RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 8 August 2015

TIP untuk penjagaan pesakit yang lumpuh; berdasarkan pengalaman penulis menjaga isteri lumpuh 15 tahun lalu hingga kini.

Tip yang diterangkan dalam blog ini adalah berdasarkan nasihat doktor dan juga pengalaman saya menjaga isteri yang telah lumpuh sebelah tubuh (kanan) sejak 15 tahun lalu. Isteri lumpuh akibat daripada pembedahan kepala pada tahun 2001 setelah ianya koma selepas berlaku pendarahan dalam saraf otak (AVM).

Tip-tip yang saya nyatakan ini adalah satu keadah bagaimana waris terdekat yang menjaga pesakit supaya dapat membantu pesakit untuk sembuh kembali (dengan izin Allah).
Memandangkan penyakit lumpuh berlaku dengan pantas, (serta mereta - tidak ada tanda-tanda awal). Bila terjadi semua keluarga terdekat menjadi panik, Kadangkala pada peringkat awal pesakit di serang, kita akan membawa pesakit ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan, Setelah berada beberapa hari (kebiasaannya melebihi dua minggu) di wad hospital dan keadaan pesakit agak stabil, pihak hospital akan meminta keluarga membawa pulang pesakit untuk berehat di rumah dan mendapat rawatan susulan seperti menjalani fisioterapi di Klinik dan juga mendapat rawatan ulangan di hospital dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Berdasarkan pengalaman saya menjaga isteri yang lumpuh. Pada hari mula dia discaj dari wad hospital dan dibawa pulang ke rumah tindakan-tindakan berikut telah saya lakukan:

Tip-tip yang disenaraikan ini adalah amalan yang saya telah lakukan sepanjang tempoh lebih 15 tahun saya menjaga isteri yang lumpuh sebelah tubuh. Kini keadaan isteri hampir kembali normal darii segi pemikiran, sikap dan juga kesabaran dalam menghadapi dugaan sebagai pesakit lumpuh yang boleh digolongkan sebaagai seoranga yang kurang upaya. (OKU)..


Tip 1: WARIS TERDEKAT BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN  PARADIGMA MINDA,
Waris terdekat mestilah membuat persediaan untuk membuat perubahan minda kerana bermula pada hari pesakit di bawa pulang, kita akan menjadi orang utama yang akan menjaga secara rapi pesakit stroke yang memerlukan pertolongan orang lain dalam serba serbi kehidupan seharian mereka.
Minda kita mestilah dibuat satu perubahan tanggapan bahwa (suami/ isteri) yang menjadi salah satu orang yang penting dalam keluarga telah tidak dapat membantu kita lagi. Bermakna bermula pada hari itu kita terpaksa melakukan semua kerja-kerja yang berkaitan rumah tangga  secara bersendirian. (lebih-lebih lagi jika anak-anak masih kecil).

TIP 2: PASTIKAN PESAKIT DI BERI MAKAN UBAT MENGIKUT JADUAL.
Kita perlu mempastika pesakit diberi makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor. Untuk mempastikan keperluan ubat oleh pesakit dapat disempurnakan. Perlu disediakan sebuah diari khas, bag mencatat masa ubat di beri kepada pesakit. Cara ini dapat mengelakkan berlakunya terlupa memberi ubat kepada pesakit. Jika tidak di catat dalam diari berkemungkinan terlupa memberi ubat berlaku dan ianya boleh menyebabkan pesakit berrisiko akan diserang sekali lagi oleh stroke. Risiko serangan stroke keli kedua akan menyebabkan proses untuk rawatan akan lebih rumit dan pesakit akan menjadi lebih parah.

TIP 3 : PERLU MENABAH ILMU TENTANG PERUBAHAN SIFAT PERIBADI PESAKIT .
Kita yang akan menjaga pesakit mestilah membuat pembacaan tentang beberapa perubahan sikap peribadi yang akan berlaku kepada pesakit strok.
a. Perlu Menjaga Emosi
Perubah sifat peribadi pesakit ialah ia mudah menjadi sensitif, dan cepat merajuk. Keadaan ini berlaku kerana sebelum di serang sakit stroke, segala kerja ia boleh lakukan sendiri, dan dia akan melakukannya mengikut kebiasan diri sendiri. Bila ia sakit menyebakan dia sudah tidak dapat lakukan sendiri, Oleh itu bila pesakit memerlukan sesuatu perkara perlu mendapat pertolongan orang lain. Jika permintaannya lambat di tunaikan oleh penjaga, dia akan mudah sensitif, sama ada marah-marah, berleter atau menangis, Oleh itu kita yang menjaga pesakit perlu bersikap proaktif, dengan mepastikan semua perkara yang dikehendaki oleh pesakit dilaksanakan secepat mungkin.
.
Salah satu perkara yang amat penting ialah menjaga EMOSI DAN PERASAAN PESAKIT.
b. Pesakit perlu menjalani fisioterapi/ urutan tradisional.
Rawatan secara fisioterapi adalah salah satu cara rawatan yang disyorkan oleh doktor untuk memulihkan pesakit stroke. Beberapa bentuk exercise  akan diberi kepada pesakit oleh ahli fisoterapi. Latihan untuk mengerakkan anggota badan melalui fisioterapi ini akan membolihkan segala urat saraf pesakit yang lemah dikembalikan fungsinya seperti asal. Fisioteripi ini mengambil masa yang agak lama ( biasanya mengambil masa 3-4 bulan  atau lebih lama lagi).
Selain rawatan fesioterapi, rawatan urut tradisional juga amat penting, Pengalaman saya merawat isteri didapati urut tradisional dapat memulihkan lebih cepat untuk recover berbanding dengan fisioterapi, Walaubagaimana pun perlu berhati-hati melilih tukang urut yang betul betul mahir .


