RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label kekerluargaan.. Show all posts
Showing posts with label kekerluargaan.. Show all posts

Wednesday, 22 July 2015

Masalah komunikasi punca cerai

Masalah komunikasi antara pasangan berkahwin dikenalpasti menjadi faktor yang boleh menyebabkan sesebuah rumah tangga yang dibina walaupun atas dasar cinta rapuh sehingga boleh membawa kepada perceraian.

Keadaan itu akan bertambah meruncing jika pasangan yang berkahwin tidak mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk melayari alam berumahtangga.

Kaunselor di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suriani Buang, berkata pasangan yang berkahwin pada usia muda lebih terdedah dengan pelbagai cabaran yang jika tidak diatasi boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk lagi.

Katanya, komunikasi antara lelaki dan wanita sangat mempengaruhi perjalanan sesebuah rumah tangga sama ada akan mewujudkan suasana yang harmoni, gembira atau sebaliknya.

“Komunikasi antara suami dan isteri berbeza kerana golongan suami lebih bersikap rasional berbanding isteri yang lebih emosional.

“Begitupun, kedua-duanya perlu memahami tingkah laku dan perasaan pasangan masing-masing serta bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah yang timbul bersama,” katanya mengulas mengenai masalah perceraian yang berlaku ke atas sesebuah perkahwinan dalam tempoh singkat atau kahwin spring ini.

Menurutnya, suami atau isteri perlu memahami sedalam-dalamnya sikap pasangan mereka sebelum berkahwin bagi menyesuaikan diri terutamanya selepas berumahtangga.

Selain itu katanya, masalah seksual juga menjadi antara faktor penyumbang kurangnya persefahaman suami isteri sehingga mengeruhkan suasana dalam rumah tangga.

Suriani berkata, hubungan kelamin suami isteri menjadi salah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh pasangan yang berkahwin tanpa perlu rasa malu untuk membincangkannya.

“Dalam hal ini (hubungan kelamin suami isteri) pasangan tidak perlu malu atau takut untuk mengaku kelemahan atau masalah yang dihadapi kerana jika mendiamkan diri ia tidak akan selesai malah ada yang bertindak memohon perceraian.

“Pasangan tidak perlu khuatir kerana masalah ini boleh diatasi melalui perbincangan sesama mereka atau mendapatkan pandangan pakar supaya ia tidak berlarutan,” katanya.

Dalam melayari rumah tangga katanya, suami atau isteri perlu mempunyai matlamat yang jelas supaya ikatan yang dibina dapat berjalan di landasan yang benar.

Menurutnya, jika sesebuah perkahwinan itu hanya mengikut hawa nafsu semata-semata tanpa melihat ke hadapan, sesuatu pasangan itu tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.

Kerana itu katanya, pasangan perlu memahami tanggungjawab serta komitmen yang perlu dilakukan apabila melangkah ke alam perkahwinan.

“Perkahwinan bukan satu perkara mudah kerana banyak perkara perlu dititikberatkan bukan sahaja di dalam keluarga itu sendiri tetapi membabitkan pihak terdekat seperti keluarga mertua, saudara mara dan sebagainya,” katanya.

Suriani berkata masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan baik bukannya mengikut perasaan kerana dalam berumah- tangga pendekatan terbaik hanyalah dengan mengadakan perbincangan.

Sekiranya langkah itu tidak berkesan katanya, pasangan boleh mendapatkan bantuan pihak ketiga seperti kaunselor, keluarga atau rakan-rakan yang boleh memahami seterusnya membantu mengatasi masalah yang timbul.

“Dalam perkahwinan masalah akan ada dan pasangan perlu mengetahui cara atau pendekatan sesuai menghadapinya supaya tidak bertambah rumit.

“Begitupun, apa yang penting pasangan perlu memahami bukan sahaja orang lain tetapi diri sendiri kerana semua yang berlaku adalah bermula dari diri sendiri,” katanya.

Selain itu, Suriani juga meminta pasangan yang belum berumahtangga dapat mewujudkan persefahaman yang jitu agar mereka dapat mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi supaya masalah yang timbul kemudian hari dapat diatasi secara bersama dengan baik.

PUNCA BERLAKUNYA PERKAHWINAN SINGKAT

– Masalah komunikasi
- Tidak mentaati perintah agama
– Tiada persefahaman
– Masalah hubungan seks suami isteri
– Sikap mementingkan diri sendiri
– Pasangan tidak memberikan kerjasama dengan baik
– Menjalin hubungan sulit dengan lelaki atau wanita lain
– Tiada pengetahuan ilmu rumahtangga
– Dipengaruhi pihak ketiga seperti keluarga atau orang berpengaruh
– Tidak bertanggungjawab
– Mengabaikan nafkah isteri dan keluarga
– Menjalinkan hubungan sejenis

CARA UNTUK MENGATASI

_ Solat hajat mohon pertolongan Allah
– Bawa berbincang
– Cuba memahami sikap pasangan masing-masing
– Bertolak ansur, bekerjasama, bantu-membantu
– Meletakkan matlamat mewujudkan perkahwinan yang bahagia
– Membuat persediaan secukupnya: jiwa dan minda sebelum berkahwin
– Dapatkan bantuan pihak lain seperti kaunselor
– Jangan bertindak ikut perasaan sebaliknya berfikir sebelum bertindak
– Pelajari ilmu berumahtangga
– Sabar dan menerima pasangan seadanya
– Amalkan ucapan cinta, terima kasih dan maaf

 Masalah rumah tangga jika berlaku suami adalah pihak yang patut dipersalahkan, ini kerana ketidak cekapan suami dalam mengepalai dan mengurus rumah tangga menyebabkan berlaku krisis rumah tangga dan bila dah parah menjurus kepada percerian.

