RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label CINTA. ikhlas. Show all posts
Showing posts with label CINTA. ikhlas. Show all posts

Monday, 20 July 2015

Perkahwinan Paling Berkat Adalah Paling Murah Belanjanya (Ustaz Azhar Idrus).


Sekarang ini musim kenduri kahwin di sana sini, semua pihak yang  terlibat baik ibu bapa, pengantin lelaki dan perempuan sibok dengan pelbagai persiapan untuk mengadakan Majlis perkahwinan. Wang ringgit dan masa banyak digunakan untuk menyempurnakan Majlis Raja Sehari. Perbelanjaan untuk majlis ini melibatkan puluhan ribu hingga ke ratusan ribu ringgit.

Betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata 'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20 000. Itu paling kurang.

Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40 000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).

Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...

■Nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000

■Kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)

■Urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000

Katakanlah Mamat & Minah yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).

Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".

Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat

■"Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...

■"hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"

Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.

Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan teman hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahwinan.

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

■Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".

■hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan

■janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan

■muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan

■jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang

■belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.

Sebagai ibu bapa yang bertanggung jawab kita semua perlu bertanggung jawab untuk mengubah budaya yang kurang sihat ini. Kita perlu kembali kepada ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw yang mengajurkan supaya di permudahkan urusan perkawhinan. Oleh itu ambil sikap untuk permudahkan urusan perkahwinan anak, bukanya untuk menunjukkan kepada orang siapa yang lebih mahal maskahwin dan besar majlis perkahwinan.

Yang penting urusan perkahwian di permudahkan dan membelanja untuknya berdasarkan kemampuan pasangan yang akan berkahwin. Janganlah kita bermegah-megah dengan Majlis Perkahwinan yang mahal dan grand, sedangkan selepas majlis perkahwinan anak menantu yang sakit kepala untuk membayar hutang keliling pinggang. Ini menyebabkan suasana hubungan suami isteri dalam keadaan stress, silap bari bulan rumah tangga berkecai dek bebanan suami menaggung hutang.

Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak cabaran yang mendatang dalam melayari bahtera rumah tangga

Wallahu’alam.


Sumber : bicara alam maya

Tuesday, 5 May 2015

MESYUARAT KELUARGA DAPAT ERATKAN KASIH SAYANG

Sentiasa amalkan mesyuarat keluarga.


“Dady dan mama ucapkan berbanyak terima kasih kepada Along, Abang idan, Esyah,Ewan, Mat , Paie dan Adik Bihah” saya memulakan bicara dalam satu mesyuarat keluarga lebih 3  tahun lalu.

“Dady bersyukur Alhamdulillah kepada Allah, kerana semua anak-anak dady dapat melaksankan tuntutan ajaran Islam dalam kehidupan kita, walaupun banyak lagi yang perlu kita tingkatkan”.

“ Cuma dady ingatkan solat 5 waktu perlu ditingkatkan lagi untuk disempurnakan pada awal waktu”.

Ungkapan itu adalah kebiasan yang saya luahkan kepada anak-anak semasa kami adakan mesyuarat keluarga samabil makan malam. Kebiasannya dilakukan samasa sambutan Hari jadi  isteri atau saya. Kadangkala diadakan juga semasa kami makan sekluarga semasa Hari Raya.

“ Daday beri peluang kepada semua untuk memberi maklum balas tenang stail dady dan mama mengurus keluarga kita di sepanjang tahun ini” saya beri peluang kepada merka. Anak-anak memandang serious kepada saya.

“Along ucap terima kasih kerana sumbangan mama dan dady”. Along memulakan bicara. Adik-adik lain hanya mengangguk kepada tanda setuju.

“ orang juga begitu, tertima kasih banyak-banyak, dady dan mama ‘care’ kami semua. Cuma idan harap dady dapat kawal ‘pongoh’ (cepat marah) “

Adik-adik lain kebiasannya banyak mendiamkan diri sahaja, kecuali ada sesuatu yang penting untuk di cakapkan,

Begitulah suasana mensyaurat keluarga kami yang diadakan sekali sekala, paling tidak dua kali setahun. Pada sambutan hari lahir saya dan juga isteri. Jika ada sesuatu isu besar saya akan adakan meyuarat keluarga tergempar.