TIP 4: . BANTU PESAKIT UNTUK MENDIRIKAN SOLAT DAN BELIKAN BUKU-BUKU AGAMA:
Penjaga utama perlu membantu pesakit untuk mengerjakan solat tanpa tinggal 5 waktu sehari semalam. Untuk memudahakan pesakit masa yang sesuai perlu di atur untuk membolehkan satu kali air wudud boleh digunakan untuk dua kali solat, umpamanya – waktu solah zohor di akhir waktu dan waktu solat asar di awal waktu, maghrib di akhir waktu dan isyak di awal waktu. Solat subuh boleh di awal atau di akhir waktu, mengikut kemampuan pesakit untuk bangun pagi.

Buku-buku agama juga perlu di beri kepada pesakit stroke dari masa ke semasa. Kerana pesakit mempunyai banyak masa terluang, dengn memperbanyak membaca buku-buku agama, ia akan memberi kefahaman agama kepada pembacanya. Jika budaya suka membaca ini di masukkan dalam minda pesakit, ianya akan memberi perubahan minda kepada pesakit terutamanya untuk menyakinkan bahawa sakit kronik yang diberi Allah kepada seseorang adalah salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau. Jika kita sabar dan redha menerimanya, kita akan mendapat ganjaran pahala yang amat banyak di akhirat kelak dan disediakan syurga yang penuh dengan kenikmatan.

TIP 5 : ATUR JADUAL BAGI MEMBOLEHKAN PESAKIT BERIADAH, BERSOSIAL DAN MEMBELI-BELAH.

Kita juga perlu mengatur jadual supaya pesakit dapat beriadah (bersiar-siar dengan kereta tolak), pergi ke tempat peranginan, dan tempat membeli belah. Jika diadakan jadual sebegini akan membolehkan pesakit menikmati situasi beriadah, berkelah dan membeli belah bersama-sama keluarga lain, ia akan memberi perangsan minda pesakit bahawa dia juga dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti orang sihat juga. Kaedah ini saya dapati amat memberi kesan kepada pemulihan minda pesakit untuk memberi azam baru bahawa dia juga boleh hidup seperti orang lain yang sihat, Bila minda telah dapat dipulihkan persepsi tentang kehidupan ianya akan membantu dengan lebih cepat untuk memulihkan sakit strok.
Aktiviti bersosial ini juga dapat mengurangkan stress pesakit ( kerana orang yang lumpuh akan terasa stress apabila dia hanya duduk di atas katil hapir 24 jam). Pengurusan stress ini penting untuk mengelakkan pesakit dihidapi oleh penyakit kemurungan.

TIP 6: KELUARGA TERDEKAT PERLU DIBERI PENERANGAN DAN KEFAHAMAN TENTANG PESAKIT STROK.

TIP 7: PEMAKANAN PESAKIT LEBIHKAN KEPADA JENIS VEGETERIAN, CUBA KURANGKAN MAKAN DAGING MERAH ( KAMBING/BIRI-BIRI/LEMBU).
.
TIP 8: MENGADAKAN PEMERIKSAAN DARAH SEKURANG-KURANGNYA SETAHUN DUA KALI.

TIP 9 : TUNJUKKAN KEMESRAAN DAN CINTA ANDA MASIH TETAP SAMA:

TIP 10 :  RANCANG PERCUTIAN  - BERBULAN MADU



TIP: 11 - BILIK AIR PERLU DIUBAHSUAI


TIP:12 - PENGURUSAN STRES

TIP 13: MEMBANTU PESAKIT BERFIKIRAN  POSITIF UNTUK SEMBUH.

Tip 14: Tingkatkan Kemahiran Mengurus Masa.
TIPS 15 : WUJUDKAN SIFAT SABAR DALAM DIRI:
TIPS 16: MEMPUNYAI SIFAT RAJIN
Kesimpulan: 

Tip-tip ini adalah semata-mata sebagai panduan sahaja, Keberkesanannya adalah bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia dapat menadaptasi segala situasi pesakit stroke yang di rawatinya. Jika penjaga dapat mempengaruhi emosi pesakit supaya menampilkan sikap positif dalam mengharungi dugaan Allah dengan kesakitan dan kesusahan yang dilalui itu merupakan rahmat Allah yang sedang melakukan proses untuk melunaskan dosa-dosa silam pesakit, proses untuk meningkatkan darjat pesakit dan penjaganya, jika dapat ditepuhi dengan penuh reda dan kesabaran.  Bila pesakit dan penjaganya dapat menerima segala dugaan ini dengan penuh ketaqwaan, InsyaAllah ianya dapat dilalui tanpa sebarang kerumitan dan keluh kesah walaupun memakan masa belasan tahun atau puluhan tahun lamanya. Insya Allah.

Untuk mendapat cerita lebih terperinci cara hidup suami isteri yang saya amalkan dan bagaiman cinta kami dapat bertahan lebih 35 tahun dan keutuhan cinta tetap segar dan mantan dengan Rahmat Allah. Boleh didapati dalam buku saya "BERCNTA SAMPAI SYURGA"  PTS Publishing House @ Bookcafe.com.my






2 comments:

  1. MashaAllah hebatnya ... T_T

    ReplyDelete
  2. Jazzakallah Hukair

    Pn Zulaikha Ali..... Semuanya hidayah Allah.....

    ReplyDelete

Thanks for your comments, I will reply soon.