Islam telah memberi kuasa "talak" kepada suami sebagai peneraju atau pemimpin dalam rumah tangga.. Talak merupakan perkara yang diharuskan tetapi di benci oleh Allah. Ini bermaksud bahawa inya adalah satu tindakan yang terakhir bagi mengatisi krisis dalam sebuah rumah tangga. 

Pengamatan dan penelitian saya mendapati punca utama berlaku krisis rumah tangga adalah kerana kurannya ilmu tentang pengurusan rumah tangga sama ada oleh suami atau isteri. Bila berlaku krisis kecil suami atau isteri dengan tindakan dangkal mereka masing-masing dan cuba menegakkan benang basah, walahal tindakan yang di ambil itu adalah bertentangan dengan panduan yang di tetapkan oleh Islam. Bigitu juga pihak ketiga yang kadangkala terlibat dalam urusan rumah tangga juga tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. tindakan yang dilakukan lebih kepada kehendak nafsu dan mementingkan ego diri masing-masing.



Wallahualalm/



SUMBER: LAMAN NURANI       ( khairole )

Monday, 20 July 2015

Anggaran ‘budget’ untuk perkahwinan


Merancang perbelanjaan  atau bajet untuk perkahwinan adalah satu perkara yang agak memeningkan kepala bagi teruna yang baru memasuki alam pekerjaan dan juga telah mempunyai hasrat untuk berkahwin.  Ini disebabkan pada masa sekarang Majlis Perkahwinan secara pakej memakan belanja yang agak besar sehinggakan menjangkau puluhan ribu ringgit hingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kadangkala bajet majlis perkahwini ini mececah angka jutaan ringgit.
Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu difikirkan. Kalau tak ada duit, macamana nak buat majlis kahwin.  Biasanya, pengantin lelaki lah yang agak pening kepala bila luhfikir pasal bab-bab kawin nie. Mana tidak kerana melibatkan kos puluhan ribu ( jika majlis secara sederhana) dan hingga mencecah ratusan ribu ringgit. Malah ada juga kes-kes tertentu bajet mereka mececah jutaan rfinggi.
Sehubungan itu, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah itu, si lelaki  hendaklah menabung awal-awal  lagi. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..

Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:

1. Kursus kahwin

Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).

2. Mas kahwin
                                                                                 
Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan.  Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.

3. Wang hantaran

Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua-    dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan  sendiri’…

4. Upah juru nikah atau tok kadi

Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++…  depends kepada negeri masing2 la.

5. Barang hantaran

Barang hantaran nie kadang2  akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!

6. Gubahan hantaran

Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.

7.  Cincin atau barang kemas yang lain

Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama!  Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat  sebelum anda bergelar suami isteri!

8. Pelamin

Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…

Cun tak pelamin nie...?
Cun tak pelamin nie...?
9. Baju pengantin

Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit.  Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

10.  Kad kahwin

Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook, ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi la…Tepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak,  bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad     kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!

Kad jemputan kahwin jenis notebook...?
Kad jemputan kahwin jenis notebook...?
11. Kenduri / jamuan

Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa.   Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak     yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang  confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer.  Semernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?

12. Khemah dan kelengkapan lain

Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo, pyramid, arabian dsb. Dan ada  jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….

13.  Juru gambar

Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.

14. Hiburan

Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…

15. Honeymoon

Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’. Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)

Ok la, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semer perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck



Sumber :  Mdm Cupid

Perkahwinan Paling Berkat Adalah Paling Murah Belanjanya (Ustaz Azhar Idrus).


Sekarang ini musim kenduri kahwin di sana sini, semua pihak yang  terlibat baik ibu bapa, pengantin lelaki dan perempuan sibok dengan pelbagai persiapan untuk mengadakan Majlis perkahwinan. Wang ringgit dan masa banyak digunakan untuk menyempurnakan Majlis Raja Sehari. Perbelanjaan untuk majlis ini melibatkan puluhan ribu hingga ke ratusan ribu ringgit.

Betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata 'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20 000. Itu paling kurang.

Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40 000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).

Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...

■Nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000

■Kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)

■Urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000

Katakanlah Mamat & Minah yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).

Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".

Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat

■"Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...

■"hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"

Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.

Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan teman hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahwinan.

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

■Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".

■hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan

■janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan

■muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan

■jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang

■belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.

Sebagai ibu bapa yang bertanggung jawab kita semua perlu bertanggung jawab untuk mengubah budaya yang kurang sihat ini. Kita perlu kembali kepada ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw yang mengajurkan supaya di permudahkan urusan perkawhinan. Oleh itu ambil sikap untuk permudahkan urusan perkahwinan anak, bukanya untuk menunjukkan kepada orang siapa yang lebih mahal maskahwin dan besar majlis perkahwinan.

Yang penting urusan perkahwian di permudahkan dan membelanja untuknya berdasarkan kemampuan pasangan yang akan berkahwin. Janganlah kita bermegah-megah dengan Majlis Perkahwinan yang mahal dan grand, sedangkan selepas majlis perkahwinan anak menantu yang sakit kepala untuk membayar hutang keliling pinggang. Ini menyebabkan suasana hubungan suami isteri dalam keadaan stress, silap bari bulan rumah tangga berkecai dek bebanan suami menaggung hutang.

Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak cabaran yang mendatang dalam melayari bahtera rumah tangga

Wallahu’alam.


Sumber : bicara alam maya

Thursday, 14 May 2015

KESAN PERCERAIAN TERHADAP ANAK-ANAK

Menangani Perceraian Bagi Mengurangkan Kesan Negatifnya Terhadap Anak-Anak

Kita sering mendengar saranan-saranan tentang bagaimana untuk mengelakkan perceraian. Kita juga sudah biasa dengan ceramah-ceramah tentang prosedur-prosedur untuk menuntut cerai. Tetapi jarang sekali orang memperkatakan bagaimana untuk menangani perceraian sekiranya ia berlaku. Jika Islam membenarkan perceraian, ini bererti dalam masyarakat Islam akan ada suami-isteri yang bercerai dan mereka perlu dibantu untuk berhadapan dengan realiti baru itu. Topik ini menjadi lebih penting lagi kerana perceraian memberi kesan negatif kepada anak-anak. Jadi, suami-isteri yang bercerai perlu tahu peranan masing-masing supaya kesan negatif ini dapat dikurangkan.

