RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label agma. Show all posts
Showing posts with label agma. Show all posts

Saturday, 1 August 2015

Cabaran hidup berkeluarga


SESEORANG yang beriman itu perlu yakin kepada ketentuan Allah SWT.
\
INI adalah dua contoh yang ekstrim. Dalam kebanyakan masa, kita semua dibesarkan dalam sebuah kehidupan yang sederhana. Dalam kehidupan yang serba sederhana, kita tidak pernah terlupa bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang telah dikurniakan dan kita tidak pernah berhenti berdoa kepada-Nya supaya Dia terus memberkati kehidupan kita dengan anugerah kebahagiaan dan kesejahteraan.

Sebenarnya, apa yang kita impikan ialah sebuah kehidupan yang mawaddah warahmah dan sakinah. Sebagai manusia, sikap suka membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain adalah perkara biasa. Namun, perbandingan hanya bertujuan untuk menyerlahkan sikap suka bersaing dan keinginan kepada yang lebih baik tanpa melupakan hakikat bahawa segala sesuatu yang diingini atau dihajati itu hanya boleh menjadi kenyataan dengan izin-Nya. Jika Allah SWT tidak mengizinkan ia tidak akan berlaku.

Dalam kebahagiaan yang kita kecapi ini, hanya Allah SWT yang tahu apakah dugaan yang bakal tiba kepada kita. Seorang sahabat saya kehilangan dua daripada empat orang anaknya serentak dalam satu kemalangan jalan raya. Ketika kejadian itu, saya percaya sebagai manusia biasa, dia juga tertanya apakah hikmah di sebalik dugaan itu?

Apabila anak sulungnya berkahwin, Allah SWT takdirkan dia mendapat sepasang cucu kembar seiras. Siapalah yang akan dapat menjangka, jika Allah ambil sesuatu daripada kita, Allah SWT akan kembalikan dalam bentuk yang lain kerana daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Hidup ini penuh cabaran dan kekuatan seseorang itu ialah kekuatannya menerima dugaan Allah SWT dengan bersabar dan bersyukur kerana pada ketika kita diduga, kita tidak akan dapat merasa hikmahnya sehingga kita mendapat hikmah tersebut.

Lantaran itu, seorang Islam itu perlu yakin kepada ketentuan Allah SWT. Kita yakin dan beriman kepada Allah, Pencipta alam semesta, Allah yang Esa. Kita sentiasa berusaha memperbaiki diri dan keluarga supaya berada di dalam keberkatan-Nya sentiasa. Tiada siapa yang boleh mengubah hidup kita selain diri kita sendiri berusaha mengubahnya dan berdoa kepada-Nya supaya usaha kita beroleh kejayaan. Jika sudah ada usaha selainnya adalah hak-Nya.

Kehidupan kita ini penuh dengan cabaran. Tiada seorang manusia pun yang dalam kehidupannya tidak diduga atau melalui cabaran dalam kehidupan, walau bagaimana kaya atau berilmu pun mereka. Dugaan Allah SWT datang dalam pelbagai bentuk. Tabiat manusia, apabila berada dalam kemewahan dan kesenangan, mereka jarang mengingati-Nya. Apabila jarang mengingati Allah SWT, maka hati akan keras. Ia akan sering melakukan kemungkaran kerana ia senang dihasut syaitan.

Mengingati Allah SWT bukan sahaja melalui solat, ia adalah tiang segala amalan. Mengingati-Nya melalui solat adalah kewajipan namun mengingati Allah dalam semua urusan kehidupan dan sentiasa mensyukuri segala anugerah-Nya.

Setiap orang tanpa mengira kedudukan akan melalui cabaran daripada Allah SWT dalam bentuk yang berbeza. Setiap dugaan Allah SWT datang dengan hikmahnya yang tersendiri dan kekuatan seseorang yang diduga ialah sejauh mana ia bersabar dan bersyukur dengan ketentuan-Nya.

Kes 1

A dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana mewah. Dari kecil dia sudah ada pembantu rumah mengurus dirinya dan keperluan asasnya kerana ibu bapanya sibuk bekerja. Begitu pun, ibu bapanya masih ada masa untuknya dan dia dimewahkan dengan kebendaan dunia. Allah menyayanginya kerana ibu bapa mencarikan guru agama untuk dia belajar agama di rumah. Apabila dia bersekolah dan mula bercampur dengan lebih ramai orang, dia mula terpengaruh terutama dengan rakan sebaya yang sama mewah dan kurang didikan agama. A mula berjinak dengan rokok, dadah dan arak serta berfoya-foya.

Daripada segi akademik, A tetap cemerlang kerana dia memang pandai, ditambah dengan kehadiran guru tuisyen di rumah setiap hari. Nasibnya lebih baik kerana dihantar belajar ke luar negara. Lantas di luar negara dia terus hanyut tetapi dia masih berjaya dalam pelajarannya. Ibu bapa masih merasa amat berbangga dengan A.

