RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label realit kehidupan. Show all posts
Showing posts with label realit kehidupan. Show all posts

Saturday, 8 August 2015

TIP untuk penjagaan pesakit yang lumpuh; berdasarkan pengalaman penulis menjaga isteri lumpuh 15 tahun lalu hingga kini.

Tip yang diterangkan dalam blog ini adalah berdasarkan nasihat doktor dan juga pengalaman saya menjaga isteri yang telah lumpuh sebelah tubuh (kanan) sejak 15 tahun lalu. Isteri lumpuh akibat daripada pembedahan kepala pada tahun 2001 setelah ianya koma selepas berlaku pendarahan dalam saraf otak (AVM).

Tip-tip yang saya nyatakan ini adalah satu keadah bagaimana waris terdekat yang menjaga pesakit supaya dapat membantu pesakit untuk sembuh kembali (dengan izin Allah).
Memandangkan penyakit lumpuh berlaku dengan pantas, (serta mereta - tidak ada tanda-tanda awal). Bila terjadi semua keluarga terdekat menjadi panik, Kadangkala pada peringkat awal pesakit di serang, kita akan membawa pesakit ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan, Setelah berada beberapa hari (kebiasaannya melebihi dua minggu) di wad hospital dan keadaan pesakit agak stabil, pihak hospital akan meminta keluarga membawa pulang pesakit untuk berehat di rumah dan mendapat rawatan susulan seperti menjalani fisioterapi di Klinik dan juga mendapat rawatan ulangan di hospital dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Berdasarkan pengalaman saya menjaga isteri yang lumpuh. Pada hari mula dia discaj dari wad hospital dan dibawa pulang ke rumah tindakan-tindakan berikut telah saya lakukan:

Tip-tip yang disenaraikan ini adalah amalan yang saya telah lakukan sepanjang tempoh lebih 15 tahun saya menjaga isteri yang lumpuh sebelah tubuh. Kini keadaan isteri hampir kembali normal darii segi pemikiran, sikap dan juga kesabaran dalam menghadapi dugaan sebagai pesakit lumpuh yang boleh digolongkan sebaagai seoranga yang kurang upaya. (OKU)..


Tip 1: WARIS TERDEKAT BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN  PARADIGMA MINDA,
Waris terdekat mestilah membuat persediaan untuk membuat perubahan minda kerana bermula pada hari pesakit di bawa pulang, kita akan menjadi orang utama yang akan menjaga secara rapi pesakit stroke yang memerlukan pertolongan orang lain dalam serba serbi kehidupan seharian mereka.
Minda kita mestilah dibuat satu perubahan tanggapan bahwa (suami/ isteri) yang menjadi salah satu orang yang penting dalam keluarga telah tidak dapat membantu kita lagi. Bermakna bermula pada hari itu kita terpaksa melakukan semua kerja-kerja yang berkaitan rumah tangga  secara bersendirian. (lebih-lebih lagi jika anak-anak masih kecil).

TIP 2: PASTIKAN PESAKIT DI BERI MAKAN UBAT MENGIKUT JADUAL.
Kita perlu mempastika pesakit diberi makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor. Untuk mempastikan keperluan ubat oleh pesakit dapat disempurnakan. Perlu disediakan sebuah diari khas, bag mencatat masa ubat di beri kepada pesakit. Cara ini dapat mengelakkan berlakunya terlupa memberi ubat kepada pesakit. Jika tidak di catat dalam diari berkemungkinan terlupa memberi ubat berlaku dan ianya boleh menyebabkan pesakit berrisiko akan diserang sekali lagi oleh stroke. Risiko serangan stroke keli kedua akan menyebabkan proses untuk rawatan akan lebih rumit dan pesakit akan menjadi lebih parah.