Perceraian bertujuan untuk menyelesaikan tekanan perkahwinan dan mengurangkan penderitaan akibat perbalahan yang berterusan antara kedua suami-isteri. Keputusan untuk bercerai biasanya dibuat berasaskan kepada jangkaan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik untuk kedua suami-isteri itu sekiranya mereka tidak lagi hidup bersama. Dalam konteks ini, kesan perceraian itu kepada anak-anak seringkali tidak difikirkan, sedangkan tidak ada anak yang mahukan ibubapanya bercerai. Itulah sebabnya ada yang berpendapat bahawa perceraian adalah akibat yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak apabila ibubapanya tidak dapat hidup bersama.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa ada anak-anak yang ibubapanya bercerai, berkembang menjadi individu yang stabil dan berjaya. Namun, bilangan mereka ini lebih kecil berbanding bilangan anak-anak yang terjejas akibat perceraian kedua ibubapanya. Oleh itu, menangani perceraian dengan baik sekiranya ia berlaku adalah penting agar kesan negatifnya dapat dikurangkan demi masa depan anak-anak yang terlibat.

Beberapa orang pengkaji Barat yang cuba melihat faktor-faktor yang menyebabkan perceraian begitu negatif untuk anak-anak telah mengenalpasti lima (5) faktor utama. Faktor pertama berkait dengan hakikat ketiadaan ibu atau bapa. Sebagaimana yang kita tahu, persekitaran terbaik untuk perkembangan anak-anak yang optima ialah kehadiran kedua-dua ibu dan bapa. Dalam kes perceraian salah seorangnya ibu atau bapa telah tiada. Maka keluarga itu bukanlah lagi satu persekitaran yang terbaik untuk anak itu membesar. Akibat dari ketiadaan seorang ibu atau bapa ini, katakanlah bapa, dan ibu pula keluar bekerja, kebanyakan anak-anak dari keluarga yang bercerai mendapat kurang perhatian dan penyeliaan berbanding dengan anak-anak dari keluarga yang tidak bercerai. Ada kemungkinan, kemahiran sosial anak-anak terjejas akibat tiadanya role model bapa atau ibu di rumah itu. Didapati pula, anak-anak yang bapanya mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri dan anak-anak, tidak begitu terkesan dengan perceraian ini. Dalam kata-kata lain, kalau ibubapa masih mengekalkan hubungan yang baik maka anak-anak tidak begitu terkesan dengan perceraian. Oleh itu, untuk meminimakan kesan negatif perceraian, pasangan itu hendaklah mengekalkan hubungan baik selepas perceraian.

Faktor kedua berkait dengan penyesuaian penjaga (ibu atau bapa). Selepas bercerai, anak-anak berada di tangan ibu atau bapa yang mendapat hak penjagaan. Jika ibu atau bapa tadi dapat menyesuaikan diri dengan perceraian itu dengan baik, maka anak-anak juga dapat menyesuaikan diri mereka. Jika penyesuaian ini berlaku, maka perceraian tidak akan membawa kesan yang begitu negatif. Jadi, ibu atau bapa yang mendapat hak jagaan perlu menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan baru agar ia akan memberi kesan positif kepada anak-anak.

Faktor ketiga berkait dengan kedudukan ekonomi. Biasanya, selepas perceraian taraf hidup keluarga itu menurun terutamanya bila si bapa meninggalkan anak-anaknya. Anak-anak yang kini di bawah jagaan ibu, mungkin perlu berpindah ke rumah yang lebih kecil atau anak-anak itu terpaksa melepaskan kemewahan-kemewahan tertentu yang mereka nikmati sebelum ini. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak tidak akan begitu terjejas akibat perceraian sekiranya tiada kejatuhan dari segi taraf hidup. Dalam kata-kata lain, jika perceraian berlaku tetapi taraf hidup anak-anak tidak berubah, yakni masih tinggal di rumah yang sama, masih menikmati kemewahan yang sama, maka mereka tidak akan begitu terkesan oleh perceraian tersebut. Oleh yang demikian, bapa sebagai orang yang bertanggungjawab memberi nafkah perlu memastikan bahawa taraf hidup anak-anak tidak begitu berubah selepas perceraian jika mereka mahu anak-anak mereka berkembang normal seperti anak-anak yang lain.

Faktor keempat berkait dengan konflik keluarga. Dikatakan bahawa yang menjejaskan kesejahteraan anak-anak bukanlah perubahan struktur dalam keluarga (tidak ada ibu atau bapa) tetapi yang menjejaskannya ialah perselisihan atau pergaduhan yang datang dengan perubahan struktur itu. Oleh itu, kalau nak berceraipun, bercerailah dengan cara yang baik dan kekalkan hubungan baik selepas perceraian itu berlaku. Ini kerana hubungan buruk selepas perceraian akan memberi kesan negatif kepada anak-anak.

Faktor kelima berkait dengan perubahan-perubahan hidup yang memberi tekanan. Kajian menunjukkan bahawa lebih banyak tekanan yang dihadapi, lebih sukar untuk anak-anak menyesuaikan diri. Oleh itu, setelah berlaku perceraian, cuba kurangkan perubahan-perubahan dalam hidup agar anak-anak tidak begitu tertekan bila terpaksa berhadapan dengan perkara baru. Oleh itu, jangan tergesa-gesa berpindah rumah atau sekolah. Ibu atau bapa pula jangan cepat-cepat berkahwin lagi dan seumpama. Ini kerana perubahan-perubahan baru memberi tekanan kepada anak-anak dan ini menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan perceraian yang berlaku.