Dalam kes A pendidikan agama asas yang diterimanya daripada guru agama menyebabkan timbul rasa bersalah A apabila dia melakukan perkara keji yang dilarang Allah SWT. Namun, A tiada kekuatan keimanan kerana keimanan itu lahir daripada keupayaan A mengenal Allah serta dikuatkan dengan solat dan amalan-amalan wajib dan sunat sepanjang hari.

Naluri keislaman A akan sentiasa membuat dia rasa bersalah dan terganggu, namun hasutan syaitan tetap dapat melemahkan naluri Islamnya kerana A tidak memupuk keimanannya itu. A juga tidak pernah sujud bersyukur kepada-Nya setiap kali dia mendapat keputusan peperiksaan yang baik dan dikelilingi kemewahan hidup.

Akhirnya, A pulang ke Malaysia, menjawat jawatan tinggi, bertemu jodoh dengan gadis pilihan yang sekufu. Di alam rumah tangga dan perkahwinan, A mula mendapat dugaan Allah SWT. Dia tahu akan tanggungjawab terhadap isteri dan anak. Dia mahu anaknya hidup bahagia, selamat dan tidak tersasar.

Dalam kes A, dugaan paling hebat ialah apabila isterinya ingin hidup bebas sama seperti sebelum berkahwin seperti, bertemu kawan-kawan, sesuka hati balik ke rumah ibu bapa tanpa meminta izin suami. A mula mencari pandangan, ingin tahu hukum tentang perkahwinan dan itulah cabaran hidup paling hebat yang pernah A alami. Dia tidak pernah menyangka wanita yang dicintai dan nikahi itu, mahu hidup bebas dan sebagai suami dia merasa cemburu isteri keluar dengan lelaki lain, sedangkan dia (A) adalah suaminya.

A tidak keharuan kerana selepas enam bulan berkahwin isteri memohon untuk diceraikan kerana tidak betah hidup dibelenggu perkahwinan. Dugaan hebat ini menyebabkan A tidak dapat memberi tumpuan kepada pekerjaan. Bagaimana A hendak menghadapi cabaran ini? Jika dia memilih hasutan syaitan, dia akan mengambil dadah dan minum arak. Namun jika dia ada kekuatan keimanan, dia akan bersolat hajat dan bermunajat memohon kepada Allah SWT petunjuk agar dapat membuat keputusan yang baik.

Kes 2

B datang daripada keluarga yang susah. Ibu bapanya petani dan dia mempunyai adik-beradik yang ramai. Sebagai anak sulung, dia hampir terpaksa berhenti sekolah kerana ingin memberi laluan kepada adik-adik. Dia anak yang pandai dan B juga sentiasa mendapat keputusan cemerlang.

Daripada sudut agama B diajar sendiri oleh ibu bapa di rumah. Dia sering menjadi imam di rumah, apabila ayahnya ke masjid. Dia bekerja sambilan di sebelah petang untuk menambah pendapatan keluarga. Akhirnya dia ke universiti. Di universiti, cabaran B ialah dia perlu bekerja untuk terus belajar, walaupun dia mendapat biasiswa kerana wang itu perlu dihantar ke kampung untuk bantu ibu bapa.

Dia telah mula bertanggungjawab walaupun dia belum bekerja. Dia sentiasa ingat bahawa Allah telah menentukan segalanya, namun dia bertekad menukar kehidupannya daripada susah kepada senang. Dia mahu ibu bapanya merasa hidup mewah. Dalam kesibukan belajar dan bekerja dia juga sering tertinggal solat kerana keletihan.

Hati kecilnya sering berbisik kenapa Allah SWT melahirkannya miskin dan susah. Jarang sekali dia bersyukur bahawa dengan takdir Allah lah dia dapat belajar dan berjaya dan masih boleh bekerja. Takdir Allah tidak berhenti di situ. Di IPT, B jatuh cinta dengan seorang gadis dari keturunan bangsawan. Tentulah pipit tidak layak terbang bersama helang. Cintanya tidak kesampaian kerana ibu bapa gadis itu menolaknya sebagai calon menantu sebelum dia masuk meminang pun.

B tambah tertekan. Rasa benci kepada orang berada sangat tinggi sedang dia juga berusaha mahu menjadi kaya dan senang. Kebencian itu adalah pemangkin untuk dia berusaha kuat sehingga dia menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Dia dihormati dan disanjung. Dia beri segala kemewahan itu kepada ibu bapa dan adik-beradiknya. Dia berkahwin dan apabila mendapat anak, dia tidak mahu anaknya merasa susah sedikit pun seperti yang pernah dilalui.