Amalan bermesyuarat menarik hidayah Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

“Bermula pada tahun ini dady dah pencen. Jumlah pencen tak seberapa” saya memberi tahun anak-anak semua.
“ jumlah duit pencen hanya mampu untuk menampung berbelanjaan makanan mama dan dady dan juga bayar bil air sahaja. Manakala bil letrik perlu di kongsi bersama oleh anak- anak. Saya meneruskan agenda mesyuarat keluarga.
“Siapa ingin memberi pandangan berhubung hal ini’ saya memberi ruang kepada anak-anak untuk beri pendapat.
“ Kerana duit pencen dady hanya cukup untuk dady dan mama sahaja, orang cadangkan supaya bil lektrik dan air di kongsi bersama oleh anak-anak” abang Idan beri cadangan,
“ orang setuju benar, pakat sama-sama bantu”. Celah abang Ahmad
‘ Kongsi secara sama rata, untuk bil air dan bil lektrik bayar ikut kegunaan, mana bilik ada air cond bayar lebih sikit”. Abang Ewan beri cadangan balas.
“ semua setuju’ saya cuba dapat maklum balas.
“ setujuuuu” kedengaran sauara anak-anak.
“Dady ucapkan terima kasih kepada semua anak-anak yang ingin membantu dady dan mama .
Itulah suasana mesyuarat kami sekeluarga, boleh di katakan penuh dengan kerjasama dan bertolak ansur. Alhamdulillah.

Amalan mesyuarat keluarga pernah juga saya  adakan walaupun tidak sekerap mana. Biasanya saya mengadakan mesyuarat keluarga apabila ada isu penting yang perlu kepada pandangan dan pendapat daripada ahli keluarga semua. Tujuannya untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Lazimnya mesyuarat saya adakan pada ulang tahun hari kelahiran sama ada saya atau isteri.

Apa yang dilakukan pada makan malam bersama semua keluarga saya akan mengucapakan terima kasih kepada anak-anak kami yang telah memberi kerjasama dalam mewujudkan keharmonian keluarga, saling bantu membantu antara satu sama lain. Seterusnya saya akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk membuat teguran terhadap pencapaian saya dalam menerajui keluarga dalam tempoh setahun yang lepas. Biasaya teguran dibuat secara tulus ikhlas untuk menyatakan sikap yang kurang disukai  oleh anak dengan memberi alasannya sekali. Saya akan mengambil segala teguran anak-anak sebagai satu feedback untuk saya memperbaiki diri demi menjadi bapa yang lebih baik dan dapat memenuhi kehendakan sunnah.

Situasi sebegini dilakukan setelah anak-anak kami telah mencapai umur remaja dan dewasa. Kak Long kini telah berumur 33 tahun dengan empat orang anak, Abang Idan anak keduanya berusia 32 tahun masih bujang, Kak Esyah anak ketiga berusia 29 tahun dengan 2 orang anak, Abang Ewan telah mencapai umur 27 tahun belum berkahwin, dan Abang Mat anak kelima telah mencapai usia 24 tahun tamat pengajian kolej peringkat diploma dan abang Rafie anak keenam sedang menuntut di kolej berumur 22 tahun dan Adik Bihah anak yang bongsu berumur 20 tahun lepasan sedang menuntut di kolej peringkat diploma.

Setelah diamalkan mesyurat keluarga, banyak isu yang timbul dapat diselesaikan degan sebaik mungkin, Tindakan ini juga dapat mengeratkan lagi kerjasama diantara keluarga. Satu keseronokan yang dapat dirasai oleh kami, setelah diamalkan mesyuarat keluarga saya dapat merasai kepuasan dan lebih tenang.  Sebagai ketua keluarga  maklumbalas yang diberikan oleh semua anak-anak dapat dijadikan “KPI” bagi saya membuat penilaian prestasi dan juga melakukan penambahbaikan bagi kritikan yang dibentangkan.

Amalan mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dalam keluarga adalah salah satu sunnah yang diamalkan oleh Baginda Rasullah SAW.
"Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah [‘Ali Imran 3:159].
Dari ibnu Abbas r.a berkata,bila mana turun ayat ini :
"washa wir hum fil ard" (sentiasalah bermesyuarat dengan mereka dalam urusan-urusan penting) Maka, Rasulullah SAW telah bersabda: Allah dan Rasul-Nya tak perlupa mesyuarat, tapi Allah telah menjadikan sebagai rahmat bagi umatku, maka barang siapa dikalangan umatku yang bermesyuarat, dia sentiasa berada pada jalan yang lurus dan barangsiapa yang tak bermesyuarat dikalangan umatku, dia akan sentiasa dalam kesusahan. Hadis Riwayat imam Baihaqi. munthakab hadith, m.s 753,bab adab2 dan amalan.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, aku tak pernah melihat seorang yang amat banyak bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya lebih dari Rasulullah SAW (baginda banyak bermesyuarat). Hadis riwayat Tirmizi (muntakhab hadis m/s 752 bab adab2 dan amalan)
Pentingnya mesyuarat dalam  membuat keputusan untuk dapat rahmat Allah, oleh itu amalan bermesyuarat dengan keluarga adalah satu cara bagi kita memperolehi hidayah dan ramat Allah dalam kita meneraju bahtera rumah tangga. Disamping meraih pahala di akhira nanti kerana amalan bermusyuarah adalah sunnah Rausulullah SAW.

