Mengatasi Anak Malas Belajar
Ibu bapa memang amat gembira apabila anaknya yang dibesarkan
dari kecil telapak tangan sudah membesar dengan sempurna. Masa yang paling
mengembirakan dan mencabar apabila anak sulung mereka memasuki sekolah darjah satu.
Bagi sesetengah kanak-kanak apabila dimasukkan ke sekolah
ianya amat berminat untuk belajar, suka bertanyakkan kepada ibu bapa mereka
tentang perkara baru yang di pelajari di sekolah. Kadang kala ibu bapa tak
boleh rehar langsung asik di Tanya itu dan ini. Jika begini keadaan anak yang
baru di hantar ke sekolah, ibu bapa berkenaan adalah bernasib baik kerana
anaknya begitu begitu minat untuk belajar. Alhamdulillah.
Yang menjadi masalah kadang kala terdapat anak-anak
yang mula memasuki sekolah, apabila
pulang dari sekolah kelihatan tidak ceria dan banyak bermenung. Pada keesokannya
apabil ibu bapa hendak hantar anak mereka ke sekolah,, pelbagai alasan diberi
untuk membolehkannya tidak ke sekolah. Anak
malas belajar dan tidak mahu membaca buku pelajaran, sering menjadi keluhan ibu
bapa. Anak pada zaman sekarang lebih suka menonton tv, filem atau melayari laman sosial di internet.
Jika anak tidak mahu belajar, mereka menganggap bahawa belajar adalah suatu
kegiatan yang kurang menyenangkan dibandingkan dengan bermain atau berseronok.
Untuk mengatasi anak anda yang malas belajar adalah dengan
menekankan kepada anak, bahawa belajar adalah kegiatan yang menarik,
menyenangkan atau membuat mereka sedar betapa pentingnya pelajaran demi untuk
masa hadapan mereka.
Di bawah ini adalah tips untuk mengatasi anak malas belajar
:
Tanamkan kesedaran kepada anak anda, bahawa pelajaran itu
adalah suatu kewajiban dan tanggung jawab sebagai seorang pelajar yang hasilnya
akan diraih dimasa akan datang.
Berikan contoh kepada anak. Anda sebagai ibu bapa juga turut
membaca buku-buku yang bermanfaat di saat anak anda sedang belajar.Ibu bapa
sebaiknya juga menanamkan budaya membaca di dalam keluarga.Ciptakan suasana
belajar yang menyenangkan. Buat satu
ruang belajar khas yang menarik dan rapi.
Berikan motivasi kepada anak untuk belajar dengan cara yang
baik, adakan pendekatan sambil menyelami hati anak dengan menjadikan anak
sebagai sahabat. Jangan menyuruh anak belajar dengan paksaan, apalagi dengan
cara yang kasar.
Berikan insentif kepada anak, baik berupa hadiah kesukaan
mereka atau sekadar pujian jika tahap pembelajaran anak semakin bagus. Hal ini akan membantu memotivasi dan
menaikkan semangat anak.
Sebaiknya ibu bapa lebih terbuka dengan anak-anak dengan
bertanyakan permasalahan yang dihadapinya, kenapa malas belajar, apa yang dapat
membuat ia semangat untuk belajar dan sebagainya. Bantu anak untuk mengatasi
permasalahan tersebut.
Jadikan waktu belajar ini menjadi kebiasaan rutin seharian,
dan sebaiknya ibu-bapa juga turut menemani dan membantu jika anak jika
mengalami masalah ketika belajar.
Selain waktu belajar yang teratur, sediakan juga waktu yang
cukup untuk anak anda bermain, menonton tv dan berinteraksi dengan
rakan-rakannya.
Yang paling penting, ibu bapa juga hendaklah selalu berdoa
kepada Allah swt memohon restu dan hidayahNya semoga anak akan rajin belajar
untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.
Sumber:
homefamelysite
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.