B membenci dan cemburu dengan orang yang lebih kaya daripadanya dan dia juga membenci kemiskinan. Akhirnya dia hidup serba tidak kena kerana dia terlupa bersyukur kepada Allah SWT.


Dari kedua cerita di atas memperlihatkan kepada kita bahawa cabran dalam kehidupan ini perlu di atasi dengan ilmu, iman dan taqwa. Jika kita sahaja berilmu tetapi iman tidak kuat boleh menjadikan kita lupa daratan dan lebih menjurus kepada mencari kelebihan keduniaan. Lupa kepada takdir dan ketentuan Allah. Orang yang sebegini ia akan di hasut oleh syaitan untuk menjadi ego dengan kelebihan seperti ilmu dan kekayaan yang di perolehinya. Ia merasakan semua itu diperolehi atas daya usaha nya sendiri. Walahal yang  memberi semua iatu adalah Allah SWT.

Oleh itu untuk berjaya dalam menghadapi cabaran kehidupan kita perlu ada ilmu agama dan juga ilmu keduniaan. Bila di blend kedua-dua ilmu itu dalam setiap langkah untuk menghadapi leku-liku dalam kehidupan kita tidak akan tersasar jauh dari garis panduan yang di tetapkan oleh Allah melalaui syariatNya dan juga kita dapat mengatasi segala masalah dengan menguna ilmu keduniakan seperti pengurusan masa, stress, motivasi diri dan sebagainya. Bilamana kita menghadpi ujian kita tidak mudah kecewa dan putus asa didamaping itu redah dengan ketentuan Allah dan selalu menghisbah diri untuk memperbetulkan diri  untuk mengingkatkan lagi ibadat kepada Allah. Jika inilah sifat kita dalam kehidupan akan lahir sifat ikhlas, sabar dan redah dalam menempuh apa jua cabaran dalam kehidupan.

Mereka yang punya sifat sebegini akhirnya akan memperolehi kejayaan hidup di dunai dan juga kebahagiaan di akhirat. Mereka akan medapat redha Allah. Insyaallah.

Wallahu’alam.

Sumber:

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140924/ba_02/Cabaran-hidup-berkeluarga#ixzz3hZjpIWxd 

Sunday, 26 July 2015

PERUBATAN MELALUI AL QURAN

Perubatan melalui Al Quran

Quran merupakan kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kehidupan bagi orang Islam. Rukun Iman menetapkan salah satu kewajipan bagi setiap muslim mempercayainya adalah Al Quran (Kitabullah).  Oleh itu setiap umat Islam perlu mempelajari Al Quran, membacanya, memahaminya dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian.
Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit rohani dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai penawar ini sangat masyhur semasa zaman kegemilangan Islam. Tetapi setelah sekian lama, ramai dikalangan umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mukjizat Al-Quran sebagai penawar kepada segala penyakit. Ini adalah disebabkan kejahilan dan ketidak fahaman oleh sebahagian besar umat Islam di akhir zaman ini. Disampin kita juga dipengaruhi oleh kemajuan perubatan moden. Walau bagaimanapun tidak semu penyakit yang dijadikan Allah dapat diubati oleh perubatan moden, terutamanya penyakit yang berkaitan dengan penyakit kerohanian dan ganggunan makhluk halus, begitu juga dengan penyakit yang sukar di ubati seperti kanser dan lain-lain penyakit kronik.
Sebagai umat yang menganut agama Islam kita sepatutnya  mengembalikan semula zaman kegemilangan perubatan melalui Al-Quran seperti  zaman permulaan Islam dahulu.

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR:

Sememangnya jika meneliti kandungan ayat-ayat Al Quran secara menyeluruh, kita akan ketemui beberap ayat yang Allah memberitahu bahawa Al Quran adalah penawar bagi pelbagai penyakit. Sebagai contoh ayat-ayat berikut :
Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah (s.w.t) berfirman:
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”
Dan di dalam surah Fussilat ayat 44,  Allah (s.w.t) berfirman:
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.

Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah (s.w.t), penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR:
Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawarnya di dalam Al-Quran. Sebagai contohnya.
Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.
Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
Ayat-ayat dalam surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotik.
Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47, ayat 66 hingga 74 dan ayat 81 hingga 89 untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang) dan juga untuk peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
Ayat-ayat dari surah Al-Anbiyaa', surah Al-Qasas, surah Huud dan surah Kahfi khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
Ayat-ayat dari surah Yusuf dan surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.
Ayat-ayat dalam surah Maryam, Anbiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
Ayat-ayat dari surah Mukminun, Yunus, Hud, Anbiyaa, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk pelbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.
Ayat-ayat dari surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome), penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang boleh  ubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit Down-Syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.