TIP 3 : PERLU MENABAH ILMU TENTANG PERUBAHAN SIFAT PERIBADI PESAKIT .
Kita yang akan menjaga pesakit mestilah membuat pembacaan tentang beberapa perubahan sikap peribadi yang akan berlaku kepada pesakit strok.
a. Perlu Menjaga Emosi: 
Perubah sifat peribadi pesakit ialah ia mudah menjadi sensitif, dan cepat merajuk. Keadaan ini berlaku kerana sebelum di serang sakit stroke, segala kerja ia boleh lakukan sendiri, dan dia akan melakukannya mengikut kebiasan diri sendiri. Bila ia sakit menyebakan dia sudah tidak dapat lakukan sendiri, Oleh itu bila pesakit memerlukan sesuatu perkara perlu mendapat pertolongan orang lain. Jika permintaannya lambat di tunaikan oleh penjaga, dia akan mudah sensitif, sama ada marah-marah, berleter atau menangis, Oleh itu kita yang menjaga pesakit perlu bersikap proaktif, dengan mepastikan semua perkara yang dikehendaki oleh pesakit dilaksanakan secepat mungkin.
.
Salah satu perkara yang amat penting ialah menjaga EMOSI DAN PERASAAN PESAKIT.
b. Pesakit perlu menjalani fisioterapi/ urutan tradisional.
Rawatan secara fisioterapi adalah salah satu cara rawatan yang disyorkan oleh doktor untuk memulihkan pesakit stroke. Beberapa bentuk exercise  akan diberi kepada pesakit oleh ahli fisoterapi. Latihan untuk mengerakkan anggota badan melalui fisioterapi ini akan membolihkan segala urat saraf pesakit yang lemah dikembalikan fungsinya seperti asal. Fisioteripi ini mengambil masa yang agak lama ( biasanya mengambil masa 3-4 bulan  atau lebih lama lagi).
Selain rawatan fesioterapi, rawatan urut tradisional juga amat penting, Pengalaman saya merawat isteri didapati urut tradisional dapat memulihkan lebih cepat untuk recover berbanding dengan fisioterapi, Walaubagaimana pun perlu berhati-hati melilih tukang urut yang betul betul mahir .


TIP 4: . BANTU PESAKIT UNTUK MENDIRIKAN SOLAT DAN BELIKAN BUKU-BUKU AGAMA:
Penjaga utama perlu membantu pesakit untuk mengerjakan solat tanpa tinggal 5 waktu sehari semalam. Untuk memudahakan pesakit masa yang sesuai perlu di atur untuk membolehkan satu kali air wudud boleh digunakan untuk dua kali solat, umpamanya – waktu solah zohor di akhir waktu dan waktu solat asar di awal waktu, maghrib di akhir waktu dan isyak di awal waktu. Solat subuh boleh di awal atau di akhir waktu, mengikut kemampuan pesakit untuk bangun pagi.

Buku-buku agama juga perlu di beri kepada pesakit stroke dari masa ke semasa. Kerana pesakit mempunyai banyak masa terluang, dengn memperbanyak membaca buku-buku agama, ia akan memberi kefahaman agama kepada pembacanya. Jika budaya suka membaca ini di masukkan dalam minda pesakit, ianya akan memberi perubahan minda kepada pesakit terutamanya untuk menyakinkan bahawa sakit kronik yang diberi Allah kepada seseorang adalah salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau. Jika kita sabar dan redha menerimanya, kita akan mendapat ganjaran pahala yang amat banyak di akhirat kelak dan disediakan syurga yang penuh dengan kenikmatan.

TIP 5 : ATUR JADUAL BAGI MEMBOLEHKAN PESAKIT BERIADAH, BERSOSIAL DAN MEMBELI-BELAH.

Kita juga perlu mengatur jadual supaya pesakit dapat beriadah (bersiar-siar dengan kereta tolak), pergi ke tempat peranginan, dan tempat membeli belah. Jika diadakan jadual sebegini akan membolehkan pesakit menikmati situasi beriadah, berkelah dan membeli belah bersama-sama keluarga lain, ia akan memberi perangsan minda pesakit bahawa dia juga dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti orang sihat juga. Kaedah ini saya dapati amat memberi kesan kepada pemulihan minda pesakit untuk memberi azam baru bahawa dia juga boleh hidup seperti orang lain yang sihat, Bila minda telah dapat dipulihkan persepsi tentang kehidupan ianya akan membantu dengan lebih cepat untuk memulihkan sakit strok.
Aktiviti bersosial ini juga dapat mengurangkan stress pesakit ( kerana orang yang lumpuh akan terasa stress apabila dia hanya duduk di atas katil hapir 24 jam). Pengurusan stress ini penting untuk mengelakkan pesakit dihidapi oleh penyakit kemurungan.

