Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di
antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah
kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara
berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi
Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di
tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan
Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528,
seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan
Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai
Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan
Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bintan bernama Sang
Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama.
Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh
satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar
Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana
bermaksud “Yang Dipertuan kepada tiga dunia” melambangkan kekuasaan baginda ke
atas Palembang, Bintan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari
keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira
Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399) dan yang
terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 – 1401). Pada 1401, kerajaan
Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna
Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat
Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.
Menurut “Suma Oriental”, Parameswara ialah seorang raja
Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh
Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura
(“orang yang berani”). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara
menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah
diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu
pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari
tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu (“Malay Annals”) yang dikarang oleh
Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi
diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang
kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba
mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening
Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili
dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan
persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka
meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak
seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya.
Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan
membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok
(Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu “Melaka”.
Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana
Yin CHing telah tiba di Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi
hadiah-hadiah kebesaran daripada MAharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai
tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas
hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah
menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin
dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah
singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411,
Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan
pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi
sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.
Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi
sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini
dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, “Sesiapa yang menguasai
Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia” (He who is lord of Malacca has
his hand on the throat of Venice.)
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah
negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun
Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India,
China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat
untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina
menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang
terbaik pada masa itu.
[sunting] Perkembangan Melaka
Raja Iskandar Syah mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh
anaknya, Raja Megat Iskandar Syah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan
putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran “Sultan
Muhammad Shah” (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau
diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja
Ibrahim.
Disebabkan pemerintah sebenarny adalah oleh sepupu Puteri Rokan,
orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan
dengan gelaran “Sultan Abu Syahid”.
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun
Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran “Sultan Muzaffar Syah”
(1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi
negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan
Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia
Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam
membuat dua serangan ke atas Melaka.
Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra
melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun
Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan
serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali
lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah.
Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk
menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikkan Bendahara dengan gelaran
“Bendahara Paduka Raja”. Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan
tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan
Melayu.
Catatan sejarah di atas dikatakan telah direkodkan oleh
penulis sejarah yang menjadi kakitangan British dahulu. Dikatakan oleh pengkaji
sejarah keturunan Melayu terdapat fakta yang disembunyikan terutama berkaitan
dengan pemerintahan yang menggunakan syariat Islam seperti yang direkodkan
dibawah Ini.
“Tolong anda periksa semula benarkah Portugis yang
mengyerang melaka???? Apa yang pasti musuh Islam bagi Kerajaan Melayu Melaka
Yang Memegang Panji Rasulullah SAW atau Panji Hitam itu adalah musuh dari
lanjutan perang Salib iaitu Belanda dan British. Dan yang pasti Portugis yang
datang ketika itu adalah tentera upahan bagi Sultan Mahmud Syah Khalifatul
Akhir. Dan Kota A Famosa adalah Kubu Tentera Portugis Islam. Ketika Era ini
Melayu Bugis terbentuk… Yakni Melayu yang sedia ada dah dicampur dengan benih
dari Eropah… yakni Tentera Portugis adalah tentera tinggalan Kerajaan Uthmaniah
Turki (Othomon)… Sultam Mahmud adalah cucu kepada Sultan Zahir ud din Babur
Syah(Pemerintah Monggol India atau Akhbar India) yang berkahwin dengan anak
Sultan Rijaluddin(Parameswara 2) iaitu Siti Nur Aisyah Begum dan disebut Istana
Alam Syah dan Syah Alam. Dan Sultan Rijaluddin beristana di kedah kota naga
jitra”.
Posted by Sifuli (asal usul orng melayu)
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.