Cara perubatan:
1.      Amalan Bacaan Al-Quran,
2.      Berdoa memohon kepada Allah (s.w.t)
3.      Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)
Selain dari 3 amalan ini, perubatan ini menggunakan air mineral dan madu asli. Madu asli adalah digunakan untuk mengubati penyakit yang ada kaitan dengan paru-paru (seperti sakit lelah), perut (sakit ulcer, gastric, dll), usus, sakit sendi, lemah tenaga batin dan pasangan yang sukar mendapat anak. Setiap pesakit dinasihatkan berwuduk sebelum rawatan dan kaum muslimat dikehendaki menutup aurat dengan memakai pakaian solat (telekong) semasa rawatan.

Kadang-kadang kita perlu menyentuh pesakit ketika merawat dan tempat yang selalu disentuh adalah di tulang belakang (spinal cord) atau di kepala pesakit. Sebab itu kaum muslimat di mestikan memakai pakaian solat ketika berubat. Untuk kaum muslimat selalunya sentuhan dilakukan secara batin and bukan secara fizikal.

Sakit jasmani / fizikal (sakit badan atau physical illness - sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, dll. ) atau
Sakit rohani (spiritual illness - sihir, saka, gangguan jin, santau. dll.) atau
Masalah  akhlak atau perubahan sikap (behavioural or attitude problem - mencuri, melawan ibu bapa, menipu dan suka cakap bohong, ketagihan dadah, zina, berjudi, etc).

Setelah dikenal pasti akan penyakit yang dihadapi oleh pesakit itu, rawatan kemudiannya akan disusuli dengan pemberian ayat-ayat Al-Quran yang tertentu untuk sakit yang dialami. Bacaan ayat-ayat Al-Quran ini perlu disertakan dengan doa kepada Allah (SWT) dan memohon kepada-Nya agar disembuhkan penyakit itu.

Ayat al-quran sebagai pengganti ubat:
Setiap ayat Al-Quran yang baca oleh pesakit  diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

Kehebatan dan mukjizat al-quran:
Memang benar, perubatan sebegini kadang-kala tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden adalah berasaskan kepada logik dan “reasoning”. Oleh itu,perubatan moden lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti antibiotik dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau oxycodone dapat mengurangkan kesakitan seseorang).

Sebagai contoh dalam Perubatan Al-Hidayah ini:

Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi apabila kita membaca terjemahan ayat-ayat tersebut, ia langsung tidak berkaitan dengan ubat tahan sakit, ini merupakan adalah kehebatan Al Quran.
Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 adalah untuk penyakit yang ada kaitan dengan masalah urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat-ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.
Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.
Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 pula merupakan  ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 adalah untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kesuburan, kewangan dan harta kekayaan

Penyakit kritikal (Kanser):
Ramai juga pesakit  yang mengidap penyakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah (S.W.T) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah disahkan mempunyai sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

Kita perlu percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman perawatan Islam, setelah merawat pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 10 tahun, terutama sekali yang mempunyai penyakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, mereka juga menggalakkan pesakit kanser untuk berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang  berkaitan. Telah dikenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk penyakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan yang dijalankan.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Melalui rancangan-rancangai televisyen seperti “Penawar Syifa” di saluran Astro Oasis dan “Segmen Syifa” di dalam rancangan  Nasi Lemak Kopi O di TV9, kami telah banyak memaparkan pesakit-pesakit kami yang telah sembuh dari penyakit-penyakit kanser dengan keizinan Allah (S.W.T). Di dalam rancangan-rancangan ini, mereka telah menceritakan pengalaman mereka dalam menangani penyakit kanser setelah merima rawatan di Pusat Rawatan Islam  dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran.

Penyakit rohani (spritual illness):
Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati penyakit-penyakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).

Sebagai contoh:

Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.
Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Toha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Toha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

Gangguan Saka:
Gangguan saka adalah gangguan jin atau benda-benda halus yang diwarisi daripada keturunan keluarga. Ramai pesakit yang mengalami gangguan saka tidak mengetahui adanya jin dalam badan mereka yang mereka warisi melalui keturunan keluarga.

Sekiranya ada ahli keluarga terdahulu seperti ayah atau emak, nenek atau datok yang menuntut ilmu-ilmu silat atau ilmu-ilmu batin yang berasaskan jin, apabila mereka meninggal dunia dan mereka tidak sempat membuang ilmu-ilmu tersebut atau memerdekakan jin-jin mereka, besar kemungkinan jin jin ini akan mendampingi waris-waris dalam keluarga tersebut. Bukan semua dalam keluarga itu akan didampingi oleh jin-jin saka ini. Selalunya anak anak lelaki dalam keluarga atau anak perempuan yang lemah semangat.