TIP 6: KELUARGA TERDEKAT PERLU DIBERI PENERANGAN DAN KEFAHAMAN TENTANG PESAKIT STROK.

TIP 7: PEMAKANAN PESAKIT LEBIHKAN KEPADA JENIS VEGETERIAN, CUBA KURANGKAN MAKAN DAGING MERAH ( KAMBING/BIRI-BIRI/LEMBU).
.
TIP 8: MENGADAKAN PEMERIKSAAN DARAH SEKURANG-KURANGNYA SETAHUN DUA KALI.

TIP 9 : TUNJUKKAN KEMESRAAN DAN CINTA ANDA MASIH TETAP SAMA:

TIP 10 :  RANCANG PERCUTIAN  - BERBULAN MADU



TIP: 11 - BILIK AIR PERLU DIUBAHSUAI


TIP:12 - PENGURUSAN STRES

TIP 13: MEMBANTU PESAKIT BERFIKIRAN  POSITIF UNTUK SEMBUH.

Tip 14: Tingkatkan Kemahiran Mengurus Masa.
TIPS 15 : WUJUDKAN SIFAT SABAR DALAM DIRI:
TIPS 16: MEMPUNYAI SIFAT RAJIN
Kesimpulan: 

Tip-tip ini adalah semata-mata sebagai panduan sahaja, Keberkesanannya adalah bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia dapat menadaptasi segala situasi pesakit stroke yang di rawatinya. Jika penjaga dapat mempengaruhi emosi pesakit supaya menampilkan sikap positif dalam mengharungi dugaan Allah dengan kesakitan dan kesusahan yang dilalui itu merupakan rahmat Allah yang sedang melakukan proses untuk melunaskan dosa-dosa silam pesakit, proses untuk meningkatkan darjat pesakit dan penjaganya, jika dapat ditepuhi dengan penuh reda dan kesabaran.  Bila pesakit dan penjaganya dapat menerima segala dugaan ini dengan penuh ketaqwaan, InsyaAllah ianya dapat dilalui tanpa sebarang kerumitan dan keluh kesah walaupun memakan masa belasan tahun atau puluhan tahun lamanya. Insya Allah.

Untuk mendapat cerita lebih terperinci cara hidup suami isteri yang saya amalkan dan bagaiman cinta kami dapat bertahan lebih 35 tahun dan keutuhan cinta tetap segar dan mantan dengan Rahmat Allah. Boleh didapati dalam buku saya "BERCNTA SAMPAI SYURGA"  PTS Publishing House @ Bookcafe.com.my






Tuesday, 4 August 2015

GEJALA RASUAH DI MALAYSIA SATU KAJIAN


Rasuah merupakan isu yang hangat diperkatakan dewasa ini samada dalam bidang politik, perniagaan, personel awam, penguatkuasaan dan sebagainya. Pihak kerajaan memandang serius permasalahan ini. Justeru itu, Pelan Integrasi Nasional dilancarkan oleh Perdana Menteri antara lain sebagai usaha untuk menangani rasuah.
Rasuah antara gejala sosial atau jenayah yang sukar di atasi selain daripada gejala dadah di negara kita. Malaysia telah mempunyai undang-undang yang tegas iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997 dalam usaha menanganinya. Begitu juga dari segi penguatkuasaan melalui Badan Pencegah Rasuah atau BPR.
Persoalannya, kenapa dan mengapa gejala ini masih lagi berleluasa? Ia bukan sahaja melibatkan pegawai rendah seba liknya melibatkan orangorang kenamaan yang berstatus dalam masyarakat. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang faktor-faktor yang berpunca dari sikap individu itu sendiri. Faktor rasuah sering dikaitkan dengan gaji, peluang dan dasar. Tapi, faktor individu yang terjebak dengan masalah tersebut difokus sebagai punca utama untuk kertas kerja ini. Oleh itu, kertas kerja ini akan memberi cadangan bagaimana seseorang individu cuba melindungi dirinya daripada gejala rasuah dan apakah cara ter baik untuk mengatakan tidak terhadap rasuah .
Kertas kerja ini cuba menjelaskan kaedah pendidikan dalaman (psikologi) individu dan ibu bapa sebagai benteng utama membanteras rasuah.