Pengajaran dan iktibar:

1.       Mesyuarat keluarga dapat menilai keberkesanannya sebagai ketua keluarga. Semasa mesyuarat keluraga inilah bapa akan meberi peluang kepada anak-anak untuk melahirikan perasaan mereka terhadap ibu bapa mereka. Dan menyatakan  cara pergaulan mana yang di sukai oleh anak-anak dan cara pergaulan mana yang tak disukai. Makluamat ini amat penting bagi ibu bapa untuk membuat penbetulan cara mereka berkomunikasi dengan anak-anak.

2.    Dapat meningkatkan perasaan kekitaan dalam keluarga. Peluang yang diberi oleh ibubapa kepada anak-anak untukk memberi cadangan cara yang lebih baik dan dapat disesuaikan dengan kehendak mereka dalam mengurus rumah tangga. Jika situasi ini berlaku dalam mesyuarat kelurga akan memberi rangsangan kepada anak-anak bahawa ibu bapa mereka adalah “sporting” kerana memberi peluang kepada mereka memberi idea. Apabila

3.       Dapat keberkatan hidayah dari Allah setelah setiap isu di selesaikan secara bermesyuarah dan keputusan bersama. Setelah mendapat persetujuan bersama, kami semua akan berkerjasama untuk menyelesaikan sesuatu isu berbangkat. Kami saling bantu membatu mencari cara untuk atasi masalah secara terbaik. Satu kepuasan bersama dirasai apabila masalah dapat diselesaikan dengan baik.

4.       Amalan bermesyuarat adalah sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu jika kita amalkan dalam kehiduupan kita seharian sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala kerana kita melakukan sunnah nabi.

5.       Jika kita bermesyuarat untuk mendapat sesuatu keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang di hadapi dalam keluraga. Ianya adalah satu keputusan yang baik kerana telah diperolehi melalui percambahan minda melalui mesyuarat yang sertai oleh ahli keluarga. Bila melaksanakan tindakan tersebut ianya akanl mendapat sokongan semua pihak dan akan berjalan dengan lancer. Insya Allah.



KELUARGA BAHAGIA ( Cinta Sampai Syurga) : PENAMPILAN BERSIH, KEMAS DAN CERIA

Penampilan diri yang kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. 


Sahabat Rasulullah s.a.w, Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh beliau tampil kemas dan segak di hadapan isteri: “Sebagaimana isteri kamu berhias untuk kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu”.

Hadis ini jelas mengatakan bahawa pasangan suami isteri perlu saling berhias, tampil segak, kemas dan menawan di hadapan pasangan masing-masing pada setiap masa. Bukan hanya tampil segak dan cantik di hadapan bakal pasangan tetapi tampil selekeh selepas berkahwin. Bukan juga tampil kemas dan segak di hadapan orang lain tetapi di hadapan pasangan sendiri, kelihatan seperti orang tiga suku.

Di dalam menentukan pakaian kita untuk tampil dalam keadaan menyejukkan mata pasangan kita, bolehlah berbincang dan berterus terang dengan pasangan kita. Pilihlah pakaian yang kita rasa sesuai dengan penampilan suami atau isteri. Paling penting, kita sendiri perlu tahu citarasa pasangan dan citarasa tersebut anda sesuaikan dengan citarasa kita dan mengikut syariah serta sunnah. Jangan pentingkan diri hingga memaksa pasangan mengikut selera dan citarasa kita sahaja. Sebagai contoh, jika sebagai isteri, kita menggemari warna merah jambu tetapi warna ersebut tidak disukai oleh suami, kita tidak berhak memaksa suami mengikut selera kita. Sama juga dengan suami, jika isteri tak suka tampil seksi di hadapan orang lain, janganlah memaksa. Biarlah isteri hanya seksi di hadapan kita, hanya kita tergoda, isteri kita selamat dari mata jahat lelaki lain dan kita pun akan selamat daripada mendapat dosa.

