Rasuah merupakan isu yang hangat diperkatakan dewasa ini
samada dalam bidang politik, perniagaan, personel awam, penguatkuasaan dan
sebagainya. Pihak kerajaan memandang serius permasalahan ini. Justeru itu,
Pelan Integrasi Nasional dilancarkan oleh Perdana Menteri antara lain sebagai
usaha untuk menangani rasuah.
Rasuah antara gejala sosial atau jenayah yang sukar di atasi
selain daripada gejala dadah di negara kita. Malaysia telah mempunyai
undang-undang yang tegas iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997 dalam usaha
menanganinya. Begitu juga dari segi penguatkuasaan melalui Badan Pencegah
Rasuah atau BPR.
Persoalannya, kenapa dan mengapa gejala ini masih lagi
berleluasa? Ia bukan sahaja melibatkan pegawai rendah seba liknya melibatkan
orangorang kenamaan yang berstatus dalam masyarakat. Justeru itu, kertas kerja
ini akan membincangkan tentang faktor-faktor yang berpunca dari sikap individu
itu sendiri. Faktor rasuah sering dikaitkan dengan gaji, peluang dan dasar.
Tapi, faktor individu yang terjebak dengan masalah tersebut difokus sebagai
punca utama untuk kertas kerja ini. Oleh itu, kertas kerja ini akan memberi
cadangan bagaimana seseorang individu cuba melindungi dirinya daripada gejala
rasuah dan apakah cara ter baik untuk mengatakan tidak terhadap rasuah .
Kertas kerja ini cuba menjelaskan kaedah pendidikan dalaman
(psikologi) individu dan ibu bapa sebagai benteng utama membanteras rasuah.
PENDAHULUAN
Rasuah adalah sinonim dengan hadiah. Bezanya, hadiah mungkin
diberikan kepada seseorang atas rasa keikhlasan yang sebenarnya. Manakala
rasuah dilihat sebagai ganjaran sesuatu ataupun mengharapkan ganjaran tertentu
daripada sesuatu pemberian. Ada juga yang beranggapan rasuah ialah wang sogokan
atau duit kopi. Ada juga rasuah yang berbentuk material atau lebih mudah
disebut sebagai hadiah, tetapi hadiah yang bermaksud ada hasil pulangannya.
Etimologi perkataan rasuah berasal daripada bahasa Arab
„al-riswah‟. Istilah rasuah telah digunapakai dalam bahasa Melayu ya ng
bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok, menyuap. Menurut
undang -undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan 4(a)(b),
Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah ialah; 2
“menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan
kepada seseorang untuk melakukansesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya .”
Manakala suapan pula, menurut Seksyen 2, Akta Pencegahan
Rasuah 1997 ialah; “wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran beharga, harta atau
kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak
alih atau apa-apa manfaat seumpamanya.” Secara keseluruhannya, rasuah boleh
didefinisikan dengan pelbaga i cara.
Tetapi maksudnya tetap sama iaitu pemberian atau penerimaan
sesuatu yang bertujuan melakukan perkara yang tidak digalakkan sama ada oleh
undang -undang atau peraturan harian tertentu yang berkaitan dengan tugas.
Amalan rasuah sebenarnya telah wujud sekian lama kerana
ianya merupakan satu amalan yang universal. Menurut Syed Husin Al Attas (1980),
rasuah muncul sejak masyarakat tradisional lagi. Ini bermaksud masyarakat
tradisional dahulu telah mengamalkan budaya memberi hadiah kepada seseorang
sebaga i penghormatan. Tetapi kini budaya tersebut yang pada asalnya bertujuan
mulia telah digunakan sebagai rasuah dalam memenuhi hajat secara cepat. Justeru
itu, walaupun isu ini telah dibahaskan diperingkat global dan domestik.
Persoalannya, adakah rasuah dapa t dihapuskan? Tiga dekad
yang lalu, Gunnar Myrdal (1996) melihat perkataan rasuah adalah suatu perkataan
yang sukar disebut atau menjadi agak sensitif untuk sesuatu kajian di
negara-negara Asia. Walaupun begitu, kajian mengenai rasuah agak menarik di
negara Asia kerana negara Asia adalah antara negara -negara yang terlibat
dengan rasuah di tahap yang agak kritikal. Menurut laporan Gosh (1997), dalam
“Economic Review” menyatakan negara Asia terlibat dengan rasuah secara besar -
besaran pada tahun 1996. Keadaan kian meruncing apabila tahun berikutnya telah
berlaku krisis ekonomi di Thailand, Korea Selatan, Malaysia dan Indonesia. Pada
tahun tersebut bukan sahaja isu rasuah yang dibangkitkan, malahan isu kronisme,
nepotisme, tanggungjawab dan akauntibiliti t erhadap pentadbiran awam juga
telah dibangkitkan. Isu tersebut menjadi satu cabaran yang besar terhadap
pentabiran awam seperti Malaysia kerana sedang berusaha mengatasi krisis
kewangan dan pada masa yang sama perlu menghadapi isu -isu rasuah di kalangan
masyarakat.
Mengikut Corruption Rangking Index yang dikeluarkan oleh
Transparency International, negara yang mendapat 10 markah iaitu markah penuh
dianggap negara yang bersih dari rasuah. Secara bandingan, markah yang dicapai
oleh negara dari tahun 1995 hingga tahun 1997, terdapat penurunan daripada 5.28
pada tahun 1995 kepada 5.01 pada tahun 1997 ( Zulkifli Idris, 1998).
Masalah rasuah bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang
remeh kerana kesan permasalahan tersebut adalah besar khususnya terhadap p
embangunan sesebuah negara. Signifikasi rasuah sebenarnya boleh mengganggu
pertumbuhan ekonomi negara biarpun masalahnya berkaitan dengan masalah sosial.
Tetapi, apabila seseorang yang terjebak dengan rasuah, ia boleh bertindak
menyembunyikan pelbagai perk ara, termasuklah perkara -perkara penting yang mampu
mempengaruhi ekonomi negara. Sebagai contoh, memberi tender kepada kontraktor
yang tidak sepatutnya, mungkin menghasilkan kualiti aset yang rendah.
Seterusnya, akan berlaku peningkatan kos seandainya aset tersebut perlu
diperbaiki, terutamanya aset kekal kerajaan. 3 Akibatnya belanjawan akan
meningkat.
Selain itu, masalah
rasuah boleh mengakibatkan pelabur-pelabur luar tidak berminat untuk melabur di
negara yang terlibat dengan masalah tersebut terutamanya negara sedang
membangun seperti Malaysia. Akibatnya, peluang pelaburan akan terlepas ke
negara lain dan secara tidak langsung mambantutkan perkembangan ekonomi negara.
Sesungguhnya kesan amalan rasuah sangat besar kepada negara.
Lantaran itu ianya perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Sebenarnya perkara
yang perlu dititik beratkan ialah mengenalpasti apakah faktor utama yang
menjurus wujudnya gejala rasuah secara besar-besaran, seterusnya mengenalpasti
cara dan strategi yang terbaik untuk meminimakan masalah tersebut.
Wallahu’alam.
Sumber: uum
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.