Itulah tadi lima (5) faktor yang mempengaruhi kesan perceraian kepada anak-anak dan bagaimana kita boleh mengawalnya supaya kesan negatifnya kepada anak-anak dapat diminimakan.

Dari kajian yang dibuat, didapati bahawa anak-anak yang ibubapa mereka bercerai mengalami berbagai perasaan. Ada di antara mereka yang bimbangkan tentang masa depan mereka. Ada yang bimbang diketepikan oleh ibu atau bapa yang menjaganya. Ada yang merasa marah terhadap ibu atau bapa yang dirasakan bertanggungjawab terhadap perpisahan itu. Ada yang merasa tertekan. Ada yang rasa tidak dapat buat apa-apa (helplessness). Ada yang rasa kesepian. Ada juga yang rasa bersalah kerana beranggapan merekalah yang menjadi punca penceraian tersebut. Misalnya, mereka merasakan oleh kerana mereka jahat atau nakal, bapanya pergi meninggalkannya. Ramai juga yang percaya atau beranggapan bahawa bapa atau ibunya pergi kerana ibu atau bapa itu tidak lagi mempedulikan hal mereka.

Memahami perasaan anak-anak inilah, maka para pengkaji menasihatkan ibubapa yang bercerai supaya menerangkan kepada anak-anak bahawa perceraian itu tiada kena mengena dengan mereka. Ia bukan disebabkan oleh hakikat anak-anak itu jahat dan bukan juga disebabkan ibubapa itu tidak mempedulikan mereka. Perceraian itu berpunca dari ibubapa sendiri yang tidak lagi boleh hidup bersama. Pengkaji juga menasihatkan ibubapa supaya memberitahu anak-anak secara bersama-sama. Ini bertujuan untuk menyakinkan anak-anak itu bahawa mereka akan terus mengambil berat tentang anak-anak walaupun selepas perceraian. Dari segi ini, amat penting ibubapa untuk bercerai secara baik. Jika tidak, bagaimana mungkin mereka dapat menerangkan hal ini kepada anak-anak secara bersama.

Mungkin ada yang bertanya mengapa keadaan anak-anak yang ibubapanya bercerai lebih buruk dari keadaan anak-anak yatim sedangkan dalam kedua-dua kes, struktur keluarga mereka telah berubah. Namun kita perhatikan seringkali anak-anak yatim ini membesar menjadi individu yang lebih stabil manakala anak-anak dari ibubapa yang bercerai pula kerap menjadi individu yang bermasalah.

Ini sebenarnya ada kaitan dengan anggapan anak-anak itu tentang perceraian kedua ibubapanya. Seorang pengkaji, Dr. Martin Richards dalam menjelaskan keadaan ini menyebut bahawa ia berpunca dari anggapan anak itu bahawa ibubapanya memilih untuk bercerai (kematian tidak dilihat sebagai satu pilihan). Bila ibubapa memilih untuk bercerai ini bererti bagi kebanyakan anak-anak  ibu atau bapa yang pergi itu memilih untuk meninggalkan mereka. Rasa ditinggalkan ini membuatkan mereka memiliki self-esteem yang rendah yang menjadi punca kepada masalah-masalah lain yang mereka alami.

Jadi, sekali lagi kita dapati bahawa amat penting untuk kedua ibubapa menerangkan kepada anak-anak mengapa perceraian itu berlaku. Mereka perlu difahamkan bahawa ia bukan berpunca dari hakikat bahawa ibubapa tidak sayang mereka. Di masa yang sama, hubungan yang erat dengan anak perlu dikekalkan selepas bercerai supaya kata-kata tadi tidak hanya merupakan kata-kata manis semata-mata. Dengan cara ini, anak-anak itu tidak akan ada anggapan-anggapan negatif yang boleh merosakkan self esteem mereka.

Jadi, apakah peranan kedua suami-isteri yang bercerai tadi bagi memastikan bahawa kesan perceraian terhadap anak-anak adalah pada tahap yang minima? Lazimnya, kalau kita ingin membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka, kita perlu menyelesaikan masalah kita dahulu. Begitu juga dengan pasangan suami-isteri yang bercerai. Mereka perlu selesaikan masalah peribadi mereka sebelum dapat membantu anak-anak berhadapan dengan realiti baru itu.

Seperti yang disebutkan tadi, kajian menunjukkan bahawa kesan perceraian terhadap anak-anak bergantung kepada penyesuaian yang dilalui oleh penjaganya. Jika cepat penjaganya menyesuaikan diri, maka anak-anak juga akan cepat menyesuaikan diri. Jadi, ibu atau bapa, terutamanya yang mendapat hak penjagaan, perlu segera menyesuaikan diri dengan hakikat bahawa mereka telah bercerai. Sebagai orang Islam, ianya lebih mudah kerana kita percaya kepada qada dan qadar Allah. Kalau kita terima dan redha bahawa perceraian itu adalah kehendak Allah, maka tiada apa yang hendak dikesalkan. Kalau ada perkara yang telah melukakan hati, maka memaafkan itu adalah lebih baik. Sepotong kata-kata hikmah menyebut, "Sesiapa yang memaafkan, menamatkan persengketaan". Maka maafkan bekas pasangan kita agar kita dapat berhubung dengan baik dengan mereka, demi anak-anak.

Pengkaji yang saya sebutkan tadi juga menyebut bahawa ibubapa yang bercerai yang mengekalkan hubungan yang baik akan menyebabkan anak-anak kurang terjejas akibat perceraian. Jadi, ini perlu menjadi keutamaan bagi ibubapa yang bercerai. Kalau kita tidak dapat menyelamatkan perkahwinan demi anak-anak, maka selepas bercerai, kekalkanlah hubungan baik, demi anak-anak.