Islam memiliki tuntunan dalam berhias? Dalam kitab Shahih Bukhari disebutkan sebuah hadits shahih dari Ibnu Mas’ud radhiyallhu ‘anhu, bahwa Rasulullah saw  pernah bersabda,

“Sesungguhnya Allah itu indah & mencintai kendahan.”        
                                                                                                   
Dan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Al Handhalliyah disebutkan bahwa Nabi SAW pernah bersabda kepada para sahabatnya ketika mereka hendak mendatangi saudara mereka,

“Kalian akan mendatangi saudara-saudara kalian. Karenanya perbaikilah kendaraan kalian, & pakailah pakaian yang bagus sehingga kalian menjadi seperti tahi lalat di tengah-tengah umat manusia. Sesungguhnya Allah tak menyukai sesuau yang buruk.” (HR. Abu Dawud & Hakim)

Rasulullah SAW telah mengkategorikan kondisi & pakaian yang tak bagus sebagai suatu hal yang buruk. Semuanya itu termasuk hal yang dibenci oleh Islam. Islam mengajak kaum muslimin secara keseluruhan utk selalu berpenampilan bagus. Bertolak dari hal itu, seorang muslimah tak boleh mengabaikan dirinya & bersikap tak acuh terhadap penampilan yang rapi & bersih, terlebih lagi jika sudah membina rumah tangga. Hendaknya ia senantiasa berpenampilan yang baik dengan tak berlebih-lebihan.

Muslimah yang cerdas akan senantiasa menyelaraskan antara lahir & batin. Perhatiannya pada penampilan yang baik bersumber dari pemahaman yang baik pula terhadap agamanya. Karena penampilan yang rapi & bersih merupakan hal yang mulia.

Bagaimanakah tuntunan Islam dalam berhias?

Kebersihan badan adalah kuncinya. Sudah seharusnya seorang wanita menjaga kebersihan badannya dengan mandi. Dari Abu Hurairah radhiyallau ‘anhu, nabi SAWbersabda.

“Dari Abi Rofi’, ia berkata, bahwa Rasulullah SAW pada suatu malam berkeliling mengunjungi beberap istrinya (untuk menunaian hajatnya), maka beliau mandi setiap keluar dari rumah istri-istrinya. Maka Abu Rofi’ bertanya, ‘Ya, Rasulullah, tidakkah mandi sekali saja?’ Maka jawab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Ini lebih suci & lebih bersih.’” (Ibnu Majah & Abu Daud, derajat haditsnya hasan)

Mandi dapat menghilangkan kotoran sehingga menjauhkan seorang  dari penyakit dan menjaga agar badannya tak berbau. Sehingga ia pun akan menjadi dekat dengan orang-orang di sekitarnya.

Hendaklah kiat juga menjaga hal-hal yang termasuk fitrah yaitu memotong kuku dan memelihara kebersihannya agar tak panjang atau kotor. Kuku yang panjang akan nampak buruk dipandang, menyebabkan terkumpulnya kekotoran di bawah kuku  dan  mengurangkan  keselesaan  pemiliknya dalam bekerja.

Hal lain yang termasuk fitrah adalah mencabut bulu ketiak dan  mencukur bulu kemaluan. Hal ini sangat dianjurkan dalam Islam, selain dapat menjaga kebersihan dan  keindahan tubuh badan. Oleh karananya, kita tak boleh membiarkannya lebih dari 40 hari.Dari Abu Hurairah radhiyallau ‘anhu bahwa Rasulullah SAWbersabda,

“Lima hal yang termasuk fitrah (kesucian): mencukur bulu kemaluan, khitan, menipiskan kumis, mencabut bulu ketiak & memotong kuku.” (HR. Bukhari Muslim)

Perhatikanlah mulut karena dengannya engkau berdzikir dan berbicara kepada manusia.

Wanita muslimah hendaknya selalu menjaga kebersihan mulutnya dengan cara membersihkan giginya dengan siwak atau sikat gigi & alat pembersih lain jika tak ada siwak. Bersiwak dianjurkan dalam setiap keadaan & lebih ditekankan lagi ketika hendak berwudhu’, akan shalat, akan membaca Al Qur’an, masuk ke dalam rumah & bangun malam ketika hendak shalat tahajjud. Rasulullah SAW bersabda.