PENDAHULUAN

Rasuah adalah sinonim dengan hadiah. Bezanya, hadiah mungkin diberikan kepada seseorang atas rasa keikhlasan yang sebenarnya. Manakala rasuah dilihat sebagai ganjaran sesuatu ataupun mengharapkan ganjaran tertentu daripada sesuatu pemberian. Ada juga yang beranggapan rasuah ialah wang sogokan atau duit kopi. Ada juga rasuah yang berbentuk material atau lebih mudah disebut sebagai hadiah, tetapi hadiah yang bermaksud ada hasil pulangannya.

Etimologi perkataan rasuah berasal daripada bahasa Arab „al-riswah‟. Istilah rasuah telah digunapakai dalam bahasa Melayu ya ng bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok, menyuap. Menurut undang -undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan 4(a)(b), Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah ialah; 2 “menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan kepada seseorang untuk melakukansesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya .”
Manakala suapan pula, menurut Seksyen 2, Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah; “wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran beharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya.” Secara keseluruhannya, rasuah boleh didefinisikan dengan pelbaga i cara.
Tetapi maksudnya tetap sama iaitu pemberian atau penerimaan sesuatu yang bertujuan melakukan perkara yang tidak digalakkan sama ada oleh undang -undang atau peraturan harian tertentu yang berkaitan dengan tugas.
Amalan rasuah sebenarnya telah wujud sekian lama kerana ianya merupakan satu amalan yang universal. Menurut Syed Husin Al Attas (1980), rasuah muncul sejak masyarakat tradisional lagi. Ini bermaksud masyarakat tradisional dahulu telah mengamalkan budaya memberi hadiah kepada seseorang sebaga i penghormatan. Tetapi kini budaya tersebut yang pada asalnya bertujuan mulia telah digunakan sebagai rasuah dalam memenuhi hajat secara cepat. Justeru itu, walaupun isu ini telah dibahaskan diperingkat global dan domestik.
Persoalannya, adakah rasuah dapa t dihapuskan? Tiga dekad yang lalu, Gunnar Myrdal (1996) melihat perkataan rasuah adalah suatu perkataan yang sukar disebut atau menjadi agak sensitif untuk sesuatu kajian di negara-negara Asia. Walaupun begitu, kajian mengenai rasuah agak menarik di negara Asia kerana negara Asia adalah antara negara -negara yang terlibat dengan rasuah di tahap yang agak kritikal. Menurut laporan Gosh (1997), dalam “Economic Review” menyatakan negara Asia terlibat dengan rasuah secara besar - besaran pada tahun 1996. Keadaan kian meruncing apabila tahun berikutnya telah berlaku krisis ekonomi di Thailand, Korea Selatan, Malaysia dan Indonesia. Pada tahun tersebut bukan sahaja isu rasuah yang dibangkitkan, malahan isu kronisme, nepotisme, tanggungjawab dan akauntibiliti t erhadap pentadbiran awam juga telah dibangkitkan. Isu tersebut menjadi satu cabaran yang besar terhadap pentabiran awam seperti Malaysia kerana sedang berusaha mengatasi krisis kewangan dan pada masa yang sama perlu menghadapi isu -isu rasuah di kalangan masyarakat.

Mengikut Corruption Rangking Index yang dikeluarkan oleh Transparency International, negara yang mendapat 10 markah iaitu markah penuh dianggap negara yang bersih dari rasuah. Secara bandingan, markah yang dicapai oleh negara dari tahun 1995 hingga tahun 1997, terdapat penurunan daripada 5.28 pada tahun 1995 kepada 5.01 pada tahun 1997 ( Zulkifli Idris, 1998).

