health menganjurkan supaya memperbanyak memakan buah dan sayuran berwarna merah, biru, dan ungu. Contohnya cherry, bit, blueberry, dan terung. Menurutnya, makanan-makanan ini kaya pigmen tumbuhan yang disebut anthocyanin.
Kajian  menunjukkan, diet kaya buah-buahan dan sayuran berwarna cerah dapat menurunkan risiko penyakit jantung sehingga  27% dan risiko stroke sebanyak 68%. Selain itu buah berwarna kuning juga didapati kaya dengan kalium seperti pisang, blimbing dan nenas.

Buah Manggis:
Buah manggis dikenal dengan sebutan Queen fruit atau ratunya buah dan yang menjadi rajanya adalah durian. Sementara buah nangka dikenal dengan sebutan jack fruit.

Buah manggis memiki daging berwarna putih dengan tekstur sedikit berserat namun renyah. Rasanya sangat manis dan menyegarkan karena mengandung banyak air. Namun siapa sangka, bagian paling bermanfaat dari buah manggis justru ada pada kulit buahnya. Ya, belakangan ini kulit buah manggis menjadi begitu populer karena berdasarkan penelitian memiliki manfaat yang begitu besar untuk kesehatan.
Mengandung Xamthone
Komponen aktif utama dari buah manggis disebut xanthones. Xanthone adalah sejenis senyawa polifenol yang baru ditemukan yang secara biologis aktif dan secara struktural mirip dengan bioflavanoids. Senyawa ini jarang terdapat di alam, paling banyak ditemukan hanya dalam dua keluarga tanaman. 200 jenis xhantones alami yang sejauh ini telah diidentifikasi. Sekitar 40 jenis diantaranya telah ditemukan dalam buah manggis.

Xanthone dan turunannya telah terbukti memiliki beberapa manfaat, termasuk anti-inflamasi dan anti-alergi. Ada juga komponen lain dari buah manggis yang memiliki kualitas obat, termasuk polisakarida, sterol, proanthocyanidins dan catechin, sehingga baik dikonsumsi untuk menjaga kesehatan fungsi tubuh.

Rendah Kalori
Selain memiliki rasa yang lezat buah manggis juga rendah kalori. Cocok dikonsumsi bagi Anda yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan. Terdapat 63 kalori per 100 gr buah manggis. Tidak mengandung lemak jenuh dan kolesterol. Selain itu, buah manggis juga dapat mencukupi kebutuhan serat tubuh sebanyak 13 persen per 100 gramnya.

Kaya Vitamin C
Buah manggis dapat memenuhi keperluan vitamin C tubuh sebesar 12 peratus per 100 gram isi buahnya. Vitamin C merupakan vitamin larut air yang bekerja kuat sebagai antioksidan. Membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit seperti, flu, infeksi, hingga kanser.

Vitamin B Kompleks
Buah manggis juga mengandung vitamin B kompleks seperti thiamin, niacin, dan folat. Vitamin ini bertindak sebagai kofaktor dalam memetabolisme karbohidrat, protein, dan lemak.
Senarai buah-buahan di atas adalah diantara yang disyorkan untuk dijadikan pemakanan seharian sebagai ikhtiar untuk mencegah penyakit strok. Selain itu banyak lagi khasiat buah buahan yang dapat mencegah penyakit strok dan anda digalakkan membuat kajian dari pelbagai sumber.
Disamping itu perlu di ingat untuk memperolehi kesihatan yang terbaik seseorang itu juga perlu melakukan kegiatan bersukan dan senaman bagi mebakar lebihan lemak dan gula yang terdapat di dalam badan mereka.
Yang paling penting untuk memperolehi kesihatan yang berterusan adalah melalui amal ibadat dan sentiasa berdoa ke hadrat Allah swt. Kerana kurnia-Nya sahajalah yang menntukan segala penyakit dapat dihindarkan didalam badan seseorang. Dialah yang Maha Berkuasa terhadap segala makhluk di dunia ini. 



Wallahu a’lam.