“Seandainya tak memberatkan umatku, niscaya aku akan memerintahkan kepada mereka untuk bersiwak setiap kali akan solat.” (HR. Bukhari & Muslim).

Selain itu, hendaknya seorang muslimin menjaga mulutnya dari bau yang tak sedap.

“Barangsiapa yang makan bawang merah dan bawang putih serta kucai, maka janganlah dia mendekati masjid kami.” (HR. Muslim)

Karana bau yang tak sedap mengganggu malaikat dan orang-orang yang hadir di dalam masjid serta mengurangi tumpuan dalam berdzkikir. Maka hendaknya seorang muslimin juga menjaga bau mulutnya di mana pun ia berada.

 “Barangsiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya.” (HR. Abu Dawud)

Kebersihan pakaian tak boleh diabaikan. 

Islam menyukai orang yang menjaga kebersihan pakaiannya dan  tak menyukai orang yang berpakaian kotor padahal ia mampu mencuci dan membersihkannya. Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW pernah mengunjungi kami, lalu beliau melihat seorang laki-laki yang memakai pakaian kotor, maka beliau pun bersabda.

“Orang ini tak mempunyai sabun yang dapat digunakan utk mencuci pakaiannya.” (HR. Imam Ahmad & Nasa’i).
Jika petunjuk nabi ini ditujukan pada laki-laki, maka terlebih lagi pada wanita karana ia memegang peranan penting dalam rumah tangganya.

“Sesungguhnya Allah senang melihat tanda nikmat yang diberikan kepada hamba-hambaNya.” (HR. Tirmidzi & Hakim)
Seorang muslimah diperbolehkan utk menghiasi dirinya dengan hal-hal yang mubah misalnya mengenakan sutra & emas, mutiara & berbagai jenis batu permata, celak, menggunakan inai (pacar) pada kuku & menyemir rambut yang beruban, menggunakan kosmetik alami atau kosmetik yang tak mengandung zat berbahaya dengan tak berlebihan. Dan tentu saja berhias di sini bukanlah dengan maksud mempercantik diri di hadapan lelaki yang bukan mahramnya.

Hal yang dapat membantu memperbaiki penampilan seorang muslimah adalah memakan makanan yang bergizi serta tak berlebih-lebihan dalam makan & minum.

“Makan & minumlah, & janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Qs. Al A’raf: 31)

 “Pada akhir zaman akan ada suatu kaum yang mewarnai (rambutnya) dengan warna hitam seperti dada burung merpati, mereka tak akan mencium baunya surga.” (Shahih Jami’ush Shaghir no. 8153)

Penampilan segak, kemasa, bersih dan wangi  merupakan satu amalan yang telah menjadi sebagai satu budaya bagi saya. Mungkin saya mewarisi sikap ayah yang merupakan seorang bekas Penyelia Imam di sebuah Mukim Masjid di satu Daerah awal tahun 60an hingga 70an dahulu.

Penampilan kemas ini lebih terserlah setelah saya dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri (ADO) pada tahun 1980. Amalan penampilan kemas dan bersih serta segak adalah satu etika kerja yang perlu dipatuhi, lebih-lebih lagi semasa saya bertugas di daerah sebagai ADO ianya juga dilantik sebagai Majestrit, dimana pada hujung minggu atau di luar waktu pejabat, kadangkala Pegawai Polis berpangkat Inspektor akan datang ke kediaman rasmi saya  untuk membuat tahanan reman bagi tertuduh yang melakukan kesalahan jenayah. Oleh itu saya semestinya  berada dalam  keadaan bersiap sedia dengan pakaian yang kemas dan rapi, bagi memperlihatkan reputasi sebagai pegawai awam yang mempunyai intergriti.

“ Sebagai ADO kita mestilah mempunyai personaliti yang terbaik, penampilan yang kemas, bersih, wangi dan ceria setiap masa” maklum Ketua Penolong Setiausaha, Kerajaan ( Bahagian Pentadbiran) semasa memberi taklimat kepada Pegawai Tadbir Negeri seramai 15 orang yang baru melapur diri pada 1 September 1980 dahulu.

Pesanan itu membuatkan saya sentiasa akur di sepanjang perkhidmatan, kerana iaya adalah satu amanat majikan yang peru di patuhi, itu dalah prinsip saya kerana kita bila berkerja sesebuah organisasi mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh oranganisi tersebut. Jika melanggarnya ianya adalah satu tindakan yang tidak berdisiplin dan satu pelanggaran amanah dan persetujuan yang telah ditandangi semasa menerima perlantikan dahulu.