Satu perkara lagi berkaitan dengan penyesuaian ialah jangan buat terlalu banyak perubahan dalam hidup. Hadapi perubahan satu demi satu dan bukannya banyak perubahan dalam satu masa. Misalnya, kalau hendak berpindah ke tempat baru, tunggu dulu sehingga rasa kita sudah dapat menerima hakikat perceraian, baru berpindah. Kalau tidak, kita terpaksa berhadapan dengan tekanan baru dan ini menyukarkan kita menyesuaikan diri. Kalau pun kita rasa kita boleh berhadapan dengan tekanan-tekanan itu, ingatlah tentang anak-anak. Apakah mereka boleh menangani perubahan-perubahan itu? 

Sudahlah ibubapa baru bercerai, kena pula berpindah rumah. Mereka mungkin sayang untuk meninggalkan rumah itu. Itu belum kira hakikat mereka perlu berpisah dengan kawan-kawan, perlu bertukar sekolah, perlu mengenali guru dan kawan baru. Ini sudah tentu memberi tekanan kepada mereka dan menyukarkan mereka membuat penyesuaian. Faktor-faktor yang saya sebutkan tadi juga menyebut bahawa anak-anak akan kurang terkesan akibat perceraian sekiranya mereka tidak berhadapan dengan perubahan-perubahan yang memberi tekanan. Jadi, ibu atau bapa yang mendapat hak jagaan, perlu ingat hakikat ini.

Selepas ibubapa menyelesaikan masalah mereka, ingatlah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Walaupun sudah tidak lagi menjadi suami-isteri, mereka masih menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak itu. Jadi, tunaikanlah tanggungjawab sebagai ibu dan bapa ini seperti biasa.

Sebagai bapa, ingatlah tanggungjawab anda untuk memberi nafkah kepada anak-anak. Ini adalah perintah Allah, bukan sekadar perintah mahkamah. Oleh itu, walaupun mahkamah belum menetapkan jumlahnya, berilah nafkah tersebut. Ingatlah, mengengkari perintah Allah adalah berdosa.

Berkaitan dengan nafkah ini, berilah dengan sikap pemurah. Biar lebih, jangan kurang. Ingatlah, apa-apa yang dibelanjakan untuk keluarga adalah sedekah yang akan dibalas dengan berlipatkali ganda. Jadi, janganlah kedekut, berilah secukupnya. Ingatlah, satu daripada faktor yang akan memberi kesan kepada anak-anak ialah taraf hidup yang lebih rendah dari sebelumnya. Jadi untuk mengelakkan perkara ini, berilah nafkah sepertimana sebelumnya. Kalau boleh, saya ingin menyarankan kepada para bapa khususnya, janganlah menyuruh anak-anak dan isteri keluar dari rumah yang biasa mereka tinggal supaya taraf hidup mereka tidak menurun dan supaya tiada banyak perubahan berlaku dan anak-anak tidak tertekan dengan perubahan-perubahan itu.

Begitu juga dengan perhatian dan kasih sayang. Ibu dan bapa telah bercerai masih bertanggungjawab dalam hal ini. Bagi ibu atau bapa yang pergi (meninggalkan rumah), ingatlah anda masih bertanggungjawab dalam hal memberi perhatian dan kasih sayang. Untuk itu, jengoklah mereka misalnya seminggu sekali dan telefonlah mereka dengan lebih kerap untuk bertanya khabar. Dengan cara ini, anak-anak tahu bahawa mereka masih disayangi dan ibu atau bapa itu bukannya pergi terus yang mana ini akan memberi kesan negatif kepada self-esteem anak-anak itu.

Bagi ibu atau bapa yang mendapat hak jagaan pula, jangan hasut anak-anak untuk membenci ibu atau bapa mereka. Itu masih masih ibu dan bapa mereka dan mereka perlu diajar untuk menyayangi dan menghormati ibu atau bapa mereka itu, bukan untuk membencinya. Jadi, ingatlah, jangan tanamkan rasa benci kerana ia juga boleh merosakkan pemikiran anak-anak. Adalah lebih baik untuk membantu anak-anak itu berhadapan dengan realiti baru. Berbuallah dengan mereka, tanya tentang perasaan mereka, pandangan mereka dan ini dapat mengurangkan apa-apa salah faham atau salah anggapan yang wujud dalam diri mereka.

Sebagai kesimpulannya, walaupun perceraian tidak diminta, ia perlu ditangani dengan baik jika ia berlaku, demi masa depan anak-anak yang tidak berdosa.Seboleh-bolehnya elakkan percerian diantara ibu bapa, Kerana semasa mula-mula kahwin dahulu mereka bersumpah untuk setia sehingga ke anak cucu dan ke akhir hayat. Wahai si suami, berperanlah sebagai pemimpin kepada isteri mu dan keluarga, Perbetullah segala kesilapan, muhasabah diri adakah kita telah menjadi suami sebagaimana yang ditetapkan oleh syariat. Suami yang hebat adalah mereka yang dapat menahan marah, menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak, mampu nenangani segala kerisis dalam rumah tangga dan juga mampu menjadi idola kepada isteri dan anak cucu.

Wallahu’alam.