Masalah rasuah bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana kesan permasalahan tersebut adalah besar khususnya terhadap p embangunan sesebuah negara. Signifikasi rasuah sebenarnya boleh mengganggu pertumbuhan ekonomi negara biarpun masalahnya berkaitan dengan masalah sosial. Tetapi, apabila seseorang yang terjebak dengan rasuah, ia boleh bertindak menyembunyikan pelbagai perk ara, termasuklah perkara -perkara penting yang mampu mempengaruhi ekonomi negara. Sebagai contoh, memberi tender kepada kontraktor yang tidak sepatutnya, mungkin menghasilkan kualiti aset yang rendah. Seterusnya, akan berlaku peningkatan kos seandainya aset tersebut perlu diperbaiki, terutamanya aset kekal kerajaan. 3 Akibatnya belanjawan akan meningkat.

Selain itu, masalah rasuah boleh mengakibatkan pelabur-pelabur luar tidak berminat untuk melabur di negara yang terlibat dengan masalah tersebut terutamanya negara sedang membangun seperti Malaysia. Akibatnya, peluang pelaburan akan terlepas ke negara lain dan secara tidak langsung mambantutkan perkembangan ekonomi negara.

Sesungguhnya kesan amalan rasuah sangat besar kepada negara. Lantaran itu ianya perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Sebenarnya perkara yang perlu dititik beratkan ialah mengenalpasti apakah faktor utama yang menjurus wujudnya gejala rasuah secara besar-besaran, seterusnya mengenalpasti cara dan strategi yang terbaik untuk meminimakan masalah tersebut.


Wallahu’alam.


Sumber: uum

Saturday, 1 August 2015

AMALAN UNTUK MURAH REZEKI


Semua orang mahu hidup dengan memperolehi rezeki yang melimpah luah, hidup dengan kemewahan dan sentiasa mempunyai wang untuk membelanjakan segala keperlua dalam kehidupan. Oleh itu sebilangan besar dari kalangan kita bekerja keras siang dan malam mengejar rezeki.
Kadang kala kita melengah-lengahkan solat kerana pada masa itu aktiviti perniagaan cukup laris seperti apa yang berlaku di pasar-pasar malam. Malah ada yang tidak kuat imannya terus meninggalkan solat maghrib kerana takut kerugian. Ini adalah diantara sifat orang yang tidak begitu yakin dengan ketentuan Allah bahawa rezeki kita adalah ketetapan dari Allah. Walapun kita telah berusaha dengan sekuat mungkit tetapi jika tidak diizinkan Allah rezeki kita juga tidak akan bertambah.
Padahal Allah swt. telah menjamin rezeki setiap makhluk-Nya. ”Dan tidak ada suatu makhlukpun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)” (QS. Hud 6).

Allah swt. mengingatkan, ”Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan dari-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” (QS. Al Baqarah 268)

Oleh itu ungapan yang mengatakan mencari rezeki itu adalah susah peru di ubah dengan sikap yang lebih optimis dan yakin bahawa Allah Maha Pemurah. Kita perlu ubah minda mencari rezeki dengan mengatakan  ”Di dunia ini karunia-Nya melimpah ruah. Allah swt. Maha Mencukupi. Dunia tidak akan kehabisan rezeki halal, buat apa cari yang haram?” Kewajiban kita hanya berusaha semaksimal mungkin mencari karunia-Nya. Sebab, kita tidak tahu berapa Allah menjatah rezeki-Nya untuk kita. Berikut ini adalah sebahagian amalan yang dapat membuka pintu-pintu rezeki yang diajarkan Allah dan rasul-Nya: 

1. Memperbanyak Istighfar

Allah berfirman, ”Maka aku (Nuh as, Red.) katakan kepada mereka, ’Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai” (QS Nuh 10-12). 

Al Qurthubi menafsirkan, “Dalam ayat-ayat di atas, terdapat dalil yang menunjukkan bahwa istighfar merupakan salah satu sarana dilimpahkan-Nya rezeki dan hujan.” Rasulullah saw. bersabda, “Barang siapa memperbanyak istighfar niscaya Allah menggantikan kesempitan menjadi jalan keluar, setiap kesedihan menjadi kelapangan, dan Allah akan memberinya rezeki dan arah yang tiada disangka-sangka” (HR. Abu Dawud).