Amalan ini telah menjadi sebagai satu budaya dalam keluraga kami.. Isteri umpamanya walaupun ianya seorang suri rumah sepenuh masa dengan tujuh orang anak, tetapi pakian seharian sentiasa kemas,rapi dan bersih. Satu amalan yang saya amat menyanjungi tabiat isteri saya ialah suka berhias untuk suami, pada waktu pagi setelah selesai solat subuh  dia akan mempastinya dirinya dalam keadaan berhias sentiasa, terutamanya pada masa dia mengucapkan selamat jalan kepada saya yang hendak ke pejabat. Amalan ini mebuat saya sentiasa ceria bila hendak menigalkan rumah untuk ke pejabat atau berurusan di luar rumah. Hati saya sentiasa teringat tentang keanggunan isteri dan ia tersemat di naluri pada setiap masa.

Suasana sebegini dapat menghindar diri saya daripada menaruh perasaan minat kepada perempuan lain diluar sana. Syaitan telah dapat digagalkan dripada mempengaruhi saya untuk melakukan perkara maksiat apabila saya menjalankan kerja luar ‘outstation’.

Satu peristiwa yang masih  menjadi ingatan saya sehingga ke hari ini ialah pada tahun 1985 saya ditugas di sebuah daerah yang bersempadan dengan negeri Thailand. Ketua Jabatan saya telah mengajak saya dan beberapa orang pegawai lain untuk melakukan lawatan kerja ke salah satu Wilayah di Selatan Thailand. Pada satu malam  kami dibawa untuk melawat ke pusat hiburan di sekitar bandar utama Wilayah bereknaan. Semasa dipelawa supaya saya memilih wanita yang akan dijadikan teman setidur di hotel, saya dapat mengawal nafsu syaitan yang bertopengkan mausia. Alhamdulillah saya dapat menolaknya dengan satu sikap bahawa semua permpuan yang ditunjukkan untuk dipilih oleh saya adalah tidak secantik isteri yang dicintai dan disayangi yang berada  di  rumah. Sehinggakan saya dikatakan sebagai seorang lelaki yang kurang siauman kerana seramai wantia yang ditunjukkan telah tidak memberi sebarang minat.

Kisah itu adalah satu kisah detik hitam sepanjang lebih 16 tahun saya bertugas sebagai penjawat awam. saya juga amat terkejut dengan perbuatan ketua jabatan saya yang kaki perempuan itu, walaupun sudah mempunyai seorang isteri yang cantik di rumah. Bermula dengan   peristiwa hitam dan menjijikan itu, saya mula kurang hormat kepada ketua yang mempunyai sikap buruk yang bertentangan dengan syariat Islam. Namun begitu saya masih merahsiakan peristiwa itu kepada pengetahun orang lain kerana berpegang kepada prinsip “ jika kita menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita”. Islam melarang kita membuka rahsia dan keburukan orang lain.

Bahawa amalan untuk  menjaga keterampilan diri ini telah menjadi satu sikap pegangan oleh semua ahli keluarga saya. Kesemua tujuh orang anak sya mempunyai tabiat dan sikap yang sama seperti ayahnya. Mereka akan sentiasa berketrampilan  kemas pada setiap masa apabila keluar dari rumah, semaada untuk ke tempat kerja atau berjalan santai di waktu petang dan sebagainya.

Sikap saya yang tidak merokok telah menjadi ikutan anak-anak lelaki saya seramai empat orang itu. Malah dua orang menantu saya yang merupakan perokok, apabila ia pulang bercuti di rumah saya mereka tidak akan merokok di depan saya dan juga dalam rumah kami, sekirannya mereka ingin merokok, mereka akan keluar dari kawasan rumah.Tabiat semua keluarga saya yang membenci rokok telah menjamin rumah kami bersih dari bau asap rokok yang kurang elok seperti di alami oleh para perokok dan keluarga mereka.  Sikap proaktif saya tentang keburukan merokok, telah memberi kredit yang amat  tinggi kepada isteri saya. Isteri dan keluarga kami tidak pernah menghidu asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis narkotik yang boleh membahaya kesihata. . Sifat  benci rokok yang saya amalkan mendapat sanjungan yang amat tinggi oleh isteri dan sahabat saya.