Sumber : Ditulis oleh Siti Fatimah Abd Rahman. JAKIM

Wednesday, 13 May 2015

RUMAH TANGGA YANG IDEAL

Rumah Tangga yang Ideal

Menurut ajaran Islam, rumah tangga yang ideal adalah rumah tangga yang diliputi sakinah (ketenteraman jiwa), mawaddah (rasa cinta), dan rohmah (kasih sayang). Allah Ta’ala berfirman:
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Alloh) bagi kaum yang berpikir. (QS. ar-Rum [30]: 21)
Dalam rumah tangga yang Islami, seorang suami atau isteri harus saling memahami kekurangan dan kelebihannya, harus tahu pula hak dan kewajiban, memahami tugas dan fungsinya masing-masing, melaksanakan tugasnya itu dengan penuh tanggung jawab, ikhlas, serta mengharapkan ganjaran dan redha dari Allah Ta’ala.
Sehingga, upaya untuk mewujudkan pernikahan dan rumah tangga yang mendapat keredaan Allah dapat menjadi kenyataan. Akan tetapi, oleh kerana keadaan manusia yang tidak boleh lepas dari kelemahan dan kekurangan, sementara ujian dan cobaan selalu mengiringi kehidupan manusia, maka tidak kurang juga  pasangan yang mulanya hidup tenang, tenteram, dan bahagia mendadak dilanda kemelut perselisihan dan pergolakan.
Apabila terjadi perselisihan dalam rumah tangga, maka harus ada usaha untuk ishlah (mendamaikan). Yang harus dilakukan pertama kali oleh suami dan isteri adalah lebih dahulu saling mahasabah diri, menyadari kesalahan masing-masing, dan saling memaafkan, serta memohon kepada Allah agar disatukan hati, dimudahkan urusan dalam ketaatan kepada-Nya, dan diberikan kedamaian dalam rumah tangga mereka. Jika cara tersebut gagal, maka harus ada pendamai dari pihak keluarga suami maupun isteri untuk mendamaikan antara keduanya. Mudah-mudahan Allah memberikan taufiq kepada pasangan suami isteri tersebut.
Apabila sudah diusahakan untuk berdamai sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur’an surat an-Nisa’ ayat 34–35, tetapi masih juga gagal, maka Islam memberikan jalan terakhir, yaitu “perceraian”.
Syaikh Musthofa al-Adawi berkata: “Apabila masalah antara suami isteri semakin panas, hendaklah keduanya saling memperbaiki urusan keduanya, berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dan meredam perselisihan antara keduanya, serta mengunci rapat-rapat setiap pintu perselisihan dan jangan menceritakannya kepada orang lain.
Apabila suami marah sementara isteri ikut emosi, hendaklah keduanya berlindung kepada Allah, berwudhu, dan solat dua roka’at. Apabila keduanya sedang berdiri, hendaklah duduk; apabila keduanya sedang duduk, hendaklah berbaring, atau hendaklah salah seorang dari keduanya mencium, merangkul, dan menyatakan alasan kepada yang lainnya. Apabila salah seorang berbuat salah, hendaklah yang lainnya segera memaafkannya karena mengharapkan wajah Allah semata.” 
Di tempat lain beliau berkata: “Sedangkan berdamai adalah lebih baik, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala. Berdamai lebih baik bagi keduanya daripada berpisah dan bercerai. Berdamai lebih baik bagi anak daripada mereka terlantar (tidak terurus). Berdamai lebih baik daripada bercerai. Perceraian adalah rayuan iblis dan termasuk perbuatan Harut dan Marut.
Alloh berfirman:
Maka mereka mempelajari dari keduanya (Harut dan Marut) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka tidak dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Alloh. (QS. al-Baqoroh [2]: 102)
Di dalam Shohih Muslim dari sahabat Jabir bin Abdulloh, ia berkata: Rosulullah bersabda:
“Sesungguhnya iblis meletakkan singgasananya di atas lautan. Kemudian ia mengirimkan bala tentaranya. Tentara yang paling dekat kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang dari mereka datang dan berkata: ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Iblis menjawab: ‘Engkau belum melakukan apa-apa.’” Nabi melanjutkan: “Lalu datanglah seorang dari mereka dan berkata: ‘Tidaklah aku meninggalkannya sehingga aku berhasil memisahkan ia (suami) dan istrinya.’” Beliau melanjutkan: “Lalu iblis mendekatkan kedudukannya. Iblis berkata: ‘Sebaik-baik pekerjaan adalah yang telah engkau lakukan.’” ( HR. Muslim [no.2813 (67) )
Ini menunjukkan bahwa perceraian adalah perbuatan yang dicintai syaitan.
Apabila dikhawatirkan terjadinya perpecahan antara suami istri, hendaklah hakim atau pemimpin mengirim dua orang juru damai. Satu dari pihak suami dan satu lagi dari pihak isteri untuk mengadakan perdamaian antara keduanya. Apabila keduanya damai, maka Alhamdulillah. Namun apabila permasalahan terus berlanjut antara keduanya kepada jalan yang telah digariskan dan keduanya tidak mampu menegakkan batasan-batasan Allah (syari’at dan hukum-hukum-Nya) di antara keduanya. Yaitu isteri tidak lagi mampu menunaikan hak suami yang disyari’atkan dan suami tidak mampu menunaikan hak isterinya, serta batas-batas Alloh menjadi terabaikan di antara keduanya dan keduanya tidak mampu menegakkan ketaatan kepada Allah, maka ketika itu urusannya seperti yang Allah firmankan:
Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari karunia-Nya. Dan Allah Mahaluas (karunia-Nya) lagi Mahabijaksana. (QS. an-Nisa’ [4]: 130) .
Allah Ta’ala berfirman:
Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (istri), karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan karena mereka telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang sholih adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya)tidak ada, karena Alloh telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz (3) , hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka menaatimu maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Mahatinggi lagi Mahabesar. Dan jika kamu khawatir terjadi persengketaan antara keduanya maka kirimlah seorang juru damai dari keluarga laki-laki dan seorang juru damai dari keluarga perempuan. Jika keduanya (juru damai itu) bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi taufiq kepada suami isteri itu. Sungguh, Allah Maha Mengetahui lagi Mahateliti. (QS. an-Nisa’ [4]: 34–35)
Pada hakikatnya, perceraian dibolehkan menurut syari’at Islam, dan ini merupakan hak suami. Hukum talak (cerai) dalam syari’at Islam adalah dibolehkan.
Adapun hadis yang mengatakan bahwa “perkara halal yang dibenci oleh Allah adalah talak (cerai)” yaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2178), Ibnu Majah (no. 2018), dan al-Hakim (2/196) adalah hadis lemah. Hadis ini dilemahkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam al-‘Ilal, dilemahkan pula oleh Syaikh al-Albani dalam Irwa ul Gholil (no. 2040).
Meskipun talak (cerai) dibolehkan dalam ajaran Islam, tetapi seorang suami tidak boleh terlalu memudahkan masalah ini. Ketika seorang suami akan menjatuhkan talak, ia harus berpikir tentang maslahat (kebaikan) dan mafsadat (kerusakan) yang mungkin timbul akibat perceraian agar jangan sampai membawa kepada penyesalan yang panjang. Ia harus berpikir tentang dirinya, isterinya, dan anak-anaknya, serta tanggung jawabnya di hadapan Allah pada hari kiamat.
Kemudian bagi isteri, bagaimanapun kemarahannya kepada suami, hendaklah ia tetap sabar dan janganlah sekali-kali ia menuntut cerai kepada suaminya. Terkadang ada isteri meminta cerai disebabkan masalah kecil atau kerana suaminya menikah lagi (berpoligami) atau menyuruh suaminya menceraikan madunya.
Hal ini tidak dibenarkan dalam agama Islam. Jika si isteri masih terus menuntut cerai, maka haram atasnya bau surga, berdasarkan sabda Nabi :
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلَاقَ مِنْ غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ.
“Siapa saja wanita yang menuntut cerai kepada suaminya tanpa ada alasan yang benar, maka haram atasnya bau surga.” 
 Abu Huroiroh berkata:
نَهَى رَسُوْلِ اللهِ n: … وَلَا تَسْأَلُ الْمَرْأَةُ طَلَاقَ أُخْتِهَا لِتَكْفَأَ مَا فِيْ إِنَائِهَا ….
“Rosulullah melarang: ‘… dan janganlah seorang isetri meminta (suaminya) untuk menceraikan saudari (madu)nya agar memperoleh nafkahnya.’” .
Dalam agama Islam dibolehkan poligami (menikahi lebih dari satu isteri) dan ini sama sekali bukan untuk menyakiti wanita atau berbuat zalim kepada wanita, melainkan disyari’atkan untuk mengangkat derajat wanita dan menghormati mereka. Sebab poligami telah disyari’atkan oleh Alloh Yang Mahaadil, Mahabijaksana, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.
Setiap keluarga selalu mengharapkan lahirnya rumah tangga yang bahagia, diliputi sakinah, mawaddah, dan rohmah. Oleh karena itu, setiap suami dan isteri wajib menunaikan hak dan kewajibannya sesuai dengan syari’at Islam dan bergaul dengan cara yang baik.
Kesimpulannya, wanita tidak boleh meminta cerai dari suaminya tanpa alasan syar’i. Kepada suami isteri, hendaklah selalu melaksanakan kewajiban yang Allah amanahkan kepadanya, menjauhi apa-apa yang dilarang, dan selalu berdo’a kepada Allah agar dikaruniai pasangan dan keturunan yang sholih dan sholihah.
Wallhu’alam.