Penyakit gangguan makhluk halus
Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin masuk ke dalam badan manusia, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka akan terganggu, dan kadang-kala “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka merasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Apaila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus,jin tersebut perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah s.w.t). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, rawatan disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Toha, Surah Fussilat, dll.

Gangguan Sihir
Ada banyak jenis gangguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pasangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumahtangga mereka. Ramai ahli sihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu untuk melemahkan tenaga batinnya dan juga untuk mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan.

Santau adalah sejenis sihir yang sangat popular dalam masyarakat Melayu, India dan Cina. Terdapat bermacam jenis santau dari perbagai bahan semula jadi seperti racun santau dari racun akar-akar kayu, buluh nyilu, racun binatang seperti ular, cengkerik, lipan, dll. atau dari bahan kaca, pasir dan besi. Terkini yang saya dapati ialah santau yang diperbuat dari bangkai binatang dan tuala wanita yang telah dipakai. Perubatan mengeluarkan racun santau ini dilakukan melalui batin dan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertentu. . Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasukkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

Sihir yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu adalah ilmu pengasih dan ilmu pemisah. Ilmu pengasih apabila ada orang yang ingin mempengaruhi emosi dan perasaan seseorang dengan menggunakan jin dan sihir. Ilmu pemisah pula apabila ada orang ketiga yang ingin memisahkan pasangan suami isteri supaya dapat mengahwini suami atau isteri pasangan tersebut.

Keyakinan dan usaha berserta doa
Kaedah rawatan Islam yang menggunakan ayat-ayat Al Quran telah memerolehi kesembuhan. Hakikatnya, dengan keizinan Allah (s.w.t) ramai dikalangan pesakit yang telah sembuh dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberikan. Pokoknya, kita perlu yakin sepenuhnya dengan mukjizat ayat-ayat Al-Quran ini dan berusaha untuk membaca ayat-ayat Al-Quran dan berdoa kepada Allah (s.w.t) untuk sembuh dari penyakit yang dihadapi.

Pengalaman penulis diman alllahyarham nenek penulis yang mengamalkan bacaan Al Quran dalam kehidupan sehariannya semenjak remaja hinggalah ke lanjut usian (100 tahun lebih) beliau sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit kronik. Semasa akhir hayatnya beliau yang bersiap dengan wudud untuk solat subuh, tetiba ianya kelihat lemah longlai dan medongak mukanya kelangit dan terus menghembuskan nafas terakahir dengan begitu mudah sekali. Mungkinkan ini juga mukjizat Al Quran yang dijadikan teman kehidupan sehariannya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Kesimpulannya sebagai umat islam kita perlu jadikan Al Quran sebagai teman dalam kehidupan dengan membacanya setiap hari. insayaAllah.

Wallahu’alam.