Pengajaran dan iktibar:

1.       Amalan supaya kita sentiasa berkeetrampilan kemas, segak, bersih dan menarik adalah ajaran sunnah Rasulallah SAW.Islam sememangnya menganggap keberisihan peribadi dan persekitaran adalah satu perkara yang amat penting. Malah ketika umat Islam hendak mengerja solat, Nabi Muhammad telah meminta supaya di sempurnakan ambi wudud kerana ianya ada mempengauhi rasa khusyuk sema kita bersolat. Islam juga menganggap kebersihan itu sebahagian daripada iman.

2.       Jika kita suami isteri mempunyai satu amalan yang sentiasa berkeadaan kemas dan berketerampilan dan menarik pada setiap masa, akan melahirkan perasaan cita dan kasih sayang yang sentiasa segar. Kerana suarsan bersih dan harun merupalan keinginan naluri semulajadi bagi setiap manusia. Kerana terbentuk cinta yang begitu mendalam di antara suami dan isteri dapat menumpulkan nafsu sarakah untuk dipengaruhi oleh syaitan supaya melakukan kerja maksiat dan mungkar.

3.       Budaya berketerampilan kemas pada saban masa, akan melahirkan satu disiplin secara tidak langsung, dan ini akan menjadikan keluagra kita mendapat  penghormatan dari jiran dan sahabat handai. ini akan memberi satu dorongan kepada keluraga kita untuk menjaga imej mereka pada setiap masa.

4.       Merokok adalah perbuatan yang  tidak baik yang diamalkan oleh lelaki yang bergelar suami, majoriti wanita tidak suka kepada lelaki yang merokok. Tabiat merokok boleh merugikan ekonomi rumah tangga. Cuba kita buat analisis berapa kah jumlah wang yang dibakar oleh perokok di sepanjang hidkup mereka. Katakan setiap hari dua bungkus rokok berharga RM8.00 sebungkus bermakna RM 16.00 diperlukan oleh perokok untuk mebayar harga rokok. Untuk satu tahun dibelanjakan wang sebanyak RM5,696.00. Sekiranya umur sesorang itu dilanjutkan oleh Allah sehingga 70 tahun, bermakna jumlah wang yang telah dibelanjakan  untuk membeli rokok adalah sebanyak RM398,720.00. Subahanallah begitu banyaknya wang yang dibelanjakan oleh para perokok dalam tempoh 70 tahun. Wang berkenaan telah hangus berasa asap rokok dan faedah yang diperolehi adalah kosong, malah penyakit kanser kerongkon atau paru-paru yang ditinggalkan oleh rokok kepada penghisabnya.

Monday, 27 April 2015

ADAKAH WAJAR ANAK , MENANTU TINGGAL SEBUMBUNG DENGAN IBU BAPA.

Adakah Wajar Anak, Menantu, Mertua Tinggal Sebumbung:


Baru-baru ini ada laporan di  akhbar tentang  seorang mertua telah dibelasah oleh  menantu keranan cuba menyelematkan anaknya yang dibelasah teruk oleh menantu.berdasarkan keadaan itu, bolehlah kita beranggapan menantu itu yang hantu kerana membelasah si isteri.

Namun, dalam pada itu, kita juga perlu merujuk kepada nasihat dan pandangan oleh bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (seperi di laporankan Harian Metro). Beliau antara lain menyatakan:

“Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan,”
“Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan,”

Saya pasti ramai ibubapa dan mertua yang masuk campur tangan dengan niat untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan mengikut pandangan masing-masing (iaitu pandangan ibubapa atau mertua itu sendiri). Benar, ramai ibubapa dan mertua yang tidak mahu rumahtangga anaknya diakhiri dengan penceraian. Akan tetapi, betulkah cara, pendekatan dan perkara yang ingin dicampuri itu?

Disinilah persoalan yang amat subjektif dan tidak tetap jawapannya. Disinilah setiap ibubapa, mertua dan anak menantu perlu bertenang dan menilai keadaan bagaimana yang dibolehkan untuk ibubapa dan mertua campur tangan atau sekadar memberi pandangan dan nasihat (yang kemudiannya terpulang kepada pasangan anak menantu itu untuk mengikutnya atau tidak).

Pastinya rumahtangga sianak menantu (malah ibubapa dan mertua itu sendiri) ada kisah-kisah turun dan naik, menggembirakan dan menyedihkan serta menggusarkan hati. Perkara-perkara itu boleh meliputi urusan penjagaan anak, pengurusan kewangan, pengurusan harta, dan urusan hidup seharian serta akhirat.