2. Bertakwa

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan (Dia) memberinya rezeki dan arah tiada disangka-sangkanya” (QS. Ath Thalaq 2-3). Ibnu Katsir menafsirkan, ”Maknanya, barang siapa yang bertakwa kepada Allah –dengan melakukan apa yang diperintah-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya– niscaya Allah akan memberi jalan keluar serta rezeki dan arah yang tiada disangka-sangka yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dibenaknya.”

3. Bertawakkal kepada Allah swt.

“Sungguh seandainya kalian bertakwakal kepada Allah sebenar-benarnya niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang” (HR. Ahmad, Tirmidzi). Tawakkal berarti kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah swt. untuk mendapatkan kemaslahatan serta mencegah bahaya, baik menyangkut urusan dunia maupun akhirat.

4. Rajin beribadah 

Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, ’Wahai anak Adam! Beribadahlah sepenuhnya kepada-Ku. Niscaya Aku penuhi (hatimu yang ada) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi kebutuhanmu. Jika tidak kalian lakukan, niscaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi kebutuhanmu (kepada manusia)” (HR. Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah).

5. Mengerjakan  Haji dan Umrah

“Lanjutkanlah haji dengan umrah karena sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana api dapat menghilangkan karat besi, emas, dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu kecuali surga” (HR. Ahmad, Timidzi, Nasa’i).

6. Banyak bersilaturahim

Nabi saw. bersabda, “Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim” (HR. Bukhari).

7. Banyak Sedekah

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan mengantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (QS. Saba 39). 

Ibnu Katsir menafsirkan, ”Betapapun sedikit yang kamu nafkahkan dari apa yang diperintahkan Allah kepadamu dan apa yang dibolehkan-Nya, niscaya Dia akan menggantinya di dunia, dan di akhirat engkau akan diberi pahala dan ganjaran.”

Nabi saw. bersabda dalam hadist qudsi, “Allah swt. berfirman, ’Wahai anak Adam, berinfaklah niscaya Aku berinfak (memberi rezeki) kepadamu” (HR. Abu Daud).

8. Menafkahi Penuntut Ilmu
Anas bin Malik ra berkata, “Dulu ada dua orang bersaudara pada masa Rasulullah saw. Salah seorang menuntut ilmu pada majelis Rasulullah saw., sedangkan yang lainnya bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Rasulullah saw. (lantaran ia memberi nafkah kepada saudaranya itu). Maka Nabi saw. bersabda, “Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia” (HR. Tirmidzi, al-Hakim).

9. Membantu Orang-orang Lemah (dhuafa)

Rasulullah saw. bersabda, “Bantulah orang-orang yang lemah karena kalian diberi rezeki dan ditolong lantaran orang-orang lemah di antara kalian” (HR. Muslim, An Nasai).

10. Hijrah di Jalan Allah
“Barang siapa hijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak…” (QS. An Nisa 100).(dari berbagai sumber)

Kesimpulanya tindakan sebahagian daripada kita yang berkerja keras untuk memperolehi mezeki yang banyak sehiggakan kita mengabaikan solat dan lain-lain amal kebajikan adalah satu tindak yang kurang tepat. Perbatan sebegini berlaku keran kejahilan kita dan kita dihantui oleh perasaan takut hilang punca rezeki. Sedangakan amalan yang betul adalah megutamakan solat dan amal ibadat kepada Allah dahalu dan barulah kita mencari rezeki yang halal di atas muka bumi ini, kita juga perlu memperbanyakkan sedekah dan membantu orang yang dalam kesusahan. insyaAllah rezeki yang telah dijanjikan oleh Allah akan datang tanpa di duga puncanya apabila tiba masa kita memerlukannya.

Pengalaman peribadi penulis , rezeki akan datang dengan sendirinya semasa diri ini lebih mendekati Allah dan mengutamakan ibadat wajib seperti solat di awal waktu secara berjemaah lima waktu sehari. Pernah berlaku semasa ketiadaan wang, kita terus meberi derma dan bila tiba masanya ada sahaja puca yang membolehkan wang kita yang kurang kerana menderma itu bertambah dengan berlipat ganda.


Wallahu’alam.