Sumber : perubatan islam al hidayah

Sunday, 19 July 2015

Hukuman Bagi Orang Yang Memutuskan Tali Silaturahmi


  • Menurut Rasulullah SAW, Allah SWT akan melapangkan rezeki orang yang suka menyambung tali silaturahim. Allah juga akan memanjangkan umur kepadanya .
  • Imam Ali as. meriwayatkan dalam sebuah hadist, “Barangsiapa yang mengambil tanggung jawab atas suatu perkara, aku akan menjamin baginya empat perkara. Barangsiapa bersilaturahim, umurnya akan dipanjangkan, kawan-kawannya akan cinta kepadanya, rezekinya akan dipalangkan, dan ia aman masuk ke dalam surga. (Kanzul ‘Ummal). ''Juga Muhammad Baqir as. pernah mendapat wasiat dari ayahnya (Imam Zainul Abidin, as). Ia (kata Baqir) telah berwasiat kepadaku, “Janganlah duduk bersama lima jenis manusia. Jangan berbicara kepada mereka, bahkan jangan berjalan bersama mereka, meskipun tidak disengaja.
  •  Pertama, Orang Fasik. Karena ia akan menjualmu hanya untuk sesuap makanan. >
  • Kedua, Orang Bakhil. Karena ia akan memutuskan hubungan di saat kita kita memerlukan.>
  • Ketiga, Pembohong. Karena ia akan menipumu. Karena ia akan senantiasa menipumu.>
  • Keempat, Orang Bodoh. Karena ia berkeinginan memberikan manfaat bagimu, namun karena kebodohannya, ia jutru merugikanmu.>
  • Kelima, Orang yang memutuskan tali silaturahim. Karenanya, janganlah berdekatan dengannya”.
  • Memutus tali silaturahim adalah sesuatu yang dilarang oleh agama Islam. Dalam Q.S an-Nisa’: 1, Allah berfirman, “Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahim.”
  • Dalam kitab Ahkam al-Qur’an-nya, Ibnu al-Arabi menafsirkan ayat ini dengan: "Takutlah kepada Allah untuk berdosa kepada-Nya dan takutlah untuk memutus tali silaturahim".
  •  Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata, ketika petang hari pada hari Arafah, pada waktu kami duduk mengelilingi Rasulullah saw, tiba-tiba beliau bersabda, “Jika di majelis ini ada orang yang memutuskan silaturahim, silahkan berdiri, jangan duduk bersama kami.”
  • Dan ketika itu, diantara yang hadir hanya ada satu yang berdiri, dan itupun duduk di kejauhan. Dan dalam waktu yang tidak lama, ia kemudian duduk kembali. Rasulullah bertanya kepadanya,”Karena diantara yang hadir hanya kamu yang berdiri, dan kemudian kamu datang dan duduk kembali, apa sesungguhnya yang terjadi? Ia kemudian berkata, “Begitu mendengar sabda Engkau, saya segera menemui bibi saya yang telah memutuskan silaturahim dengan saya. Karena kedatangan saya tersebut, ia berkata, “Untuk apa kamu datang, tidak seperti biasanya kamu datang kemari.” Lalu saya menyampaikan apa yang telah Engkau sabdakan. Kemudian ia memintakan ampunan untuk saya, dan saya meminta ampunan untuknya (setelah kami berdamai, lalu saya datang lagi ke sini).Lalu...Rasulullah bersabda, “Kamu telah melakukan perbuatan yang baik, duduklah, rahmat Allah tidak akan turun ke atas suatu kaum jika di dalamnya ada orang yang memutuskan silaturahim.” Rasulullah pernah bersabda,”Tidak ada satu kebaikanpun yang pahalanya lebih cepat diperoleh daripada silaturahim, dan tidak aka satu dosapun yang adzabnya lebih cepat diperoleh di dunia, disamping akan diperoleh di akherat, melebihi kezaliman dan memutuskan tali silaturahim.”
  • Dalam sebuah riwayat lain, dari Anas r.a, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dilamakan bekas telapak kakinya (dipanjangkan umurnya), hendaknya ia menyambung tali silaturahim.
  •  Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan akan ke surga". Rasulullah menjawab; "Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahim". (HR. Bukhari).Dan yang terakhir, Rasulullah pernah berkata pada sahabat Abu Bakar ash-Shiddiq r.a bahwa tiga perkara berikut ini benar adanya.
Pertama, barangsiapa yang dizalimi kemudian ia memaafkan, maka kemuliannya akan bertambah.

Kedua, barang siapa yang meminta-minta untuk meningkatkan hartanya, maka hartanya akan berkurang.
  • Ketiga, barangsiapa yang membuka pintu pemberian dan silaturahim, maka hartanya kan bertambah.Al-Qurthubi mengatakan, "Seluruh agama sepakat bahwa menyambung silaturahim wajib dan memutuskannya diharamkan".

  • Ibnu Abidin al-Hanafi mengatakan;"Menyambung silaturahim wajib meskipun hanya dengan mengucapkan salam, memberi hadiah, memberi pertolongan, duduk bareng, ngobrol, bersikap ramah dan berbuat baik.

  • Kalau seseorang yang hendak disilaturahim berada di lain tempat cukup dengan berkirim surat, namun lebih afdol kalau ia bisa berkunjung ke tempat tinggalnya". Orang yang menyambung silaturahim akan mendapat balasan di dunia berupa:

1. Mendapatkan ridho Allah SWT.

2. Membuat orang yang dikunjungi berbahagia. Hal ini amat sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Amal
yang paling utama adalah membuat seseorang berbahagia.”

3. Menyenangkan malaikat, karena malaikat juga sangat senang bersilaturahmi.

4. Disenangi oleh manusia.

5. Membuat iblis dan setan marah.

6. Memanjangkan usia.

7. Menambah banyak dan berkat rezekinya.

8. Membuat senang orang yang telah wafat. Sebenarnya mereka itu tahu keadaan kita yang masih hidup, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka merasa bahagia jika keluarga yang ditinggalkannya tetap menjalin hubungan baik.

9. Memupuk rasa cinta kasih terhadap sesama insan, meningkatkan rasa kebersamaan dan rasa kekeluargaan, mempererat dan memperkuat tali persaudaraan dan persahabatan.

10. Menambah pahala setelah kematiannya, karena kebaikannya (dalam hal ini, suka bersilaturahim) akan selalu dikenang sehingga membuat orang lain selalu mendoakannya.

Dengan saliturahin yang jitu ddan kukuh akan menguatkan umat Islam dalam menangani segala penghkianatan
yang dilakukan oleh kaum kuffar yang cuba memburukkan imej Islam di akhir zaman ini.

Wallhu’alm.