Secara dasarnya, ibubapa, mertua dan anak menantu perlu mengingat kembali akan detik-detik manis ketika upacara akad nikah. Semua pihak perlu merenung kembali apa yang terkandung dalam khutbah nikah yang dibacakan oleh imam atau tok kadi. Secara amnya, dalam khutbah itu disentuh tanggungjawab suami kepada isteri, isteri kepada suami, tanggungjawab suami isteri itu kepada anak yang bakal dilahirkan. Dan buat ibubapa dan mertua, pastinya tahu, tika akad dan nikah itu sah dilafazkan oleh silelaki, terpindahlah tanggungjawab dunia akhirat dan “hak” siibubapa si perempuan kepada menantu lelaki, dan bermulalah anak menantu melayari kehidupan berdasarkan pengurusan mereka sendiri.

Namun, bukan bermakna sisuami boleh dan sentiasa mengikut kata ibubapanya. Ditangannya kini tanggungjawab menguruskan rumahtangga sendiri. Salah silap dalam pengurusan keluarga, si suami bertanggungjawab. Oleh itu sisuami juga perlu bijak menguruskan rumahtangganya. Jika siibu bapa mahu memberikan pandangan dan nasihat, nilaikanlah dan berbincanglah bersama si isteri untuk kebaikan bersama.

Ini juga bermaksud, ibubapa si suami juga perlu memberi kebebasan dan peluang kepada anak lelakinya menguruskan rumahtangganya sendiri, kerana kelak, yang disoal di Padang Masyar adalah si anak lelaki itu atas apa yang berlaku dalam rumahtangganya, dan bukannya ibubapa si anak lelaki.

Janganlah mudah menjatuhkan hukum “derhaka” kepada sianak menantu kerana tidak menurut kehendak ibubapa atau mertua sendiri. Kenapa? Biar saya berikan satu contoh (yang kebiasaannya menyesakkan pemikiran pasangan anak menantu yang boleh membawa kepada perselisihan).

Ibu bapa perempuan mahu cucunya dijaga oleh mereka, dan begitu juga ibubapa si lelaki. Jika pasangan itu tidak diberikan kebebasan membuat keputusan, pastinya begitu mudah jatuhnya hukum “derhaka” kerana tidak mahu mengikut kata ibubapa masing-masing.

Contoh lain yang boleh diberikan adalah saat dan ketika pulang beraya dikampung. Saban tahun pastinya ada pasangan bergaduh mahu balik beraya kerana terdapat desakan daripada ibubapa masing-masing yang mahu anak cucunya pulang beraya bersama mereka. Adilkah jika menggunakan hujah si isteri perlu mengikut kata suami semata? Adilkah sisuami memutuskan perhubungan isteri dan anaknya dengan mertuanya?

Nah, ini antara dilema pasangan anak menantu jika didesak oleh ibubapa mereka dan tidak memberi ruang dan peluang untuk anak menantu menguruskan rumahtangga mereka sendiri.

Ini belum termasuk campurtangan pengurusan harta si anak menantu. Contoh situasi yang mungkin tertimbul dalam hal ini adalah ibubapa si isteri mahukan anak perempuannya membeli harta yang diinginkan oleh mereka kerana menurut hujah, si suami tidak berhak ke atas harta si isteri. Padahal, si suami mengizinkan si isteri bekerja untuk membantunya menguruskan keluarga. Bagaimana?

Benar, dari satu sudut, si suami itu tidak berhak ke atas pendapatan isterinya, tetapi dari satu sudut yang lain, jika si suami tidak mengizinkan si isteri keluar rumah, apa akan jadi pada pendapatan tersebut? Apa jatuh hukumnya jika si isteri tetap keluar rumah tanpa keizinan suami?

Oleh itu, biarkanlah anak menantu menguruskan keluarga mereka mengikut cara dan kemampuan mereka. Sebagai ibubapa dan mertua, biarkanlah, pantaulah dari jauh. Jika apa yang dilakukan oleh mereka melanggar hukum agama dan alam, barulah masuk campur tangan secara berhikmah. Selain daripada itu, cukuplah sekadar memberi nasihat dan pandangan  serta biarkanlah mereka menentukan jalan yang mereka pilih.

Renung-renungkanlah rencana ini. Buat tambahan bacaan untuk memperluaskan pengetahun kita dan membolehkan sebarang tindakan yang akan dilakukan pada masa-masa hadapan adalah berdasarkan tuntun agaman dan selaras dengan amalan naluri manusia.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.



Wallahualam…