Sumber : Ustaz Abdul Ahmar

Wednesday, 29 April 2015

MAMPUKAH SUAMI SETIA JIKA ISTERI SAKIT BERPANJANGAN ( Sakit lumpuh) ?



Bismillah hirRahman nir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullah Hirwabarokuh dan Salam Sejahtera,

Para sahabat yang di hormati sekalian.

Saya ingin berkongsi bersama anda sekelian tentang perasaan saya semasa isteri mulai mengalami lumpuh setelah beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan AVM pada 1 Mac 2001. Selepas pembedahan itu beliau telah di tahan untuk rawatan pemulihan di wad hospital selama 29 hari.

Pada hari pertama beliau di bawa pulang ke rumah setelah di discharge dari wad hospital. Beliau sememangnya tidak boleh berjalan, perlu kepada pertolongan saya untuk bergerak. Suasana ingatan beliau juga amat berubah berbanding dengan sebelum di timpa kesakitan. Bila beliau sedar dari tidur ianya mengambil masa untuk membolehkan beliau membuka mata dan melilihat di sekelilingnya. Serta juga mengambil masa untuk boleh berkata-kata dan untuk mengenali orang yang berada di hadapannya.

Untuk itu saya terpaksa mengambil cuti selama sebulan untuk membolehkan saya menjaganya setiap waktu. Melihat keadaan isteri yang tidak sempurna itu sama ada dari segi pergerakan fizikal dan juga ingatan minda. Saya mula merasai bahawa kehidupan saya akan menempuh masa depan yang gelap dan penuh dengan cabaran dan penderitaan. Bagi menguatkan semangat saya pada setiap waktu solat akan berdoa ke hadrat Allah SWT moga di beri kekuatan minda dan kesihatan untuk menempuh satu era baru dalam keluarga kami.

Sememngnya pada hari pertama hingga bulan ke empat isteri berada di rumah, saya amat sibok sekali untuk melayani kerenah pesakit lupuh ini. Saya mula terasa tertekan dan fikiran agak celaru, mana tidak pada hampir setiap masa perlu berada di samping isteri dan melayani segala keperluanya, hinggakan saya sendiri tidak terurus seperti biasa- kurang tidur, stress dan makan tidak menentu. Fikiran bercelaru memikirkan bilakah isteri akan pulih dan dapat berdikari, juga memikirkan tentang anak bongsu perempuan yang pada masa itu berusia 4 tahun lebih. Bagaimanakah ianya akan membesar dengan ibunya yang cacat dan dapatkah dia mendapat kasih sayang ibu seperti abang dan kakaknya yang lain. Apakah akan berlaku kepada emosi anak yang masih mentah dan tidak mengerti apa-apa tentang dugaan kehidupan.