Sumber: celotehanku

Thursday, 2 July 2015

KELEBIHAN BERSAHUR


Kebanyakan kita mengambil mudah tetang kepetingab bersahul, kita lebih suka mengikut hafsu untuk terus tidur selepas solat terawih, dan tidak ramai yang bangun di akhir malam sebelum masuk wakatu subuh untuk bersahur di bulan Ramadan.

Ibnu Umar(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur. "

Betapa besarnya kurnia Allah ke atas kita sehinggakan makanan yang diambil ketika bersahur untuk berpuasa pun diganjari dengan banyaknya. Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan bersahur dan ganjaran-ganjarannya juga dinyatakan.

Pengulas Sahih Bukhari, Allamah Aini telah menukilkan kelebihan bersahur daripada tujuh belas orang sahabat yang berlainan dan kesemua ulama bersetuju bahawa bersahur adalah mustahab (disukai). Kebanyakan orang sering terlepas daripada ganjaran besar ini semata-mata kerana kemalasan mereka. Setengahnya sudah tarawikh, mereka lantas makan (yang disangka mereka itulah makanan sahur) lalu pergi tidur. Betapa besarnya berkat yang telah mereka kerugian! Sahur sebenarnya bermaksud mengambil makanan sebelum hampir waktu subuh menjelang. Setengah ulama mengatakan bahawa waktu sahur bermula selepas sebahagian daripada malam berlalu (mirqat).

Pengarang Kasy-Syaff (Zamakhsyari) telah membahagikan malam kepada enam bahagian, dan menunjukkan bahagian yang terakhir adalah waktu sahur, jadinya apabila malam (iaitu setelah matahari terbenam sehingga subuh) mengambil masa sebelas atau dua belas jam, maka dua jam yang terakhir adalah waktu yang tepat untuk bersahur. Maka hendaklah diingat juga bahawa mengambil makanan pada waktu yang paling lewat terlebih besar ganjarannya daripada makan pada waktu awal dengan syarat tidak ada keraguan bahawa makanan sahur telah diambil sebelum subuh. Banyak sekali hadis-hadis yang memberitahu tentang kelebihan bersahur.

Rasulullah (saw) bersabda: "Perbezaan di antara puasa yang kita lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak melakukannya." Baginda bersabda lagi: "Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar, dan lagi, terdapat keberkatan di dalam tiga perkara iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "

Di dalam hadis ini, penggunaan perkataan jamaah adalah bersifat umum, yang mana dapat disimpulkan bahawa ia termasuk solat berjamaah dan lain-lain amalan kebaikan yang dilakukan secara berjamaah kerana pertolongan Allah datang kepada mereka. Tharidadalah sejenis makanan yang enak yang diperbuat daripada roti bakar yang dimasak bersama daging. Perkara ketiga yang disebutkan di dalam hadis ini ialah sahur. Apabila Rasulullah (saw) mengundang mana-mana sahabatnya untuk makan sahur bersama-samanya, baginda selalu bersabda: "Marilah mengambil makanan yang berkat ini bersama-samaku."

Di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa: "Bersahurlah dan perkuatkan puasamu. Dan tidurlah selepas pertengahan (khailullah) untuk membantumu bangun pada akhir malam (untuk beribadah). "
Abdullah bin Harith (ra) meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah berkata: "Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah (saw) tatkala baginda sibuk bersahur. Kemudian, Rasulullah (saw) bersabda: 'Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan.’

Setelah kita mengetahui tetang kelebihan bersahur, marilah kita sama-sama memperbaiki diri untuk menjadikan bersahur itu adalah satu amalan yang perlu dipratikkan di sepanjang bulan Ramadan ini. Bungkanlah sifat buruk yang lebih kepada mengikut nafsu tidur sehingga ke waktu subuh yang biasa kita amalkan sebelum ini.


Wallahu’alam.


Sumber: Islam dakwah.com

Wednesday, 1 July 2015

SABAR dalam Pandangan ISLAM


Sabar merupakan istilah dari bahasa Arab dan sudah menjadi istilah bahasa Melayu. Asal katanya adalah "shabara", yang membentuk infinitif (masdar) menjadi "shabran".
Sabar menurut bahasa berarti menahan dan mengekang. Di antaranya disebutkan pada QS.Al-Kahfi [18]: 28 “Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keridhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.”
Kebalikan sabar adalah jaza’u (sedih dan keluh kesah), sebagaimana di dalam firman Allah QS. Ibrahim [14]: 21, “…sama saja bagi kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.”

Firman Allah :

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).

“Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka…” (Al-Ahqaf: 35)

 "Dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 177)

“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 146)

“Dan bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)

“Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

Hadis tentang sabar :

Ibnu Mas’ud dalam sebuah riwayat pernah mengatakan: Dari Abdullan bin Mas’ud berkata”Seakan-akan aku memandang Rasulullah saw. menceritakan salah seorang nabi, yang dipukuli oleh kaumnya hingga berdarah, kemudia ia mengusap darah dari wajahnya seraya berkata, ‘Ya Allah ampunilah dosa kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” (HR. Bukhari)

Rasulullah pernah menggambarkan dalam sebuah hadis;  Dari Abu Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah bersabda, “Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergulat, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika marah.” (HR. Bukhari)

Dalam sebuah riwayat digambarkan : Dari Usaid bin Hudhair bahwa seseorang dari kaum Anshar berkata kepada Rasulullah SAW; ‘Wahai Rasulullah, engkau mengangkat (memberi kedudukan) si Fulan, namun tidak mengangkat (memberi kedudukan kepadaku). Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya kalian akan melihat setelahku ‘atsaratan’ (yaitu setiap orang menganggap lebih baik dari yang lainnya), maka bersabarlah kalian hingga kalian menemuiku pada telagaku (kelak). (HR. Turmudzi).Rasulullah mengungkapkan, “…dan kesabaran merupakan cahaya yang terang…” (HR. Muslim)

Rasulullah pernah menggambarkan: “…barang siapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…” (HR. Bukhari)

 Dari Anas bin Malik ra berkata, bahwa aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya’.” (HR. Bukhari)

Dari Suhaib r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Urusan orang mukmin itu sungguh mengagumkan, semua hal baik baginya, dan itu hanya terjadi pada orang yang beriman. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur dan itu baik baginya, dan jika ditimpa kesusahan dia bersabar dan itu baik baginya." (HR. Bukhari Muslim).


Kita jarang, atau kurang atau bahkan sama sekali tidak menyadari bahwa yang dikatakan sabar atas segala musibah adalah mereka yang bisa bersabar disaat menghadapi masalah pertama sekali datang, bukan setelah itu. Hal ini dapat kita lihat dari sebuah hadis, dari cerita seorang ibu yang menghadapi musibah akan kematian keluarganya, saat itu Rasulullah memberikannya nasihat agar bersabar, apa kata perempuan itu pada Rasulullah: ”Anda tidak tau apa-apa”, setelah rasulullah menghilang, diberitahukanlah kepada [perempuan itu bahwa yang menegurnya tadi adalah Rasulullah, dan ia datang kepada Rasulullah, apa jawab Rasulullah: ”Sesungguhnya dinamakan kesabaran itu adalah sabar ketika menghadapi goncangan yang pertama sekali.”

Macam-macam Sabar

Aspek kesabaran sangat luas, lebih luas dari apa yang selama ini dipahami oleh orang mengenai kata sabar. Imam al-Ghazali berkata, “Bahwa sabar itu ada dua; pertama bersifat badani (fisikal), seperti menanggung beban dengan badan, berupa pukulan yang berat atau sakit yang kronik. Yang kedua adalah al-shabru al-Nafsi (kesabaran moral) dari syahwat-syahwat naluri dan tuntutan-tuntutan hawa nafsu. Bentuk kesabaran ini (non fisikal) beraneka macam, yaitu:

a) Jika berbentuk sabar (menahan) dari syahwat perut dan kemaluan disebut iffah
b) Jika di dalam musibah, secara singkat disebut sabar, sebaliknya adalah keluh kesah.
c) Jika sabar di dalam suasana serba berkecukupan disebut mengendalikan nafsu, sebaliknya adalah keadaani yang disebut sombong (al-bathr)
d) Jika sabar di dalam peperangan dan pertempuran disebut syaja’ah (berani), sebaliknya adalah al-jubnu (pengecut)
e) Jika sabar di dalam mengekang kemarahan disebut lemah lembut (al-hilmu), sebaliknya adalah tadzammur (emosional)
f) Jika sabar dalam menyimpan perkataan disebut katum (penyimpan rahasia)
g) Jika sabar dari kelebihan disebut zuhud,sebaliknya adalah al-hirshu (serakah)Ibnul Qoyyim mengatakan dalam Madarijus Salikin : “Sabar adalah menahan jiwa dari keluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh serta menahan anggota badan dari berbuat tasywisy (tidak lurus). Sabar ada tiga macam, yaitu sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah, sabar dari maksiat, dan sabar dari cobaan Allah.”

Realiti kehidupan seharian kita, adakah kita mampun menjadi seorang yang sabar, jika tidak cuba kita muhasabah diri kenapa kita tidak memapu menjadi hamba Allah yang punyai sifat penyabar, dengan kata lain kita masih lagi di pengaruhi oleh nafsu amarah dan tergopoh gapah dalam melakukan apa jua tindakan. Untuk itu marilah kita sama-sama bersuha dan berdoa semoga di beri sifat sabar dalam menghadapai dugaan Allah dan dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Insya Allah.


Wallahu'alam


Sumber : Mahabbah fillah