Kehidupan adalah satu perjalanan yang panjang, dalam tempoh
itu kita akan lalui pelbagai situasi suka, duka, berjaya, gagal. Susah senang
dan sebagainya. Kebiasaanya bila kita memperolehi kejayaan kita akan katakana bahawa
kejayaan itu adalah atas usaha dan upaya kita. Sebaliknya bila kita gagal mulalah
kita menuding jari kepada orang lain yang dikaitan dengan kegagalan kita. Walahal
kita sepatutnya menyedari sebagai
manusia kita memang merancang untuk kebaikan dan keseronokan tetapi yang
menentukan jaya atau sebaliknya dalah Allah Yang Maha Berkuasa.
Motivasi bukan sesuatu yang mudah untuk datang, terutama
jika keadaan sekeliling anda tidak menuntut anda untuk sentiasa mempunyai
motivasi diri. Anda menyedari yang motivasi merupakan kunci utama untuk
pelbagai aktiviti manusia. Anda tidak boleh main-main di sekolah, jika tidak
anda mungkin tidak akan dapat masuk universiti, dan seterusnya anda tidak akan
mendapat pekerjaan. Dan apabila sudah bekerja, makan gaji atau kerja sendiri,
anda tidak boleh tinggalkan kerja dan duduk berehat di rumah. Anda perlu lakukan
seperti apa yang anda lakukan di sekolah dahulu: mematuhi tarikh akhir,
menyiapkan laporan, dan sebagainya. Secara umum, menjalani kehidupan dengan
bertenaga.
Bagaimana anda boleh memberi motivasi kepada diri sendiri?
Bagi kebanyakan orang yang telah banyak kali gagal,, ianya sangat sukar untuk
dicapai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petua yang boleh anda
pertimbangkan apabila anda merasakan diri anda sudah tidak larat lagi untuk
pergi lebih jauh atau lebih lanjut:
- Tahu apa sebenarnya
yang anda mahu.
Apa yang anda motivasikan diri anda untuk lakukan? Adakah
anda hanya mahu menyelesaikan kerja, atau adakah anda mahu mendapatkan wang
yang banyak? Tetapkan matlamat yang nyata, atau sekurang-kurangnya matlamat
yang mampu dicapai. Jika anda tahu apa yang anda mahu, anda boleh mencapainya,
dan anda boleh memotivasikan diri anda untuk mendapatkannya.
- Tetapkan tujuan
untuk usaha yang anda lakukan.
Masalah dengan ramai orang adalah mereka bekerja keras
tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak dicapai. Adakah mereka mahu wang?
Adakah mereka bekerja ke arah wang? Adakah anda mahu wang, atau apakah tujuan
mencari wang? Berikan diri anda tujuan yang nyata supaya anda tahu untuk apa
anda berusaha.
- Bercuti dan
berehat.
Kadang-kadang anda perlu menjauhkan diri dari semuanya untuk
seketika. Luangkan masa untuk diri sendiri, dan dapatkan pandangan orang luar
tentang situasi anda. Jika anda mula lebih kerap penat, badan anda mungkin
memberitahu anda supaya perlahan sedikit, ambil cuti untuk memulihkan
tenaga. Sekurang-kurangnya pergi
bersiar-siar. Anda mungkin mahu mengetepikan sedikit masa setiap hari untuk
anda cas semula diri, supaya anda tidak sentiasa dibebani dengan kerja.Bercuti
juga dapat recharge kembali minda dan semangat anda. Semasa bercuti mungkin
anda diketemukan dengan sesuatu keadaan yang baru, ianya mungkin dapat membantu
anda meningkatkan lagi ketahan diri untuk terus maju dan terus mencuba supaya
idaman anda dicapai.
- Jangan takut untuk
mengatakan tidak apabila anda diberikan tugasan lain.
Kadang-kadang anda mungkin mempunyai terlalu banyak kerja
dan anda merasa sangat stres sehingga sampai ke satu titik di mana anda
berputus asa dan tidak lagi mahu buat kerja. Pastikan kerja anda berada di
tahap yang terurus. Anda perlu kekal waras untuk terus bekerja dalam jangka
masa yang panjang.
-Beri ganjaran kepada
diri sendiri untuk sesuatu pencapaian.
Rancang percutian untuk diri sendiri, atau berjanji untuk
membawa diri anda menonton filem jika anda berjaya menyiapkan kerja anda.
Ganjaran yang kecil seperti makanan ringan dan secawan coklat panas pun
berkesan juga.
-Sentiasa berdoa
kepada Allah
Tindakan mendekati diri dengan melakukan solat hajat, solat
tahajjud di malam yang hening adalah satu keadah yang paling baik untuk
memotivasi diri, terutama pada masa kita telah letih beriktiar dan berusaha
tetapi masih belum mencapai kejayaan yang diharapkan. Sebagai seorang Islam
kita perlu yakin bahawa segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah
dengan izin dan hidayah Allah. Kita sebagai hambaNya hanya mempu berusaha
sebaik umgkin, tetapi kejayaan atau kegagalan adalah di tentukan oleh Allah. Oleh
itu apabila kita setiasa mendampingi
Allah dan mentaati segalal titah perintahNYa, dengan sendiri kita akan
disayangi Allah. Kita akan memperolehi kemanisan iman, semasa ini hati kita
akan tenang dan selalu bergantung kepada Allah. Jika kita tidak dapat capai apa
yang dihajati, diri kita tidak mudah kewa , malah kita tetap bersyukur dengan
ketentuan Allah keran yakin bahawa Allah tidak memberi apa yang kita hajatkan
itu adalah untuk kebaikan kepada kita. Bila diri kita dapat didik dengan
situasi semacam ini menjadikan kita hamba yang sentiasa tenant menerima segala
ujian Allah dan dapat bersabar. Yakinlah bahawa Allah akan bersama-sama
hambaNya yang sabar.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.