Setelah masuk bulan ke enam dan seterusnya, saya mula terasa bahawa suasan di rumah dengan keadaan isteri yang sakit lumpuh itu mula dapat dijadikan sebagai satu rutin kehidupan . Segala kesusahan,keperitan dan penderitaan yang kami sekeluarga tanggug itu telah dapat di terima sebagai sudah menjadi takdir kami sekeluarga yang Allah tetapkan. Bila saya meletakkan segala permasalahan yang dihadapi itu adalah pemberian oleh-Nya, maka jiwa saya dapat di tenteramkan dari perasaan bercelaru dan tidak menentu yang cuba di hasut oleh syaitan dan kuncu-kuncunya supaya saya merasa dukacita dan kecewa terhadapa Tuhan, dengan kata lain ia cuba menjadikan saya seorang yang sirik terhadap segala nikmat Allah yang tidak terhitungnya  banyak sekali. Alhamdulillah sedikit sebanyak ilmu agama yang di terapkan oleh ayah semenjak saya kecil lagi dapat melawan dan menjadi perisai segala perancangan jahat syaitan laknatullah itu.

Untuk itu saya terpaksa medekati diri saya dengan para alim ulama dan ilmuan Islam untuk mendapat nasihat mereka. Hasil dari nasihat mereka itulah saya dapat bertahan dan memperkasakan diri saya dengan sifat sabar dan menerima segala takdir Allah dengan  rela hati. Saya mengambil banyak masa pada setipa hari untuk membaca kitab suci Al-Quran dan memahami serta menghayati segala isi kandunganya. Ini adalah hasil daripada saya dapat nasihat dari beberapa orang tok guru dan ustaz.

Dalam saya mencari ketenangan melalui pembaca Al-Quran  dan menghayati maknanya setiap hari itu, Saya amat bersyukur ke hadarat Allah SWT yang telah memberi ketenangan kepada hamba yang kerdil ini untuk terus bersabar dalam menerima segala kesusahan dan kerumitan semasa menjaga isteri lumpuh. Juga saya bersyukur kerana Allah memberi hidayah sifat sabar kepada hamba-Nya ini, sehinggakan saya tidak kahwin satu lagi walaupun isteri sakit lumpuh. Berkat niat untuk berbakti kepada isteri yang di cintai itu, kini kami dapat meneruskan hidup dengan merasai nikmat cinta suci kami yang telah membahagiakan kami semenjak kahiwin di awal tahun lapan puluhan dahlulu dan berkekalan sehingga kini yang telah memakan masa hampit 35 tahun dan dalam tempoh itu isteri sakit lumpuh telah melewati masa hampir 15 tahun. Syukur Alhamdulillah.

Jika di teliti di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang Allah terangkan bagaimana kelebihan orang-orang yang bersabar apabila menerima ujian Allah.

Ayat- ayat al-Quran kepada manusia yang di uji –( al-Fatihah dan al-Baqarah)

surah al-Fatihah ayat 5:
"hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan"

surah al-Baqarah ayat 45:

"dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan (solat) sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk"

surah al-Baqarah ayat 112:
"tidak! barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"

surah al-Baqarah ayat 143:

"....dan Allah tidak akan menyia-yiakan imanmu. sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia".

surah al-Baqarah ayat 152-153:

"maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar".

surah al-Baqarah ayat 155-157:
'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,
(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).
mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".

surah al-Baqarah ayat 186:

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran".

surah al-Baqarah ayat 195:
" dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".

surah al-Baqarah ayat 197:

"....segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya. bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat!".

surah al-Baqarah ayat 200-202:
"....maka di antara manusia ada yang berdoa, 'ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan di akhirat dia tidak memperoleh bahagian apapun.
dan di antara mereka ada yang berdoa 'ya Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.' 
mereka itulah yang memperoleh bahagian dari apa yang telah mereka kerjakan dan Allah Maha Cepat perhitungan-Nya".

surah al-Baqarah ayat 207-209:
"dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.
hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 
tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

surah al-Baqarah ayat 212:
"kehidupan dunia di jadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan".

surah al-Baqarah ayat 214:

ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang di alami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka di timpa kemelaratan, penderitaan dan di goncang (dengan pelbagai ujian) sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, 'bilakah datang pertolongan Allah?' ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat".

surah al-Baqarah ayat 216:

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

surah al-Baqarah ayat 233:
".....seseorang tidak di bebani lebih dari kesanggupannya..."

surah al-Baqarah ayat 245:
"siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan". 

surah al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdo’a): "ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

Berasarkan maksud ayat-ayat di atas, ianya merupakan faktor motivasi kepada saya untuk menerima segala kesusahan dan keperitan hidup akibat isteri mengalmi lumpuh yang kini telah menghampiri 15 tahun. Dengan meletakkan segala ujian All\ah itu akan diberi ganjaran pahala di akhriat yang kekala abadi kelak, maka kita tidak akan berasa berputus asa malah ini nya memberi semeangat kapada kita untuk terus memberi bakti untuk membantu isteri yang sakit pada saban masa kerana  ganjaran pahala yang dijanjikan Allah amat besar dan tidak semua orang yang mendapat ujian seumpama ini.

Saya juga bersyukur di atas hidayah-Nya yang telah memberi ilham kepada saya untuk membukukan segala pengalaman jerit getir dalam menjaga isteri lumpuh selama lebih 15 tahun. Buku berkenaan yang diterbitkan oleh PTS publiahing House dengan jodol "BERCINTA SAMPAI SYURGA" telah habis di jual dalam tempoh 2 bulan . Kini telah di ulang cetak untuk kali kedua. 

Buku ini juga telah dijadikan rujukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dalam melaksanakan dasar "Keluragga Mawassah
Ar Rahmah" yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri.




Wallahu’ alam.